Waalaikumussalam kak.
Tahniah sebab berjaya terpilih untuk temuduga HLP/CBBPTB 2012 daripada ribuan calon yang memohon!
Based on temuduga HLP 2011, sememangnya dijalankan secara individu sahaja. Dan panel kebiasaannya terdiri daripada 2 orang pegawai atasan dalam KPM.
Saya tak pasti kriteria apa yang perlu ada. Sebab saya hanya orang yang ditemuduga. Dan perkara2 temuduga ni takda skema yang perlu kita tepati. Semuanya bergantung pada markah yang kita diberi oleh panel penemuduga kita. Jangan risau, persiapkan sahaja diri kita. Jawab sehabis baik. Kalau ada rezeki, mesti Allah beri pada kita.
Tak perlu nak hebat dalam BI untuk dapatkan biasiswa ni, tapi cubalah bertutur dalam BI kalau diminta. Macam saya sendiri, 80% dalam English.. tapi ada rakan yang hanya soalan “Introduce Yourself” je dalam English.. Apapun, jangan kata tidak, tapi cuba sebaik yang boleh!.. tapi jangan adakan perkara yang tidak ada.. tu macam membohong pada panel..
Kalau akak ada cadangan proposal yang lebih baik, boleh dibawa yang lain. Takpun, murnikan yang sebelum ini. Ataupun bawak je yang sebelum ni, tapi mesti mahir dengan apa yang kita nak pohon dan kita nak kaji tu.
Semoga membantu.. Jangan gelabah2 … Just be yourself!



1 komen:
as salam.. best la blog cikgu dahlia.. tahniah, sangat membantu.. saya ni baru nak cuba aply tuk hlp 2013, moga ada rezeki untuk sambung phD, doakan saya juga. boleh lah saya berkongsi info kalau ada rezeki saya pula.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...