BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , » Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Shahrul

Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Shahrul

Share

assalammualaikum w.b.t...alhamdullillah saya berjaya mendapat panggilan temuduga untuk hlp 2012 pada 21 Dec ni kat cyberjaya jam 8.30am...hari khamis lepas baru tau...takut tak sempat buat persediaan...saya mohon bertanya, semasa sesi temuduga,i. ada berapa orang panel dan biasanya berapa org yang mengahadiri setiap sesi tu? ii. berapa lama masa yang diambil untuk setiap sesi? iii. biasanya bila keputusan temuduga dikeluarkan iv. semasa cgu dahlia dulu, apakah soalan paling byk diajukan...adakah berkaitan proposal, am atau p n p di sekolah/ dasar2 kpm? Saya tanya nie sebab rasa nervous sangat...saya lihat ada cgu2 lain yg dpt temuduga pada30 dec sampai lah ke bulan Jan...so, ada byk masa.....t.kasih, blog cgu dahlia byk membantu..pengalaman cgu dahli amat saya harapkn...t.kasih...

 

waalaikumussalam..

Tahniah Cikgu Shahrul sebab terpilih untuk temuduga.

Menjawab persoalan cikgu, seperti di bawah ini.

(i) Panel penemuduga ikut pengalaman saya tahun 2011 lepas, biasanya minimum 2 orang panel dan seorang calon dalam bilik temuduga. So, tiada istilah temuduga berkumpulan. Ini pengalaman lepaslah. Tahun 2012 ni saya tak pasti.

 

(ii) Masa yang diambil untuk setiap sesi lebih kurang 30minit seorang. Ada juga yang kurang daripada tu, ada yang lebih. Tapi rata-rata lebih kurang 30minit lah. Jangan risau, dah bercakap nanti, tak sedar masa tu berjalan lama dah. Cikgu kann ^_^

 

(iii) Saya ada kongsikan di post Jawab Persoalan Cikgu Arwen berkenaan bila keputusan dikeluarkan. Saya ringkaskan di sini ikut pengalaman semasa saya memohon tahun 2011 ya:

  • 7 Mac 2011 : Tarikh tutup penghantaran dokumen permohonan
  • 18 April 2011 : Saya hadir temuduga di Bahagian Tajaan, KPM, di Cyberjaya
  • 30 Mei 2011 : Keputusan temuduga.

    (iv) Pengalaman saya temuduga dulu,soalan dari panel memang semuanya berkaitan bidang yang saya pohon masa tu (Pengurusan Sistem Maklumat) dan juga berkenaan proposal saya. Soalan Am, P&P dan dasar takde satu pun walaupun memang saya dah bersedia study dengan nama2 menteri, Pengarah2, dsb. Proposal saya teruk kena hentam hari tu sebab kesnya ada 2 lagi calon sebelum saya yang sama idea proposal  macam saya.  Saya diberi peluang untuk bagi cadangan kajian lain, so saya bagi yang lain.. terangkan kenapa nak buat, macam mana dsb. Saya juga ditanya isu2 berkaitan bidang ICT dan sumbangan apa yang saya pernah beri sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru. Apapun, kena juga persiapkan diri dengan isu semasa skrg dan juga perkara berkaitan perguruan.

     

    Jangan nervous2 k.. Relax..pastikan penampilan diri kemas, dokumen lengkap dan perbanyakkan selawat. Baca surah Al-Insyirah semoga dipermudahkan segala kesulitan.

    12 komen:

    cikgu aida said... [Reply to comment]

    assalamualaikum cikgu dahlia,
    terima kasih atas perkongsian cikgu.saya salah seorang daripada cikgu2 semalaysia yang nervous. temuduga saya esok 20 dis 2011. masalah saya ialah dulu semasa 1st degree saya ambil course komunikasi. jadi saya pun apply untuk psikologi pendidikan. masalahnya saya pun bukan tau sangat dengan teori-teori psikologi. apa lah saya nak jawab nanti..

    DaHLia said... [Reply to comment]

    @cikgu aida

    waalaikumussalam...

    tahniah ya!
    :D tapi cikgu kan dah pergi program pendidikan guru.. mesti tahu serba sedikit..

    apa pun, all the best...
    jawab je sepandai yang boleh :D

    Anonymous said... [Reply to comment]

    assalammualaikum cgu Dahlia...
    1. saya telah selesai temuduga HLP pada 20.12.2011 lalu.
    2. saya ingin bertanya kpd pihak cgu...Adakah boleh saya menukar bidang/ tajuk penyelidikan yang telah saya present aritu sekiranya berjaya dalam temuduga...tq
    :: hasbullah ahmad

    DaHLia said... [Reply to comment]

    @Anonymous

    waalaikumussalam cikgu hasbullah..

    1. tahniah sebab dah selesai debaran temuduga.. tunggu debaran keputusan pula ya.. :D

    2. boleh, tiada masalah.. nanti selepas dah melalui proses pembelajaran Kaedah Penyelidikan, mungkin ada cadangan yang lebih baik dan pertambahan ilmu.. cadangan untuk HLP tu tidak wajib pun untuk dilaksanakan :D

    Semoga Berjaya!

    Anonymous said... [Reply to comment]

    Saya baru saja temuduga hari ni.. Nampak mcm ok. Cuma confuse bila dia tanya dah mohon smbg belajar kat U ke blum....? Adakah peluang saya tipis sbb sy mmg x mohon lagi....

    DaHLia said... [Reply to comment]

    @Anonymous

    tahniah sebab dah selesai temuduga :D

    saya pun kena tanya gitu gak.. tapi jawab je laa..heh.. skrg ni doa je laa..ada rezeki, adalah nanti k :D

    saya pun kena gak tanya soalan tu..uhuk lupa nak bgtau..sory

    halimah said... [Reply to comment]

    salam...
    sy nk kena temuduga 4hb jan ni...
    sy nk tanya, kita kena siapkan power point ke atau ringkasan sec hand out skali? atau pun hanya perlu bg proposal sahaja x perlu hand out sec ringkas?

    Saiful said... [Reply to comment]

    Salam..saya interviu 6 Januari 2012..hari jumaat,,.Nak pakai pakai baju melayu ke, baju kemeja berkod?Berdebar gak sbb first time kan..Doakanlah saya berjaya ye..syukran..

    Saiful said... [Reply to comment]

    Salam..saya interviu 6 Januari 2012..hari jumaat,,.Nak pakai pakai baju melayu ke, baju kemeja berkod?Berdebar gak sbb first time kan..Doakanlah saya berjaya ye..syukran..

    Anonymous said... [Reply to comment]

    a'kum..nk tanye ade ke dia suh jawab soalan yang ditanya dalam BI?TQ

    Anonymous said... [Reply to comment]

    Salam, kalau pasal pakaian tu, rasanya lebih baik kalau berbaju batik walau pun bukan hari khamis... teringat masa interview dgn SPP, penemuduga tu cakap: pakai baju batik, bagus, saya bagi extra mark... :)

    Anonymous said... [Reply to comment]

    tahniah yang dapat respon baik drpd penemuduga. macam saya ni yang saya ingat, penemuduga tu cakap "lagi setahun mohon lagi". maknanya macam takde harapan. apapun dah ada pengalaman berguna dalam temuduga ni. kalau xde rezeki kali ni kena la cuba untuk tahun depan pula... good luck untuk yang belum temuduga! :-)

    Post a Comment

    Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ♥ Search This Blog ♥

    Loading...

    ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

    ♥ Post Terkini Dahlia ♥

    ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

    Make your own

    ♥ Tweet tweetttt... ♥

    ♥ Super Very Important Followers! ♥

    Related Posts with Thumbnails

    Menarik!!!

     Banner
    Blogged.my

    ♥ Arkib Blog ♥

    DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais