Share
Semak Keputusan MUET 2010 hari ini samaada melalui SMS ataupun secara Online!
Semak melalui SMS
mulai 12:01 tengah malam, 6 Januari 2011:
taip MUET><No. K/P dan hantar ke 15888 atau36363
SEMAK SECARA On-Line :
www.mpm.edu.my (Klik!)
mulai jam 9:00 pagi, 6 Januari 2011
Apa Itu Malaysian University English Test a.k.a MUET?
» Read More...
Share
Lambat pulak menaip malam ni. Balik tadi dah dekat 10.30 malam, then terlelap atas my favourite seat. Masuk bilik ingatkan nak terus tido, teringat nak update pasal Parti Pink. Kalau tak update malam ni, memang tak update lah jawabnya. Sesia je gambar yang aku snap tadi untuk hiasan entry ni.
2 Royal Mousse Chocolate + 1 Cookies & Cream
Parti Pink yang aku maksudkan bertempat di East Coast Mall. Sebelum ke situ, aku singgah di Carrefour sebab Along aku nak cari susu untuk baby Feeqa. Aku pun ronda2 la kat bahagian car accessories. Nak beli cushion dengan car perfume. Mana tahu ada produk Little Tree kat sini. Aku memang suka bau2an Litte tree. Tapi, tetiba nampak ada car perfume yang lebih comel dengan pelbagai bentuk dan jenis wangian.
» Read More...
Share
Tergerak hati aku nak bukak Gmail aku sementara menunggu family members aku bersiap untuk pergi Parti Pink! Astaghfirullahalazim…bawak2 mengucap, ko nak gi party dengan baju pink ke? Tetttttt…nanti aku balik kang aku bagitahu aku pergi parti pink kat mana sebenarnya..Ahaks…
Ok, ni aku nak gebang, aku dapat assignment dari Churp Churp (Anak beranak Nuffnang kut) Yang aku tahu Churp Churp ni ikut twitter laa kaedahnya. NI first time aku dapat assignment sebegini.. Jakun + Teruja gak sebenarnya..dah namanya pertama kali kan?
The problem is….apa nak kena buat dengan Assignment ni? Any valuable information dari blogger2 yang aku boleh rujuk? Atau pengalaman blogger2 sekalian..Mohon tunjuk ajar ye! OKlah, aku nak bersiap2 nak gi Pink Day ni…Yang penting mesti pakai baju pink tau! Untuk hari ini sahaja…Ada nak join?
» Read More...
Share
Dah sampai di BTPN untuk mesyuarat hari kedua. Tapi, macam semalam, I’m the first arrived here. Nasib ada Wifi BTPN untuk aku tumpangi. Broadband pun ada, tapi malas nak connect. Better guna yang FREE kan?
Tadi dengar lagu AXL-Kekasihmu versi Live kat HotFM. Best sangat aku rasa. Ni yang terasa macam nak Google konsert LIVE kat mana. Tapi tak jumpa..Keciwa ahkak. Ni aku share AXL-Akulah Kekasihmu Versi Karaoke.
Bila dengar lagu ni, sure teringat kenangan Karok dalam bas masa Rombongan Sekolah ke Melaka tahun 2009 lepas. Bas yang paling havoc dan banyak songeh. Memang tak boleh lupa. Mana taknya, driver banyak songeh, tapi bagi kitorang microphone suruh karok..tambah2 lak cikgu2 dalam bus tu semuanya yang jiwa muda.
» Read More...
Share
Bukan gambar kemalangan tu…Hanya gambar ihsan dari Mr. Google
Aku baru balik dari mesyuarat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN) di Beserah. Habis meeting tadi pukul 4.30 tapi saja aku lewat balik sebab nak siapkan kerja dulu supaya esok aku boleh relaks. So, keluar BTPN tadi dah dekat kul 5petang, dan jalan aku balik ke rumah aku ialah melalui Semambu – Bypass Highway – Indera Mahkota – Permatang Badak dan barulah sampai kat umah aku di Sungai Isap.
Semasa baru je dari Semambu nak ke Bypass Highway tu, naik je Persimpangan Bunga Cengkih tu, dalam 1-2km dr situ kereta depan aku dah slow down. Aku pun tak budget apa2, agak2 jammed sbb waktu orang baru balik keje. Aku yang berada di fast lane, nampak kereta2 kat depan masuk lane bawah, dan ramai yang berkumpul di kiri kanan. Kemalangan rupanya. Aku nampak kereta yang terbabit ada di atas divider jalan dan berasap. Kalo tak silap, nampak macam Honda Jazz ataupun Hyundai Getz, yang pasti ianya berwarna biru. Bahagian depan dan tepi kiri remuk teruk.
Masa nak masuk lane bawah, baru aku perasan rupanya ada dua kereta terlibat. Kereta satu lagi warna beige berada di bahu jalan, dan juga dalam keadaan remuk teruk macam kereta biru tu. Orang ramai tengah cuba buka pintu kereta biru. Yang lebih aku rasa ngeri, kedua-dua tu ada pemandu di dalam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ngeri!! Memang aku dah trauma sangat dengan kemalangan sejak hari tu. Esok mesti masuk berita kemalangan ni dalam akhbar.
p/s: Bukan taknak amek gambar tadi, tapi bawak HP cap ayam jerk…Huhu..HP aku rosak
» Read More...