Hari Selasa lepas, Dato Seri Najib, Perdana Menteri kita ada bukak kaunter pertanyaan melalui laman jaringan sosial di twitter dan facebook iaitu #tanyanajib. Dan pelbagai soalan yang agak melucukan dan boleh dikatakan hot telah diajukan di #tanyanajib! Soalan cepu emas ! Antara soalan hangat rakyat Malaysia kepada Dato Seri Najib boleh dibaca di entry Soalan Panas #tanyanajib (klik)
Jom kita dengar jawapan PM untuk beberapa soalan dahulu. Ni Video pertama untuk beberapa soalan. Nanti pasti ada lagi Video Jawapan #tanyanajib lain yang akan menyusul. Enjoice!
Blogging dah menjadi trend masa kini untuk semua orang selain daripada aktif di jaringan sosial seperti facebook, twitter, mahupun forum. Yang paling best bila dapat berforum sambil berblogging. Macam mana tu?
Di sini, aku nak perkenalkan korang pada sebuah laman Forum terbaru yang menghimpunkan semua blogger-blogger yang mesra di alam maya iaitu Forum Syoknyerblogging yang beroperasi di http://www.syoknyerblogging.com/.
Macam aku sendiri, berforum merupakan aktivitiku sebelum menyertai dunia blogging ni. Dan dari forum la aku mula berblog dan memang tak dinafikan, forum ni memberi impak yang cukup baik untuk blog dan diri sendiri!
5 Sebab kenapa Blogger perlu Join Forum Syoknyerblogging @ SB…
Akademi Fantasia Musim ke-9 dah tak lama lagi dah! Dan ini merupakan program ataupun musim terakhir bagi siri realiti popular, Akademi Fantasia . Kalau tak salah, Akademi Fantasia merupakan rancangan realiti pertama yang diperkenalkan dan berjaya mencetus pelbagai fenomena dalam industri seni tanahair. Walaupun program terakhir, Akademi Fantasia tetap bakal menjanjikan pelbagai kejutan yang pasti mengejutkan para peminat Akademi Fantasia sejak AF1 sehinggalah AF8.
Belum lagi bermula pun ada kejutan untuk kesemua yang menunggu untuk menyertai Akademi Fantasia Musim ke 9 ini. Ada ura-ura mengatakan untuk AF9 ini, pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) akan diambil dari seberang sama ada dari Indonesia ataupun Singapura dan paling berkemungkinan, Pengetua AF9 adalah dari Indonesia.
Pelakon, Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang bertunang pada 17 Oktober 2010 akan berkahwin minggu depan!
Kad undangan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha
Majlis Perkahwinan / Resepsi
Tarikh Perkahwinan : 21 Januari 2011
Tempat Perkahwinan & Majlis Resepsi : Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar
Tahniah buat Rabecca dan suaminya Nor Azam Datuk Sulaiman!
Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43 malam tadi oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada di Ukay Perdana.
Ujibakat Akademi Fantasia secara Online! Tunjukkan kehebatan anda dengan menghantar video ujibakat anda tanpa perlu hadir ke sesi ujibakat yang diadakan di dua lokasi berbeza. Inilah keunikan dan kejutan awal dalam Akademi Fantasia 9 oleh ASTRO bagi Akademi Fantasia musim terakhir ini.
Jom tengok Iklan Promo Video untuk Akademi Fantasia Musim ke9 ini terlebih dahulu.
Lokasi Ujibakat Akademi Fantasia 9 @ AF9
Berikut adalah lokasi-lokasi uji bakat:
Tarikh dan masa
Lokasi
11, 12 & 13 Februari 2011 (Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang)
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
28, 29 & 30 Januari 2011 (Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang)
Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah
Uji bakat ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 - 45 tahun (warganegara Malaysia & Singapura)
Langkah Penyertaan Online Ujibakat Akademi Fantasia 9 (13 - 26 JANUARY 2011)
Dah terang lagi bersuluh, yang ni bukannya gosip lagi dah, tapi dah disahkan sendiri oleh empunya diri, Tomok, juara program realiti One In a Million (OIAM) . Teringat lagi kekacakan Tomok menari pada malam Anugerah Juara Lagu ke25 lepas.
Misteri penemuan mayat seorang lelaki yang memakai coli dan seluar jean biru di sebuah kondominium di Taman Dato Senu, Sentul, terungkai apabila dia sebelum itu didapati memecah masuk rumah penduduk. Mayat mangsa berusia 26 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 bangunan itu ditemui pengawal keselamatan pada pukul 6.30 pagi.
Menurut penduduk yang enggan dikenali, mangsa telah memecah masuk sebuah rumah di tingkat itu melalui beranda bersama seorang rakannya. Katanya, bagaimanapun kejadian itu disedari pemilik rumah yang terjaga menyebabkan kedua-duanya bertindak melarikan diri, namun mangsa terjatuh.
Pencalonan akhir untuk mencari finalis Top5 Anugerah Bintang Popular 2010 Berita Harian (ABPBH2010) sudah pun terjawab dalam satu majlis khas yang diadakan bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya semalam. Anugerah Bintang Popular 2010 akan berlangsung pada 3 April 2011 di Arena of Stars, Genting Highland dengan tema Moden Klasik.
Berikut ialah senarai 5 calon bagi setiap kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010):
Serius, memang aku tak boleh blah kalau baca soalan-soalan yang diajukan untuk Perdana Menteri Malaysia kini, Dato Seri Najib Tun Razak di twitter #tanyanajib. Tulisan berkenaan timbul berikutan beliau membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula semalam pada jam 4.30 petang sehingga 6.00 petang.
Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan. Selain Twitter, Najib juga membukaruang sama di laman sosial Facebook beliau. Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.
Aduh, kalo cerita bab-bab mati ni, memang seram.. Hari ni saja, penuh dengan berita kematian sana sini. Petang tadi pulak, terlepas ke blog Ultraman, pelakon mati terbakar? Pelakon mana pulak ni? Bab-bab terbakar, rentung ni lagilah mengerikan. Tak sanggup!
Setelah baca kisahnya, barulah tahu pelakon yang dimaksudkan ialah Raffie Hussein. Yup, memang tak dikenali ramai. Dia ni hanyalah seorang pelakon pembantu untuk filemBara jiwa. Uiks, tajuk filem pun bara bagai, padanlah.
Unifi ataupun Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) nasional bernilai RM11.3 bilion dilancarkan pada September 2008 ialah Usaha sama Awam-Swasta antara TM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.
Melodi TV3 siaran 9 Januari 2011 lepas digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki..
Gambar yang dikeluarkan MELODI masa siaran tu..
Angelina ni dalam sesi temuramah bersama Michelle masa tu mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon. Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi
Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.
Astro First merupakan perkhidmatan terbaru stesen televisyen berbayar ASTRO yang akan bermula dari 13 Januari 2011 ini. Bagi sesiapa yang ada pasang ASTRO kat rumah, mesti ada pernah nampak iklan ASTRO First ni di kaca televisyen kan? Iklan yang ada helikopter terbang tu. Saluran baru ASTRO First ni bakal memberi keselesaan bagi individu yang selesa menonton filem-filem baru di rumahbersama keluarga tercinta berbanding sesak di panggung wayang. Yang istimewanya, ASTRO First berbanding saluran lain yang telah sedia ada, ASTRO First ni menyiarkan filem-filem terbaru menerusi saluran Astro 480 akan disiarkan dua minggu selepas tayangan di pawagam, terus ke kaca televisyen (tv).
Pelanggan Astro boleh menggunakan perkhidmatan ASTRO First ini dengan hanya perlu membayar RM15 bagi setiap judul filem yang ingin ditonton. Astro First turut memberi pilihan masa menonton untuk setiap filem mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.
Kelebihan menggunakan/melanggan perkhidmatan ASTRO First:
Facebook Tidak Akan ditutup pada 15 Mac 2011 ini! Itu Kenyataannya. Khabar angin ataupun rumours bahawa Facebook akan Di tutup pada 15 Mac 2011 yang dah berlegar di Internet sejak beberapa hari lepas ini hanyalah berita palsu yang ditimbulkan oleh Weeksly World New yang sememangnya dah biasa menimbulkan berita-berita palsu sebelum ini.
Facebook sememangnya laman sosial paling popular sekarang ini dan sentiasa memegang rekod carian terbanyak Google dan Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.
Hari ni dapat poskad dari PTPTN warna biru yang bercetak : TAWARAN PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH. Tawaran Pertukaran Pinjaman (5% dan 3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%) ni dijalankan secara berperingkat mengikut tahun pinjaman PTPTN dilakukan dan kad yang aku terima ni baru tawaran layak dipertimbangkan, tak menunjukkan bahawasanya aku terus layak.
Tawaran Pertukaran Pinjaman kepada Pembiayaan Ujrah ni membawa maksud, tiada lagi kos pentadbiran 5% mahupun 3% dikenakan setiap tahun. Baki pinjaman bagi peminjam yang berjaya menerima pembiayaan Ujrah ini akan hanya dikenakan Ujrah (Upah) sebanyak 1% setahun. Kalau aku dapat ni, bestlah jugak, kurang sikit potongan gaji aku +RM250 untuk PTPTN tu.
Terkejut aku baca pasal kejadian pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa (KIA) yang berlaku kira-kira jam 10.20 malam semalam.
Gambar Pesawat Air Asia AK5218 yang terbabas di KIA
Kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat dan cuaca amat gelap. Pesawat AK5218 milik Air Asia itu yang tiba dari Kuala Lumpur itu dikatakan melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan. Kesemua 123 penumpang pesawat AK5218 itu terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter dari pesawat Air Asia yang terbabas itu untuk ke bangunan terminal. Empat orang penumpang dari pesawat AK5218 yang mengalami cedera ringan digegaskan ke Hospital Umum Sarawak.
Syok! Syok! Lama betul xbuat ajegila macam ni..Eksperimentasi di sana sini untuk testing SEO blog lagi. Lagipun tahu-tahu keyword hangat AJL25, so haruslah mengambil peluang itu kan. Bijak..bijak!
344 orang sedang online di blog aku..jumlah tertinggi yang dapat aku snap. Kira bahagia lah jugak kan..Maklumlah dalam beberapa hari ni, aku tak update blog. Ops 2hari je. BUkan apa, mood lari sebabnya badan aku sengal2 di sana sini. Waktu sejuk2 macam ni, urat mula laa sakit balik..Kesan lepas eksiden hari tu. Dahla Khamis hari tu aku terjatuh. Wat malu jerk. Sakit woo..
Best tengok graf hijau cam gini. Kalao sokmo camni kan besh..Tapi apa kan daya, mood ni datang hanya pada musim tertentu jer.. Ada yang lebih penting perlu didahulukan. Oklah, nak off dulu. Esok sekolah!
Sesambil menunggu Anugerah Juara Lagu yang akan bersiaran di TV3 dalam masa beberapa minit lagi, datang idea aku untuk cipta kisah kontroversi daripada tajuk lagu yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 ini mengikut giliran persembahan. Korang jangan gelak sudah ek!
Tajuk Kontroversi Ciptaan Aku yang sengal:
Cinta Sempurna
Aku Berlari di dalam kesamaran cahaya Pelita untuk mencari Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Walaupun aku tahu kau sememangnya Drama King, aku pasti ini bukannya Noktah Cinta buat kita berdua. Tapi, aku memohon, Tolong Ingatkan Aku sebelum kau mengucapkan Selamat Malam kerana Ku Ada Kamu sahaja yang sememangnya Ekstravaganza mengalahkan Sofea Jane yang sudah Hanyut di lautan. Ohh, aku tidak Jahat , cuma Mencari Konklusi!!
Sebelum korang pangkah page aku, aku directkan korang untuk membaca TRIVIA sempena Anugerah Juara Lagu 25. Rajin betul budak ni buat research!!
Walaupun aku tak minat kat Faizal Tahir ni (ayat jujur tu), aku tetap suka dengar lagu-lagu dia. Dengan syarat, jangan tengok dia masa dia menyanyi. Hahah..boleh tak gitu? Ok, ni lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir yang akan dinyanyikan malam Anugerah Juara Lagu ke25. Lagu ni adalah Lagu Tema / OST Drama Ahmad Durrah. Memang best dan layanzzzz!
Gempak seyh bila tengok Video Promo AJL25 ni. Bila tengok Video promo ni, barulah aku faham konsep Music Mapping yang dipertengahkan dalam AJL25 kali ini. Selama ni memang agak blur dengan maksud, tapi bila tengok latar Promo ni, faham la sikit. Tapi Video Promo ni memang kreatif! Salute lah!
Tinggal beberapa jam lagi, Stadium Putra Bukit Jalil akan bergegar dengan persembahan-persembahan hebat 14 lagu yang layak bertanding untuk Anugerah Juara Lagu 25. Kalau dilihatkan sedutan klip Raptai Malam Anugerah Juara Lagu dalam MELODI di TV3 tengahari tadi, memang dasat woo..Siap ada Adira terbang melayang-layang, Faizal Tahir terkurung dalam penjara gitu, Hafiz macam ada drama sbb siap nampak macam ada stretcher bagai. Apapun, memang aku tak sabar nak tengok persembahan diorang malam ni. Harap2lah tiada gangguan bekalan elektrik. Tu yang paling penting, kan!
Untuk yang tak dapat menonton melalui televisyen especially kepada perantau-perantau, boleh la menonton secara LIVE di Laman Web Rasmi AJL25. Selain daripada menonton secara LIVE STREAMING untuk Red Carpet AJL, boleh jugak menyertai peraduan menang Iphone!
Bahang kehangatan Malam Anugerah Juara Lagu ke-25 ataupun AJL 25 semakin jelas terasa. Malam ini, 14 lagu akan dipersembahkan oleh penyanyi masing-masing dan bersaing untuk merebut tempat yang dipertandingkan iaitu Juara Lagu, Naib Juara, Tempat ketiga. kategori Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.
Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk Anugerah Juara Lagu 25 / AJL 25 ini? Jom tengok Juara Lagu AJL 25 Pilihan beberapa orang Selebriti Tanah Air yang telah ditemubual oleh GUA.
Iqram Dinzly
“Saya rasa semua yang bertanding pada tahun ini hebat-hebat belaka. Susah hendak jangka siapa yang akan menang. Rasanya, ramai harapkan Faizal Tahir yang akan menang. Saya pun sama. Bagi saya, Faizal mempunyai vokal yang sangat bagus. Bahkan, kedua-dua lagunya yang bertanding juga sangat kuat. Mungkin ini adalah tahun untuk Faizal menebus kekalahannya sebelum ini. Walau apa pun, saya percaya keputusan juri nanti bergantung kepada persembahan finalis pada malam kemuncak nanti.”