Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera untuk semua readers…
TERKINI: BLOG CIKGU SHIDA dah boleh akses! Dia tutup untuk make up blog dia rupanya! Dah siap pasang Nuffnang *mesti boleh jadi kesayangan Nuffnang lepas ni dan dah bukak ruangan pengiklanan di blog! Follower dah 308. Lepas ni konfom bertambah dengan drastik macam blog awek KFCM tu.. Tengoklah! :P Klik Link bawah ni untuk blog Cik Shida dari parit tu.
Oh kecewa sungguh aku sebab tak dapat nak share dengan korang blog Cikgu Shida yang glemer dengan Video Miming Youtube dia tu. Petang tadi, sempat jugaklah aku melepak di blog dia setelah tersesat ke sana. Aku pun tak ingat macam mana aku tersesat. Tapi, berada di blog dia yang baru dibuat sejak Disember lepas tu dan jumlah post pun banyak!
Sudah tentunya Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sesi persekolahan 2011 yang akan mula boleh disemak hari ini ditunggu-tunggu oleh 41,117 orang pelajar lepasan UPSR dan PMR 2010. Daripada jumlah tersebut, hanya 3,500 tempat ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat manakala 6,500 tempat untuk pelajar tingkatan 1satu.
Keputusan Permohonan untuk menjadi pelajar MRSM sesi 2011 boleh disemak di laman web MARA mulai 21 Januari 2011 dengan menggunakan no kad pengenalan ataupun nombor surat beranak. Pelajar tingkatan satu dan empat yang berjaya mendapat tempat ke MRSM akan mendaftarkan diri pada 7 Februari 2011 di semua 46 buah MRSM yang ada di Malaysia kecuali MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar pada 7 Mac 2011. Pelajar yang tidak mendapat jawapan selepas April dianggap tidak berjaya dalam permohonan mereka.
Aku baru balik dari Teluk Cempedak (TC). Bukan pergi berdating ataupun mengambil angin malam. Aku bukannya rajin sangat nak keluar malam-malam ni kecuali ada hal. Tadi pun keluar sebab anak buah aku si Ninin tu sebok nak makan McFlurry. So lepas Isyak tadi, sebab dah janji ngan dia, kami sekeluarga bersiap2 untuk pergi McD kat TC tu.
Keindahan Pantai Teluk Cempedak di siang hari…
Masa nak keluar dari drive thru McD, ternampakkan ada BOMBA dengan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) dekat situ. Kitorang pun mula berbuat spekulasi ada orang mati lemas, takpun ada orang kena makan dengan buaya tembaga kat Teluk Cempedak tu. Sehinggalah akhirnya kami pusing dan stop depan KFC sebab nak beli McFlurry. Mesin aiskrim drivethru rosak, so nak kena beli kat kiosk. Kakak aku yang pergi beli, jumpa dengan kawan mak aku. Dia yang ceritakan ada orang mati lemas.
Entah kenapa, tetiba hari ni teringatkan pasal Ujibakat Online Akademi Fantasia 9. Kalau diikutkan hari, dah sampai masanya untuk mereka yang berminat untuk menjadi peserta AF9 yang merupakan AF terakhir ni menghantar Video Penyertaan mereka.
Setakat yang aku tengok di laman rasmi AF9, hanya baru ada 16 Video Penyertaan dan tarikh akhir untuk menghantar Video adalah 26 Januari ni. Mungkin juga ramai yang menunggu ujibakat di lokasi Stadium Bukit Jalil ataupun Hotel Promenade, Sabah hujung bulan dan pertengahan Februari ni kut. Informasi Lanjut : Lagu Untuk Ujibakat, Lokasi dan Ujibakat Online. Jom lah layan 4 Video Ujibakat Bakal Peserta Akademi Fantasia 9 pilihan aku…Ahaks…
Aniff Alli – Suara dia ni serak2 basah seorang lelaki..tapi ada lemak2 dia.. Google2, jumpa FB Aniff Alli. Betulkah FB dia ek? Jom AFUNDI ANIFF?
Janggal sungguh rasanya hari ni. Mana taknya, kebiasaan yang dah menjadi rutin setiap hari perlu dipadamkan dari memori. Owh, bukan, bukan penting sangat pun, cuma aku sedang belajar untuk tidak depend pada graf-graf hijau Nuffnang lagi.
Yup, aku dah buat keputusan untuk tidak meletakkan Nuffnang di blog aku sekarang ni dan hanya membiarkan iklan Mangga, Innity dan juga iklan dari penyewa menari-nari di blog aku ni. Alhamdulillah, setiap hari ada yang berminat untuk membuat pengiklanan di blog ini. Terima kasih kepada yang terus setia beriklan!
Income Nuffnang yang terkumpul sejak 24 Oktober sehingga kini.. sob sob
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Aku dah tahu dah terlalu lewat untuk aku postkan ulasan prestasi blog aku sepanjang bulan Disember lepas. Tapi, memandangkan ini adalah rekod aku, dan gambar-gambar berkaitan pun telah sedia ada dalam lappy ni, aku tetap teruskan jua untuk buat analisis ni. Dan ini juga merupakan analisis trafik bulanan terakhir yang aku akan buat. Untuk tahun 2011 ni, aku tak pasti untuk teruskan ataupun tidak.
Ni macam biasa, kesukaan ramai blogger especially Nuffnanger, graf hijau dari Nuffnang untuk blog DJ ni sepanjang Disember 2010.
Sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya selepas kemalangan! Tapi inilah yang berlaku di Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas di Seremban semalam. Pelik betul aku!
Ada seorang penyelia mendakwa bahawa beliau melihat sebuah objek melayang di laluan udara Menara Kuala Lumpur pada hari Selasa lepas. Itu yang hangat diceritakan oleh Faizal Ismail dan AG dalam Hot FM pagi ni. Betulkah ada UFO di Malaysia? Pagi ni, ada jugak beberapa pemanggil berkongsi pengalaman bertemu dengan objek yang tidak diketahui dan benda2 mistik.
Macam biasa, sebelum ke sekolah, ada masa terluang, aku akan meronda di atas talian ke laman web berita untuk mengetahui berita terkini. Kalau ada berita yang betul menarik, barulah aku akan membaca di akhbar. Yang menarik hari ni, buaya ditemui lagi di Kuantan. Banyak betul buaya kat Kuantan ni, belum masuk buaya darat lagi. Ahaks.
First buaya yang ditemui kat Kuantan ni ialah di Teluk Cempedak. Oke jugak tu, at least takdalah sesiapa berani nak berbuat maksiat kat sana memalam pasni. Kang ada kena ngap ngan buaya. Tapi of coslah kan, kehadiran reptilia ni semestinya mengundang perasaan menakutkan buat semua.
BUaya tembaga kedua pula dtemui di Kampung Sungai Soi manakala kali ni pulak, penduduk di Taman Seri Inderapura pula kecoh dengan penemuan 3 ekor reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu. Area rumah aku yang ada monyet dan khinzir ni pun aku takut, inikan pula buaya! Mintak dijauhkan! Untuk berita penuh, Klik Sini
p/s: Mana lebih bahaya? Buaya darat ke buaya tembaga?
Tadi, aku berkesempatan membuat blogwalking ke beberapa buah blog sambil mengosongkan peti shoutbox aku. Aku blogwalking hanya kepada yang termampu sahaja. So, siapa yang tidak dapat jejakan aku tu, please jangan terasa, nanti aku akan ke tempat korang juga. Aku sedar, aku dah banyak berhutang dengan beberapa blogger. Hadiah GA tak bagi lagi, dan Projek DJ2B pun aku belum habiskan lagi. Ok, Projek DJ2B punyer draft untuk semua ada dalam lappy lama aku yang telah dicuri, sebab tu aku keciwa sangat lappy tu xde. Hope yang menanti faham ok. Aku akan usahakan nanti.
Sedang berblogwalking tadi, mata aku tertancap pada banner merah ni di sidebar beberapa buah blog. Oh No! A boy is missing? A very cute boy name Adam Shah was last seen at Plenitude Berhad Office in Hartamas on 15th December 2010. So, it’s already more than a month, but still no updates on this missing boy?
Sebenarnya, awal2 aku tak pasti nak percaya pasal ni ataupun tidak. Sebabnya…
Alfatihah untuk Allahyarham Taufik Abdul Rahim. Zalim! Kejam! Itu yang aku boleh keluarkan tatkala melihat sedutan berita dalam Buletin Utama tentang kematian seorang pelajar 15 tahun di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan, Sarawak yang mati dibunuh hanya kerana gara-gara motosikal. Yang lebih mengharukan, mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah.
Pelajar tersebut, Allahyarham Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan ditemui mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.
Memang bengang sungguh aku rasa hari ni. Membuak-buak marah aku bila hal yang dirancang tak settle, then dilempar, dibaling, ditolak ke sana sini tanpa penyelesaian. Last-last aku pulang dengan penuh kemarahan di dada. Kalau begini, entah bila kualiti pekerja di kaunter-kaunter sektor perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan. Aku sendiri kerja kerajaan, tapi betul lah bila ada yang mengomen sistem kerja pekerja yang bekerja di kaunter ni.
Actually, ni bukan pengalaman pertama aku berurusan di kaunter-kaunter sebegini. Dah banyak. Sebelum ni masa aku buat aduan polis di Balai Trafik Kuantan untuk kemalangan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk report pasal kes pecah rumah pun ada pengalaman busuk pekerja di kaunter ni, tapi malas nak kepochi sini. Konon Mesra, Cepat dan Betul, tapi suka suki bercakap kasar, tak fokus dan rasa diri sendiri yang betul. Tapi bila dah hari ni, dalam sela masa hampir antara satu sama lain, memang aku bengang gila! Ini kisah bengang aku hari ni.…
Tarikh : 17 Januari 2011 (Isnin)
Tempat Berurusan : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan, Jalan Masjid, 25000 Kuantan.
Kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len di Amsterdam, Belanda tiga hari lalu kekal misteri walaupun maklumat terbaru mengatakan kejadian mengejutkan itu tiada kaitan dengan jenayah.Perkembangan terbaru itu dikeluarkan oleh pihak polis Amsterdam berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mereka di lokasi kejadian di tingkat empat Hotel Raddison berhampiran Lapangan Terbang Sciphol Amsterdam.
Berjaya jugak aku layan Drama La Ikro Ha Fiddin lakonan Sharifah Amani dan Zachery Francis tadi. Nasib aku menggunakan kuasa veto sebab adik aku sesuka hati je balik2 dari kedai, tukar Anda Ada 60 Saat. Baik tengok La Ikro Ha Fiddin dari tengok Nabil.
Dalam Drama ni tadi, ada perasankan dua lagu yang best didengar. Aku tak dapat tangkap lagi satu, cuma lagu ni je, Tuhan berikanlah Aku Cinta, nyanyian Ayushita, penyanyi dari Indon. Rupanya lagu ni adalah OST untuk Ketika Cinta Bertasbih. Jom Layan.
La Ikro Ha Fiddin; Tiada Paksaan Dalam Beragama. Sebagaimana Firman Allah yang termaktub di dalam Kitab suci Al-qur’an dalam surah Al Baqarah ayat 256
“Tidak ada paksaan dalam beragama (Islam). Telah nyata perbezaan yang iman dari yang kufur. Barangsiapa tidak percaya (mengingkari) akan Taghut (gelaran syaitan dan semua berhala) dan percaya kepada Allah, sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali yang kukuh yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Tak sabar aku nak tengok Drama La Ikro Ha Fiddin di slot Teleprima, Saluran ASTRO Prima 105. Pelakon yang membintangi Telefilem La Ikro Ha Fiddin ni ialah Susan Lankaster, Sharifah Amani, Zach XFactor dan Fauzi Nawawi. Pelakon pembantu lain tak dapat dipastikan, tapi empat pelakon tu yang aku nampak dalam Trailer dia kat TV.