BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

5 Perkara Yang Sinonim Dengan Tahun Baru Cina

Share


Send This Graphic To Your Friends!

Hari ni Sambutan Tahun Baru Cina di seluruh negara. Selamat Tahun Baru Cina @ Gong Xi untuk semua masyarakat Cina di Malaysia amnya dan untuk blogger Kenwooi, serta blogger TianChad terutamanya. Diorang ni antara blogger berbangsa Cina yang rajin datang blog aku, sebab tu aku ingat sangat. Pada blogger berbangsa Cina yang lain, jangan terasa okes, aku ni short term memory..ngee :D Dan tak lupa juga aku nak ucapkan Happy Chinese New year untuk Wei Sin Innity yang tak serik melayan permintaan aku dan juga semua staff Nuffnang yang menyambut CNY ni.

 

Mengikut kalendar Lunar masyarakat Cina, tahun ni adalah tahun arnab.  Bagi masyarakat Cina, tahun arnab itu membawa maksud harapan dan mereka yang lahir pada tahun tersebut lazimnya mempunyai ciri-ciri lemah-lembut, mempunyai ingatan yang baik dan berjiwa sensitif. Kalau korang yang lahir tahun arnab ni nak tahu lebih lanjut tentang ciri-ciri tahun arnab ni, sila ke blog Sheeda yang juga lahir tahun arnab. Baca boleh, jangan percaya dan taksub sudah okes..

 

chinese_zodiac_3

Kalau ikut kalendar Lunar Cina ni, aku Tahun Ayam Jantan..ada yang segeng dengan aku?

Seperti biasa, setiap kali Tahun Baru Cina ni, ada beberapa perkara ataupun benda yang sinonim dengan perayaan ni yang akan membuat kita alert dengannya. Beruntung kita di Malaysia ni sebab bersama-sama memeriahkan perayaan ni. Betul tak? Yang utama sekali, kita sama-sama tumpang bercuti semperna Tahun Baru Cina ni. Selain daripada cuti, perkara yang aku fikirkan sangat sinonim dengan Tahun Baru Cina ni pada aku ialah :

» Read More...

Review bulan January 2011 | RM2539.99 Nuffnang atau Mangga Ads menjadi pilihan?

Share

Kalau ikutkan hati aku, blog ni konfirm tak update. Bukan takde cerita ataupun entry nak buat, tapi apakan daya, idea bersimpang siur dalam kepala agaknya. Dan tambah-tambah pulak agak sedih dengan apa yang sedang berlaku di Mesir agaknya. Apa yang aku boleh doakan, supaya Hosni Mubarak tu cepat berundur, dan keadaan di sana kembali aman damai. Tetiba rasa takut dan risau, janganlah sampai berlaku sebegitu di Malaysia.

 

Semalam sempat blogwalking ke beberapa buah blog, tersinggah di blog Yanmie dan blog Faisal yang sempat sharing pasal January review di blog diorang, terlintas hati nak tengok macam mana dengan performance blog aku untuk January. Yerlah, semenjak buang Nuffnang, memang lama sungguh aku tak tau berapa trafik blog aku ni seharian. Sekarang ni kalau bukak blog, 2nd tab mesti bukak Innity. Alhamdulillah, Innity masyuk walaupun aku hanya dapat kempen yang sedikit berbanding orang lain. Ini semua jasa baik korang jugak yang dapat menyinggah ke blog ini. :D Thanks korang!

 

cats

RM2539.99 jumlah pendapatanku bersama Nuffnang! TQ Nuffnang! Kalau takut bayar cukai, jangan letak income korang dengan blog tau!

» Read More...

Rusuhan di Mesir | Pelan Tindakan Evakuasi Pelajar Malaysia

Share

egypt-anger

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011


Modus Operandi
1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)
2. Pelayaran:
Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)
3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.
5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.
6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.
8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.


» Read More...

Kerja vs Cuti | Workaholics? Horlicks ada lerrr…

Share

DSC03304

DSC03291

Tak sampai sehari lagi pun Ninin dengan Feeqa (anak buah aku) balik umah Opah dia kat Wangsa Maju tu, aku dah rindu nak dengar tangisan Feeqa dan suara si Ninin ni. Sabtu ni baru diorang akan balik. Yup, diorang balik kampung sana sebab kan cuti Tahun Baru Cina. Mama dengan ayah dia cuti Tahun Baru Cina seminggu. Bestlah siapa cuti seminggu direct, aku jugak yang kena kerja sampai hari Selasa ni. Takper, yang penting tak payah kena ganti sekolah hari Sabtu. Hehe..saja persedapkan hati.

 

Well, aku pun takde nak kisah sangat pun  pasal cuti seminggu ke berapa hari ke. Serious to say, cuti hari apa pun aku tak konfirm, siap aku pulak yang tanya pada student aku. Cuti tak cuti bagi aku sama saja, tetap ada kerja nak dilunaskan. Maybe orang cakap cikgu kerja mudah, cuti banyak, boleh relaks, tapi dalam hal aku yang aku fikirkan sekarang ni, nan hado! Mungkin jugak dengan tugas utama aku di sekolah, banyak kerja yang aku perlu siapkan dalam cuti.

 

» Read More...

Alergi @ Alahan …

Share

Fuhh.. menggaru-garu muka aku seharian hari ni kesnya tersalah makan! Mende apa yang aku makan sampai muka aku gatal rasa macam nak siat-siat muka ni. Kulit muka aku ni tidaklah licin mana pun, tapi memang dah jerawat tak membiak dekat muka aku ni. Gatal di seluruh muka apatah lagi. Memang hari ni sangat-sangat ridicilous feelnya. Nasib baiklah masih ada bedak sejuk hari tu. Release lah sikit.

 

vichy-skin-whitening21

I’m allergic to quail

Ni semua gara-gara hari ni aku makan burung puyuh goreng. Entah bila masa pulak aku alergi pada burung puyuh aku pun tak pasti. Nak kata aku makan banyak pun tak jugak. Tak sampai setengah ekor pun. Aku hanya makan bahagian paha dia tu je. Mana banyak pun. Nampaknya memang bertambah lagi makanan dalam list senarai alergi aku.

 

<<< kalau garu2, dapat kuar kulit licin + cun macam ni oke gak!

» Read More...

Keputusan Pilihanraya Kecil PRK Dun Tenang N05 | BN Menang Besar!!

Share

Tahniah kepada Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Ibrahim yang telah berjaya mempertahankann kerusi N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang selesai diadakan pada 30 Januari 2011 (Ahad). Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.

dun-tenang

 

Banjir besar yang melanda kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nampaknya betul-betul memberi impak kepada proses pilihanraya ini. Setelah pusat pengundian ditutup, sebanyak 71.8 peratus daripada 14,753 pemilih berdaftar keluar mengundi.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais