BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Blogger Kita Memang Cerdik Pandai Kan?

Share

Dah dua minggu aku diselubungi kekeliruan dengan satu perkara di alam blogging ni. Teruja, konfius bercampur baur. Tapi disebabkan oleh kesibukan dengan tugas, tambah pulak dengan kecewa dengan sikap kurang profesional seorang yang aku hormati sebelum ni, memang aku tak berpeluang nak buat penyelidikan drastik dan juga siasatan menyeluruh.

 

duty_callsAku tak nafikan, trafik untuk seseorang blogger memang tersangatlah penting dan menjadi prioriti mereka yang memang inginkan wang sampingan daripada blog. Aku pun macam tu. Dan disebabkan trafik ni la kita sanggup bersengkang mata berblogwalking setiap hari tanpa henti, ping blog di sana sini, buat promosi di forum, YM, FB dan sebagainya serta bertukar banner dan link dengan rakan-rakan blogger lain. Ada juga yang lebih mampu, menyewa ruang iklan blogger lain ataupun berhempas pulas bermain SEO untuk meningkatkan trafik ni.

 

 

Blogger memang golongan bijak pandai, pantas dan up to date! Disebabkan ciri-ciri inilah, pelbagai kaedah baru dicari, dipasang dan digunakan di blog. Maka muncullah pelbagai kaedah yang dicipta antaranya kaedah auta-blogwalking (auta=tipu) dan yang terkini kaedah yang aku pun tak tau apa istilah paling sesuai digunakan dalam kes ni, kongsi trafik, bagi trafik, ataupun curi trafik? Rasanya ketiga-tigalah kut.

» Read More...

Pelajar Bunuh Diri di Sekolah

Share

Belikan saya keranda dan inilah sambutan terakhir Tahun Baru Cina.”
Itulah nota terakhir di Facebook Sally Lee Qian Chun,17 tahun, pelajar berbangsa Cina yang maut selepas terjatuh dari koridor tingkat dua sekolahnya, SMK Seri Kota, Air Leleh, Melaka semalam pada lebih kurang jam 9.20 pagi, yang mana pada ketika itu, mendiang sedang mengikuti kelas Kimia di Makmal Tingkat 1.
 
ne_06.1

**gambar dari Kosmo Online :D

 

Mendengarkan kemalangan mendiang Sally Lee Qian Chun ni, pasti menimbulkan banyak spekulasi antara satu sama lain. 

» Read More...

Kontroversi Ahmad Dhani Pengetua AF9 | Apa Kata Penggiat Seni Tempatan?

Share

Kejutan ataupun Kontroversi dengan Akademi Fantasia memang tak dapat dipisahkan. Macam aur dengan tebing! Dari musim pertama, sehinggalah musim kelapan Akademi Fantasia bersiaran memang tak habis-habis kontroversi dan kejutan. Tahun ni pulak, belum pun bersiaran Akademi Fantasia 9 ni, dah keluar kontroversi tentang Ahmad Dhani, vokalis kumpulan Dewa 19 yang dikhabarkan akan memegang title Pengetua Akademi Fantasia musim terakhir, AF9 ni.

 

af6

 

Sebagai penonton setia Akademi Fantasia sejak dari musim ke-2 lagi, aku memang akan ambil kisah tentang program realiti pertama negara yang berjaya mencetuskan pelbagai fenomenona dalam industri seni tanahair ni. So, kalau korang kata korang tak kisah, aku tak boleh buat apa :D Hak individu masing-masing kan. Suka-suka jugak, tapi taklah aku taksub sangat sampai nak menangis teriak bila tengok peserta kena keluar. 

» Read More...

Pulangkan…

Share

mystery

 

Lama sungguh rasanya blog ni tak berupdate. Yerlah, dalam waktu cuti Tahun Baru Cina lepas aku balik kampung di Kelantan, saja balik sebab mak aku ada mesyuarat adik beradik. Dan aku pulak sampai di Kuantan ni tengah malam Sabtu. Perjalanan KB-Kuantan yang biasanya 5jam je dah jadi 8jam! Mana taknya, banyak betul kereta atas jalan, masing2 ambil peluang balik kampung untuk cuti lama ni. Nasib baik bukan aku yang drive, kalau aku drive, masaklah jugak. Ops, lupa, aku kehilangan mata aku, macam mana nak drive. Uhuks..Sedey sangat!

 

Erm..apa yang misteri sangat? Honestly, kalau cakap pasal alam mistik, paranormal dan seangkatan dengannya ni, memang aku susah nak percaya. Tapi aku tak cakap aku berani. Cuma, memang bagi aku, sukar nak percaya sebab aku ni lebih suka sesuatu yang ada bukti berasas. Yerlah, pengguna otak kiri, akan suka menaakul dan mentafsir berdasarkan apa yang ada, bukannya mencipta apa-apa yang abstrak.

 

Aku sampai di kampung malam Jumaat tu, terus ke rumah makcik aku untuk Majlis Tahlil arwah tok ayah. Berjumpalah dengan sepupuku, Amir (bukan nama sebenar) yang baru je abis SPM. Lain sungguh rupanya! Badan dah makin kurus, muka cengkung dan pucat, mata lebam. Memang kalau tengok lama-lama, amat menakutkan! Aku tak berfikir apa-apa yang serius, sebab tahu dia ada sakit buah pinggang sejak kecil. Tapi, melihatkan keadaan dia malam tu, memang seluruh family aku terkejut dan takut. Ada antara kami yang cakap, dia persis mayat hidup!

 

Tidur di Rumah Ada “Cik Ponti”

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais