Share
Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 yang disiarkan secara langsung telahpun berakhir jam 11.00 malam tadi dan penerima Anugerah bagi beberapa kategori juga telah diumumkan. Sememangnya keputusan siapa pemenang untuk Anugerah Seri Angkasa 2010 ini ternyata memang bukan dalam ramalan kerana keputusan sepenuhnya tertakluk kepada juri, berbeza dengan Anugerah lain antaranya Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian, calon-calon sendiri terdiri daripada mereka yang popular dan dikenali.
Keputusan Penuh Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010 adalah seperti berikut:
ANUGERAH KATEGORI RADIO
- Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Media Prima)
- Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Media Prima)
- Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
- Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)
- Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)
- Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)
- Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
- Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)
- Skrip Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)
- Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)
- Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)
- Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)
- Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
- Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik - Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM
- Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik - Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
- Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik - Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
» Read More...
Share
Tidur tak lena.
Mandi tak basah.
Makan tak kenyang, sampai asyik2 nak makan.. Sedar diri pun dah makin gemuk. Bahagia? Atau derita?
Cinta? Bestnya kalau cinta..dapat gak berada di awangan…
Tapi…semuanya gara-gara…

1st meeting dengan JPN, 31st January end up buat aku stress dengan sikap tidak profesional seseorang. Rasa nak gugur air mata dan terbang jauh dari menda ni bila mengenangkan sikapnya.
Dan since hari tu, aku mengalami sindrom dalam tidur dalam jaga dok fikirkan kerja. This is serius! Nasib iman masih kuat. Kerja Kerja kerja sampaikan kena tegur dek cikgu Joe (jiran belakang meja aku) “Kerja ni sampai mati baru abis..Masa tu barulah malaikat pulak kerjakan kita”
» Read More...
Share
Assalamualaikum WBT untuk semua yang sedang membaca..

Kat sini aku nak share peluang untuk buat duit dengan mudah, dan yang penting sekali sangat sesuai dengan orang-orang seperti kita ni yang akan hook up depan lappy, berblogging, berfacebooking, YM, check emel dan lain-lain. Yang penting, tanpa modal, hanya jawab survey untuk kumpul point untuk penebusan.
Menda alah ni aku baru tahu dari blog Zaiful, nasib baik dia inform, boleh jugak aku mencuba dan bagi korang cuba. Of course aku agak suspicious, yelah, takut2 scammer je apa ke kan. Tapi dah buat survey, memang this company reliable dengat other country dan bila nampak bukti pembayaran ke akaun Paypal dalam masa tiga hari je, so aku rasa, kenapa tak cuba kan? Dah kalo aku cuba, mestilah aku ajak korang semua cuba!!! Berjemaah lebih untung kan…
» Read More...
Share

Alhamdulillah, bayaran Innity untuk bulan December 2010 telah selamat aku terima. Innity janji akan bayar 45 hari selepas setiap hujung bulan. So memang sepatutnya 15hb payment akan masuk, tapi kan mostly company akan bercuti seminggu dua untuk Chinese New Year, aku pun faham atas kelewatan ni.
Yang penting, bolehlah cover sementara tunggu gaji Khamis ni kan. Bulan ni memang agak paras2 hidung betul bagi aku. Mana taknya, gaji bulan sebelum ni kena spend untuk 2 buah kereta. 1st payment kete baru dan last payment untuk kereta lama aku.
Then tadi tergerak pulak hati nak check akaun2 bank aku yang lain. Check melalui online banking jer. Check Public Bank tak lepas sebab dah lebih setahun aku tak login. Aku check pulak Irakyat (bank rakyat). Langsung tak sangka ada jugak rezeki dalam tu. Dah lama gila aku tak login. Starting 2009 dah tak pernah bukak, alih2 tadi check ada duit dalam tu. Rezeki..rezeki :D Tak dapat nak check bila start ada sebab function limit untuk 3 bulan terkebelakang je. Takperlah, terima jelah kan :D
p/s: Tgh ada mood nak BW ni..BW sambil clear shoutbox…Tapi takat mata tahan je laa..esok nak kena bangun awal..Pergi Kompleks Dagangan Mahkota ada Program 3P
» Read More...
Share
Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010) adalah Malam Anugerah Khas sebagai sokongan dan pengiktirafan kerajaan kepada industri penyiaran di Malaysia selain menyuntik semangat para karyawan dan penyiar tempatan agar terus berjuang di persada industri penyiaran dan seni tanahair menerusi acara gilang-gemilang lagi berprestij.
ASA 2010 bakal diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 18 Februari 2011 (rakaman) dan 19 Februari 2011 (siaran langsung) dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Siaran langsung yang dikendalikan oleh tiga pengacara utama iaitu Afdlin Shauki, Dahpne Iking dan Hanie Hamid ini boleh diikuti serentak menerusi TV1 (RTM), TV9 (Media Prima) dan Astro Prima (ASTRO).
Anugerah Seri Angkasa 2010 melibatkan kerjasama stesen-stesen penyiaran kerajaan dan swasta iaitu RTM, ASTRO, TV3, TV9, ntv7, 8TV, HotFm, Suria FM dan Sinar FM. Dalam penganugerahan ini, karyawan dalam industri penyiaran yang diberi pengiktirafan termasuklah pengarah, penulis skrip, pengacara, pelakon, pelawak dan ramai lagi.
Anugerah Seri Angkasa yang kembali selepas berehat selama 4 tahun, ASA 2010 ini membawa tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA 2010 berhasrat untuk mengetengahkan saluran radio dan televisyen sebagai saluran utama dalammenggambarkan perkembangan kemajuan warga Malaysia.
Senarai Top 5 semua kategori yang dicalonkan Anugerah Seri Angkasa (ASA 2010)
» Read More...
Share
Berdebar betul aku bila terbaca pasal pengumuman daripada Honda Malaysia Sdn. Bhd. yang memanggil balik dua model kereta HONDA. Risau jugak kalau betul Mr Blackie aku pun kena panggil balik, alamatnya patah kaki lah aku. Takkan hari2 nak isi tabung bas Bee Huat untuk sampai ke Pekan tu. Isk..tua dalam bas laa aku jawabnya!

Pengumuman untuk pemilik HONDA!!
HONDA memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan “lost motion springs” dan “retainers” bagi kesemua kenderaan terbabit.
Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata, “lost motion springs” yang dimampat oleh “rocker arms” dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.
Ia berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti. Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan semua caj berhubung penggantian alat itu akan ditanggung oleh syarikat.” katanya. – Bernama
» Read More...
Share
SBT atau Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini. Sebelum ini, pada tahun 2010 lepas, sebanyak 20 buah sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan semalam, sebanyak 23 buah sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Logo Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010
Senarai 23 buah sekolah yang baru diumumkan sebagai SBT adalah seperti berikut:
» Read More...
Share

RM1.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pas Kelantan bertujuan untuk menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin melalui Skim yang dinamakan Skim “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan).
Skim Gerbang Az-Ziwaaj baru sahaja dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, 16 Februari 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang. Program yang bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Apa itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?
“Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju negeri berkebajikan.
» Read More...
Share
Bagi Calon STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) 2010 ataupun pelajar Tingkatan 6 Atas / Pra-Universiti tahun 2010 pastinya semakin berdebar tatkala mendengarkan pengumuman di Buletin Utama tadi mengenai Keputusan STPM 2010 akan diumumkan pada Isnin depan, 21 Februari 2011. Samalah juga, bila dah diumumkan tarikh keluarnya keputusan STPM, akan menyusul pula pengumuman tarikh keputusan SPM 2010 dikeluarkan.

Credit gambar : PsyFULL
Calon STPM 2010 boleh mendapatkan keputusan STPM 2010 mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari. Manakala bagi calon persendirian, mereka boleh menyemak keputusan melalui SMS dengan menaip
STPM <JARAK><NO. KAD PENGENALAN>
dan hantarkan ke 15888
Serta secara talian ataupun online dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di
http://www.mpm.edu.my
» Read More...
Share
Siapa Dr Abdul Hayei Abdul Sukor ?
Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Tahun 2011 merupakan bekas Profesor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). Dr Abdul Hayei, 64, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Gambar Dr Abdul Hayei (tiga dari kiri) bersama keluarga.
Semasa ditemui, Abdul Hayei meluahkan rasa syukur kepada Allah atas pemberian anugerah tersebut yang disifatkan sebagai bukti bahawa perkara kebaikan masih wujud.“Saya tidak pernah berputus asa dan akan terus menjalankan kewajipan memberi sumbangan kepada agama dan negara. “Ia adalah satu kewajipan bagi umat manusia yang mempunyai amanah untuk menyebarkannya di bumi Allah,” katanya.
» Read More...