BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Serangan Gangster di Kuantan??

Share

ne_05.1

BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.


 

KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.

Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek. Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.

Sumber : KOSMO Online

 

» Read More...

Fara Fauzana dilamar Cikgu Mohd Ermy di Radio HotFM! Gambar, FB, Biodata

Share

Hangat sungguh pagi ni..Awal-awal pagi lagi dah bergosip. Memang kaki gosip betul aku ni and the geng. Sekali dengan ostad sekolah aku terpengaruh. Semuanya kes lamaran live yang diterima oleh Fara Fauzana (DJ HotFM) semalam semasa bersiaran. Aku dengar sikit je, sebab terus masuk sekolah, so memang tak sempat nak join Hot Chat pasal kisah lamar melamar.

 

Kisahnya, Fara Fauzana ni dilamar oleh seorang cikgu muda berusia 32 tahun dari Johor, nama dia Mohd Ermy Mohd Kasah..Eh, macam nama aku lah pulak..Hikhik..Siapa nak tengok siapa MOhd Ermy ni, boleh lawat FB Profile Mohd Ermy kat sini.

mohd ermy fara fauzana

Inilah lelaki yang dikatakan melamar Fafau ..macam Anuar Zain kah? Sumber : Cari Forum. Adakah Cikgu Ermy ni Guru Cemerlang? (GC). Kalau betul, kira hebat ni! Sumber : MGCPU

 

Alkisahnya mula-mula Mohd Ermy ni propose Fara Fauzana ni melalui SMS, tapi dah si AG dan Faizal Ismail tu kan suka mengusik, diorang pun cabarlah Mohd Ermy ni untuk propose di radio.. Teringin nak dengar ayat propose tu..Heheh..

 

Ucapan untuk Fafau, cuba2lah berkawan, mana tau serashi bersama kan.. pandai je aku tolong cakap untuk orang, aku ni entah bila.. HotFM memang suka cari publisiti. Hikhik..Tak pasal2 lepas ni si Mohd Ermy ni glemer dan kena interview seantero Malaysia.

 

Last but not least, suka tgk outfit Fara Melodi 2 minggu lepas. Look very slim.. Yang minggu lepas ni tak sesuai :)

» Read More...

Rindu Setengah Mati - DMasiv ft. Kevin Aprilio | Lirik Lagu Ost Kejora Dan Bintang

Share

Aku sekarang ni dok syok bersiul-siulan nyanyi lagu ni. Ni semua gara-gara terpengaruh dengan Sinetron Kejora dan Bintang yang ditayangkan di ASTRO Ria setiap Isnin-Jumaat jam 6.30 petang. Biarpun sinetron Kejora dan Bintang ni banyak scene yang membengangkan, tapi sebab suka dengan lagu dia, aku layan la jugak.

 

Meh layan Video Klik lagu Rindu Setengah Mati daripada kumpulan D Massiv ni ya.. Tambah sedih pulak biila aku dengar lagu ni..uwaaaa..

Rindu Setengah Mati

 

Lirik Lagu D’Masiv feat. Kevin Aprilio Rindu Setengah Mati (OST Kejora dan Bintang)

» Read More...

Aku bukan Iron Lady!

Share

Aku stress…

Stress dengan masalah kereta aku di bengkel yang dah masuk 3 bulan.. Stress dengan kerja aku yang melambak belum aku sempurnakan sebab nak siapkan kerja-kerja lain.Stress sebab masih belum menyediakan proposal untuk rancangan Master aku.

Stress dengan aku yang masih lagi nak berlagak cool padahal bukan cool.

Aku ingat lagi, masa arwah abah takda, aku sedih sangat, aku nak menangis, tapi aku tahan sebab aku tahu, kalau aku sedih, mama lagi sedih, adik2 aku lagi sedih. So, memang aku taknak sesiapa bersedih. Bila aku ingat arwah abah, aku hanya nangis dalam bilik, dalam kereta masa dalam perjalanan sekolah-balik rumah. Aku taknak sesiapa nampak aku sedih. Aku memang tak suka orang tengok aku dalam keadaan tu.

Sebolehnya aku memang taknak menyusahkan sesiapa, taknak membuatkan sesiapa risau dengan aku. Biar aku tanggung je semuanya sendiri. Tapi kadangkala, memang tak dijangka, aku kelihatan menyusahkan orang lain tanpa ku sedari. Lebih-lebih lagi, mama lah. Kesian mama…

2149696743_ecfce8cbc2_b-266251Ya, aku tak kuat untuk menghadapi segala yang ada di sekeliling aku sekarang ni. Biarpun ada yang mengagumi aku dan kerja aku. Malahan ada yang respect dan katakan aku iron lady. Ah, memang sikap yang lahir bulan November ni begitu agaknya. Terlalu pentingkan ego! Sampai akhirnya diri sendiri yang merana.

I need a shoulder to cry.. miss those time that I suppose to share my happiness and my pain with someone. Miss those time that having someone other than our own family that take care of us very much. I miss you but I know I can’t have U.

» Read More...

Video dan Gambar Gempa Bumi di Christchurch New Zealand – 6.3 Skala Richter

Share

Selepas pergolakan di Mesir yang berjangkit ke beberapa negara lain, dunia kita digegarkan pula dengan bencana alam gempa bumi yang terjadi di Christchurch, New Zealand. Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan 21 Februari 2011 (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam) dan merupakan gempa bumi kedua yang melanda negara tersebut dalam tempoh enam bulan dari gempa bumi sebelum ini yang berlaku pada September 2010 dengan kekuatan 7.2 pada skala Richter.

 

 

Gempa bumi tersebut berlaku semasa orang ramai sedang sibuk melakukan kegiatan harian di bandar yang dihuni 350,000 orang dan ia merupakan antara bencana alam yang paling dahsyat pernah melanda New Zealand. Gempa bumi yang sekuat 6.3 pada skala Richter ini nampaknya mencetuskan kemusnahan jauh lebih besar berbanding gempa bumi yang terkuat yang melanda sebelum subuh pada September lepas.

 

» Read More...

Streamyx GradPack: Pakej internet untuk pelajar IPTA/S

Share

Umum mungkin sudah tahu mengenai perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan jenama Streamyx ini. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2001, jenama Streamyx terus kukuh memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna internet seluruh negara. Tidak dapat disangkal lagi, penggunaan internet dengan kelajuan yang pantas, merancakkan lagi pelbagai bidang dalam negara terutamanya dalam bidang perniagaan. Pelbagai kaedah dilakukan bagi menarik minat semua golongon dari semua bidang untuk menggunakan perkhidmatan Streamyx ini.

 

Streamyx GradPack for Student

Streamyx GradPack

Streamyx GradPack merupakan salah satu usaha TM bagi menarik golongan pelajar menggunakan perkhidmatan ini. Pakej ini wujud bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini memiliki talian internet dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat beberapa nilai tambahan.

 

» Read More...

Azizulhasni Awang | Gambar Kayu Tertusuk Betis Kiri…Ngeri!!

Share

Ngeri betul tengok gambar kaki Azizulhusni Awang @ the rocketpocketman yang tertusuk kayu sepanjang 7 inci di kaki kirinya. Azizulhusni Awang terlibat dalam kemalangan ketika bertanding Men's Keirin Final dalam kejohanan Track Cycling World Cup at the National Cycling Centre, Manchester, England.

 

azizul husni

Kalau kita, mesti dah meraung2 dan tunggu bantuan kecemasan kan?

Kredit Gambar : Wan Iz

 

Walaupun cedera, dengan semangat juang yang tinggi, beliau masih mampu bangkit dan kembali meneruskan perlumbaan yang menyaksikannya meraih pingat gangsa. Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.

 

Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, jaguh trek negara, Azizulhasni Awang telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan kayu tertusuk menembusi betisnya kirinya dan dijangka akan keluar daripada hospital dan pulang ke tanah air hari ini (Isnin 21 Februari 2011). Sumber

 

Majulah Sukan untuk Negara! Memang salute lah dengan Azizulhusni ni..

» Read More...

Calon Pilihanraya Kampus UM Masturah Abu Bakar (Pro-M) Kena Culik? | Kotornya Pilihanraya Kampus Sekarang!

Share

Masturah Abu Bakar, seorang calon pilihan raya Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar dilaporkan hilang sejak petang Sabtu oleh rakannya sekampusnya. Berita terkini yang aku baca dari Blog Nota Kosong, Masturah telah dijumpai di Masjid Teras Jernang, Bangi dalam keadaan lemah dan telah dibawa pulang oleh keluarganya.

 

173957_100000139584964_1786277_n

Blog Masturah Abu Bakar

 

Rentetan / Kronologi Kehilangannya adalah seperti berikut:

Masturah dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 petang semalam semasa dia bersama seorang lagi rakannya berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, yang menjadi tempat penginapan luar penuntut UM.

Rakan mangsa melaporkan bahawa Masturah pergi membeli tambah nilai kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di Blok E, pangsapuri itu, dan "setelah lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal," katanya, Ahad.

 

» Read More...

Love Bite (Gigitan Asmara) boleh sebabkan Strok / Lumpuh?

Share

Semalam masa pergi melawat kenalan keluarga kat ECM, dia baru cerita tentang kawan dia yang kena stroke walaupun bukan penghidap darang tinggi, kencing manis dsb. Kiranya taraf kesihatan dia baik dan memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Muda pun lagi.

Kawan dia tu rasa kebas2 di muka beberapa hari dan sehinggalah ditegur oleh kawannya semasa berjumpa di Pasar Besar Kuantan, yang mukanya senget sebelah. So dia pun terus mendapatkan khidmat doktor untuk buat rawatan. Memang betul, dia mengalami strok peringkat minor lagi. So, doktor bagi dia ubat anti kolestrol dan sebagainya.

1

Then malam tadi lak, terbaca pulak kisah seorang wanita yang separuh lumpuh akibat gigitan asmara? Euwww..teringat pulak zaman study dulu dok interview member yang memang suka kumpul lovebite ni.

 

» Read More...

Dividen KWSP Tahun 2010 - 5.8 % | Yang terakhir buatku..

Share

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Disember 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen KWSP tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

 

images

dividen KWSP

Kadar Dividen KWSP sejak 1952  sehingga 2009

 

Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011.

 

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais