Share
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.
Actually, aku sekarang ni adalah seorang peserta daripada 34 blogger lain dalam pertandingan sulung di Forum Syoknyerblogging tu. Alhamdulillah, siap jugak entry contest yang aku janjikan pada sifu aku tu. So, kat sini aku nak mintak jasa baik korang, untuk mengundi entry aku ataupun entry peserta lain yang korang rasa layak untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan.
1st Prize : Fivio.com Value Hosting – 10GB (RM150.00) – 1 orang pemenang
• Webspace : 10 GB
• Data Transfer : 50 GB monthly
• Email : Unlimited
• MYSQL : Unlimited
• Control Panel : Directadmin (Malaysia Server) or Cpanel (USA Server)
• Backup : Daily Backup, Weekly Backup, and Monthly Backup
• Domain : Hosting Lifetime Free domain (*.com *.net *.org)
• 99.9% Uptime & 24/7 Support
• Harga : RM150.00
» Read More...
Share
Tadi terdetik hati nak cek trafik dan keyword blog ni. Sejak meninggalkan Nuffnang awal tahun 2011 ni, memang check trafik dan keyword bukannya rutin seharian aku. Bagus juga aku buang Nuffnang ni, kalo tak heheari addicted nak tengok graf hijau tu. But yes, rindu gak nak tengok..nasib baik graf Innity pun warna hijau gak :D terubat kerinduan tengok income seharian. Hiks.

List No Telefon Pelajar Perempuan Betul2 Dara UITM Shah Alam? Ada ke patut seseorang melakukan carian dengan ayat tersebut? Entah apa lah yang dicarinya sampai sebegitu sekali. Siap ada perkataan “Betul2 Dara” tu…Adoiii… yang xdaya tu, terlepas pulak ke blog aku ni!
» Read More...
Share
Episod akhir Drama Hani dah pun ditayangkan Selasa lepas dan begitu juga trailer Asmara 2 walaupun tanpa tajuk, dengar lagi Menyesal pun dah tahu [klik untuk lirik lagu OST Drama Asmara ni].. Tak sangka pulak aku Drama Asmara yang memberikan hits tinggi ke blog ini ada musim keduanya! Dan memang tak tahu pulak dalam episod terakhir Drama Asmara Musim Pertama dulu, [klik untuk baca sinopsis] Zaliya mati. Memang aku tak mengikuti drama Asmara ni memandangkan masalah berebut saluran di rumah aku.
Dalam Drama Asmara 2 yang juga akan ditayangkan di Slot Lestary TV3 mulai 8 Mac 2011, setiap Selasa jam 9 malam ni, segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab sepanjang 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.
Asmara 2 masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen). Dengan drama yang mendapat hits 3.1 juta penonton ni lah nama Shah Jaszle dikenali ramai, then mulalah ditimbulkan dengan kisah cintanya dengan Maria Farida (sekarang dah putus) selepas timbul gosip berpeluk dengan Wan Sharmila. Dulunya juga aku sebut Shah Jaszle ni sebagai Shah Jazli, then skarang ni dah jadi Shah Jazel laks..alahai lidahku ini!

Kredit piccas goes to : Yusuf Ultraman
Sinopsis Drama Asmara 2
» Read More...
Share
Adeih..Ni lah bahananya petang tadi tido tak ingat dunia! Still at this time aku rasa belum mengantuk eventhough esok aku ada Mesyuarat Agung PIBG dan maybe ada kelas Addmaths dengan student aku. Aku pun tak ingat aku konfirm tak dengan diorang, sebab tadi aku tak masuk sekolah, pergi mesyuarat ABM Perjawatan di PPD. Kalao diorang ada esok, adalah!
Masa tengah meeting tadi, aku teruja dengan satu perkara! Tetiba tadi, aku terasa nak google keyword EGTukar ..dan terkejut, bila tengok blog aku kat atas sekali, website EGtukar sebetulnya di bawah? Aishh ni dah lawan tokey!

Walaupun Page Rank aku masih 0, aku tetap suka sebab Google sayang aku ketat2.
Masa meeting tadi, Pegawai tu pesan suruh kemaskini maklumat guru untuk Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2011 yang akan dibuka pada 1 – 22 April 2011 ni. So, beliau mengingatkan GPK dan Guru Data (aku la tu) untuk buat kemaskini maklumat mulai 1 – 27 Mac 2011 ni dekat laman web e-operasi dalam tempoh masa tu untuk 105 orang cikgu sekolah aku, maklumat asas , perkhidmatan, akademik, gaji, kursus, sejarah perkhidmatan. Fuhhh!!! Tadi aku dah tengok laman Web E Operasi tu, nampaknya kena buat pengemaskinian untuk semua guru, tak boleh nak skip untuk yang nak mohon EGTukar je…
See, tambah lagi kerja aku..Cuti sekolah minggu depan ni tetap kena kerja jawabnya. Patutlah orang takmoh jadi Guru Data, tapi aku rela terima, sebab banyak privilege dan ilmu yang aku dapat walaupun memang kadang stress tak hengat! Hanya Allah je yang tahu..Apapun, aku kerja kerana Allah untuk mendapatkan rezeki. Mudah-mudahan aku dapat jalankan kewajipan dengan ikhlas dan penuh dedikasi.
p/s: Yeehaaa…Duit KWSP dah masuk dalam akaun..Esok leh shoppen!
» Read More...
Share

Teruja dengan iklan Maharaja Lawak semasa menonton Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu ke 9 di ASTRO Prima tadi. Terpaku aku tengok iklan tu, oh ini rupanya Maharaja Lawak, Program Realiti Baru ala2 Survivor : All Star tu. Ops, korang faham tak konsep All Star tu? Maksudnya dalam program Maharaja Lawak tu nanti, finalis terbaik Raja Lawak Musim Pertama sehingga kelima akan digabungkan di atas satu gelanggang yang sama untuk merebut title Maharaja Lawak tu sendiri. Pasti havoc dan gempak abis kan?
Program Realiti Maharaja Lawak ni akan keudara setiap Jumaat, pukul 10 malam, menerusi Astro Warna dalam Pakej Mustika yang akan diterajui oleh AC Mizal sebagai pengacara. ASTRO rumah aku takde kedua-dua saluran ni, nampaknya memang tak berpeluang lah aku untuk menonton. Dulu memang aku tak berapa nak layan Raja Lawak ni, siap kutuk adik aku yg dulu memang suka layan, especially tang diorang tengok Nabil tu, aku lak nyampah lebih2 lagi lepas gosip panas tu. Tapi 2,3 minggu ni baru layan sebab nak cari bahan kut?

Barisan peserta Maharaja Lawak ASTRO. Kredit Pic to xylenedz and zzackillerz
Senarai Peserta Maharaja Lawak ataupun Finalis Raja Lawak yang akan menggegarkan Pentas Maharaja Lawak sama ada secara berkumpulan ataupun solo ialah:
» Read More...
Share
Guru sandaran boleh kerja semula, itulah yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Tongod, Sabah selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod.
Berita penyambungan semula kontrak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah menerima surat pemberhentian pada tahun lepas, 2010 pasti memberikan khabar yang gembira buat mereka.

Menteri Pelajaran pun dah bersetuju dengan khidmat GSTT ini dan membuat keputusan khidmat GSTT harus dikekalkan di sekolah. Dan dengarnya kemungkinan mereka GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun akan dihantar ke Kursus Dalam Cuti (KDC) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sebelum diserap ke perkhidmatan tetap. Dan GSTT ini juga diingatkan supaya bersedia berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.
» Read More...
Share
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Tengah semangat ni nak taip entry selepas menggeledah lipstik @ gincu bibir kepunyaan mama, Along, dan Mija. Semuanya gara-gara nak mengenalpasti personaliti dan keperibadian berdasarkan hujung lipstick. Mana aku dapat informasi ni? Kat sekolah petang tadi lah, daripada Kak Wa.
Sementara aku tunggu masa untuk kejohonanan merentas desa sekolah aku tadi, aku sempat lepak dekat meja Kak Wa, then aku tenyeh la Lip Ice Sheer Color aku kat bibir, yerlah, dok dalam aircond, kering woo. Tak sangka berbau wangi sampai semua yang ada dalam staff room tu tegur. Then Kak Wa mintak nak sikit lip ice aku, then dia cakap, “Mie macam Kak Wa, hujung lipstick runcing. Degil!” Bulat mata aku dalam hati mengiakan.
» Read More...
Share
“Ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan”
Itulah yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Menurut laporan perangkaan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

Walaupun masalah hutang adalah masalah personal, dan hak individu masing-masing, perlu difahami oleh penjawat awam bahawa masalah hutang ini boleh menjejaskan prestasi dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib. Inilah yang dikatakan “Masalah Keberhutangan Wang Yang Serius” term yang menjadi salah satu topik hot masa aku induksi dulu. Oh ya, jangan tak tahu, golongan yang berhutang untuk keperluan asas harian (Gharimin) termasuk jugak dalam golongan 8 Asnaf Penerima Zakat. Refer sini.
Semakin ramai yang muflis dan dibebani hutang yang serius antaranya hutang pinjaman perumahan, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan, perubatan dan pinjaman pengubahsuaian rumah . Mengapa? Banyak faktor yang mendorong masalah ni terjadi. Yang jelas pada pendapat aku ialah:
» Read More...
Share
Hari ni kat sekolah aku ada Pelancaran Kempen Hari Tanpa Plastik. Aku turun lambat masa pelancaran tadi sebab print surat Kelulusan Pergerakan Gaji staf, tapi sempat lah tengok kempen dirasmikan. Upacara pecah belon untuk perasmian, then banner tu terbuka. So lepas pada perasmian, masing2 bergerak dalam Unit Beruniform masing2 untuk kutip sampah. Abis citer tu..
Then hari ni maybe a good day for me kut with my outfit? Oh no, aku tak suka tayang muka sini oke. Boleh pulak a few cakap aku berseri2 hari ni? Siap tanya ada something good happen ke apa. Paling tak daya, my student, Pei She look at me dengan mata yang sepet jadi terbukak luas and ask “Teacher, you nampak putih hari ni, Very shiny” Sabar je aku, nampak sangat aku xckup putih selama ni. Rahsianya? Aku pakai Simply Siti C Bright Cleanser (adik aku punya) + bedak pixy je! Eh, citer ni pun bukan topik hari ni.

OK, actually lepas kelas tadi, ada terserempak dengan kawan aku, si Maz dia cakap husband dia nak jemput Cikgu Sains bagi ceramah teknik menjawab Sains PMR dekat sekolah dia di MRSM nun. Sempat cakap tu, “senang-senang ko je lah, Mie! Husband aku pun cakap kalo takde sapa, dia nak panggil ko je” Mau tak terkejut aku. Tadi sempat share dekat Twitter, thanks Gadisbunga dengan Si Cepit sebab support me :D Persoalannya, mahukah aku terima undangan ini?
» Read More...
Share
Tempoh diskaun bayaran kompaun trafik dilanjutkan selama 10 hari lagi, iaitu sehingga 10 Mac 2011. Itulah yang telah diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Putrajaya hari ini.
Kalau mengikut asal, tempoh untuk pemberian diskaun ni hanya diberi sehingga 28 Februari 2011 sahaja, tapi memandangkan masih lagi almost 17 Juta saman belum dijelaskan, ditambah pula dengan masalah sistem Offline semasa tempoh akhir bayaran hari tu, so kerajaan bersetuju untuk lanjutkan tempoh tu.
So, kepada yang masih belum bayar saman tu, dah sampai masanya korang lunaskan saman yang tertunggak tu. Selepas 10 Mac 2011 ni, jangan haraplah korang dapat diskaun. Rujuk entri Kadar Baru Kompaun Saman Trafik PDRM untuk tengok diskaun. Takda duit? Pandai sangat korang merempit, dah kena saman tak moh bayar? Lain kali berhati-hati di jalan raya tu, bersopan, ikut halaju yang ditetapkan, so taklah nak kena bayar saman pulak. Ada faham? Ceh macam cakap kat diri sendiri pulak rasanya ni.

Saman yang dah aku lunaskan sebelum dipanggil ke mahkamah..
» Read More...
Share
Akhirnya, siap jugak aku mengarang proposal untuk permohonan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan tu. Ceh, dah nak dateline baru sibuk nak apply, apa kes? Apa nak buat, nak mintak dengan tak mintak sama banyak je aku ni. Ni kalau kawan aku Ciikgu Tie tu tak ajak mintak, memang aku tak kuasa la.. Tapi dah member ajak, cuba2 lah kan. Cik Tie cakap tujuan utama dia nak cari jodoh masa buat Master nanti. Kira sambil menyelam minum air lah tu kan :D Jangan nanti yang ada tu tua2 dan dah bekeluarga sudah. Ceh, cakap2 macamlah dapat. Buat proposal pun last minute! haha..
Proposal aku ni takdalah gempak mana pun, dan masih lagi perlu dimurnikan esok. Setakat baru mula menaip jam 9.30 malam, dan berhenti jam 12.30 malam tadi, almost 85% siap. Ada lagi bahagian yang aku blur, langsung tak tahu nak tulis apa. Memang aku dah lupa abis! Google dalam internet pun masih lagi blur. Almaklumlah, dah lama sangat aku tinggalkan dunia2 penulisan ilmiah ni, last sekali tu masa buat tesis awal tahun 2003 tu laa..Mana lah aku nak ingat, kan? 8 tahun tu beb!
Then sebelum tidur tadi, tetiba je datang memori tentang Tesis aku zaman Degree dulu. Terus aku panjat kabinet dapur umah aku untuk ambil tesis aku. Senyum je masa aku pegang buku kulit keras hijau aku ni..hasil usaha 4 tahun demi untuk menggenggam ijazah.
» Read More...
Share

Geli pulak tengok gambar jari dalam jari ni kan…hoho
Blog..blog..blog.. sana sini orang duk cakap pasal blog, yang mana dengan tulisan dan pendapat di
blog pun boleh menggegarkan dunia. Tak percaya? Boleh refer berapa banyak kes yang melibatkan blog? Tapi untuk menjadi seorang
blogger yang beretika, bukan hanya blogging untuk syok sendiri, bukannya mudah. Eh
, blog aku, aku punya sukalah nak beretika ke tidak, apa ko kesah? Yup betul kata tu, tapi jangan dilupa, setiap kata-kata yang kita coretkan kadangkala boleh menyebabkan sesetengah pihak berasa hati, hati manusia ni lain-lain.
Sebab tu lah, memang sangat disarankan supaya
blogger ni hidup berkomuniti, bukan sahaja di alam nyata, malahan di alam maya sekalipun! Dari komuniti maya ni juga kadang akan bawa ke alam nyata tau! Dan dengan komuniti macam ni lah kita dapat rujuk merujuk, tegur menegur dan bertukar pandangan satu sama lain. Ops, bukannya mencari sekutu/pakatan (alliance) tapi at least bila ada timbul isu, korang ada tempat untuk meluah, atau bila ada persoalan, boleh jugak rujuk pada yang lebih arif, at least bila nampak blog kita, baca entry kita,
pembaca pun lebih respek dengan kita dan blog.
» Read More...
Share

Contest di Anjung Streamyx
Kami di Blog Reka Enterprise sukacitanya menganjurkan sebuah contest khas untuk penulis blog. Contest ini diwujudkan bagi mempromosikan perkhidmatan di laman Anjung Streamyx. Kami menjemput anda semua sebagai penulis blog untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh kami ini. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk anda.
Apa yang anda perlu lakukan?
Hasilkan sebuah artikel khas mengenai perkhidmatan Anjung Streamyx di blog anda. Artikel di blog anda adalah pilihan anda. Anda bebas untuk menceritakan tentang Anjung Streamyx di blog anda kreatif yang mungkin. Jika pernah menjadi pelanggan kami, kongsikan pengalaman anda bersama pembaca blog anda. Anda juga boleh memberi idea-idea baru untuk perkhidmatan Anjung Streamyx.
» Read More...
Share
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Pagi ni bangun, rasa lebih segar sikit badan walaupun malam tadi aku tidur lambat, dekat 1.30 am baru tido. Semuanya gara-gara nak siapkan scheduled post pagi nanti. Malam tadi tido aku tepek kaki dengan detox patch, almaklumlah, malam tadi kan makan besar bersama keluarga, mencekik ketam segala. So ofkos lah banyak toksin yang mengisi badan aku.
Dah beberapa hari lepas, gi je sekolah aku mesti mengantuk, eventhough aku tidur awal sekalipun. Yerlah, pas Isyak dah tidur, tapi bila pagi , kul 5 nak bangun still rasa liat lagi. Drive ke sekolah +50km pulak tu, sampaikan dalam kereta penuh bekal2 untuk dikunyah masa dalam perjalanan. Lagi tak tahan tu, pagi2 buta pun aku dah kunyah asam. Semuanya nak elak mengantuk.
So, harapnya hari ni aku tak mengantuk dalam perjalanan nanti. Kalau menjadi, aku kena ulang balik pakai detox patch lah jawabnya. Biarpun orang cakap memacam tentang Detox Patch yang tampal kat kaki ni,aku tak peduli pun. Yang aku kisah, effect dia pada diri aku, itu je. Amad Endo pernah share dengan aku post Aidid Muaddib berkenaan detox patch ni, dan aku pun dah bagi komentar yang panjang gilos kat entry dia tu. Entry seorang user, bukan entry seller okey.
» Read More...
Share
Baru sampai rumah setengah jam selepas berlibur bersama keluarga aku, pergi makan malam dan juga bawak anak buah aku pergi Funfair kat Tanjung Lumpur tu. Musnah planning nak siapkan proposal malam ni. Alamatnya, tunda esok lah pulak untuk buat tu. Apapun, selewatnya Rabu ni dah nak kena poslaju Permohonan HLP aku tu. Kalau tidak, tunggu iklan lain tahun lah pulak jawabnya.

Lepas Isyak tadi, kami sekeluarga dan makcik pakcik aku dari Kelantan ke restoran favourite kami kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Memang dah janji kalau sedara aku ni datang, nak belanja diorang makan menu istimewa kedai ni, Ketam Goreng Telur Masin yang memang tak jumpa kat mana-mana restoran lain di Kuantan ni. Ops, ada di New Horizon tapi dekat Marina Seafood Tanjung Lumpur ni lebih best! Lebih fresh dan yang penting besar! Kat New Horizon tu ketam kecil dan rangup. Makan sekali ngan kulit je so tak rasa kemanisan isi ketam tu.
Jom layan menu favourite kami yang wajib order di kedai ni..
» Read More...
Share
Senarai Protege yang terpilih untuk Mentor Musim ke-5 telahpun diumumkan melalui Jurnal Mentor jam 5 petang tadi di TV3. Sempat jugak aku mencelah menonton untuk melihat sendiri siapa protege pilihan Erra Fazira, Edry KRU, Rahim Maarof, Sharifah Aini, Noh Hujan dan Afdlin Shauki bagi Rancangan Realiti tergempak TV3 iaitu Mentor Musim ke-5 ini.
Konsert awal untuk memperkenalkan protege yang bertanding bagi Mentor Musim ke 5 ini akan diadakan pada 6 Mac 2011. Jadi, kepada peminat-peminat Mentor, jangan lupa untuk menonton okey! Di bawah ni aku senaraikan nama, gambar dan sedikit info mengenai Protege yang terpilih bagi Mentor 5 ni.

Mentor : Afdlin Shauki Protege : Ratnah Awal
Afdlin cakap dia nak cari seorang protege yang ada bakat seperti Tan Sri P Ramlee. Adakah Ratnah ni mempunyai bakat sebegitu? Macam biasa, nak cari info yang tepat, aku akan google, dan ini yang aku jumpa berkaitan Protege Afdlin Shauki ni. Rasanya betul kut :D dengan peserta terakhir yang shortlisted dalam Video kat entry ni.
Ratnah (Red) is 25 years old and was born in Kota Kinabalu, Sabah. She is a Pussycat Doll wannabe and is a fun and cool personality. Red started dancing in Primary School, mainly in traditional dance. She has been dancing professionally for 5 years with Bodycare Events Workshop, based in Sabah. For Red, it is like a dream come true being part of the PGLM team as she has always wanted to be in a musical ever since watching Cats on TV. She plans to compete in a ballroom competition after PGL. As a dancer, she loves to challenge herself and stays out of her comfort zone.
Source : PGL the musical Season 3
» Read More...
Share
Okey, first if all, aku mintak maaf sesangat la dengan visitor yang tunggu entry dari aku. Macam mana nak ada entry hari ni, aku dok sibuk buat kerja sekolah…ceh, tifoo semata jer tu. Memang ada 3 kerja yang aku planning nak settle weekend ni. Soalan Test Addmaths, Proposal Master dan juga Dokumentasi untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul sekolah aku, tapi none of them aku buat! Dowhh.. aku dok melayan citer hantu lol!
Ni semua gara-gara terpengaruh dengan technician aku, si Pijoe , tentang kisah hantu dekat rumah sewa RM50 di Seksyen 2, Shah Alam tu. Korang dah baca ke cerita tu? Since petang tadi, aku baca separuh dari citer tu, then aku kuar bercanda bersama keluarga, melawat Zoo Kuantan, balik rumah, dah magrib, aku sambung balik baca cerita tu.
Memang antara dua, nak caya ke tak caya ke sama banyak je aku rasa, tapi bila aku jumpa sumber asal dari pemilik cerita ni, Mr G yang mengatakan ni adalah cerita benar yang berlaku pada dia dan rakan-rakannya, aku hanya mampu nak ucapkan salam Takziah dan semoga roh Arwah Naim dan Salleh dirahmati Allah.
KISAH SERAM RUMAH SEWA RM50 SEKSYEN 2, DEPAN WETWORLD.
» Read More...