Share
Hari ni kalo dikira hari pertama untuk Cuti Persekolahan Penggal Pertama mulai 12 Mac 2011 – 20 Mac 2011. Siapa lah tak gembira bila cuti sekolah kan? Pelajar2 happy sebab tak perlu nak mengadap muka cikgu, kena paksa belajar hehari oleh cikgu macam aku ni. Tapi ke mana mereka menghabiskan masa cuti mereka? Ke mana para guru menggunakan waktu cuti ni?

Bagi cikgu yang ada budget lebih, biasanya cuti2 gini bawak satu family pergi bercuti. Itupun kalau dedua husband and wife memang cikgu.
Bagi cikgu yang bujang, ada yang menamatkan zaman solonya dengan mengambil time cuti sekolah ni untuk berkahwin.
Bagi cikgu yang suka memasak, time cuti gini pergi belajar buat kek, ataupun coklat dsb. Macam cikgu2 sekolah aku jerk…
Bagi cikgu yang berdedikasi, time ni lah pulun kelas tambahan hari2 dengan pelajar.. Macam aku dan cikgu2 lain sekolah aku ler tu..
» Read More...
Share
Bilakah keputusan SPM 2010 akan diumumkan? When will the SPM 2010 result will be announced? Barangkali itulah yang menjadi tanda tanya dan persoalan kepada semua calon SPM 2010, ibu bapa, dan guru setelah keputusan STPM diumumkan hujung Februari lalu. Untuk makluman, seramai 467, 970 calon SPM 2010, mengambil peperiksaan di 3,594 pusat peperiksaan seluruh negara sepanjang 23 Nov – 20 Disember 2011 lepas.

Tips penting ambil result SPM dalam pakaian dan rupa yang kemas :D Jangan lupa janji temu kita pada tarikh di atas ya… pakai hensem2 lawa2 tau calon SPM 2010!!
Berita pengumuman mengenai tarikh sebenar keputusan SPM 2010 ini keluar diterbitkan dalam akhbar NST semalam. Memang sebelum ni, sudah banyak blog dan laman sosial yang membuat spekulasi tentang tarikh keputusan SPM 2010 ni akan diumumkan, tapi aku masih tetap mengambil langkah berdiam diri sehingga keputusan rasmi keluar.
KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23. Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.
Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide. There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.'
» Read More...
Share
Video kereta, bot, dan bangunan dihanyutkan air..
Japan TSunami 8.9 March 2011
>> Harta di dunia hanya pinjaman sementara, yang abadi hanya Dia!
» Read More...
Share
An 8.9-magnitude earthquake has struck off Japan’s north-eastern coast, shaking buildings in Tokyo for several minutes and sending people out into the streets. The most devastating earthquake to hit Japan in at least 300 years rocked the country on Friday afternoon, triggering a 10-meter tsunami that violently engulfed cars and other objects in its path in northern Japan, forcing tens of thousands of people to evacuate their homes and setting off tsunami warnings for 53 countries around the world.

Smoke rising from Tokyo's waterfront Daiba district after the quake
Houses swept by a tsunami smoulder near Sendai Airport in Japan
» Read More...
Share
Petang tadi, kita dikejutkan dengan berita tsunami dan gempa bumi dengan magnitud 8.8 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun. Tsunami setinggi 4 meter itu telah menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air. Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
» Read More...
Share
Hari ni hari terakhir untuk Ujian Mac/ Penilaian 1 tahun 2011 untuk sekolah aku dan mungkin juga untuk beberapa sekolah lain. Jawabnya, dalam cuti sekolah ni, nak kena marking paper students dan buat analisis. Macam aku sahaja, jumlah skrip yang perlu aku periksa, Scince
+70 skrip manakala Addmaths
+50 skrip Form 4 dan Form 5.
Semalam sempat habiskan satu kelas untuk Science Form 2. Alhamdulillah, markah semuanya melebihi 50% dan ramai yang bertabur dekat range 70-90%. InsyaALLAH boleh push mereka 30 orang ni untuk gred “A” PMR 2012 nanti. InsyaALLAH. Hope satu kelas lagi pun tidak ada yang failed.
Untuk paper Addmaths yang baru je dijalankan semalam, Ketua Panitia Addmaths cakap student jawab laju je. Tak toleh kiri kanan seperti sebelum ni. Sampai kami pulak yang konfius, soalan senang sangat ke? Tapi memang soalan tu, based on format SPM jugak, bukan by chapter. Ataupun mereka ni dah memang betul2 dah sedar diri? Alhamdulillah, senang kerja kami nanti. Aminnnn.
» Read More...
Share
![unifi1_thumb_thumb[3] unifi1_thumb_thumb[3]](http://lh3.ggpht.com/_qdUQIatdkMk/TXjnW-enIZI/AAAAAAAAFV0/doDfxHmghiI/unifi1_thumb_thumb3_thumb3.png?imgmax=800)
Internet berkelajuan tinggi
Jika dibandingkan dengan Streamyx, UNIFI tergolong dalam kelas yang tersendiri. Hal ini disokong dengan penggunaan teknologi fiber optik yang memberikan pengguna kelajuan internet sehingga 20Mbps. Kelajuan seperti ini telah digambarkan oleh TM di dalam iklan komersial mereka mengenai penggunaan internet yang meluas dalam kehidupan seharian.
Bermula dengan urusan di dalam rumah, urusan di pejabat, membeli-belah, perniagaaan, permainanan dalam talian dan pelbagai lagi menggunakan internet dengan sepenuhnya. Semua perkara ini memerlukan kelajuan internet yang pantas supaya dapat menyokong dengan baik setiap aktiviti yang dijalankan. UNIFI juga cukup terkenal dengan istilah ‘Free-lagging streaming’ yang membawa maksud berkaitan dengan kelajuan UNIFI itu sendiri. UNIFI yang telah diperkenalkan sejak tahun lepas telah mempunyai hampir 750 000 pengguna seluruh negara (Utusan Malaysia , 6/01/11).
» Read More...
Share
Urusan tinted kereta aku dahpun selesai maghrib tadi selepas menunggu 2 jam lebih untuk diorang siapkan. Kedai yang aku tinted tu kat Jalan Beserah, nama kedai Perfect Cool Station. Sebelum ambil keputusan nak ke kedai tu, aku sempat ke Tokaito, depan tempat masuk parking Kuantan Parade tu tapi mahal! RM750 untuk satu kereta.
Then, aku pergi kedai B yang aku cakap dalam entry tinted sebelum ni, tapi dia buat kerja tak tutup. Pernah aku terbaca yang sebaiknya kalau nak buat tinted ni, dalam tempat yang tertutup, kira kedai tu bercermin lah. So, aku direct ke Kedai A untuk menyelesaikan hal tinted kereta aku tu.

Operasi Memotong Solar Tint Film mengikut ukuran tingkap.
» Read More...
Share
Wah..Epik Hikayat Merong Mahawangsa yang diwar2kan dah keluar di pawagam rupanya hari ni! Maklumlah, aku ni bukannya selalu gi tengok wayang tu, so memang tak tahu sangat current movies ataupun filem akan datang ke pawagam. Memang sangat jarang! Jom layan dulu Lagu Tema Filem Hikayat Merong Mahawangsa yang menelan kos RM 8 juta kalau tidak silap. Bolehkah pulang modal? Kalau tengok usaha KRU, memang aku yakin!
Apapun, suka dengan lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain ni walaupun aku tak berapa nak suka Anuar Zain ni. Ops, macamlah dia suka aku, kan? Bukan pe, lagi tak daya, leh pulak dia benarkan peminat untuk buat apa sahaja pada dia?? Dahla ramai peminat dia sah2 perempuan, makcik2, bini2 orang dan seangkatan dengannya. Rela? Eisk..takkan tak naik nafsu diperlakukan sebegitu rupa? Opsss…sensitif!!! Aish..jomlah layan Video Klip Sedetik Lebih ni dulu..
Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa - Sedetik Lebih ; Anuar Zain
» Read More...
Share
Semalam balik dah penat sesangat. Sebab balik je sekolah, pergi TOYOTA, my sis uruskan pasal renew insurans dengan road tax dia, sesambil tu pergi survey kedai tinted kereta yang murah tapi berkualiti kat Kuantan.
Sempat survey 2 kedai je dekat Jalan Beserah. Maklumlah, hanya dua kedai tu je yang aku nampak. Dedua kedai bagi rate harga RM5++ dengan jaminan 5 tahun beserta dengan warranty JPJ. So, kalau JPJ saman, bawak je surat saman dekat dia.
Kedai A : RM 520 dengan ketelusan cahaya 65% tahan panas, tak gelap sangat pun. Pemasangan dalam masa 2 jam.
Kedai B : RM 560, cermin depan 95% tahan panas, dan yang lain 70%. Dia suggest different jenis sebab yang 70% tu gelap. Tak pasti pula berapa jam pemasangan tu. Lupa tanya.
Kalau nak tinted murah, memang berlambak! RM20 untuk 4 pintu pun ada, tapi kalo pasang tinted hanya untuk menggelapkan kereta, tapi bahaya untuk kulit dan meningkatkan risiko kemalangan, bahaya gak! Stylo memang lah, tapi kalau dah gelap sangat, nanti kurang peluang untuk mencari jodoh di atas jalan raya sebab orang tak nampak. Hiks..Lagi pulak, aku nampak, kalaulah tetiba terlibat dalam kemalangan ke, sesak nafas dalam kereta ke, cermin pulak gelap, macam mana orang nak selamatkan kita kalau orang tak nampak kita ada kat dalam. Lagi2 kalo tinted yang jenis memantulkan.
» Read More...
Share

Pihak TUDM akan mengadakan Hari Terbuka TUDM sempena Memuliakan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang iaitu mengikut butiran berikut:
Tarikh : 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pangkalan Udara Kuantan, Gambang Pahang
Pelbagai acara akan dijalankan sepanjang majlis tersebut berlangsung antaranya adalah seperti berikut:
» Read More...
Share
Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam 8 Mac 2011 ternyata memberi kelegaan kepada golongan muda yang berhasrat ingin memiliki rumah ataupun memiliki hartanah sendiri.
Skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dan dibentangkan dalam Bajet 2011 lalu, adalah usaha sama kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd serta institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Melalui Skim Rumah Pertamaku ini, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM 3000 sebulan boleh mendapatkan pinjaman perumahan 100% daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk membeli rumah yang berharga di antara RM 100,000 – RM 220, 000 dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun. Pihak kerajaan melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10% seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah sebelum ini.
Syarat untuk memohon Skim Rumah Pertamaku:
» Read More...
Share
Entry ringkas je..Nak show off barang2 yang baru je aku beli kat SOGO weekend lepas {uisk, buruknya niat!}
Jujurnya, lantaklah korang nak cakap aku jakun ke apa, seumur hidup aku, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke SOGO tu. Heaven gila aku rasa shopping di mana penuh satu floor dengan barangan tertentu dengan pelbagai jenama. Kalau kat Kuantan ni, sangat limited nak beli barang! Shopping paling best pun hanya kat Parkson ECM ataupun Megamall je. Yang lain, pergi je kat butik2 sendirian berhad.
Ok, apa yang aku beli? Jom usya!

COLORIS Handbag yang berkilau! Tak pernah jumpa pulak jenama ni kat Kuantan, tapi sekali tengok memang terus berkenan, tapi tali dia agak pendek, susah nak fit bawah ketiak dan lengan aku yang besar ni. Tapi dah hati berkenan, sambar je lah, kang balik menyesal tak sudah! Harga = RM 142.xx selepas diskaun 20% kut.
» Read More...
Share
Bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia yang ke 100 tahun hari ini, 8 Mac 2011, aku nak kongsikan dengan korang lagu-lagu khas untuk wanita seluruh dunia yang dinyanyikan oleh Projek Pistol, dengan judul lagunya Wanita Seluruh Dunia. Dalam Video Klip Projek Pistol – Wanita Seluruh Dunia ni ada Fara Fauzana.
Enjoice!!!!
Lirik Lagu Wanita Seluruh Dunia
Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..
» Read More...
Share

Untuk pengetahuan semua, tarikh 8 Mac adalah tarikh istimewa yang diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia @ Antarabangsa (International Woman’s Day). Manakala 8 Mac 2011 bersamaan hari Selasa pula merupakan sambutan hari wanita sedunia ke 100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk tahun 2010 ialah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Begitu juga tema Hari Wanita Sedunia untuk tahun 2011 iaitu “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita”
Tidak kira siapa anda, mahupun di mana jua anda berada, selagi anda bergelar wanita mahupun perempuan, Hari Wanita Sedunia ini adalah untuk anda. Indah kan kalau pada hari ini wanita dilayan seistimewa mungkin, bangun daripada tidur dikejutkan mesra bersama sejambak bunga, sarapan pagi disediakan suami, dan pendek kata, beshnya kalau hari ini dilayan seperti permaisuri! yerlah, bukan selalu pun, sekali setahun jer kan. Opss adil ke? Hari Lelaki tak pernah pulak termaktub dalam mana-mana kalendar pulak kan?
» Read More...
Share
Desas-desus tentang siapa Pengacara Program Realiti Hiburan Terunggul di Malaysia, Akademi Fantasia musim kesembilan, AF9 yang merupakan Akademi Fantasia terakhir oleh ASTRO telah terjawab pada Majlis sidang akhbar petang tadi.
Untuk Akademi Fantasia Musim terakhir ini, Pengacara Popular, Aznil Hj Nawawi telah diberikan kepercayaan oleh ASTRO untuk menerajui Akademi FAntasia tersebut. Semoga AF9 akan kembali ceria dan menarik bersama Paknil!
Jom dengar apa kata Paknil:
Tak sabar nak menunggu pengumuman siapa tenaga pengajar dan juga Pengetua AF9. Memang saja nak bagi banyak kejutan nampaknya! Takpe, aku akan tetap sabar menunggu AF9 ni. Mungkin pengumuman akan dibuat bersama dengan pelajar yang terpilih? Hanya masa akan menentukan.
Tahniah Aznil Hj Nawawi kerana diberi kepercayaan untuk membuka dan menutup lembaran episod Akademi Fantasia! You’re the best AF Host ever!
» Read More...
Share
Assalamualaikum WBT.
Korang kenal tak Blogger Gadis Bunga? Ni alamat blog dia. http://www.gadisbunga.com/ GB ni kawan aku since dari sekolah rendah lagi, sekelas dan memang kawan bertepuk tampar lah kata orang. Blogger Nombor Sebelas pun kawan sekolah rendah aku, cuma dia kelas sebelah lah, tapi dia ni sesekolah ngan aku sampai abis SPM kan sepul? Ops, terperasan ada sesuatu dengan No.11 dan Lolly? Anyway, i love the way both of them write their entry! Bukan macam aku yang dah dikuasai SEO dalam diri! So then u should give them a visit! Jeles woo tengok gambar yang cantik, dan komen yang banyakkkk!
Oh ya, back to topic. Yup, Gadisbunga memang merajuk dengan aku sungguh2 kut? Alkisahnya hari ni kami ada jemputan kahwin ex-schoolmate sekolah rendah kami, Paklan adik beradik di Seksyen 17, Shah Alam. Majlis sambut menantu 3 mempelai, Azlan Shah & Siti (Perak), Ahmad Shah & Aida (Sepang), serta Alif Shah & Dayang (Sarawak). Aku tak konfirm akan pergi actually, tapi my family mmg akan pergi sebab parents Paklan ni kawan parents aku. Sama geng TUDM dulu.

Dah makan, baru ingat nak ambil gambar hidangan kat kenduri tadi. Suka dengan kerabu tempe + suun (lauk nasi ambeng) tu! Daging dia sangat banyak perisa tambahan! Tapi sukalah sebab lain dari kenduri lain.
» Read More...
Share
Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau semestinya menjadi penantian kepada semua rakyat Malaysia terutamanya yang berada di kawasan pengundian tersebut. Keputusan PRK untuk N27 Merlimau, Melaka dan N28 Kerdau, Pahang dijangka diketahui pada pukul 8 malam ini.


Tadi kebetulan masa mesyuarat PIBG, jumpa dengan Kak Pah, bekas GPK Petang sekolah aku, sekarang dah jadi Pengetua. Confuse sebab dia tak habis2 pegang tangan aku. Hiks..Hari tu ada dia ajak aku gi sekolah dia, tapi aku dah cakap, sure takkan lepas punya! Nak mintak tukar pun kena fikir banyak kali dek kerana jawatan yang dipegang.
Kak Pah tadi pulang awal sebab nak pergi Kerdau, untuk menyokong perjuangan anak saudaranya berkempen. Aku tak tanya dengan lanjut yang mana anak saudaranya, cuma dah nama dia Sharifah, so aku fikir, Calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad lah orangnya tu. Profil Syed Ibrahim, Calon Wakil Rakyat Kerdau adalah seperti berikut:
» Read More...