BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Earth Hour 2011 | Bukan Sekadar Padam Lampu! Baca Simbolik & Sejarah di sini..

Share

Hari ni 26 Mac 2011 merupakan Hari Earth Hour 2011. Kalau siapa dah biasa dengan Earth Hour ni, memang sedia maklum, bila 26 Mac setiap tahun, merupakan Hari Earth Hour sedunia dan pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, negara yang menyertai dan menyokong akan memadamkan lampu serta peralatan elektrik mereka selama tempoh itu iaitu selama sejam (60 minit)

 

EARTH hour 2011

Apa itu Earth Hour?


Earth Hour merupakan kempen untuk membanteras pemanasan iklim global oleh WWF (World Wildlife Fund) yang dipelopori oleh WWF  Australia untuk menanggulangi pemanasan global. Kemudian, tahun ke tahun Earth Hour disambut baik oleh masyarakat dan pemerintah seluruh dunia.


Kenapa Perlu Tutup Lampu?

» Read More...

M Nasir, Ramli MS dapat gelaran Datuk | Tahniah!

Share

013036286nasir-horz

 

Tahniah kepada M Nasir dan Ramli MS kerana baru sahaja dianugerahkan pangkat dan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang semalam, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyampaikan anugerah darjah kebesaran kepada seramai 148 orang sempena ulang tahun keputeraan baginda.

Senarai penerima Darjah Kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri adalah seperti berikut:

Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Gelaran Datuk

Tengku Nor Aizah Sultan Abu Bakar , kerabat

Tengku Zabedah Sultan Abu Bakar , kerabat

    Ramli Mohamed Salleh (Ramli MS)
    Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir)

» Read More...

Gangguan Misteri Nusantara

Share

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera

Ini adalah kisah benar yang berlaku yang telah berlaku pada aku malam tadi. Sejak dipinjamkan Nexus S oleh #maxis10, sememangnya aku akan bersengkang mata bermesra dengan Nexus S ni. Even post ni pun aku live blogging menggunakannya so tak pasti lagi macam mana rupa post ni bila publish kelak.

Malam tadi, jam 11+ aku dah terlelap depan lappy. Kebiasannya kul 2pagi baru aku tido tp semalam,bila terjaga around 12.16 gitu, aku rasa mengantuk yang amat, so aku bangun,tutup lappy, tutup lampu, TIDO!

Tak pasti pukul berapa, tapi rasanya baru je sebentar aku lelapkan mata ,aku mengalami gangguan aneh, aku rasa macam ada something berdekatan aku. Aku rasa macam aku keluar cari family aku tapi rasa badan berada dalam bilik. Then at last,aku bebetul bangun, switch on lampu bilik aku dalam keadaan again seriau jugaklah!

Mungkinkah aku kena tindih? Aku basuh kaki sebelum tido, aku mandi balik sekolah petang tu, dan aku tak keluar gi mana pun.

Then,hampir2 nak lelap dalam keadaan lampu terpasang tu, tetiba dengar bunyi macam cengkerik, tapi bukan cengkerik! Bunyi yang Lebih sharp dan tak pernah aku dengar. Lokasi dari belakang almari aku,tepid tingkap berlangsir. Aku pun goncang sikit langsir tu. Bunyi tu hilang serta merta.

Balik sekolah aku story dekat mak dengan Adik aku tentang ni. Rupanya ada belalang pelesit dalam Umah aku semalam. Gambar kat atas tu la tempat diorang nampak belalang tu duk usha dekat mama
IoAku tak sedar sebab duk dalam bilik rupanya diorang dah berperang halau belalang pelesit ni. Mama macam takmoh cite lelebih so aku pun buat risikan melalui Google lah!

Belalang pelesit ni biasanya ada tukang bela. Kira macam dihantar sebagai cctv untuk menyamar oleh pemiliknya. Itu yang aku baca. Kesahihan aku tak pasti
Apapun, aku harap ALLAH melindungi Kamil sekeluarga daripada dengki khianat manusia. Harapnya belalang semalam tu hanya tersesat,jangan datang lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.7

» Read More...

Video Bunuh Diri Terjun KBMall | Gambar Perempuan Awek Melayu Cubaan Terjun di KBMall | Suicide Attempt Youtube

Share

Terkejut, tergamam, terpana kami sekeluarga. Menakutkan! Baru jer tengok Video Seorang Budak Perempuan Bunuh Diri dengan terjun dari KB MALL. Mujur tergerak hati nak jenguk Facebook tadi. Tak pasti apa motif budak perempuan ni cuba bunuh diri dengan terjun dari bahagian atas KB Mall. Mungkin sebab gagal ataupun kecewa dengan keputusan SPM yang diumumkan semalam, ataupun mempunyai masalah dalaman atau masalah dengan boyfriend atau masalah keluarga? Wallahualam.

Tak pasti bila tarikh dan masa sebenar kejadian ni berlaku. Tapi around petang2 dalam jam 4 – 5 petang tadi 24 Mac 2011 dan direkodkan dan dkongsi sendiri oleh perakam video tersebut yang berada di tempat kejadian KB Mall masa tu.

Video baru cuba-cuba nak terjun:

Mujur ada pasukan BOMBA yang pantas datang untuk cuba menyelamatkan cubaan bunuh diri budak ni. Berjayakah diselamatkan?

» Read More...

Sekolah dan MRSM Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2010 | Senarai Top 10

Share

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), ataupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mana yang terbaik untuk Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 ni?

Sudah semestinya ini menjadi persoalan dan panduan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar untuk menentukan kredibiliti sekolah tersebut. Untuk menentukan wajar atau tidak sesebuah sekolah ataupun MRSM itu dipilih untuk menjadi tempat pembelajaran anak-anak mereka kelak.

 

Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan SPM 2010:

saser_1

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (mulai 8 Mac 2011) or formerly known as Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER)

Pencapaian:

  • Dua tahun berturut-turut sebagai Sekolah Terbaik SPM 2009 dan SPM 2010.
  • Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2010 = 0.89 berbanding SPM 2009 = 0.97.
  • 143 daripada 266 calon SPM 2010 memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran
  • 16 orang pelajar terbaik, A+ dalam semua mata pelajaran berbanding 2 untuk SPM2009.

» Read More...

Analisis Keputusan SPM2010 | Terima Kasih Cikgu!

Share

IMG_20110323_115901

 

Berakhir sudah debaran calon SPM2010 setelah Keputusan SPM 2010 telah diumumkan pada pagi tadi dan para pelajar mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing. Dan lebih membanggakan seluruh warga pendidik dan warga sekolah, keputusan SPM 2010 adalah keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun ni. Tahniah untuk semua yang berjuang berhempas pulas untuk memastikan peningkatan saban tahun.

 

Sedikit fakta nombor ataupun Analisa Keseluruhan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 seluruh negara adalah seperti berikut:

Jumlah Calon SPM 2010

467, 970

Jumlah Calon mendapat CEMERLANG semua A (A+, A, A-)

9,239 (peningkatan 1,252 orang berbanding 7,987 SPM 2009

Jumlah Calon mendapat semua A+

363 berbanding tahun 214 pada SPM 2009

Sekolah Terbaik SPM 2010

SM Sains Tunku Munawir (SASER) dengan GPS 0.89, 143 daripada 266 calon mendapat semua A. Hebat!!

 

Alhamdulillah, di sekolah aku juga, banyak peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti. Analisis Keputusan sekolah aku masih lagi dalam proses. Maybe esok atau lusa baru available. Ada dua orang pelajar yang memperolehi gred A dalam semua matapelajaran iaitu 11A dan juga 10A dan menempatkan kami sebagai sekolah harian pertama di Daerah Pekan. Terima Kasih ya Allah!

» Read More...

#maxis10 – 6 | Nexus S helps the teachers via ThinkFree Office!

Share

P1030976

 

Alhamdulillah, bersyukur sangat bila ada Nexus S dalam gengaman sekarang ni. Sememangnya tak dinafikan, hidup pun dah jadi lain. Ada je masa terluang, mesti nak tengok skrin, explore sana sini. Memang aku akui, aku kejakunan!

 

Tapi tak kisah la kan. Banyak yang aku belajar dengan Nexus S ni. Rasa lebih berteknologi pulak bila pakai smartphone ni. Ahaks. OKe, apa yang dah Nexus bantu ni sebenarnya?

» Read More...

#maxis10 – 5 | Pakej Maxis untuk Samsung Google Nexus S

Share

heroBanner

Samsung Google Nexus S adalah telefon pintar kedua yang dikeluarkan oleh Google selepas Nexus One. Nexus S merupakan telefon pintar Android pertama yang menampilan Android OS 2.3 yang juga dikenali dengan Gingerbread OS, processor paling laju setakat ini. Di Malaysia, Maxis Berhad memberi peluang kepada pelanggannya untuk merasai sendiri pengalaman mengujakan melayari internet untuk bekerja dan bermain hanya dari Nexus S.

Harga pasaran  @ Recommended Retail Price (RRP) bagi seunit Nexus S ini ialah : RM2499. Wow! Memang tidak tercapai dek akalku sendiri! Tapi, dengan pelan data Maxis, pelanggan yang berminat boleh mendapatkan Nexus S ini dengan harga mampu milik seperti di bawah:

maxis

** Credit image to : Andyhowt

Honestly, aku tak membeli Nexus S ni melalui mana-mana pelan di atas pun memandangkan aku hanyalah diberi pinjam oleh Maxis sepanjang dua minggu ini untuk membuat review. Kalau lah selepas ni menjadi hak milik, memang rezeki lah! RM2499 tu, sapa nak bagi? Tapi untuk melayari internet bagi menguji Nexus S ni, sememangnya Internet Hot Ticket Hotlink (Maxis) tetap menjadi pilihanku! Maklumlah aku dan keluarga pengguna Maxis yang setia ok!

» Read More...

1001 Blogger Idola Dr Faiz Mencari Nuffnang Meminang Cikgu Dahlia? Sebuah Entry Koya!

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Sure terpinga2 kan apsal tetiba aku semacam sikit. Ada pergolakan ke kat dunia blog sekarang? Tajuk pun tak panjang mana, dan apa kaitan aku dengan Nuffnang lagi? Dah kembali bertaut ke?  Atau Nuffnang nak bagi aku advertorial job? Hiks perasantan! LOL

Oke..actually, tajuk post kali ni comprises beberapa perkara, in exact it is 5 .. yang dah lama aku simpan dalam draft. So better aku sekalikan je lah dalam satu post ni! Jamak terus, lebih mudah!

Tips : Klik perkataan yang bewarna biru tu untuk bawa anda ke dunia berbeza..

Apa Dengan 1001?

1000

1001 tu membawa maksud entry ni adalah entry ke 1001. Tak sedar pulak aku yang dah cecah 1000 post kat blog aku ni rupanya..Kalau dikira, lebih dah rasanya, sebabnya ada beberapa post yang aku dah buang dari blog ni sebenarnya. Post-post kontroversi dan yang aku fikir macam memburukkan orang dsb. Biarpun post tu boleh menaikkan trafik aku. Insaf dah..huhuh.

» Read More...

#maxis10 - 4 | Apa Ada Pada #MaxisNexusS Selepas 5 Hari?

Share

Diam tak diam, habis dicongak, dah 5 hari aku diberi peluang bermesra dengan Smartphone Samsung Google Nexus S ni. Yup, kalau dikira, ini merupakan pengalaman pertama aku menggunakan smartphone. Sebelum ni memang aku pernah beli Blackberry, tapi aku tak feel la dengan itu BB. Skrin tak cukup besar, takda kimia kata orang!. Sapa suruh beli! Beli pun sebab terapi diri selepas stress. Haha.. Bahaya!

Ok, untuk Entry kali ni, aku rasa ada baiknya aku tayangkan dulu rupa sebenar Samsung Google Nexus S ni pada korang. Buat jamu mata dulu eh :D

Sesi Unboxing the Box…

P1030966

Dalam setiap paper bag yang diberi kepada 10 lucky #maxis10 Nexus S reviewers, ada sebuah kotak smartphone Samsung Google Nexus S ni. Dalam kotak tersebut mengandungi  1 unit Smartphone Nexus S, 1 unit charger, 1 unit USB cord, 1 unit earphone dan beberapa panduan waranti dan keselamatan.

» Read More...

Cara Semak Keputusan / Result SPM 2010 guna SMS

Share

Boleh ke semak Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan menggunakan SMS? Barangkali itu bakal menjadi persoalan ramai, tak kira calon SPM 2010 sendiri, para ibu bapa serta guru-guru. Antara nak percaya ataupun tidak. Yerlah, selama ni, bila keluar je keputusan, bekas pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut akan memenuhi sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing. Kalau jauh sekalipun, akan telefon sekolah untuk bertanyakan keputusan mereka.

Tapi, sekarang, lebih mudah! Dengan perkhidmatan SMS yang disediakan oleh MAMPU, calon-calon SPM 2010, ibu bapa dan guru boleh menyemak Keputusan SPM 201o melalui mySMS 15888. Itu yang disiarkan di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 BannerSPMSemak

 

Panduan / Cara untuk menghantar SMS untuk membuat semakan keputusan SPM 2010 adalah seperti berikut:

» Read More...

#maxis10 – 3 | CikguDahlia.com vs Nexus S for 14 Days

Share

P1030971

 

Seperti yang telah aku khabarkan sebelum ni, Maxis dah appoint aku untuk buat review tentang telefon pintar terbaru Samsung dan Google yang diberi nama Nexus S. Smartphone dengan Android Gingerbread ni telah aku terima masa launching dan briefing oleh @Fiona dan @April untuk review Maxis10 tempoh hari bersama dengan reviewers lain. Boleh refer entry sebelum ni seperti di bawah:

Entry 1 >> Launching of Samsung Google Nexus One in Malaysia by Maxis

Entry 2 >> The lucky #Maxis10 reviewers for Samsung Google Nexus S

 

Selepas sesi briefing, kami diberi sebuah fail yang ada appointment letter beserta dengan surat penerimaan set Nexus S yang ditandatangani dan dihantar bersama salinan kad pengenalan. Selepas tu barulah diberi bag berisi smartphone Nexus S ni..Teruja beb nak pegang! Yerlah, antara orang terawal di Malaysia yang diberi peluang untuk pegang, rasa, test dan review....Fuhhh! Bangga…Dahla harga smartphone ni sebulan gaji aku tu..tapi tu lah, ada tugas review yang menanti di hadapan, bukan dapat PERCUMA!

» Read More...

Back to School!

Share

Cuti Pertengahan Penggal 1 dah pun habis, maka tamatlah cuti yang sepatutnya aku kecapi tapi banyak aktiviti terisi. Seminggu cuti sekolah ni duk travel KL-Kuantan-Kota Bharu – KL – Kuantan – Kota Bharu – Kuantan. Mujur jugak cuti dah habis, kalau tak, ada yang ke JB pulak. Alahai.

Cuti sekolah ni boleh laa aku tak terkejar sangat, sebabnya skrip ujian bulan Mac hari tu dah awal2 aku marking sebelum cuti sekolah bermula dulu. Yerlah, kan ada student Addmaths aku yang yakin dapat 100%, mana aku tak sabar nak menanda?

Dapat 100% ke budak tu? Malangnya tidak..kecewa gak aku! banyak sangat careless mistakes yang dia dan beberapa pelajar buat. So far, memang aku agak berpuas hati dengan prestasi pelajar untuk Ujian Mac 2011 ni berbanding ujian dan peperiksaan lepas. Untuk Sains Tingkatan 2, alhamdulillah, semua LULUS dan untuk Addmaths T5, ada peningkatan bilangan LULUS, manakala untuk Addmaths Form4, prestasi diorang bukan di tahap membimbangkan yakni bawah 25% hanya ada 3 orang je.

GRED SPM PMR

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais