BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Yati Ayam Percik | Bukan Entry Memuji…

Share

IMG_20110415_120436

Aku kat Kota Bharu sekarang ni. Pagi tadi, sebelum ke destinasi tujuan sebenar di Pasir Tumbuh, kami sekeluarga singgah makan pagi di Restoran Ayam Percik dekat Jalan Long Yunus, Pengkalan Chepa. Aku search restaurant melalui Aplikasi Maps pada Nexus S, dicadangkan restoran ni, thats why kami singgah.

Sampai kedai tu, jam 11.00 pagi dan kami memang pelanggan pertama rasanya sebab kedai nampak baru buka, di samping lauk2 tengah dalam kuali, sedang dimasak dan ada dipanaskan. Kenapa aku kata panaskan? Sebab nampak ketulan beku berbentuk segiempat dalam kawah tu. Tak kisah la kan..aku tak ambil port pun..walaupun aku curious, lauk perhangat ke atau apa..

Kami masuk ke bahagian dalam restoran, sebab bahagian luar tu agak panas dengan kawah2. Tengok sekitar, memang impressed jugak sebab Restoran Yati Ayam Percik ni dapat Gred A. Patutlah recommendations by Google! Then dekat dinding ada menu dengan gambar dan harga menu seperti berikut:

  • Nasi kerabu – RM 1.80 (sepinggan dalam gambar)
  • Ayam Percik saiz 1/4 – RM 5.00 (sepinggan dalam gambar)
  • Daging Bakar – RM 3.50 (sepinggan seperti dalam gambar)
  • Telur Masin – 1.40 sebiji
  • Bawang jeruk – RM 0.70 sebiji
  • Solok Lada – RM 0.60 sebiji
    Datanglah waiter..ambil order..makanan kitorang order ialah Nasi Kerabu 4 pinggan, Ayam Percik 2, Daging bakar 1, telur masin 2, bawang jeruk 1, solok lada 1, nasi putih 2, air mata kucing, air sirap biji selasih, teh ais, air suam, air kosong. Sesambil tunggu, macam puji2 lah, sebab tak mahal sangat hidangan di sini dsb.

» Read More...

Angin Perubahan…

Share

Assalamualaikum WBT..

Quite tiring today.. Ni pun baru je sampai rumah jam 5.30 petang tadi, selepas ke sekolah jam 6.30 pagi tadi, membelah kegelapan subuh hari laluan Pekan-Kuantan. Paling tak best, pepagi lagi kat Jalan Permatang Badak tadi ada pokok tumbang betul2 melintang jalan. Nasib baik masih ada laluan bersebelahan untuk dilalui, kalau tidak, jalan jauh lah pulak. Dah la terlewat keluar pagi tadi. 6.30 pagi pun dah kira lewat tau!

 

Sampai pulak kat bandar Pekan, habis laluan kena pesong. Main road yang aku lalui hari2 kena lencongan ke jalan lain. Aku ingatkan sebab ada event ke apa, rupanya sebab ada contruction jambatan baru kat jalan tepi sungai tu, so habis laluan jadi One way. Membebel dan mengumpat jugaklah aku dengan perubahan drastik yang tetiba berlaku di pertengahan minggu tu.

 

LADAP : EduwebTV

IMG_20110413_080929

Pagi-pagi tadi, singgah ke makmal komputer, untuk menjenguk Cikgu Tie menjalankan kursus EduWebTV untuk cikgu-cikgu bidang Bahasa. Tujuan utama nak pergi snap gambar beberapa orang guru untuk Projek Cenderahati tu, (refer sini), tapi dah terjadi fasi jugak. Pening melayan mereka yang lemah IT ni rupanya..Nak taip kat address bar pun takut2 lagi…tahan sabar je la..Senyummmmm…

 

Jadual Baru

IMG_20110413_110723

Hari ni jugak, start jadual waktu baru..Perasan tak hari Selasa, kelas aku 5 masa direct? Dengan 3 masa berturut Sains..budak2 tu dah terkejut semalam, tapi aku sendiri yang alter jadual aku ni. Yup, jadual saya banyak lompang, sebab saya GDM yer..Sepatutnya lebih banyak lompang2 itu :D

Oh ya, ini jadual waktu ke-4 untuk tahun 2011. Memang macam nilah, bila ada cikgu keluar masuk, pindah sana pindah sini, jadual pun bertukar. Jadual yang baru ni pun tak mungkin akan bertahan lama. Sebab selepas jadual ni diterima, dapat lagi satu khabar bahawa seorang lagi cikgu diarahkan bertukar atas Keperluan Perkhidmatan..UWaaaaa!!!

» Read More...

Fobia Cinta – Nashrin My Star LG

Share

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Korus
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

(ulang korus)

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

(ulang korus)

Denyutan jantung aku tergendala..

» Read More...

Temuduga

Share

Berdebar sebenarnya..takleh nak fokus untuk menaip..

Berdebar dengan keputusan #maxis10 tu…dan berdebar dengan ni..

hlp

Dalam masa seminggu ni banyak persediaan aku nak kena buat nampaknya.. Persediaan mental dan fizikal, dan persediaan diri dengan ilmu untuk menjawab soalan-soalan masa temuduga nanti.

Dah empat tahun aku tak attend mana-mana temuduga..Last pun masa untuk perlantikan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Siswazah DG41, tahun 2007 dulu. Tapi tetap kena harungi kan..

“Dah kita nak mintak duit dia, kenalah berhempas pulas untuk cuba sampai berjaya”..tu kata-kata Cikgu Tie pada aku. Dia yang beria benar ajak aku untuk mohon ni, maklumlah, aku ni apply pun saat akhir, buat proposal pun sehari semalam.. Momentos Tesisitos. InsyaALLAH aku akan berjuang bersungguh-sungguh! Ni titik tolak haluan kerjaya aku di masa akan datang.

Tapi aku masih blur apa yang perlu aku persiapkan..maksud aku isu-isu terkini lah..yang korang ada idea tak?    NKRA, PIPP, Tsunami Jepun, Pergolakan di Mesir, Syria dll, Kes Cikgu kena tumbuk sampai patah hidung di Perlis, Kes Video Seks Seri Carcosa, Pilihanraya Negeri Sarawak, Kes Pegawai KAstam mati di Pejabat SPRM, lagi apa ek kena tahu?

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais