Share

Semalam masa driving back to Kuantan, dah lepas Tol Gambang dah pun, dapat twitter SMS (aku tak on 3G), new tweet dari @MaxisComms regarding status Nexus S tu. Yerlah, dah 2minggu aku menunngu status hak milik Samsung Google Nexus S ni.
Berdebar tau, sebab takut kena pulang. Mana taknya, dah rasa macam sendiri punya pulak. Kalau berpisah, sure agak sedih. Yerlah, eventhough Mr Eyriqazz dan Mr Bean Moreno dah cakap pasti jadi hak milik, perasaan tak senang tu semestinya tetap ada. Bak kata Mr Eyriqazz, November babies…hak hak.
Walaupun tak dapat any letter macam yang Mr Darkbatman dan Kak Yanmie dapat ni, dari tweet tu boleh dikira aku punyalah kan? Maybe hari ni dapatlah kut emel dari Fiona. Tapi hari tu masa dapat jadi reviewers #Maxis10 pun tak dapat letter macam tu. Tak kisahlah kan, as long as dah jadi hak milik aku sendiri. Sapa tak nak smartphone harga RM 2499 dapat Free kan?
Kalau nak jugak teruskan membaca yer…
» Read More...
Share
Assalamualaikum WBT.
Selamat berhujung minggu buat semua yang sedang membaca. Aku baru je sampai dari KB tengah malam tadi, dalam 12.00 lebih. And till now, aku masih belum tidur. Nanti karang otw ke KL (esok kan aku ada interview), aku tidurlah sepuas-puasnya. Hiks.
Ni nak cerita pasal diari. Bukan pasal diari aku. Aku ni hanya tahu buat laporan harian pada blog je. Serius! Tulisan aku pun dah tak secantik dulu sebab jarang sangat aku menulis! Lebih senang tekan2 huruf keyboard ni. Kisah diari yang aku nak citer ni adalah pasal diari yang buat aku tersepit. Menyesal pulak aku baca diari orang tu…huuhhuuu

3 diari free aku dapat tahun 2011 ni…muka rezeki.. :D
Kisahnya macam ni….
Khamis lepas, berlaku episod dramatik antara aku dan student aku menarik sebuah buku. Aku dah mintak baik-baik dengan budak tu, tapi dia refuse nak bagi. Once again, aku mintak dia tak bagi. Aku memang pantang tengok student aku buat kerja lain masa aku tanpa keizinan aku. Lepas beberapa kali mintak, dia tak bagi dan memang taknak bagi. Sampai aku naik suara pun dia tetap berdegil…last2 naik minyak lah aku jadinya!
» Read More...
Share
Tamat sudah Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011 semalam. Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga telahpun mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak di Astana Negeri, Sabtu malam selepas Barisan Nasional (BN) disahkan memenangi dua pertiga majoriti dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Pada pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Ini juga adalah penggal kelapan Taib yang juga pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981. Pada pilihan raya negeri 2006, Taib telah mengangkat sumpah jawatan sehari selepas BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya itu.
Keputusan muktamad kedudukan kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, tahun 2011 adalah seperti berikut:
| Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan - 71 |
| Barisan Nasional - 55 |
| DAP - 12 |
| PKR - 3 |
| Bebas - 1 |
| PAS - 0 |
| SNAP - 0 |
| Parti Cinta Malaysia – 0 |
Senarai penuh pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak 2011 boleh dirujuk di sini.
» Read More...