Share
Dalam cuti 3 hari ni..maksud aku cuti weekend dan Hari Pekerja, 1 Mei 2011 .. ramai betul yang mengambil peluang mengadakan majlis-majlis walimatul urus. Termasuklah jugak Perkahwinan Diraja Prince William dengan Kate Middletown yang cantik dan sweet itu.. Congrates for them..Macamlah mempelai tu baca blog aku..miaahaha..

Atas ni gambar majlis kahwin yang berlangsung di Padang Sungai Isap 2 dekat rumah aku hari ni. Satu padang beb~!!! Jangan ingat tu khemah2 Jom Heboh TV3 yang sedang berkhemah kat Padang MPK2 Kuantan lak.. Gambar atas ni padang Sungai Isap jer.. Aku tak perasan perkahwinan siapa…nampak banner tadi. Aku tak pergi pun, sebab tak kenal pun siapa. Malu ah nak pergi makan FREE ;D
Tadi pun aku dah pergi kenduri anak jiran lama aku, anak dia Kapten Tentera, berbesan dengan orang Jeli, Kelantan. Tak tunggu pun upacara jalan bawah pedang tadi, sebab hari sangat panas. Berangan gak nak kahwin bawah pedang..Hahaha..berangan je laa..Pedang samurai laaa ko! Esok pun ada kenduri kawan adik ku kat Cheras, dan lusa pulak kat Kampung Teluk Mahang, Batu 5 Kuantan ni yang akan kami sekeluarga hadiri. InsyaALLAH.
Tak pergi Jom Heboh tahun ni sebab takde Kekasih Handsome & Tinggi~~
» Read More...
Share

Happy Birthday to You…Happy Birthday to You..
Happy Birthday to my both brothers, Abe dan Adik..
May All your wishes comes true and Allah always bless you…
p/s: Actually their birthday is on 25th April, dah wish ..but so lazy to update in blog…:D
Happy Birthday to anyone that celebrates the day today!
» Read More...
Share
Salah satu faktor utama orang berblog, semestinya sebab duit kan? Salah satu faktor..so aku tak tujukan semua oke..Jangan salah anggap! Makin lama, blog2 pun dah makin bercambah, even blogger yang ada sekarang pun, bukannya ada satu je blog..Banyak! Agak-agak berapa income harian blogger2 ni ya?
Eh, sebok tanya income blog orang…income blog aku seharian? Ada ke nak tahu? Tak banyak… 37 USD je sehariannn…tu yang malas nak kepohci…

**Sumber : http://websiteworthreport.com/
37 USD = RM 111.204 sehari???? Wahhhh…kalo sebulan, dah RM3336.12 !!! Makcik kayo! Makcik kayo!! Dalam mimpi jer lahhh tu…haha…Average aku sebulan around 300 je pun sebulan.. Tu pun dapat dari advertiser utama aku si Innity tu..
Faisal dan Melvister tu boleh laa nak dapat banyak tu setiap bulan…Sebab dia memang target untuk jadi Problogger. Aku ni nan ado! Update blog pun malas!!!
Anyway, kalo korang serius nak buat duit dengan blog, nak menjadikan Blogging ni source income korang, komited pada blog anda! “Income berkadar terus dengan Usaha”.. Sama macam dalam pekerjaan kita kan?
So kalo betul nak serius, ..aku pun serius, tapi taklah tahap nak jadikan blog ni sumber utama, sebab aku rasa dah capai apa yang aku nak…Tengah cari masa nak explore peluang baru.. Apa dia?? Hanya masa menentukan…Idea dah ada dalam kepala…Mungkin perlukan khidmat korang?…
» Read More...
Share
Semalam, 21 April 2011 dah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan untuk meraikan kejayaan pelajar yang berjaya dalam Peperiksaan Awam iaitu PMR, SPM dan STPM dan juga peperiksaan dalaman di samping untuk menghargai usaha keras guru-guru sekolah aku dalam mempertingkatkan kecemerlangan pelajar.
Pada hari kejadian tu, aku tak terlibat apapun, sebab aku punya tugas sebelum majlis berlangsung. Mujur kali ni tugas menyediakan Buku Program bukan bawah tanggungjawab aku. Syukur!

Pipi berkilat?? Tahulah selicin kulit telur ayam! haha
Daftar kehadiran dulu …kang dikata tidak hadir, kena surat tunjuk sebab! Lagi teruk kalau tak dapat rasa feel itu.. Actually kena standby untuk naik ambil hadiah, takut2 Ketua Panitia aku tak kelihatan. Aku diarahkan untuk standby :D .. sebab tu bersusah payah belit shawl..sahaja nak menampakkan kelainan sebab bukan selalu ada majlis melaram..
» Read More...
Share

Olimpiad Matematik Antarabangsa ataupun International Mathematical Olympiad (IMO) adalah Kejohanan Pertandingan Matematik Dunia untuk kesemua pelajar sekolah menengah dan diadakan setiap tahun oleh negara yang mengambil bahagian. Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang pertama diadakan tahun 1959 di Romania, dengan tujuh negara menyertai. OMK ini telahpun berkembang ke lebih 100 negara dari lima benua. Badan Penasihat Olimpiad Matematik Kebangsaan akan memastikan bahawa persaingan berlangsung setiap tahun dan bahawa setiap negara tuan rumah mengamati undang-undang dantradisi dari IMO.
Di Malaysia, Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Kebangsaan ini lebih dikenali dengan judul Olimpiad Matematik Kebangsaan ataupun OMK. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah menegah di Malaysia. Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) ini merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik
Malaysia (PERSAMA) dan diadakan serentak di ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengahari
Tempat : Di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia.
Seperti sebelum ini, pertandingan Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:
| Kategori Bongsu | Tingkatan 1 dan 2 |
| Kategori Muda | Tingkatan 3 dan 4 |
| Kategori Sulong | Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya |
» Read More...
Share
Masih Adakah Cinta? Ni adalah lagu dari kumpulan Ada Band yang aku mula dengar melalui trailer Sinetron Cinta Melody tu. Boleh rujuk sini untuk menonton trailer dan membaca sinopsis Cinta Melody tu. Lagu tema utama OST Sinetron Cinta Melody ialah lagu Aishiteru dari kumpulan Zivilia Band (refer sini untuk mendengar)
Video Klip Ada Band - Masih Adakah Cinta
Lirik Lagu Ada Band – Masih Adakah Cinta
Tak akan pernah sirna
Bayang tentang dirimu
Mengharap kau kembali
Ke dalam pelukan
Hanya sisakan perih
Luka yang semakin dalam
Sampai kapan ku harus tangisi
Rindu yang tak terbalas
» Read More...
Share
Lagu tema ataupun Original Soundtrack (OST) untuk Sinetron Cinta Melody yang bakal ditayangkan berjudul Aishiteru (Aku Cinta Kamu) yang didendangkan oleh Zivilia Band. Actually, aku agak konpius, sebab kalo dalam trailer Cinta Melody (refer sini untuk sinopsis dan trailer), lagu yang berkumandang adalah lagi dari Ada Band berjudul Masih Adakah Cinta..takpe takpe.. layan jugaklah ya lagu Aishiteru (Aku Cinta Kamu) ni yer..
Video Klip Lagu Aishiteru – Zivilia Band (OST Cinta Melody)
Lirik Lagu Aishiteru (Aku Cinta Kamu) – OST Cinta Melody
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
» Read More...
Share
Trailer Cinta Melody sudahpun disiarkan di Astro Ria. Nampaknya, episod akhir Sinetron Kejora dan Bintang akan disiarkan pada 4 Mei 2011. Agaknya bagaimana episod Kemuncak Kejora dan Bintang?

Cinta Melody? Jangan lupa baca sinopis Sinetron Cinta Melody ni ya…
Cinta Melody ..tajuk ala2 Cinta Kirana ni, menampilkan Chelsea Olivia sebagai Melody, Randy Pangalila yang merupakan Galang dalam Cinta Kirana, dan dalam Sinetron Cinta Melody ni, nama wataknya ialah Elang.. nampaknya memang nama2 yang lang lang ni disukai oleh penulis skrip di sana! Jangan nama langsuir sudah! Pelakon lain yang akan membintangi Cinta Melody ialah Poppy Bunga , Rheana Dea , Afifa Shahira , Feby Febiola , Febby Lawrence , Amara , Zidni Adam , Marini Burhan , Krisna Murti Wibowo ,Ferry Salim , Derry Drajat , dan Niniek Arum. Entah siapa, aku pun tak kenal!
Sinopsis Cinta Melody
Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan.
» Read More...
Share

Akhirnya kerja design aku siap jugak. Design apa? Untuk cenderahati Hari Guru tu lah. Dah la deal dengan seller Payung Botol tu, tapi dia macam tak berminat nak berniaga jer.. Buat aku stress jer takut tak sempat nak buat tempahan. Kalau tak berminat nak berniaga, cakaplah awal2, ini tidak, gaya macam yer yer je nak pos hari ni, tapi semalam aku sms, emel, call, semuanya tak berbalas. Konfius! Nasib baik tiada operasi pemindahan wang dilakukan. Mujur!
Aku dah pun berjaya cari supplier lain untuk payung botol tu. Dan alhamdulillah, lebih mudah berurusan, dan syarikat tersebut juga menyediakan khidmat mencetak terus pada payung tersebut. Kalau tiada aral, 1 Mei ni semua cenderahati yang aku tempah, Payung Botol dan Shikaku Glass tu boleh diambil dari supplier di KL sinun. Mudah-mudahan! Pening nak settle mende alah ni, sampaikan blog pun tak sempat berupdate, thanks dauspozi (Ingat Hijau, Ingat Daus)sebab perasan dan tegur di twitter tempoh hari. :D
Terima kasih juga yang sedia berkunjung ke blog aku ni. Nampak chatbox penuh, komen bertambah, dan tapak kasut korang kat sini! Terima kasih juga kepada Admin Mata Cokelat sebab membariskan aku dalam Blogger Cun Melecun..Kembang kempis hidung!!! Wakakaka.
Macam tu lah keadaan aku bila aku dalam mood busy…Desktop berserabut! Bilik aku lagilah!! Tapi aku tak suka orang lain tolong kemaskan..Nampaknya esok kena buat operasi kat bilik aku ni, di samping dobi mendobi…sebelum menyiapkan data OPMEN untuk meeting Isnin ni…
» Read More...