Kes Simbah Asid semakin menjadi-jadi nampaknya sekarang ni dan sehingga hari ni, terdapat 23 buah kes simbah cecair yang seakan asid telah dilaporkan di seluruh negara. Hampir kesemua kes simbah asid ni hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang dan nampaknya kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja.
Apa motif serangan simbah asid ini dilakukan? Kerana dendam, marah ataupun masalah jiwa yang dialami oleh pelaku? Atau untuk menunjukkan protes terhadap pihak tertentu, mahupun sekadar tunjuk hebat?
Kronologi / Senarai Lokasi Kes Simbah Asid yang dilaporkan mengikut tarikh:
Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi.
Kes terbaru ialah di Wangsa Maju pada Jumaat, 13 Mei 2011. Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal. Bagaimanapun, cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal. Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini memandangkan bahan yang digunakan adalah berlainan.
Cara / Paten Serangan Kes Simbah Asid
Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.
Di dalam kebanyakan kes serangan simbah asid yang berlaku ni, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.
Gambar Lakaran Wajah Suspek Kes Simbah Asid – Fotofit
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini.
Pihak polis juga telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah.
Langkah Berjaga-jaga untuk Elak Serangan Simbah Asid / Cecair:
- Elakkan jalan berseorangan tak kira di mana anda berada.
- Bawa senjata di dalam beg tangan anda. Payung botol, penyembur serangga ke, ataupun pepper spray.
- Jalan jauh dari jalan raya dan berhati-hati apabila ada motor yang cuba mengampiri anda
- Bagi yang memandu, pastikan tingkap kenderaan anda sentiasa di tutup dan jangan turunkan tingkap apabila diketuk, ataupun berhenti di mana-mana. Kecuali tempat tersebut benar-benar selamat.
- Bawa air bersama-sama anda setiap kali ke mana sahaja sebagai langkah awal mengelakkan kesan cecair / kesan simbahan asid tu.
- Laporkan terus kepada polis sekiranya ada ternampak kejadian simbah asid ataupun anda hampir diserang dengan simbahan asid. Ambil dan kutip botol tersebut dengan menggunakan lapik.
Pesanan khidmat masyarakat:
Jangan hanya disebabkan anda berada ni negeri lain, jauh dari lokasi kes simbah asid dilaporkan, anda rasa terselamat. Amalkan sikap berhati-hati tak kira di mana saja kita berada. Itu paling penting! Bagi yang beragama Islam, amalkan ayat ataupun doa pendinding diri setiap kali keluar rumah. Baca doa, ayat kursi semoga Allah memelihara kita di mana saja kita berada. InsyaALLAH.
» Read More...


