BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Tanah Runtuh Hulu Langat (Gambar) | Senarai Mangsa Terkini Rumah Anak Yatim

Share

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Taqwa, Hulu Langat boleh dilihat di sini.

Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu 21 Mei 2011 . Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja yang mana kesemuanya adalah terdiri daripada lelaki.

gAMB

Gambar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa ditimbus tanah (bahagian kanan gambar)

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa runtuhan tanah tersebut dan tertimbus di bawah runtuhan. Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Difahamkan, berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata dan keemua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri.

TANAH RUNTUH / LEMBAH AZWIN

Gambar Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Hulu Langat

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

» Read More...

Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Hulu Langat (UPDATE)

Share

Sedih. Itu yang mampu aku gambarkan tatkala megetahui berita ataupun kejadian tanah runtuh yang menimpa sebuah Rumah Anak Yatim di Hulu Langat, Selangor.

Dikhuatiri, 20-30 orang anak yatim yang mendiami Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, tertimbus di bawah runtuhan tanah yang berlaku lebih kurang jam 2.20 petang tadi.

cedera

Gambar penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang, sebentar tadi. - Foto BH Online

Berita Terkini / Update Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim

3.38 pm : 3 kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam laporan awal

4.57 pm : Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.

 

Untuk Update tentang Kejadian Tanah Runtuh di RUmah Anak Yatim ni, jangan lupa tonton berita di TV ya.. Mari kita sama-sama mendoakan lebih ramai yang berjaya diselamatkan daripada tertimbus. Mudah-mudahan Allah memudahkan kerja mencari dan menyelamat Anggota Bomba kita.

» Read More...

Keputusan EGTukar Jun 2011

Share

Bilakah boleh tahu keputusan EGTUKAR? Seorang teman blogger yang sudah pastinya bergelar guru, bertanyakan aku. Mengikut laman rasmi EGTUKAR, Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011 iaitu pada hari Rabu ini.

Dengan itu, semua guru yang memohon pertukaran boleh semak Keputusan Permohonan pertukaran bagi sesi Jun 2011 di lawan web rasmi Eg Tukar. InsyaALLAH daku akan buat pengumuman di blog apabila proses semakan keputusan EG Tukar boleh dibuat ya sebab ramai yang menunggu pengumuman di blog ni.

STATISTIK ANALISA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI MENENGAH SESI JUN 2011

statistik egtukar menengah jun 2011

Mungkinkah orang Kelantan memang ramai yang menjadi guru?? Disebabkan itulah permohonan masuk semestinya Kelantan mengungguli carta.

Kalau tidak percaya, tengok pula Statistik Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri melalui Sistem EGTukar bagi Sekolah Rendah untuk Sesi Jun 2011.

 

STATISTIK ANALISA PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI RENDAH SESI JUN 2011

» Read More...

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik bagi sesi Jun 2011

Share

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik bagi sesi Jun 2011 boleh mula disemak berpandukan Program yang dipohon mengikut tarikh di bawah:

BIL

PROGRAM

TARIKH

1.

  • Program Diploma bagi Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi KPM
  • Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik bagi pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) 
  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal bagi Lulusan Diploma Politeknik 
  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik bagi Lulusan Diploma Politeknik

22 Mei 2011
(Ahad)
mulai 2.00 petang

2.
  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan)(AEU) bagi Lulusan Diploma Politeknik 
  • Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif(AAD) bagi Lulusan Diploma Politeknik

30 Mei 2011
(Isnin)
mulai 2.00 petang

 
 
Semak Status Permohonan ke Program Pengajian Peringkat Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi Sesi Jun 2011 di sini dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan.
 

Jika tidak berjaya semak di atas, sila klik gambar ataupun link di bawah untuk ke laman Web untuk Semak Keputusan Permohonan ke Program Pengajian Peringkat Diploma Politeknik bagi kemasukan sesi Jun 2011:

check poli

http://www.politeknik.edu.my/semakkhas/index.asp

» Read More...

Gambar Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan Elia Jejariruncing | Tahniah!!

Share

DSC02039

Tahniah dan Selamat Bertunang untuk

Khairul Fahmi Che Mat & Aimie Harmelia

Semoga ke Jinjang Pelamin..dan bahagia ke akhir hayat. InsyaALLAH.

Siapa tak kenal Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan KFCM? Penjaga Gol yang berasal dari Kelantan, yang tetiba menempa nama sehingga pernah menjadi worldwide trend dekat twitter selepas Malaysia memenangi Piala Suzuki tahun lepas. Bukan senang tau nak jadi buah mulut dekat twitter tu…

Yang lebih untungnya, Elia, pemilik blog Jejari Runcing yang berdomain di http://jejariruncing.blogspot.com/ . Masih ingat lagi, waktu kali pertama masa blog dia dulu, followers dia hanya 400.. dan tak sampai beberapa jam, dalam masa sehari, dah jadi 4000 followers! Sekarang? Dah 14 000+ kau!! Untung betul kalau jadi pasangan orang glemer kan?

Majlis Pertunangan Khairul Fahmi CHe Mat dan Aimie Harmelia ni diadakan pada 17 Mei 2011 bertempat di Kuala Lumpur bertemakan Arab (Arabian Theme Engagement Ceremony). Yang paling best dan teruja, bila melihatkan gambar kek yang direka khas sendiri oleh Elia ni untuk Khairul Fahmi Che Mat.

kek tunang khairul fahmi che mat

Kek Jersi rekaan Elia sendiri untuk tunang tersayang, Khairul Fahmi Che Mat

kek tunang elia jejariruncing

Kek Apple Notebook .. mesti dari Khairul Fahmi Che Mat untuk Elia kan?

Majlis Pertunangan di antara Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ni memang istimewa dan menarik! Kalau dah majlis Pertunangan pun meriah macam ni, agaknya, bagaimanakah Majlis Perkahwinan dan Persandingan Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ni kelak ya? Boleh jadi Wedding of the Year ataupun Wedding of the Decade gak ke?? Tak dipastikan pulak bila Majlis Perkahwinan akan diadakan.

Of course, gambar-gambar di atas, daku ambil dari Blog Elia Jejariruncing sendiri.. Kalau nak tengok gambar yang lebih banyak, sila jenguk ke link di bawah ni:

Gambar Majlis Pertunangan KFCM dan Elia Part 1

Gambar Majlis Pertunangan KFCM dan Elia Part 2

 

Congrates for both of them…berseri-seri wajah Elia ni kan? darah tengah manis tu :D

» Read More...

Video Maharaja Lawak Minggu ke 8 Review

Share

Maharaja Lawak Minggu ke 8 telahpun melabuhkan tirainya sebentar tadi bagi siaran 20 Mei 2011 di ASTRO WARNA. Nampaknya, gelaran Maharaja Lawak ataupun Juara bagi Pertandingan Maharaja Lawak bakal diketahui dalam masa terdekat. Siapakah yang layak dinobatkan sebagai Maharaja Lawak? Adakah Jambu? Sepah? Jozan? Nabil yang menjadi pilihan anda sebagai Maharaja Lawak 2011?

Dalam Maharaja Lawak Minggu ke8, menyaksikan kumpulan R2 diundi masuk mengatasi peserta lain iaitu Amir, XN3, Wai, Alex, dan Jihan. Aku memang setuju benar Kumpulan R2 yang terpilih untuk diberi peluang menyertai kembali Maharaja Lawak pada minggu ke8 ni berbanding peserta lain yang 5 tu.. Kenapa? Sebab lawak dia walaupun tak best sekalipun, taklah buat orang menyampah. Betul tak? Ops, yang tadi memang best okeyy.

Sepanjang menonton rancangan Maharaja Lawak Minggu ke-8 di ASTRO WARNA tadi, aku banyak lelap dalam jaga. Bukan lawak peserta Maharaja Lawak minggu ke 8 ni tak best, tapi memang aku kepenatan hari ni. Penat mental dan emosi. So, mana yang Persembahan tak best tu memang aku layan tido je.

Ranking Persembahan Maharaja Lawak Minggu ke 8 mengikut kacamata daku..

1. JOZAN – Maharaja Lawak Minggu ke 8 : Lawak Spastik

Persembahan Jozan minggu ni memang buat aku gelak terguling-guling. Idea diorang fresh gitu. Mula-mula konpius gak, apsal tak bukak lampu, rupanya ada sebab. Songsang rupanya. Memang spastik abis ah!! Meh tonton Video Persembahan Jozan untuk Maharaja Lawak Minggu ke-8 ni. Very recommended!!

Video Youtube Maharaja Lawak Minggu ke 8–Kumpulan Jozan

2. SEPAH – Maharaja Lawak Minggu ke 8 : Lawak Makcik Rewang

Aku bukanlah peminat setia Rancangan Raja Lawak sebelum ni dan memang meragui, apa best sangat Sepah ni? Tak sangka, diorang ni memang kreatif dan inovatif!! Lawak yang ringan…don’t try this at tempat korang rewang tauu! Jom layan persembahan Kumpulah Sepah untuk Minggu ke-8 ni..Penuh dengan sindiran beb! Highly recommended!

Video Maharaja Lawak Minggu ke 8–Kumpulan Sepah

Ada lagi Video Persembahan bagi Minggu ke 8 Peserta Maharaja Lawak yang lain..Klik je tajuk post ataupun Read More okehh…

» Read More...

PROSPEK ganti PTK mulai 1 Julai 2011 | Kaedah Penilaian 360 Darjah??

Share

PROSPEK atau Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi akan menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah. Menurut Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, terdapat lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru (PROSPEK) tersebut.

8 Prinsip Teras PROSPEK

  • Falsafah,
  • Tujuan,
  • Dimensi Kompetensi,
  • Kaedah Penilaian dan Pembangunan Kompetensi,
  • Fleksibiliti,
  • Kawalan Kualiti,
  • Ganjaran, dan
  • Pencapaian Penilaian.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan.

Selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.

Kaedah Penilaian PROSPEK

Kaedah penilaian PROSPEK bagi kumpulan pelaksana iaitu penjawat awam tidak lagi berasaskan peperiksaan seperti PTK sebelum ini tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.

Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi

  • 'cemerlang dan berpotensi tinggi',
  • 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau
  • 'memerlukan pembangunan'.

Ganjaran Penilaian PROSPEK | Faedah Pembangunan Diri & Kemajuan Kerjaya

    Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.
    Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.
    Faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri.
    Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.
    Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya.
      PROSPEK | Siapa Panel Penilai?
      Ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan. Keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.

      Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai. Buat masa ini pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.
        3 Permohonan CUEPACS terdahulu
        - Kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu;
        -   Kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.
        -  Insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.

        Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.
        Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA

        **Dipetik dan diolah dari Sumber Asal : BERNAMA untuk rujukan.

      » Read More...

      Galakan Berdoa | Adab-adab Berdoa

      Share

      berdoa

       

      RASULULLAH s.a.w bersabda yang bermaksud:

      "Doa itu ialah ibadat."

      Riwayat Bukhari

      Huraian Hadith:

      1. Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.

      2. Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.

      3. Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.

      4. Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

      **Tazkirah hari Jumaat ini dipetik dari Mstar Online

       

      Adab-Adab Berdoa

      • Menadah kedua2 belah tangan
      • Ikhlas kerana Allah
      • Memulakan doa dengan sanjungan kepada Allah dan RasulNya
      • Bersungguh2 memanjatkan doa kepada Allah dan yakin Tuhan akan mengabulkannya.
      • Tashdiq dan menghadirkn hati di dalam setiap doa
      • Memanjatkan doa yang baik2 semasa senang mahupun sulit
      • Tidak mendoakan keburukan kepada orang lain
      • Merendahkan suara ketika berdoa.
      • Tidak berlebih2 dalam memanjat doa
      • Mendoakan dri sendiri terlebih dahulu sebelum mendoakan orang lain.
      • Menghadap kiblat
      • **Credit to : Shira Ahmad

      » Read More...

      Lagu Tema OST Nur Kasih The Movie Bertemu Cinta | Mila Jirin

      Share

      Filem Nur Kasih The Movie, kesinambungan daripada Drama Nur Kasih akan mula ditayangkan secara serentak di kesemua pawagam di Malaysia hari ini, 19 Mei 2011. Kepada peminat setia Drama Nur Kasih pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Filem Nur Kasih The Movie.

      Drama Nur Kasih The Movie yang pernah ditayangkan di TV3 setiap Jumaat jam 9.00 malam pada tahun 2009 sememangnya berjaya mengubah corak drama di Malaysia. Dengan rating penonton yang dikatakan 3.9 Juta untuk Drama Nur Kasih, mampukah Filem Nur Kasih The Movie mencapai target yang lebih? Tak sabar nak tunggu Review Filem Nur Kasih The Movie ni ..

      Apapun, jom kita layan dulu lagu OST Nur Kasih The Movie, Bertemu Cinta dendangan Mila Jirin (Mila Juara AF5) yang dimuatkan dalam Filem Nur Kasih The Movie selain daripada Lagu Tema Utama Nur Kasih, Nur Kasih dendangan Yassin dan Tiz Zaqyah serta Lagu Tanpamu yang dinyanyikan oleh Sabhi Saddi dan Helena. Jom layanz…

      Video Klip Lagu Tema Nur Kasih The Movie – Bertemu Cinta (Mila Jirin)

      Video Klip Bertemu Cinta – Mila Jirin (OST Nur Kasih The Movie)

      Lirik Lagu Bertemu Cinta – Mila Jirin (OST Nur Kasih The Movie)

      Tiada siapa menyangka
      Benci derita jadi bahagia
      Harapan tinggi jauh tak terduga
      Jarak cinta cuma di depan mata

      Chorus
      Bertemu cinta kita akhirnya
      Setelah tangis tanpa suara
      Bertemu cinta bagai cahaya
      Menyuluh hati menjadi kasih sejati
      Kita bagai ombak di lautan
      Terhempas pedih badai dugaan

      Ulang Chorus

      Lantaran kasihmu dan kasihku
      Tiada rahsia pemisah kata

      Bertemu cinta di ambang syurga
      Mengutus doa biar menjadi anugerah
      Bertemu cinta indah sempurna
      Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

       

      Nak download MP3 lagu Bertemu Cinta (OST Nur Kasih The Movie) ni secara percuma?? Maaf, blog ni memang dah lama tidak membenarkan download lagu artis-artis tempatan. Sokonglah industri muzik tanah air.. (padahal takut kena saman..hiks :D

      » Read More...

      Wordless Wednesday #1

      Share

      rejection1

      **Influenced by Ohdaus and refer Ariffshah,why?

      » Read More...

      Cikgu Dahlia Dapat Hadiah Hari Guru Tak?

      Share

      Assalamualaikum WBT..

      Tarikh 16 Mei 2011 dah hampir nak berakhir, dan sebelum detik itu berakhir, Cikgu Dahlia nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat kesemua reader blog Cikgudahlia.com yang bergelar guru @ cikgu di seluruh Malaysia ni tak kira sama ada anda adalah seorang guru tetap (GST), GSTT ataupun Guru Ganti sekalipun. Hari Guru adalah hari untuk anda diraikan :D 

      Tak lupa juga kepada rakan2 blogger yang bergelar guru, Cikgu Tie, Cikgu Tehr, Cikgu Aried , Cikgu Imanshah, Cikgu Laili, Cikgu Sarah Najwan, Cikgu Nur, Ustazah Eija, Paklong Sifu, Cikgu Liza, Cikgu Syahir, Cikgu Isza, Cikgu Azrin, Cikgu Ceiut, Cikgu Normah, Cikgu Naman, Cikgu Farha, Cikgu Akuzle, wife Eyriqaz dan ramai lagi yang tak dapat aku list di sini..Maaf, kuasa memori dan semakin lemah..Hanya taip yang mana terlintas di kepala..

      Rasanya hari ni, kebanyakan sekolah akan meluangkan sepanjang hari untuk sambutan Hari Guru. Hari untuk cikgu berehat dari mengusung Buku Rekod Pengajaran Harian, dari karenah pelajar yang pelbagai yang membuatkan seorang guru naik angin. Dan mungkin juga boleh dikatakan hari guru adalah hari untuk guru-guru dimanjakan… “Teacher, hari ni kan hari guru, mana boleh marah2..” pepagi dah kena gurauan pedas!

       

      Best sangat ke Sambutan Hari Guru di sekolah Cikgu Dahlia?

      IMG_20110516_111212Persembahan Nasyid dari 1KAA

      IMG_20110516_114644Deklamasi Sajak - Mohd Sallehudin 2KAA

      IMG_20110516_125038
      Persembahan Teater – Arah Ke Mana

      IMG_20110516_130519
      Tarian Joget Pendidikan Khas

      Untuk sambutan tahun ni, Dahlia in charge sebagai Ketua bahagian hadiah untuk guru, sumbangan dari Kelab Guru. So, memang berpening laa kepala dari awal lagi, sampailah ke hari Guru. Lebih parah lagi, Mastermind majlis tak ada, dan semua diserahkan untuk diuruskan oleh Kak Wa dan aku.. Nasib ada Kak Wa, rasanya kalo harap daku sorang2, tak termampu lah.. Mana nak settle hadiah, dengan MC, dengan persembahan. Memang bidan terjun aku hari ni.!

      » Read More...

      Berita Baik Untuk Guru | 5 Kaedah Baru Kenaikan Pangkat - Insentif Untuk Hari Guru ke-40 2011

      Share

      Lima Kaedah Kenaikan Pangkat sebagai Insentif buat Guru sempena Hari Guru 2011. Itulah berita baik yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di Kuching, Sarawak selaku tuan rumah sambutan Hari Guru 2011.

       

      Lima kaedah kenaikan pangkat untuk golongan pendidik ini akan berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu

       

      • kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,
      • kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),
      • kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan,
      • kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan
      • kenaikan pangkat guru cemerlang.

      gurulu4

      Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

      Buat masa ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Telah sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

       

      5 Kaedah Baru Kenaikan Pangkat

      Guru Wibawa dan Pendeta Guru

      Kaedah baru kenaikan pangkat adalah khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya. Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

      Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan. Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

      Kerajaan juga telah bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C sebanyak seratus peratus bagi laluan pengajaran dan pembelajaran dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

      Kenaikan Gred untuk Pengetua dan GPK

      • Semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 dinaikkan ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
      • Semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.
      • Semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

      » Read More...

      Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Guru 2011

      Share

      Berikut adalah perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru, Isnin. Dalam perutusannya itu, perdana menteri telah mengumumkan beberapa kaedah baru kenaikan pangkat untuk guru cemerlang dan juga kenaikkan pangkat untuk lebih 1,200 guru dari Gred DG48 ke Gred DG52.

      BismilLahirRahamanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

      Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,

      1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.

      2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.

      3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.

      4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara.

      5. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

      6. Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:

      7. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.

      8. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

      9. Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

      10. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

      11. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

      12. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

      13. Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.

      Para guru yang dimuliakan sekalian,

      14. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.

      Pujangga bermadah:

      Guru umpama kandil yang terang menyala,

      Suluh cahayanya penerang jalan,

      Sepatah kata dijadikan pelajaran,

      Segumpal pesan dijadikan pedoman,

      Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.

      15. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.

      Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

      » Read More...

      Sajak Guru oh Guru | Usman Awang

      Share

      BERBURU ke padang datar
      Dapat rusa belang kaki
      Berguru kepala ajar
      Ibarat bunga kembang tak jadi
      (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

      Dialah pemberi paling setia
      Tiap akar ilmu miliknya
      Pelita dan lampu segala
      Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

      Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
      Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
      Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
      Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

      Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
      Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
      Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
      Jika hari ini seorang ulama yang mulia
      Jika hari ini seorang peguam menang bicara
      Jika hari ini seorang penulis terkemuka
      Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
      Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
      Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

      Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
      Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
      Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
      Dia adalah guru mewakili seribu buku;
      Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
      Semakin bererti tugasnya kepada negara.
      Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
      Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
      Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
      Menjadi kenangan ke akhir hayat.

      USMAN AWANG
      1979

      » Read More...

      Lagu Tema Hari Guru 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara | Lirik Lagu - Download Minus One & Mp3

      Share

      Tema Hari Guru untuk tahun 2011 adalah Guru Penjana Transformasi Negara dan Tuan Rumah bagi sambutan Hari Guru 2011 adalah Kuching, Sarawak.

      Apakah insentif yang bakal diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia? Mudah-mudahan pengumuman beliau nanti dapat menggembirakan semua insan yang bergelar guru. InsyaALLAH.

       

      Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

      Credit Video to : Cikgu Yusri

      » Read More...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais