Pagi ni, sebelum bersiap ke sekolah, aku sempat melayari KOSMO Online. Mata tertancap pada berita paling terkini di situ, “Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru” dikarang Oleh Zulkifli Manzor.[Artikel asal di sini]
LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim didakwa dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.
HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang..
Kemusykilan dengan berita di atas…awalnya Peperiksaan Percubaan SPM di Jelebu? Yang aku tahu sekarang ni musim Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Adakah insiden ini benar-benar berlaku seperti didakwa mangsa? Sekiranya benar berlaku, apa punca sebenar dia dibelasah? Sehingga 6 orang guru pulak tu..Ramainya guru lelaki di sekolah dia muda2 agaknya? Biasanya yang muda2 yang gagal kawal temper berbanding yang lebih senior, lebih pandai bermain psikologi..
Wallahualam.. Sebagai guru, aku memang sukar nak terus persalahkan guru apabila timbul kes-kes macam ni. Kalau benar sekalipun, harapnya perkara ni disiasat dengan mendalam sebelum kesalahan sepenuhnya diletakkan di atas kami golongan guru ini. Sebab dah lumrah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
Guru ni kerjaya yang tinggi martabatnya..tapi hebat cabarannya! Teringat dengan komen seorang anon dalam entry Kisah Diari yang Buat Aku Tersepit..
jawapan daku :
Alhamdulillah, sekarang hubungan kami pelajar-guru bertambah baik. Dia pun dah semakin rajin tolong aku dan bercakap pun lebih beradab daripada sebelum ni..
» Read More...





