BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Alfatihah buat pelajar ku… S. M. Raffani

Share

al-anbiyaa

Kematian, janji Allah yang pasti. Jodoh pertemuan, ajal dan maut, hanya dia yang Maha Mengetahui bila, di mana, dan bagaimana masanya kita kelak. Tahun ni, sekali lagi, sekolahku, SMK Tengku Abdullah kehilangan seorang calon SPM 2011.

Ada yang cakap macam dah kena badi..setiap tahun, sekolah kami masa peperiksaan awam berlangsung, ada kerusi dan meja calon yang kosong, calon meninggal dunia. Tahun lepas, Arwah Haikal Fitri. (post lama). Dah ajal..tahun ni, Syed Mohd Raffani..

Aku dapat perkhabaran masa gap kursus tadi. Terkejut dan memang aku rasa sayu sangat sebab aku pernah jadi mak (guru kelas) arwah masa arwah form 3 tahun 2009 dulu. Kenangan lama, wajah arwah, terbentang di hadapan mata…Mata yang sebelum ni menangguk2 menahan mengantuk, jadi segar bugar, memikirkan pasal berita yang baru diterima tu.. Hanya kalimah “Innalillahi wa innailaihi raji’un” yang keluar dari bibirku.

Cik Tie cakap, jam 1.00 tghari tadi baru dia terserempak dengan arwah.. alih2 dapat tahu arwah meninggal. Memang terkejut! Arwah meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku tengahari tadi, around 1.30 pm dekat Kampung Semangat, Kuantan..dekat ngan Ubai, jalan Kuantan-Pekan. Aku tak pasti exact tragedy yang menimpa. Yang pasti arwah ber2 bersama seorang lagi pelajar, Wan Mohd Aqil yang sedang kritikal ..dihantar dari Hospital Pekan ke HTAA, Kuantan dalam jam 5.00 ptg tadi. Setakat ni aku masih tak dapat khabar terkini ..harapnya Aqil survive dan boleh terus ceria mcm dulu..main gitar, buat performance macam Hari Guru hari tu… sedih sangat bila pelajar sendiri yang kita dah lama kenal, since form 1 meninggalkan kita..

Balik kursus tadi, aku plan nak singgah umah arwah, tapi jenazah tak dibawak pulang lagi. Nak singgah hospital, post mortem masih sedang dilakukan. Informer aku, studentku, Azril Hisyam yang bagitahu. So, aku direct balik umah. Jumpa Kak Mimi, tanya berita…rupanya arwah dan Aqil sempat makan KFC dalam kul 12.00 tadi bersama dengan Amir anak Kak Mimi. Then masa Kak Mimi otw ke Kuantan, memang perasan ada mayat terbujur kaku, kena tutup atas jalan, memang dia dah rasa tak sedap hati..

Aku sempat tengok kawasan kemalangan arwah tadi.. Nampak ada dua helmet di atas tanah. Memang kawasan situ agak berbahaya. Selekoh situ memang lain macam sikit, dan angin kat situ pun macam tak berapa nak best. Berapa kali jugaklah CITY aku bergoyang situ, even bawak 100km/j je pun. Pijoe pun cakap, ramai yg dah terkena situ, lagi2 malam2 hari..Peringatan buat aku.. Harapnya aku dipelihara oleh Allah sepanjang pemanduan aku..

Alfatihah untuk Syed Mohd Raffani..Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Salam Takziah kepada semua ahli keluarga arwah.

Ya Allah, kau kuatkanlah Wan Mohd Aqil supaya dia mampu untuk terus hidup dan sembuh seperti sedia kala andai itu lebih baik untuk dia. Sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Aminnn….

» Read More...

Trafik Blog Pecah Panggung gara-gara Maharaja Lawak !!!

Share

1010

 

Just sekadar rekod pencapaian untuk blog kerdil ni jer..Sebab first time dapat tengok ada lebih 1000 user online kat blog ni.. Nasib sempat capture moment ni.. Memang rasa gembira sebab target tercapai.. Bukan senang nak dapat banyak tuuu wooo!! 1010 online pada satu masa..

Kalau sebelum ni, rasanya paling tinggi blog ni pernah hit pun tak lebih 350..so, kali ni memang dah rasa nak pecah!! Sekali sekala datang mood nak update non stop, ginilah jadinya kan..Kalolah daku bertambah rajin, hari-hari rajin, kan ke lebih bagusss….huhuh..

 

Jom tengok dulu analisis trafik blog ni untuk bulan Mei menggunakan Google Analytics je..

mei2011dahlia

**Sekadar selingan untuk pengiklan yang setia…huhuh

 

Alhamdulillah setakat ni, tak update selama berhari2 pun, maintan 5k UV per day…huhuh.. bukan senang lah kalo nak maintain..mujur ada keywords evergreen kat blog ni. Anyway, teringin gak nak masuk contest SEO yang diadakan oleh 2dayblogger tu..Mana tau blog ni nyer SEO memang power kan..hahahaa..kununnnn lah!!!

Gerun gak lah sebab mostly yang join memang otai SEO dan komited dengan blog masing.. Ranking Alexa aku pun dah makin lama jatuh menjunam..mana taknya, update hanya bila betul2 FREE..takpe, kalo sempat dan ada rezeki, ada jodoh, nanti daku join lah..kalo tak, aku jadi blogger suam2 kuku udah :D

» Read More...

Biodata Sepah Juara Maharaja Lawak – Shuib, Jeff, Mamat | Profil Diri

Share

Kalau ditanya, siapakah jejaka terhangat di Malaysia minggu ni, tak lain tak bukan, semestinya jejaka bujang Sepah…habis madu, sepah tak abis2..RM350 000 telah berjaya mereka menangi dalam Pertandingan Akhir Maharaja Lawak malam tadi. Memang they deserve to win bila melihatkan persembahan terbaekkk Sepah malam tadi..

So, bujang Sepah sekarang ni tengah hot dan menjadi dambaan wanita seluruh dunia ni sebab dah menang duit banyak. Seth Tan pun agak-agaknya dilupakan dah kut? So, konfirm ke jejaka Kumpulan Sepah ni bujang kesemuanya?? Ya, kita memang dah tahu Shuib dengan Siti Sarah, yang dua orang lagi, Jeff dan Mamat tu macam mana pulak statusnya? Jommmmm kita tengokkk..!!

Bujang-Sepah

Kumpulan SEPAH (dari kiri) : Mamat, Jep, dan Shuib

Profil Jep Sepah

Nama penuh: Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin.

Orang panggil anda: JEP

Umur: 26 tahun.              Asal: Kulai, Johor.

Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3.

Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.

Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod).

Pencapaian tertinggi didalam hidup: Juara Raja Lawak musim ke-3, Juara Maharaja Lawak 2011

Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.

Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Keluarga dan kawan-kawan.

Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.

 

Siti Sarah, Shuib Sepah1

Profil Shuib Sepah

Nama penuh: Shahmira Bin Muhamad.

Orang panggil anda: SHUIB

Umur: 27 tahun.

Asal: Johor.

Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3.

Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.

Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod).

Pencapaian tertinggi didalam hidup: Juara Raja Lawak musim ke-3, Juara Maharaja Lawak 2011.

Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.

Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: AR Tompel dan kawan-kawan.

Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Memberikan yang terbaik agar status pelawak diangkat ke tahap tertinggi.

155779_104671562939567_100001901717916_36410_2546427_n

Profil Mamat Sepah

Nama penuh: Mohd Noor Bin Murad.

Orang panggil anda: MAMAT

Umur: 26 tahun.

Asal: Kulai, Johor.

Peserta Raja Lawak musim ke: Musim ke-3.

Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.

Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod).

Pencapaian tertinggi didalam hidup: Juara Raja Lawak musim ke-3, Juara Maharaja Lawak 2011.

Pengalaman menarik anda bila bergelar artis: Dapat menyanyi dengan Amy Search di atas pentas.

Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak: Tengok Artis 60 'an dan tengok Senario.

Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak: Nak orang ketawa. Tak lebih dari itu.

 

**Sumber : Blog Shafa..Biodata Jozan pun ada kat sana tau!!

» Read More...

Juara Maharaja Lawak ialah Sepah!!! Keputusan Penuh Maharaja Lawak 2011

Share

Keputusan Rasmi Final Maharaja Lawak (Akhir) :

Keempat (Rm50k) - Jambu,

Ketiga (RM150k) - Nabil,

Naib Juara (RM250k) – Jozan

Juara (RM350k) – Sepah

kesemua mereka membawa pulang trofi daripada ASTRO juga yer…

jangkaanku meleset sama sekali..hahaha…

Tahniah Sepah!!!! Memang habis madu, sepah tak habis2….terbaiklahhhh!!!

Manisnya kurma iniiii…

 

p/s: Ada yg dah dapat tengok kat Youtube kan??

» Read More...

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011 | Review 1st Round Final Maharaja Lawak

Share

Untuk yang tak dapat menonton, meh aku story serba sedikit pasal siaran langsung Maharaja Lawak Akhir yang sedang aku tonton kat ASTRO HD Saluran 188 ni. Untuk Final Maharaja Lawak ni, finalis Maharaja LAwak 2011, Nabil, Jambu, Sepah, dan Jozan perlu mengadakan dua persembahan iaitu Bebas dan juga Muzikal.

Sekarang ni tengah berlangsung persemnbahan pusingan kedua iaitu persembahan muzikal. Untuk first round, gambaran persembahan adalah seperti berikut:

1. Nabil – Jual barang, nak ngorat awek, tapi barang rosak, awek xdapat, then patung spiderman yang dia selalu bawak tu, boleh lak bergerak. Misterinya, entah siapa lah dalam patung tu malam ni. Overall, lawak dia malam ni bolehlahhhh…

2. Jambu – Diorang buat lawak pasal seni pertahanan diri, tapi memang tak menarik dan kosong. Maybe dah diorang agak diorang takkan menang kut, so persembahan so-so jer lah kut.

3. Sepah – Memang terbaekkk abis!!!! Shuib dgn Mamat dtg rompak umah Ustazah Semput Manisnya Kurma ini (Jeff).. memang lawak abis, menggelikan usus betul!!! Lagi-lagi time ustazah menyanyi dan menari…

4. Jozan – Zizan nak rompak keris taming sari dalam Muzium. Johan jadi Hang Tuah dalam tu. Lawak jugak, tapi tak berapa menyengat..Mamat Khalid pun cakap, setiap minggu memang juri dan penonton tertunggu2 dengan persembahan Jozan.

So, untuk persembahan pusingan pertama, Sepah layak diangkat sebagai Juara Maharaja Lawak 2011. Apapun, tunggu je lah keputusan rasmi yang akan diumumkan tak lama lagi. Apapun, undian SMS penentu segalanya kan.

Well, ada seperkara lagi, hadiah pun dah meningkat beb!! Hadiah Maharaja Lawak 2011 adalah seperti berikut:

Juara Maharaja LAwak : RM400, 000

Naib Juara Maharaja Lawak : RM250,000 (tak rasmi..maybe..sebab belum umum)

Tempat Ketiga : RM150, 000

Tempat Keempat : RM50, 000

Memang lumayan kan? Sebab tu lah  ASTRO banned laman yang share Video Maharaja Lawak ni kan..Anyway, hope pemenang nanti adalah yang berhak. Antara Jozan ataupun Sepah, aku setuju.

» Read More...

Video Youtube Final Maharaja Lawak LIVE? Guatv kena banned! Dah tak boleh tonton Online…

Share

Mesti malam ni ramai yang tak senang duduk, mana taknya, tak dapat nak tengok Final Maharaja Lawak yang akan bersiaran secara langsung jam 10.00 malam ni di ASTRO WARNA 132 dan ASTRO HD 188. Kenapa tak dapat tengok? Sebab tak melanggan pakej MUSTIKA ASTRO lah! Mesti ramai yang cakap, buat apa, membazir, ikut telunjuk ASTRO, kan boleh dapat dengan percuma dari Youtube guatv tuuu..

Meh kita check!!

cats

Akaun Youtube Guatv yang selama ni paling pantas share Video Youtube Persembahan Maharaja Lawak dahpun kena terminated atau kena banned sebab dikatakan telah melanggar hak cipta.

Mereka kata guatv upload dengan cepat, habis je persembahan, terus dah boleh tengok kat Youtube tu, tak payah tungguh 2, 3pagi pun. Itu dulu, sekarang rasanya susah dah..Sebab Guatv dah kena banned, dah kena terminated (refer gambar atas). ASTRO dah hantar report ke ibu pejabat Youtube kat United States tu untuk diambil tindakan. Tak silap aku, ada jugak blogger yang telah dihantar emel untuk remove post perkongsian Video Maharaja Lawak tu kat blog dia, cuma aku tak ingat siapa gerangan..ok dah ingat… Si Cepit <—klik nama untuk tengok surat yang dimaksudkan.

 

Tapi tak tahulah kalau nanti guatv akan register akaun lain ke apa, ataupun ada orang lain yang baik hati untuk kongsi Video Youtube Persembahan Finalis Akhir untuk Final Maharaja Lawak malam ni kan.. Who knows.. Semestinya malam ni, pihak ASTRO akan pantau Youtube dan Blog. Trust me! So guys, berhati2 tauuu…Jangan sampai kena warning macam aku dulu..<klik>

Sah Cik Tie dan Joe yang dah demam Jozan, sampaikan sebelum ni, tiap malam nak kena tengok Video persembahan Jozan dulu, kalo tak, tak dapat tidur lena.. hiks..tu lah, ai ajak datang tengok Final Maharaja LAwak LIVE kat rumah ai uols cakap taknak.. Kalau tak boleh bergelak ketawa beramai2 depan TV 42” ni..

Tetiba rasa nak Video Koleksi Persembahan Jozan setiap minggu..Ada sesiapa yang dah full download Video Persembahan Maharaja Lawak diorang? 

p/s: Siapa layak digelar Maharaja Lawak? Jozan atau Sepah?? JOZAN!!!!!!!

» Read More...

Jozan Juara Maharaja Lawak 2011 | Keputusan Penuh Rasmi Maharaja Lawak Akhir / Final

Share

Jozan Juara Maharaja Lawak! Kumpulan Jozan, gabungan mantap Johan dan Zizan adalah Juara Maharaja Lawak ASTRO 2011. Bukan gossip, tapi itu adalah kenyataan yang hampir pasti! Ada desas desus mengatakan yang Jozan bakal dinobatkan Juara Maharaja Lawak dalam Final Maharaja Lawak yang terakhir malam ni dan menggondol wang tunai RM30, 000 yang dipertaruhkan dalam Maharaja Lawak Akhir 24 Jun 2011 ni.

Kemuncak Maharaja Lawak Akhir pada malam ini akan bersiaran dari  Stadium Melawati Shah Alam dan disiarkan secara langsung di ASTRO WARNA Channel 132 dan siaran live HD 188 nanti. Jangan lupa ya temujanji bersama 4 finalis Maharaja Lawak iaitu Jozan, Sepah, Jambu, dan Nabil yang akan berentap jam 10.00 malam ini. Betulkan Jozan juara maharaja lawak? Keputusan tidak rasmi sangkaan aku pada malam ini lah tu..

jozan1 (1)

Nak gambar anda dilukis gambar potret macam gambar Jozan juara Maharaja LAwak? Meh ke blog Idham

Maaf, kumpulan Jozan adalah Juara Maharaja Lawak di hati aku, Cikgu Tie, Pepijoe, dan ramai lagi. Sebabnya, antara kesemua 4 finalis yang ada, potensi Jozan untuk dijulang sebagai Juara Maharaja Lawak adalah lebih tinggi berbanding 3 finalis lain iaitu Jambu, Nabil, dan Sepah. Kalau saingan terdekat pun, aku rasa adalah Sepah sebab diorang memang konsisten walaupun tidak cemerlang sebagaimana Jozan. Setuju tak?

Lagipun, kalau dibandingkan dengan kesemua finalis yang ada, hanya Johan dan Zizan je yang bukan Juara Raja Lawak. Yang lain, Jambu gabungan Taukeh dan Yus, Yus pernah jadi Raja Lawak 1. Sama jugak macam kumpulan Sepah dan Nabil tu, masing-masing Juara Raja Lawak 2 dan 3. So, bagilah peluang Jozan pula untuk menjadi Juara Maharaja Lawak ni sebab sememangnya mereka berdua mampu untuk dijulang sebagai Juara Maharaja Lawak akhir malam ini kan?

Apapun, Jozan juara maharaja lawak hanya akan terbukti bila pertandingan akhir Maharaja Lawak berlangsung pada malam ini dan peratus undian terkini memihak kepada mereka. Aku harap sangat Juara Maharaja LAwak bukan milik Jambu ataupun Nabil. Sebabnya Jambu memang lawak, tapi tidak konsisten dan lawaknya tidak berisi. Just watch and laugh, then lupa. Nabil pulak minggu awal2 Maharaja LAwak memang dia best, tapi makin lama makin ke laut. Sepah juara maharaja lawak? Lawak diorang ada isi, tapi susah nak tafsir. Aku tetap pilih kumpulan Jozan sebagai Juara Maharaja Lawak!

jozan maharaja lawak

**Peratus undian Juara Maharaja Lawak di Fanpage Maharaja Lawak

 

Keputusan tidak rasmi Maharaja Lawak Akhir pilihan daku:

Johan/ Juara Maharaja Lawak : JOZAN

Naib Johan/Juara Maharaja Lawak : SEPAH

Tempat ketiga : JAMBU

Tempat keempat : NABIL

 

Kepada sesiapa yang baik hati untuk mengundi, jangan lupa undi Jozan bebanyak untuk jadikan mereka Juara Maharaja Lawak malam ini ok. Jozan Juara Maharaja Lawak 2011 ASTRO!!1

» Read More...

#2 Wordless Wednesday – Op!! Sikit Lagiii…

Share

IMG_1136

» Read More...

Lagu Tema OST Stanza Cinta – Kisah Hati Alyah

Share

Tak dinafikan, lagu Kisah Hati nyanyian Alyah ni memang meruntun jiwa lah! Tak sangka pulak lagu Kisah Hati ni dijadikan lagu tema ataupun Original Soundtrack untuk Drama Stanza Cinta yang bersiaran setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3. Boleh baca sinopsis Stanza Cinta di sini.

Episod Pertama Stanza Cinta tadi memang beri impak yang baik untuk terus menonton Drama tu. Memang sesuai sangat gandingan Nur Fathia yang sememangnya nampak sopan dan lembut, berpasangan pula dengan jejaka idaman wanita Malaysia, Seth Tan tu.. Harapnya Drama Stanza Cinta ni tidak mengecewakan :D

Jom layan Video Klip lagu Kisah Hati Alyah & Remy Ishak – OST Drama Stanza Cinta (Slot Zehra?) TV3 ni dulu.. Video Klip ni mendapat lebih 100k hits kalau tak silap aku, kawan aku yg bgtau. Video Klip Kisah Hati ni jugalah yang pernah menjadi gosip besar dan Melodi pernah mintak ulasan Tiz Zaqyah sebab diperkatakan bahawa Alyah ni sengaja menggeselkan badan kat Remy Ishak. Anyway, bukan ke Alyah sekarang gosip dengan Dato Ramli MS? Tettt… lupe, dah taubat nasuha, taknak gossip2 ni..hiks

Video Klip Kisah Hati–Alyah

Lirik Lagu Kisah Hati Alyah – Kisah Kita (Lagu Tema OST Stanza Cinta TV3)

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

 

Lagu Kisah Hati ni dicipta dan liriknya ditulis oleh "Manusia Putih". Siapakah gerangan yang bernama Manusia Putih ni ya? Memang puitis dan sungguh indah lagu ni.. bagi aku! Video Muzik Kisah Hati – Alyah ni diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, dan diterbitkan oleh The Media Hustler. Tempat Rakaman Video Klip Alyah – Kisah Hati ni dibuat di Empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis. Cantik kan lokasi penggambaran yang dipilih ni. Subhanallah!

» Read More...

Stanza Cinta TV3 (Sinopsis Drama Stanza Cinta dan Trailer)

Share

Stanza Cinta akan menemui penonton TV3 setiap Ahad, mulai 19 Jun 2011 pada jam 9.00 malam selama 13 episod. Baca sinopsis Drama Stanza Cinta ni tau! Drama bersiri Stanza Cinta yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama Stanza Cinta ditulis oleh penulis muda berbakat besar, Nurull Halawati.  Untuk membeli Novel Stanza Cinta ni, boleh berurusan sendiri di blog Nurull Halawati dan dapatkan diskaun 10%.
banner-stanza-cinta-tv3
Pelakon Drama Stanza Cinta
Drama Stanza Cinta ini membariskan pelakon ternama Aaron Aziz sebagai watak Irfan, Nur Fathia sebagai Amni Sorfina dan juga Fizz Fairuz sebagai Taufik untuk menerajui sebagai watak utama drama terbaru terbitan Grand Brilliance ini dan juga Along Kamarudin sebagai pengarah Drama Stanza Cinta.

Amni Sorfina (Nur Fathia) adalah seorang gadis yang tabah, lemah lembut dan penyayang. Sebagai seorang guru agama, Amni Sorfina sedaya upaya menjadi insan solehah dan tak lari dari dugaan hidup dan dilema. Watak Irfan (lakonan Aaron Aziz)sebagai tunang Amni yang sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas. Irfan pemuda yang baik, kacak dan kaya raya tetapi kurang ilmu didikan agama, agak manja dan tidak pandai berdikari. Manakala watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz) pula adalah cinta pertama Amni. Taufik agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan telah berjaya menambat hati Amni.

Bagaimanakah plot penceritaan Drama Stanza Cinta ini? Adakah Amni akan teruskan hubungan bersama tunangnya Irfan ataupun memperjuangkan cinta pertamanya dengan Taufik? Dapatkan gambaran cerita dengan menonton trailer dan membaca sinopsis Stanza Cinta di bawah.

Trailer Drama Stanza Cinta TV3

Trailer Promo Stanza Cinta TV3

Pastinya kehadiran Aaron Aziz mengubat kerinduan pada Seth Tan Nora Elena kan??

Sinopsis Stanza Cinta

Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki. 
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untukAmni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

Artikel berkaitan Drama Stanza CInta:

1. Kupasan Lengkap Keseluruhan Novel Stanza Cinta

2. Lagu Stanza Cinta

3. Lagu Tema Stanza Cinta

4. Doa Amni Sorfina (Heroin Stanza Cinta)

» Read More...

Cara Backup Blogspot | Cikgudahlia Tiada Dalam Senarai Blog Bakal Kena Hack~~

Share

Jam 2.00 pagi ni..Aku baru siapkan design buletin untuk Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan kat TanGo esok sebab sekolahku kena AJK Buletin. Harap apa yang aku buat selama 4 jam tadi berbaloi, diterima bos! Ahaks.. macamlah selama ni pernah kena reject..huh

Nak dipendekkan cerita, back to the topic, ni pasal kes hack mengehack lagi ni. Sempatlah singgah kat blog Andy Howt tadi, pasal senarai Blog yang bakal kena godam oleh hackers ni. Korang dah jenguk belum? Dan Ariffshah pun dah share pasal ni dan bagi suggestion about cloudflare..first time aku dengar pasal mende ni. Tadi aku dah try install, tapi dia nak ubah server dsb, aku takut plak effect apa2 nanti. Maklumlah, tak cukup ilmu di dada.

Oh ya, cakap pasal senarai tadi, memandangkan senarai tu memang sangatlah banyak kan, toksah laa gatal2 nak skrol semua sekali, kang juling mata korang, aku dipersalahkan.

Cara nak cari adakah korang tersenarai dalam list blog bakal kena hack tu:

Tekan Ctrl F  (akan keluar kotak search) dan taip nama domain korang, dan tengok hasil carian. Contoh seperti di bawah untuk browser chrome dan mozilla:

chrome musang

Ada yang kata list tu tifoo semata, hanya list blogger yang berdaftar di Geng Blogger. Aku pun berdaftar, tapi takde..So, apa faktor? Aku juga sokmo ping blog kat GB tu.. Aku tak pasti sebab aku bukanlah orang komputer2 ni. Tapi teringin gak nak tahu cara nak hack laman web ni..haha… Tapi aku suspek sebab domain aku ni dibeli dari Surf7 kut, so maybe security dia memang tip top agaknya lah kan, sebab tu aku tak berani nak tukar server. Ops lupa nak ucap terima kasih pada Surf7 sebab sudi renew lagi domain aku ni FREE OF CHARGE!! Setahun bersama, memang terbaik lah!!! Thanks Surf 7 !!! Thanks Ben! Semoga terus bagi FREE RENEW untuk blog ni selagi wujud…

Apapun, persedian awal untuk mengelakkan kena hack ni perlu. Blogger mesti sentiasa buat backup blog supaya bila dah terkena hack ke, removed by Google ke, taklah rasa meroyan! Kalau hackers atau Uncle Gugel bagi balik, takperlah..kalo tak bagi?? Sayang wooo penulisan2 kita sebelum ni..Banyak sentimental value bila dibaca kembali tau!

So, apa cara terbaik perlu blogger buat untuk elak kena hack ni?

1. Tukar password yang tak senang untuk kena trace. Jangan pulak password FB, password emel, password Internet Banking, semuanya sama! Jangan guna nama penuh, no kad pengenalan, no phone yang boleh org agak.

2. Buat backup blogpost dan juga kalau sayang template tu, backup template sekali. Yang aku maksudkan di sini ialah blogspot ya.. sebab www.cikgudahlia.com ni berplatformkan blogspot je.. Memandangkan ramai yang dah bertanya macam mana nak buat backup blog, meh aku ajar ya anak2…

Backup Blogpost

1. Login blogger.com

Dashboard >> Settings >> Basic >> Blog Tools >> Export Blog

2. Simpan dalam hard disk

Kalau tak faham, leh tengok tutorial lengkap Lin Azlina tentang cara nak backup blog yang berplatformkan blogspot ni.

Sebaiknya buat backup ni setiap minggu kalau selalu update..bergantung pada frekuensi update korang lah!

Backup Blog Template (sebab sayang, mesra SEO kononnyaaaa…aku lah tuu!!)

1. Login blogger.com

Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Download Full Template

Aku takdelah backup sokmo yang ni..tapi ada lah simpan file HTML dia..berhati2…sayang template katakan :D

 

So, biar bersedia dengan apa jua kemungkinan dulu kang dah terkena, termengadah pulak~~ Adioss….

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais