BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia | Lagu dan Dasar 1M1S

Share

banner1m1s

Umum dah mengetahui bahawa pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2011 akan berlangsungnya Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011.  Dengan itu, kesemua warga sekolah-sekolah di Malaysia ni akan mengadakan larian serentak ini di kawasan masing-masing. Ini bertepatan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan untuk memastikan setiap seorang murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

**Klik Untuk maklumat lanjut mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan (fail pdf)

Majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.

Acara bersejarah ini merupakan larian terbesar yang akan disertai oleh murid-murid sekolah akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR). Cikgudahlia tak dapat join Larian Serentak ni sebabnya berada di Uitm Shah Alam untuk Seminar Memperkasakan Generasi Muda. Lama jugak ni tak berlari. Yang bestnya, seluruh warga sekolah akan berlari pada hari tersebut termasuklah guru-guru dan kakitangan lain. Selamat berlari ya semua warga kerja sekolah di seluruh Malaysia. Semoga Dasar 1M1S 1Murid 1Sukan ni dapat mencapai objektifnya. InsyaALLAH.

 

Lagu 1M1S {klik untuk dengar}

Semarakkan 1 murid 1 sukan

Bersatu kita wujudkan perpaduan

Tingkatkan kecemerlangan 1 bangsa malaysia

Berdisplin bersukan meningkatkan imej negara

Melahirkan bangsa sihat 1 malaysia

Demi mencapai wawasan negara

Semarakkan 1 murid 1 sukan

Menjadi contoh pelajar terbilang

Peningkatan ilmu dan beramal

1 murid 1 sukan terus cemerlang

Amalkan semangat kesukanan

Tingkatkan mutu  sukan malaysia

Semangat setiakawan amalan kita

Semoga rakyat makmur sejahtera malaysia

Berdisplin bersukan meningkatkan imej negara

Melahirkan bangsa sihat 1 malaysia

Demi mencapai wawasan negara

Semarakkan 1 murid 1 sukan

Menjadi contoh pelajar terbilang

Peningkatan ilmu dan beramal

1 murid 1 sukan terus cemerlang

Kita jayakan

 

Ciptaan: Abdul Razak abd rahman

 

p/s: Tawaran hebat untuk semua yang bergelar blogger sahaja…

» Read More...

(SMGM) Seminar Memperkasakan Generasi Muda 2011 di Uitm Shah Alam (Daerah Pekan dan Sembrong)

Share

SMGM, Program Seminar Memperkasakan Generasi Muda iaitu sebuah program kesukarelawanan anjuran Pusat Sumber Pekan (PRC) dan Pusat Siber Komuniti Sembrong (PSKS) untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dari Parlimen Pekan dan Sembrong yang akan mengambil peperiksaan SPM pada akhir tahun.

Alhamdulillah, untuk kali ini, sekali lagi aku diberi mandat untuk menjadi Guru Pengiring ke Seminar ini seperti tahun lepas. Tahun lepas, Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) ni dibuat di UTHM, Batu Pahat. Memang kenangan yang sangat best! Kat situ berkenalan dengan Ida, dan Ija..dan selepas sekian lama, melihatkan Batu Pahat yang dah banyak berubah selepas aku tinggalkan pada tahun 2004 dulu.

 

uthm

Guru Pengiring SMGM 2010 yang havoc~~

 

Untuk SMGM tahun 2011 ni, akan berlangsung di Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam pada 1 ,2, dan 3 Julai 2011 (Jumaat hingga Ahad) yang akan melibatkan 500 pelajar sekolah menengah dari daerah Pekan negeri Pahang Darul Makmur dan 500 orang pelajar sekolah menengah daerah Sembrong dari negeri Johor Darul Takzim dan juga turut serta 80 orang guru pengiring.

Kalau nak tahu maklumat lengkap tentang SMGM ni, boleh rujuk FB MPP-UiTM

 

Tahun ni, aku, Cik Tie, Cik ana, dan Jaja yang akan mengiringi 36 orang pelajar kami, 18 lelaki dan 18 perempuan. Memang sepatutnya ada guru lelaki yang dicadangkan mengiringi, tapi dah main tarik tali lak, dan boleh plak cakap macam dipaksa.. Ada aku kesah? Aku sendiri yang willing to nak pergi, sama macam kawan-kawan aku tu. Bukan susah pun nak jadi guru pengiring, sesambil tu boleh dapat pengalaman dsb.

 

uitm_shah_alam_wince

Macam ni kah rupa UITM Shah Alam? Last pergi hari tu masa match Bola Tampar 2003

 

Yang mendebarkan, kawan aku Cik Tie yang suppose to be the Ketua Rombongan tengah takde suara, so berkemungkinan paling besar, aku lah jadi Ketua Rombongan esok memandangkan mesyuarat semalam pun aku join, taklimat pada pelajar semuua aku buat yang mana patutnya bukan aku. Tapi lantaklah, as long benda ni takkan ada masalah kelak sudah. Biar aku bersusah dulu, senang kemudian.

Oklah, esok nak kena gi sekolah dulu..bus akan bertolak ke UiTM Shah Alam jam 12.00 tghari dari sekolah..”Sembahyang Jumaat di mana?” Lu fikirlah sendiri….uhukss... Sedih dengan jawapan yang diberikan..dah 2 kali mengalami situasi yang mana sentimen agama tidak diutamakan. Wallahualam. Doakan rombongan kami selamat sampai ke UitM Shah Alam tu..dan maybe berjumpa dengan mentor Alsya kut…

So, pepaham lah, maybe takkan ada update 3 hari ni..sebabnya laptop tak bawak. Nak update dengan Nexus S ni aku kureng sikit, nak jugak guna Windows Live Writer ooo.. Komen2, jejak2 pun maybe sukar nak balas, tapi aku akan jenguk selalu blog ni.. monitor dari kejauhan je lah..Adios!

p/s: Letak link blog dan terima bayaran?? Hanya blogger pemurah jer yang mampu..

» Read More...

Gaji Pekerja diramal naik 15-20%

Share

gaji01

Mesti ramai yang bergelar pekerja tersenyum-senyum tatkala membacakan tajuk atas ni kan? Dalam kepala pulak dah terbayang-bayang nilai tambahan gaji setiap bulan. Jangan berangan duluuuu!!!

Sumber ni aku baca dari Kosmo Online pagi ini. Jom baca yang sebetulnya.

 

KUALA LUMPUR – Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly Malaysia) meramalkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran akan terus meningkat dalam sektor- sektor pertumbuhan dengan kenaikan gaji antara 15 hingga 20 peratus pada tahun ini dan tahun depan.

Menurut Pengarah Urusan Singapura dan Malaysia Kelly Malaysia, Melissa Norman, sektor- sektor terlibat adalah perbankan dan kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan, perkhidmatan, digital, telekomunikasi, bioteknologi dan sains hayat.

“Kami melihat terdapat aliran keluar pekerja-pekerja berkemahiran ke negara-negara serantau, namun demikian, mobiliti bakat juga berlaku di dalam negara dengan para pekerja berkemahiran ini sanggup berubah tempat kerja.

“Di samping itu, majikan juga dilihat sanggup membayar gaji yang lebih tinggi bagi pekerja yang mampu bergerak sendiri dan memerlukan latihan yang minimum dalam organisasi mereka,” katanya pada majlis pelancaran buku Pandangan Pengambilan Pekerja dan Panduan Gaji 2011/12 atau dikenali sebagai Panduan Gaji Kelly di sini semalam.

 

So, bukanlah semuanya oke. Memang aku akui, dengan keadaan sekarang ni, kalo dapat naik gaji, memang rasa lega sangat. Tapi tak mungkin berlaku, Memang susah nak jangka. So, sebaiknya seseorang pekerja tu cari sumber lain untuk menambahkan pendapatan, bukan hanya fokus pada gaji je. Jual burger ke, keje pam minyak dsb, yang penting biarlah kerja tu halal.

 

p/s: Pada blogger yang nak duit lebih, ni ada promosi best untuk korang dari Bro Denaihati dengan Bro Framestone

» Read More...

55 Comments Awaiting Moderation…Why don’t you approved CikguDahlia?

Share

komen2Dalam post sebelum ni, >> Alahai Anonymous.. Ahh Semputt~~ << ada aku buat pengakuan yang aku tak approved beberapa komen. Dah suruh teka, tapi tiada pun yang sudi meneka.. Nampak sangat blogger dah tak berapa rajin nak komen blog aku ni.. Takper, aku faham..salah aku sendiri jugak.. apapun, just cheer up!

Ok, aku tak pasti sama ada perkara ni korang tau atau tidak. Siapa masih ingat dengan blog Maribinablog? Bagi blogger blogspot setia, semestinya blog Maribinablog blog yang memang banyak memberikan pengajaran daripada segi teknik dan taktik untuk berblogging menggunakan Blogspot. Especially pada blogger yang memang ketar2 lutuut nak belajar edit HTML template blog sendiri macam aku dulu.

Dengan tutorial mudah di Maribinablog.blogspot.com yang dikarang oleh Encik Nescafe Ais lah aku kenal pelbagai istilah code2 HTML ni. By the way, template aku ni pun aku edit sendiri, dan dimurnikan oleh bro Nescafe Ais ni.

maribinablog

 

Yang tak bestnya, beberapa bulan lepas, aku tak berapa nak ingat exact date..tapi bila tetiba rasa nak jenguk blog Nescafe Ais ni, iaitu maribinablog.blogspot.com, blog ni dah kena removed. Dana da juga beberapa blogger yang perasan akan hal ni,

Ciklinn >> Ke mana hilangnya Maribinablog?? Tolong saya cari..

Syatoza >> Sorry, blog at Maribinablog.blogspot.com has been removed

cats

Yup, itulah kenyataannya..Puas gak aku interview empunya badan pasal blog dia tu.. Income lebat tu wehh dia dapat dari innity dengan blog dia tuu..huhuh..Tapi sayangnya, dah kena removed oleh Google. Persoalannya kenapa??? Apa faktor sampai mempengaruhi aku ??

Melalui persoalan yang diajukan oleh Nescafe Ais dekat Google sana, blog dia tu dah dikategorikan sebagai blog spam. Maaf, aku cuba mencari dialog perbualan kami dalam FB tapi dah tak jumpa, sebab memang dah sangat lama!!

Selepas dilabelkan sebagai blog spam, Nescafe Ais memang mintak penjelasan daripada Google. Memang Google bagi penjelasan panjang pasal “Spam Blogs”. Rupa-rupanya semuanya disebabkan oleh sharing URL dalam ruangan komen. So, bila dah banyak sangat URL yang disharing dalam satu blog, nampak cam spam semata,, So, aku ambil langkah drastik untuk tidak approved komen yang ada kongsi link ke blog sendiri. Tak sanggup aku dikatakan SPAM. So, maaflah yer, itu je lah sebab kenapa komen tidak approved. Kalau nak komen approved, tak perlu share apa-apapun. beres??? itulah pentingnya coment moderation.

» Read More...

Ranking Busuk!

Share

Adeh, story pasal ranking lagik? Terima je lah labuu… macam biasa, rutin aku seharian, masuk dashboard blogger, moderate comment dan refer stats blog aku. Nampak ada referal URL dari busuk!

Busuk?

Busuk ni adalah sebuah ping aggregator site. So, sesiapa sahaja yang mendaftar boleh menggunakan kemudahan ini untuk ping entry. Tak susah pun nak daftar, yang penting ada akaun Facebook, dia akan integrate laman ini adalah laman aggregator yang membantu anda menaikkan ranking anda di search engine sekiranya blog/site anda tidak memiliki ranking yang tinggi.. selain itu, aggregator ini juga berfungsi untuk menambah backlink ke blog/site anda. Sumber : Busuk

 

Ok, Ranking yang aku maksudkan pada tajuk ialah, blog ini tersenarai sebagai top ranking kat busuk ni.

busuk2

Sumber : ping.busuk

Nak tersenarai jugak dan lawan ranking?Jom join busuk dan pasang banner dia. Setakat ni takde kod iframe dikesan dari sana. So, no worries!!

» Read More...

Rekod Trafik Tertinggi Blog : 28,684 UV sehari!!

Share

cikgudahlia

Laporan trafik daripada Google Analytics..28, 684 UV sehari! Ahhh Semputt!!

Ini adalah sekadar sebuah entry untuk kenangan diri sendiri dengan pencapaian blog ini. Harap tiada yang menyampah lah yerr.. Bagi blogger yang memang pentingkan trafik macam aku ni, permainan SEO dah jadi macam permainan rutin kami. Cuma, aku masih tersekat dengan kesempitan ruang dan masa. Tapi, bila dapat peluang, memang takkan aku sia-siakan walau sedetik!

 

Kalau sebelum ni, pernah dua kali aku melaporkan pencapaian trafik aku yang naik mendadak sampai aku pun terkujat. Refer dua post ni:

25 May 2010 :  >40,000 UV (trafik) sehari, patutkah aku tukar blog aku jadi blog artis? 

8 September 2010 : Hari itu dalam sejarah untuk blog…hampir 6000 UV

11 October 2010 : Wow!! Trafik 15k UV, 31k PV.. Analytics Nuffnang attached

 

So, 24 Jun 2011, sejarah baru blog ni dah tercipta.. Blog ni menerima almost 30k UV iaitu dengan nilai tepat, 28, 684 uniques visitor (UV) pada hari tersebut.. Syabas inspektor sahab!!!! Memang teruja sangat bila nampak lebih 1000 user sedang online di blog ni pada masa yang sama. >> Trafik Blog Pecah Panggung Gara-gara Maharaja Lawak <<

 

Purata trafik seharian sekarang, + 5000 UV even tak berupdate.. sebab tu lah aku main SEO, sebab tak mampu nak 24-7 depan blog dah sekarang. Bolehlah cuba join Peluang yang Bro Framestone tu tawarkan tu…kan bro? Tawaran ni untuk blog yang trafik minimum 1000 @ 1k UV per day.. Boleh baca >> Siapa Sini Trafik Blog Lebih 1k Sehari << untuk maklumat lanjut tentang peluang tersebut.

 

Ops, tengah siapkan post ni, dapat emel daripada pengiklan blog ni… Syukur alhamdulillah ada pulangan yang baik untuk beliau...

testis

Ops, testimonial ni saja je letak, bukan nak pancing pengiklan..just untuk motivasi diri sendiri supaya jaga hati pengiklan..lagipun dah ramai sangat bakal pengiklan yang menunggu..

 

Tu tengok tu, pay per post @ advertorial pun aku tak sempat buat lagi..Uhuks. Tunggu lepas balik dari Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) 2011 di UITM Shah Alam jer lah yer dik! Takpun masa sis kursus persediaan untuk Hadiah Latihan Persekutuan 2011 di Hotel Dynasty, KL nanti..uhuks

» Read More...

Kisah Dongeng–Stacy (Lirik Lagu, Video Klip Rasmi)

Share

Dah dengar lagu terbaru dendangan Stacy, Kisah Dongeng? Memang best kan..Dah laa rasanya ni kali pertama dengar Stacy nyanyi lagu slow sedih mendayu ala2 balada macam ni. Kalau tak, semua lagu mesti rancak, menari, ada attitude ganas!

Kisah Dongeng nyanyian Stacy ni memang benar-benar meruntun jiwa aku. Bila nyanyi banyak-banyak kali macam terkena pulak dengan diri ni yang serba kekurangan..Jangan tak tahu, hehari dalam perjalanan ke sekolah ataupun balik rumah, lagu ni mesti aku karok dan rakam dengan handphone..hahaa..

Korang layanlah sendiri lagu ni dengan bait-bait lirik, ditambah pulak dengan Video Klip ni, aduhaii..memang sedeyy.!!

Kisah Dongeng - Stacy

Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

» Read More...

Whoaaa!! PR0 ---> PR4

Share

Google dah update Pagerank! Itu yang dok kecoh di blog sana sini beberapa hari yang lepas. Aku perasan gak ada orang tweet pasal ni, tapi aku macam takde teruja ke apa..Sebab selama ni dengan PR0 pun dah rasa stable..

Maksud aku, boleh masuk 1st SERP dan ada kalanya dok paling top dekat 1st page Google tu..huhuh..Alhamdulillah. Then sampailah tetiba ada blogger yang bagitahu aku yang aku dapat PR4.. Whoaaaa!!! Mau tak melonjak aku, terus aku buat semakan Page Rank aku. Memang sah peningkatan dari PR0 sebelum ni terus jadi PR4!!.  Terima kasih bro Zulkbo! Tahniah jugak sebab naik pangkat Sarjan!! heheh

pr

Yup, selama ni memang blog ni PR0 sejak bertukar domain sendiri lebih setahun yang lalu. Dan selama itu lah blog ni memegang PR0 sehinggalah update terkini, terus dapat PR4! Alhamdulillah..Dan bila buat survey, ramai jugak blogger yang dapat PR4 ni.

Dan apa yang aku nampak dari update Pagerank baru-baru ni, Google macam kelihatan sangat pemurah. Walaupun aku agak konfius, sebab blog yang domain baru 2,3 bulan pun dah dapat PR2. Pelik gak aku. Padahal aku dulu, setahun lebih nak menunggu dapat PR4 ni..Tapi itulah, maybe memang Google dah tengah pemurah sekarang kan.. Bernasib baik lah semua :D

 

Post lama yang aku semak balik untuk rujukan berkaitan PR:

1. 5 Tips Meningkatkan Page Rank

2. Jom Install SEOQuake

3. Ramal PR Blog anda kelak! 

 

Agak-agak lepas ni PR update, leh dapat PR8 tak?? Muahahahaha,,,,

» Read More...

[Wordless Wednesday] >> Erkk~~ Gaduh??

Share

IMG_1115

» Read More...

Alahai Anonymous…Ahhh Semputtt~~

Share

Ni kalau cakap pasal Anonymous ni, sure ramai nak baca kan? Maklumlah, anonymous ni adalah golongan yang suka berselindung di balik nama sebenar, maksudnya lebih suka biar peribadinya menjadi misteri.

Sebab tu lah, golongan Anonymous ni kebiasaannya tak disenangi oleh para blogger sebab suka komen2 buruk ataupun bagi pendapat lain daripada empunya blog. Then empunya blog tu pun mulalah bising, dan sesi cabar mencabar antara blogger dan anonymous pun bermula.. Dah menjadi trend! Aku pun pernah buat kut?

Tapi, ada baiknya anonymous ni sebenarnya..

1. Lebih baik ada komen dari takde komen.. Patutnya blogger kena bersyukur sebab masih ada juga orang yang sudi komen post kita biarlah nama dia anon sekalipun. At least ada penghargaan dan perkongsian pendapat di situ.

2. Tidak semua rakan kita akan bersikap jujur dengan kita.. Dah lumrah, bila kita salah dalam sesuatu hal, tak semua rakan kita mampu nak tegur kesalahan kita tu.. So, kat sini memang Anon ni banyak berjasa. Yang penting, blogger kena buka  minda, dan buka hati luas2 untuk menerima pandangan dan kritikan.

 

Elleh, cakap bolehlah…cuba kalau kau sendiri terkena cik Dahlia oiii…

Well..kita as a blogger ada hak sendiri ke atas blog kita kan? So, make sure kita guna lah kemudahan comment moderation yang ada. Semak dulu komen yang ada sebelum kita benarkan komen tu dipaparkan. Kalau tak suka, just delete jer lah! Blog kita, kita yang menentukan… Tengok macam aku sendiri… 52 Komen korang aku tak approved! Phewwww…

komen

Cer teka.. apsal aku tak approved? Komen korang berbaur sinis, tak best, tiada pujian ataupun apa? Teka teki tuu..Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen eh..nanti daku bagitahu sebab apa eh.. Post lain, bila rajinn..wakakaka..

 

Anyway, kadang-kadang Anonymous ni pun macam kita, nak tulis blog, tapi takde blog, So sampaikan ruangan komen aku ni dijadikan post dia..Ahaks, Pada Anon yang berkenaan, daku tak marah eih, tapi rasa sangat berbesar hati sebab sudi komen sepanjang itu. Terima kasih di atas masa dan kerajinan anda!

Korang nak tengok ke panjang mana aku maksudkan? Ni memang sangat panjang woo.. Kalau kira, macam dah siap satu entry! Silalah tengok sini:"

ml

komen daripada Anonymous yang baik hati… And i really agree with him/her.. Anon, kalau ada blog bagitau yaaa…Korang nak baca komen dia ke?? Klik Sini…Ahhh Semputttt!!!

» Read More...

Kursus Kahwin Kali Ke-2

Share

IMG_20110625_081344-1

Since lepas ke Langkawi hari tu, jadual aku masa weekend memang pack! Badan memang dah rasa sengal2, rehat pun tak cukup ni..masa kursus tersengguk2 menahan ngantuk. Dua hari ni aku sibuk di Dewan KOnvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan..sebab menyertai Kursus Pra-Perkahwinan Teramai 1,111 dan akan masuk Malaysia Book of Records (MBOR). Tunggu je petang ni, kalau memang 1,111 ..memang masuk MBOR lah aku jawabnya.

Actually ni dah kali kedua aku menghadiri Kursus Kahwin ni. Kali pertama dulu, tahun 2007, masa tu bukan nak kahwin pun, just disuruh seseorang untuk menambahkan ilmu, so aku pergi.. yang kali ni niat nak kahwin tu memang dah ada, tapi entah bila, pasangan pun takda lagi. Sijil Kursus Kahwin ni laku seumur hidup tau, dan perlu dikepilkan masa buat permohonan nak berkahwin. 

Aku join Kursus Kahwin kali ni sebab nak tambah ilmu, nak masuk MBOR, then sambil2 cuci mata. Yerlah, kan ada hasil kajian menunjukkan lelaki bujang paling ramai kat Malaysia ni berada di Pahang, mana tau terjumpa ke kan. Masuk TV3 ke apa ntah kawan aku cakap. Semalam pun ada ustaz yg bagi ceramah mengiyakan perkara tu Katanya, faktor ramai sangat lelaki yang belum berkahwin kat Pahang ni sebabnya perempuan sini cari lelaki oversea, tak kiralah, Bangla ke, Indon ke, Myanmar, Afrika dsb. Aku tetap pilih buatan Malaysia okeyyy..tapi tak jumpa2 pun..hahah

 

IMG_20110625_080325

Ada listing ciri-ciri hensem dan tinggi wahai cikgudahlia???

 

Kursus Pra-Perkahwinan Teramai anjuran Biro Agama UMNO, Pekan ni diadakan kat tiga pusat sebab ramai sangat. Dalam geng2 aku, aku seorang je yang dekat Dewan Konvensyen, sorang kat Dewan KOmuniti MDP (khabarnya blackout hari pertama semalam), dan yang ramai-ramai Dewan UMNO Pekan, sekali dengan student…tak best jugaklah! Terkulat jugaklah masuk dewan seorang, sampaikan rasa taknak pergi sebab malu dan segan. rela burn duit tu..haha.. tapi kuatkan diri, fikir positif je. Kursus Kahwin yang aku pergi dulu pun, all alone je..Lone ranger :P Tapi, bila dah lone ranger, control ayu lah, nak gedik2 pun malu.. Tapi kalo nak gedik pun tak best, sebab student sendiri pun ada join Kursus ni.. nasib tempat aku hanya seorang.. Maklumlah yuran RM40 je, selebihnya disponsor oleh UMNO Pekan. So, kami masing2 buat tak kenal je. Ahaks..

Hari ni dah last, dan petang ni, untuk Majlis Perasmian Penutup, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan b Yaakob akan menyempurnakan majlis. Dah ada banner besar untuk 1,111 peserta Kursus Pra Perkahwinan Teramai masuk Malaysia Book of Records ni tandatangan. Dengarnya, petang ni kami akan pakai tshirt kuning…macam nak join Perhimpunan Bersih lak pulak rasanya warna kuning ni.. Ahaks.. paling kelakor, ada ke nak kami sarung je tshirt tu dengan baju kurung…haha, lainlah bagi vest ke, xperlah jugak! Tengoklah nanti tshirt macam mana diberi pagi ni. Apapun, ustaz yang bagi ceramah memang best2..lebih2 lagi Ustaz Hairul Amran yang memang sangat sempoiiii!!!

Honestly, aku just kesal sebab peserta kursus ni macam tak well organized, kod pakaian tak seragam sampaikan ada lelaki hanya berjeans, selipar dan serabai sangat.. kursus ni pun tak bezakan lelaki dan perempuan, sebab keluar pintu yang sama, makan di kawasan yang sama…Lain benor dengan Kursus aku pergi dekat JAIP Kuantan dulu.. Siap kami kena sound, jangan datang berpasangan dsb. Yang ni, nampak macam …. malas nak ulas lebih2 lah!..apapun, harapnya lepas ni, nilai-nilai macam ni lebih diambil berat oleh organizer sebab ni kursus perkahwinan islam,…anyway, mampukah kami masuk Malaysia Book of Records. InsyaALLAH…petang ni penentu…

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais