BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Puisi Peludah Warna oleh A Samad Said

Share

Peludah Warna by A Samad Said

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

» Read More...

Ada Apa Dengan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 | 8 tuntutan BERSIH 2.0

Share

BERSIH-2.0-Bersatu-Teguh--450x318

 

BERSIH! Topik yang hangat diperbincangkan di media massa sekarang ini. Ada apa dengan Bersih 2.0 sebenarnya? Bersih 2.0 adalah Perhimpunan yang dirancang di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada Sabtu ini, 9 Julai 2011 sebagai susulan kepada perhimpunan Bersih 2007. Perhimpunan BERSIH ini dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), disokong oleh Pakatan Rakyat, gabungan tiga parti pembangkang terbesar di Malaysia tetapi telah dianggap haram oleh kerajaan .

 

Bersih, yang dipengerusikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan , mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Mereka telah menuntut bahawa SPR membersihkan daftar pemilih, maka damaikanlah di pos mengundi, penggunaan dakwat kekal, memperkenalkan kempen tempoh minimum 21 hari, membolehkan semua pihak akses percuma kepada media dan menghentikan penipuan pilihan raya.

 

Setelah asalnya merancang untuk berarak melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur, penganjur perhimpunan Bersih telah menerima tawaran daripada kerajaan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan di stadium. Hasilnya Bersih membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium. Stadium Merdeka atau Stadium Shah Alam? 

 

8 tuntutan BERSIH 2.0:

  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas & adil
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor
    • Apapun, untuk perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 ni aku harap perhimpunan dijalankan secara aman, dan tiada pertumpahan darah, pelepasan gas pemedih mata berlaku. Nampaknya orang KL yang tidak berminat untuk turut serta ataupun yang telah dilarang keras untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0, duduk je diam2 dekat rumah tu!

        p/s: Tengah konfuse..  baju T yang tulisan lucah sana sini kenapa tak rampas jugak?

      » Read More...

      Bersih 2.0 > Senarai Nama Individu dilarang berada di Kuala Lumpur | Kawasan Larangan 66 Bersih 2.0, 14 Perkasa, 11 Patriot - 9 Julai 2011

      Share

      Polis Kuala Lumpur memperoleh perintah daripada mahkamah untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama iaitu Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot yang merancang untuk berhimpun pada Sabtu ini. Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

      66 Individu Dilarang Berada di Lima Tempat di KL (BERSIH 2.0)

      Kawasan-kawasan yang disebut sebagai larangan bagi 66 individu tersebut ialah Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan persekitaran Istana Negara. Mereka yang tersenarai sebagai individu yang tidak dibenarkan berada di kelima-lima kawasan tersebut adalah seperti berikut:

       

      1. Datuk Ambiga Sreenevasan

      2. Mohamad Sabu

      3. Hishamuddin Rais

      4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin

      5. Maria Chin Abdullah

      6. Tian Chua

      7. Kamarulzaman Mohamad

      8. Dr Mohd Hatta Ramli

      9. Syed Shahir Syed Mohamad

      10. Syed Ibrahim Syed Noh

      11. Teresa Kok

      12. Badrul Hisham Shaharin

      13. Shamsul Iskandar Mohd Akin

      14. Arutchelvam Subramaniam

      15. Wong Chin Huat

      16. Ong Boon Keong

      17. Enalini Elumalai

      18. Haris Ibrahim

      19. Datuk Khalid Yunus

      20. Datuk Zulkifli Noordin

      21. Dr Zubir Harun

      22. Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail

      23. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

      24. Datuk Seri Anwar Ibrahim

      25. Lim Kit Siang

      26. Nik Aziz Nik Mat

      27. Nurul Izzah Anwar

      28. Kohila Yanasekaran

      29. Zaid Kamaruddin

      30. Khoo Teng Swee

      31. Fadiah Nadwa Fikri

      32. Yap Swee Seng

      33. Salahuddin Ayub

      34. Datuk Mahfuz Omar

      35. Nasarudin Hassan

      36. Mazlan Aliman

      37. Dr Syed Azman Syed Nawawi

      38. Dr Dzulkifli Ahmad

      39. Dr Mujahid Yusof

      40. Khalid Abd Samad

      41. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

      42. Azman Shapawi Abd Rani

      43. Suhaizan Kaiat

      44. Nor Azli Musa

      45. Mohd Firdaus Jaafar

      46. Loke Siew Fook

      47. Lau Wen San

      48. Mohd Azmin Ali

      49. Shuhaimi Shafie

      50. Satipul Bahari Mamat

      51. Wan Hassan Mohd Ramli

      52. Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini

      53. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin

      54. Muhammad Hilman Idham

      55. Mohd Shukri Che Razab

      56. Mohd Syukri Kamaruddin

      57. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan

      58. Choo Chon Kai

      59. Sarasvathy Muthu

      60. Soh Sook Hwa

      61. Nurul Izham Nurul Anuar

      62. Abd Rahim Osman

      63. Mohd Sibri Ismail

      64. Mohd Lukman Muda

      65. Datuk Prof Kamaruddin Kachar

      66. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

      14 Penyokong PERKASA dilarang berada di Kuala Lumpur

      Penyokong Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilarang hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam Perhimpunan Gerak Aman Menolak Perhimpunan Bersih 2.0 di beberapa tempat tertentu di ibu kota Sabtu ini. Kawasan terlibat ialah sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara, persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, perkarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Jamek Kampung Baru.

      Selain itu, mereka juga dilarang berada di sepanjang Jalan Kinabalu, lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Jalan Datuk Abdul Malik, Jalan Raja Uda, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mohamed dan kawasan yang terkandung di dalamnya.

      Mereka yang dilarang berada di tempat-tempat yang disebut itu ialah:

       

      1. Datuk Ibrahim Ali – Presiden

      2. Datuk Ab Rahman Ab Bakar

      3. Syed Hassan Syed Ali

      4. Irwan Fahmi Ideris

      5. Roslan Kassim

      6. Sharifuddin Abd. Hamid

      7. Dr. Zubir Harun

      8. Amier Hassan

      9. Datuk Ahmad Saad

      10. Ahmad Zaini Ismail

      11. Muhammad Zahid Md Arip

      12. Abdullah Mansor

      13. Zaira Jaafar

      14. Norkhaila Jamaludin

       

      11 Pemimpin Pemuda Umno Dilarang Berada Sekitar KL Sabtu Ini (Patriot)

      Mereka dilarang berada di kawasan sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara, persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, perkarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Jamek Kampung Baru.

      Selain itu, sepanjang Jalan Kinabalu, lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Jalan Datuk Abdul Malik, Jalan Raja Uda, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mohamed dan kawasan yang terkandung di dalamnya. Mereka yang dilarang ialah:

       

      1. Khairy Jamaluddin – Ketua

      2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid

      3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

      4. Megat Zulkarnain Omardin

      5. Rizalman Mokhtar

      6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

      7. Lokman Noor Adam

      8. Datuk Abdul Azeez Rahim

      9. Ungku Saleh Ungku Jamal

      10. Arman Azha Abu Hanifa

      11. Tun Faisal Ismail Aziz

      Boleh pulak tahu nombor IC individu2 yang dilarang ni..Klik sini.

      Pelanggaran perintah larangan berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mereka boleh ditahan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah yang boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

      » Read More...

      Puisi Unggun Bersih - A. Samad Said (Audio)

      Share

      Unggun Bersih oleh A Samad Said

      Puisi : A. Samad Said
      Muzik : Az Samad

      Unggun Bersih

      Semakin lara kita didera bara—
      kita laungkan juga pesan merdeka:
      Demokrasi sebenderang mentari
      sehasrat hajat semurni harga diri.

      Lama resah kita—demokrasi luka;
      lama duka kita—demokrasi lara.
      Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
      suara bebas yang utuh, kita idami!

      Dua abad lalu Sam Adams berseru:
      (di Boston dijirus teh ke laut biru):
      Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
      diperlu hanya unggun api yang syahdu.

      Kini menyalalah unggun sakti itu;
      kini merebaklah nyala unggun itu.

      24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

      Klik untuk menonton Video Puisi Unggun Bersih karya A. Samad Said

       

      p/s: Suka dengan puisi ni… :D Blogger pemurah suka tak?

      » Read More...

      Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA ke-30 di UTHM, Batu Pahat

      Share

      tauliah palapes 30

      Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 pada 9 Julai 2011  ini akan diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat ,Johor.

      InsyaAllah, aku juga akan turut serta berada di UTHM untuk merasai sendiri pengalaman Majlis Istiadat Pentauliahan PALAPES ni. Oh tidak, bukan suami, mahupun teman lelaki yang akan menerima pentauliahan.. saja meneman kawan aku Ciktie sebab adik dia, Adam akan ditauliahkan dalam Majlis tersebut.

      Menurut Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim, penyampaian watikah tauliah itu dijadual disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

       

      Raptai pertama

      **Gambar Raptai Majlis Pentauliahan Palapes 2011 oleh NasirIbrahim

       

      Seramai 1,108 pegawai kadet Palapes dari 15 IPTA akan ditauliahkan dalam Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 pada hari Sabtu ini.

      Program yang diatur pada hari tersebut adalah Perbarisan Pentauliahan Diraja yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik dari setiap IPTA.

      Laman Rasmi Majlis Istiadat Pentauliahan Palapes ke-30 UTHM

      Live Streaming Majlis Pentauliahan Palapes dari UTHM, Batu Pahat

      Jurugambar Rasmi Majlis Pentauliahan Palapes ke-30 2011 UTHM

      Koleksi Foto Album Pentauliahan Palapes ke30 UTHM 2011

      Sajak Menarik Kalau Aku Bukan Palapes

       

      p/s: Tak sabar nak tengok kesegakan PALAPES dalam uniform pegawai lusa :D

      » Read More...

      Jambori Pekan 1 Malaysia 2011 | Kad Jemputan Majlis Pelancaran

      Share

      Untuk post ni, aku nak share dengan korang kad jemputan untuk majlis pelancaran Jambori Pekan 1 Malaysia. Gambar Kad Jemputan ni aku snap dalam pejabat semalam sebab kerani tanya aku, font apa dan program apa yang guna untuk kad tu. Program apa ek? Nice!

      IMG_20110705_161322

      Guna Software apa ni eh???

      Jambori Pekan 1 Malaysia ini adalah anjuran Alumni SMK Ahmad (ASA) yang akan melibatkan perkhemahan 1200 pelajar-pelajar daerah Pekan, Pahang dari pelbagai kaum dan latar belakang serta 400 orang guru pengiring. Jambori ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Dato Seri Najib Tun Razak pada majlis penutup nanti. Itu maklumat yang aku baca pada surat lah.

      Jambori Pekan 1 Malaysia ni dijadualkan akan diadakan pada 28 hingga 31 Julai 2011 ini di Kem Tango, Tanjung Gosong, Pekan, Pahang. Melalui maklumat yang aku google, Jambori Pekan 1 Malaysia ni dikelolakan oleh sebuah syarikat pengurus acara swasta iaitu DAME EVENTS AND COMMUNICATIONS SDN. BHD yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. So, program ni kira usahasama pihak Alumni, PPD Pekan, dan dibawah seliaan Dame Event kut.

       

      IMG_20110705_161031

      Ops, Majlis Pelancaran Jambori Pekan 1 Malaysia ni hanya untuk Pengetua je..Siap ada sidang media tau!! Memang grand abis ni event ni…

       

      Melalui laman web yang telah dibina khas untuk Jambori Pekan 1 Malaysia oleh Dame Event Management sendiri, http://www.jamboripekan1malaysia.com , objektif Jambori Pekan 1 Malaysia ni diadakan adalah seperti berikut:

      • Mengumpulkan peserta badan-badan berunifom dari sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Pekan termasuk untuk mendapat pengalaman membina jati diri bagi menjadi anak Pekan yang cemerlang
      • Untuk meningkatkan semangat perpaduan di kalangan para pelajar dari pelbagai kaum bagi merealisasikan matlamat 1Malaysia
      • Bagi memberi peluang kepada para peserta mempelajari kemahiran hidup berdikari  di dalam situasi sebenar
      • Mengeratkan silaturrahim di kalangan para peserta dan melahirkan  semangat harmonis diantara satu sama lain
      • Menjadikan acara ini sebagai acara tahunan bagi peringkat daerah, menuju ke arah peringkat antarabangsa

      Untuk Jambori Pekan 1 Malaysia ni, sekali lagi, sekolah aku telah diberi mandat sebagai Jawatankuasa Rakaman dan Buletin bagi Jambori Pekan 1 Malaysia ni. Maybe Buletin yang kami keluarkan sepanjang Perkhemahan Kadet Koreksional Kebangsaan 2011 baru-baru ini terlalu cemerlang lah gamaknya kut, sampai sekali lagi diberi tanggungjawab tu. Alhamdulillah.

      InsyaALLAH team SMKTA akan melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan cemerlang. Ops, adakah aku masih lagi termasuk dalam team tersebut? Kalau diperlukan, aku rela :) Dalam kepala dah ada planning baekk punyer ni..harapnya dapat printer mesra pengguna, hanya menunggu arahan je ni untuk mula design.

      » Read More...

      WW #3 ; Being Sensitive

      Share

      kecil hati (1)

      » Read More...

      Kenangan SMGM 2011 UiTM Shah Alam

      Share

      Seminar Memperkasakan Generasi Muda 2011 ataupun dikenali dengan SMGM 2011 telahpun melabuhkan tirainya pada hari Ahad yang lepas. Untuk tahun ini, UiTM Shah Alam terpilih sebagai tuan rumah SMGM 2011. Tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua urusetia Pusat Sumber Pekan, Pusat Komuniti Sembrong, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2011/2012 serta barisan mentor yang menjayakan SMGM 2011 dengan cemerlang! Suka dengan tema SMGM 2011 ; Antara Kita Terpisah Tiada!

      Seperti yang dah dimaklumkan dalam entry sebelum ini, aku jadi guru pengiring untuk peserta dari sekolah aku, SMK Tengku Abdullah. Sepatutnya 36 pelajar akan menyertai, tapi sorang pelajar lelaki tu terpaksa menarik diri di saat akhir, tinggallah 35 je yang aku and the geng bawak. Kami bertolak kul 12.10 tghari dan naik bas sekolah je. Tahun lepas, naik bas persiaran, bestlah jugak, aircond pun best.

      IMG_20110701_181014 IMG_20110701_181852

      Dalam perjalanan, walaupun uncle bus tu sangat berhati2..dengan hadlaju yang statik sampai aku bosan dalam bus, so jawabnya tido je lah! Kami berhenti di Hentian Rehat Temerloh untuk makan dan solat. Cik Tie cerita, ada cerita cakap kat surau Temerloh tu ada momok terbang even pada siang-siang hari. Wallahualam.. Tapi seram lah jugak sebab tau cerita.

      Lepas pada Tol Gombak, dah masuk Lebuhraya Duke, bunyi macam kentut keluar daripada bus. Uncle drebar stop dan check, tayar pancit sebab tiub dah bocor, so masuklah kami ke Jalan Gombak area Pasar Besar Gombak tu cari kedai tayar. Sejam lebih jugak lah kami menunggu siap. Sampai kat UiTM Shah Alam dah 8.00malam. So, berkejar-kejarlah pulak kami untuk makan dan taklimat.

      IMG_20110701_205148 IMG_20110701_205753 IMG_20110701_210335

      Untuk SMGM 2011 ni, semua peserta, urusetia, mentor, guru pengiring menginap di Kolej Mawar. Ada 4 blok kalao tak silap aku, dan aku n the geng ditempatkan di blok 2B, blok ada lif sebab dia 8 tingkat woo. Masa pendaftaran leh lak mintak bilik dekat2 dekat adik Yuhairi tu tapi rupanya jauh bilik kami. Kolej Mawar ni 2 orang sebilik dan bilik tersangatlah luas, tapi almari kecik, satu pintu je..mana cukup beb! Plug pun hanya 2 je seorang, ada kat meja study.

      » Read More...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais