Alhamdulillah, baru lepas telan lima jenis ubat iaitu ubat demam, selsema, lelah, antibiotik dan ubat batuk. Sedap pulak ubat batuk yang aku dapat tadi. Rasa oyenn yang bukan masam atau pahit, tapi manis2 gitu. Yang bestnya, lepas makan tadi, automatik feeling much better, so boleh la aku sambung menconteng blog aku ni.
Owh ya, patutnya aku kena siapkan design template untuk buletin esok dengan menggunakan kudrat yang ada ni, tapi teruja pulak aku nak share pasal INNITY hari ni. Bagi yang taktahu apa INNITY, boleh selak page lama aku dengan menggunakan kotak SEARCH pada bahagian atas kanan blog ni ek.
Awat aku sayang INNITY ketat2 hari ni? Jawapannya ada pada gambar di bawah…
Today’s Earning : RM243.22
Ni kes teruja tengok income INNITY aku yang pertama kali mencecah lebih RM200.. Whoaaa!!! Selama ni memang biasanya aku dapat la jugak Rm100 tu sehari.. Tapi tak sangka kali ni, leh dapat lebih RM200 hanya dalam masa sehari!! Patutlah Faisal 2dayblogger tu boleh kumpul RM10k hanya dalam masa 4 bulan dari INNITY, mesti income dia hehari banyak tu kan. Erk RM10k? Wahhh 4 bulan dah boleh minang anak dara orang ni.
Cuba kira kalo dapat RM200 sehari x 30 hari = RM6000 …Kayo makcik!!! Leh bayar loan PTPTN yang tertunggak tu. Dan sah-sah lepas ni LHDN datang bertandang. Hiks.
Anyway, aku bukan nak berlagak dengan menayang income INNITY. Cuma aku nak boost semangat korang untuk apply INNITY. INNITY ni teramat sesuai bagi mereka yg memang fokus utama nak menjana duit daripada blog.
Best INNITY ni sebab boleh monetize ads sendiri.. leh pilih mana nak REJECT.
Janganlah kata syarat INNITY terlampau ketat ke apa ke.. Yang penting usaha dan terus usaha untuk meningkatkan blog secepat yang boleh. Kalau lambat, lagiklah bertambah requirements dia. Lebih tinggi UV dan PV yang dia akan letakkan syarat! Contoh paling jelas yang aku boleh bagi ialah Puan Bee. Cepat dia dapat INNITY.
Semuanya sebab usaha yang berterusan di samping tunjuk ajar daripada sifunya Yanmie yang sememangnya memperoleh 4 angka sebulan daripada blog..sama seperti Cikmin tauke macaroon kita tu dan Leftenan Muda Faizal Fredley. Yang penting, di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHWAY kejayaan. Mereka sendiri dah membuktikannya! So, aku yakin, korang pun mesti boleh!!!
p/s: 3 standard Ads jer yang INNITY suh tayang kat blog..makin kurang earning aku pasni.. Mana ads slot yang perlu aku kekalkan, mana yang aku perlu buang ya… Hmmmm
» Read More...



