BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Kasih Alia | Sinopsis Drama Kasih Alia di Akasia TV3

Share

Kasih Alia yang sedang bersiaran di slot Akasia TV3 jam 7.00 hingga 8.00 malam sekarang ini menampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.

 

Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.

 

kasih alia

Sinopsis Kasih Alia

Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.


Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.


Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.


Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.


Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.


Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.


Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.


Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?

Jangan lupa terus saksikan “KASIH ALIA” di slot Akasia, setiap hari Isnin – Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!

» Read More...

Operation Facebook – Anonymous Lancar Operasi Musnah Facebook 5 November 2011 #OpFaceBook

Share

Anonymous hacker mengganas lagi! Sebelum ini, Anonymous Hacker ni pernah menggodam beberapa laman web Malaysia disebabkan tindakan kerajaan Malaysia menyekat laman-laman perkongsian files seperti Piratebay. Boleh refer pada post #Operation Malaysia jika dah lupa.

 

Kali ni, Anonymous Hackers ni sedang target untuk menyerang laman Facebook pulak dan tarikh sasaran serangan itu adalah pada 5 November 2011. Kalau sebelum ni, diorang just hack, usik2 manja gitu..tapi kali ni, motif Anonymous ni adalah untuk memusnahkan Facebook ni totally. Maksudnya, kalau diorang berjaya, tidak akan ada lagi Facebook selepas 5 November 2011 nanti!

 

Nampaknya, lepas ni akan ada Mark Zuckerberg vs Anonymous lah jawabnya. Siapakah yang akan berjaya pada hari tersebut?

 

Dah pasti Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, laman sosial paling digemari tu akan memperkukuhkan benteng-benteng sekuriti Facebook. Mampukah beliau? Mungkinkah dia juga perlu mendapatkan khidmat bantuan luar daripada pakar-pakar hackers di luar sana? Hackers terkenal di Malaysia sekarang ni, Gaysec pun boleh, kan? Mark, u should pay them high!!

 

Awat laa Anonymous nak musnahkan Facebook?? Agak-agak ramai rakyat Malaysia meroyan tak ya.. maklumlah, Malaysia kan antara pengguna Facebook teramai! Meh baca sebab musabab geng Anonymous ni nak serang Facebook sampai terus tak wujud di muka bumi ni.. Me dah highlight those faktor dengan highlight kuning…

 

Operation Facebook
DATE: November 5, 2011.
TARGET: https://facebook.com
Press:
Twitter : https://twitter.com/OP_Facebook
http://piratepad.net/YCPcpwrl09
Irc.Anonops.Li #OpFaceBook

Message:

Attention citizens of the world,
We wish to get your attention, hoping you heed the warnings as follows:

Your medium of communication you all so dearly adore will be destroyed. If you are a willing hacktivist or a guy who just wants to protect the freedom of information then join the cause and kill facebook for the sake of your own privacy.

Facebook has been selling information to government agencies and giving clandestine access to information security firms so that they can spy on people from all around the world. Some of these so-called whitehat infosec firms are working for authoritarian governments, such as those of Egypt and Syria.

Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your "privacy" settings, and deleting your account is impossible, even if you "delete" your account, all your personal info stays on Facebook and can be recovered at any time. Changing the privacy settings to make your Facebook account more "private" is also a delusion. Facebook knows more about you than your family. http://www.physorg.com/news170614271.html http://itgrunts.com/2010/10/07/facebook-steals-numbers-and-data-from-your-iph....

You cannot hide from the reality in which you, the people of the internet, live in. Facebook is the opposite of the Antisec cause. You are not safe from them nor from any government. One day you will look back on this and realise what we have done here is right, you will thank the rulers of the internet, we are not harming you but saving you.

The riots are underway. It is not a battle over the future of privacy and publicity. It is a battle for choice and informed consent. It's unfolding because people are being raped, tickled, molested, and confused into doing things where they don't understand the consequences.

Facebook keeps saying that it gives users choices, but that is completely false. It gives users the illusion of and hides the details away from them "for their own good" while they then make millions off of you. When a service is "free," it really means they're making money off of you and your information.

Think for a while and prepare for a day that will go down in history. November 5 2011, #opfacebook . Engaged.


This is our world now. We exist without nationality, without religious bias. We have the right to not be surveilled, not be stalked, and not be used for profit. We have the right to not live as slaves.

We are anonymous
We are legion
We do not forgive
We do not forget
Expect us

 

So, korang macam mana? Setuju ke dengan operasi Anonymous ni? ataupun memang korang tak boleh hidup tanpa Facebook? Blogger X [klik] dah menyuarakan pendapatnya beserta pandangan bernas..anda macam mana?

» Read More...

Remaja 17tahun Hilang di Perak Dijumpai di Johor| Seri Najwa Ferda

Share

Masih ingat dengan nama Seri Najwa Ferda yang dilaporkan hilang sebelum ni? Sila rujuk post yang pernah ditulis : Seri Najwa Ferda Hilang Dipercayai Diculik. Seri Najwa Ferda berusia 17tahun ni dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya 6.45pagi pada Khamis, 4 Ogos 2011 lepas.

 

Alhamdulillah. Mengikut maklumat di FB, remaja ini telahpun selamat dijumpai malam tadi di Air Hitam, Johor, oleh pihak polis. Seri Najwa Ferda telahpun kembali pada keluargadan perkara ini telah disahkan oleh anggota keluarga kepada Admin Fanpage yang dibina khas untuk membantu mengesan kedudukan remaja ini sebelum ini.

 

Buat masa sekarang, keluarga adik Najwa masih lagi berurusan dengan pihak Polis dan Seri Najwa Ferda berada dalam keadaan sihat dan selamat mengikut apa yang dimaklumkan oleh Pakcik Najwa ni sendiri. Punca masalah ini masih belum boleh dimaklumkan.

 

najwa ferda

 

Kes Kehilangan Seri Najwa Ferda ni difahamkan ada sangkut paut dengan Facebook, yang mana kehilangan remaja ini adalah kerana mengikut kawan lelaki yang baru dikenali dalam Facebook. Mungkin juga punca kehilangannya ada kaitan dengan lelaki tersebut, memandangkan ada saksi yang nampak remaja ini menaiki skuter merah bersama dengan seorang lelaki. Wallahualam. Yang penting, dia dah selamat kembali ke pangkuan keluarga.

 

najwa

 

Bila kejadian macam ni, semua kena alert dan sentiasa berhati-hati dengan sesiapa saja, tak kira dikenali, ataupun yang baru dikenali, sama ada melalui FB, Chat, IRC, YM dan sebagainya. Jangan mudah terpengaruh dan tergoda dengan kata-kata mereka. Bukan saja ada kes perempuan kena tipu dek lelaki sampai tergadai body, tapi ada jugak kisah di mana lelaki ditipu wanita sampai kena kikis dengan teruk. Apapun, jangan sampai teknologi yang kita cipta, membodohkan kita. Fikir-fikirkan.

 

p/s: Ya Allah, kau peliharalah aku dan keluargaku daripada terjumpa dengan orang-orang yang salah, yang cuba mengambil kesempatan ke atas kami. Lindungilah kami dari segala mara bahaya di mana saja kami berada, dan kau berikanlah rahmatMu ke atas kami.Amin.

» Read More...

Akhbar The Star Siar Gambar Babi Juadah Ramadhan dalam sisipan Ramadhan Delights

Share

Ketua Pengarang akhbar The Star telahpun dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir dalam sisipan akhbar The Star semalam, bertarikh 9 Ogos 2011 lah kut.

 

Dalam artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya. Dekat sekolah aku memang ada akhbar The Star, hehari ada, tapi aku jarang belek akhbar omputehs ni.. Sebab bila karangan panjang, susah sikit nak faham..

 

Tapi, hasil Google, jumpalah jugak dengan gambar artikel yang diperkatakan tu. Rasanya betullah kut. Korang nilai sendiri k. Maybe gambar tak berapa nak clear. Kredit to : Dperbatasan

9fa3e0d6632dbd586c7ed5cd4bcb8503

 

Untuk yang tak tahu, sisipan akhbar The Star yang bertajuk Ramadhan Delights itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa. Bagus gak lah kan niat tu..tapi kesalahan macam ni sepatutnya tak patut berlaku.

 

Seharusnya sebelum dicetak, ada badan penyemak. Kadang-kadang terfikir jugak, siapa penulis untuk cadangan juadah berbuka tu kan? Orang Islam sendiri ke? Puasakah beliau? Wallahualam.. Apapun, harapnya, memana pihak sekalipun, lebih alert pasal perkara macam ni sebab ianya memberikan impak yang sangat besar!

 

Akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. Tunnngggu jer lah. Apapun, memang pelik, makin menjadi-jadi pulak isu tak sedar itu, tak sedar ini sekarang ni kan?

» Read More...

Murid Mati Makan Juadah Berbuka dibeli di Bazar Ramadhan Meru | Alfatihah Nurdini Mohamad Ali

Share

Nurdini Mohamad Ali, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru Klang dilaporkan telah meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah petang Ahad lalu.

 

meru

Mungkinkah di Bazar Ramadhan ini makanan juadah berbuka tersebut dibeli?? Blog Lans



Mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang di bilik air dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih oleh bapa mangsa selepas terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air. Mangsa terus dibawa ke HTAR oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan tetapi setiba di hospital, doktor mengesahkan Nurdinin sudah meninggal dunia.

 

Difahamkan, menu yang dimakan semasa berbuka pada masa itu ialah air batu campur (ABC) dan otak-otak yang diminta mangsa sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau baru berkesempatan membeli juadah berkenaan. Kesemua anggota keluarga mengalami simptom2 perut tidak selesa setengah jam berikutnya. Selepas sejam, kesemua mereka dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

 

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

 

Alfatihah untuk adik Nurdini dan Salam takziah untuk seluruh keluarganya.

» Read More...

Laporan Polis Nor Arlene Tan Menafikan dia Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara / Salinan Repot Polis

Share

Betulkah Arlene Tan binti Khalid adalah Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara yang menghina Islam dalam blog dia sebelum ini yang pernah mendapat liputan media dan blogger?

 

Identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara ini dibongkar oleh kumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka Gaysec dalam #Ops Ramadhan yang dilancarkan dan difahamkan, mereka masih lagi dibangku sekolah. Lebih tepat lagi, sekarang ni Gaysec sedang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2011. Sermoga mereka sukses!!

 

Hari semalam, 8 Ogos 2011 pula Arlene Tan telah hadir ke Balai Polis Kelana Jaya untuk membuat laporan polis berhubung tuduhan yang telah dilemparkan mengatakan beliau adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik identiti Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara ni.

 

report police arlene tan gaysec (1)

**Sumber : Blog 1Peluru

 

Arlene Tan juga ada membuat penafian keras dalam blognya Purple Pearl dan dengan sekeras-kerasnya menyatakan dia bukanlah Makcik Sitt Hajjah Al Wuzara yang menghina Islam itu.

 

arlene tan blog

 

Persoalannya, betulkah Nor Arlene Tan binti Khalid ini benar-benar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sememangnya sepatutnya dikenakan tindakan paling zalim kerana bukan sahaja menghina agama Islam, malah Nabi Muhammad, dan juga Allah S.W.T??

 

Kepada blogger, harap tidak memberikan tuduhan melulu dan juga memberikan hukuman sebelum perkara ini benar-benar sah. Tunggu sahaja pembongkaran ini habis dilakukan oleh Gaysec..dan aku yakin, jika memang benar Arlene Tan ini adalah Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara, pasti dia akan diadili dengan sewajarnya. Takut kalau kita jadi penyebar fitnah…

 

Kalau diperhatikan, most blogger yang agak senior di arena blogging ni, tak post up all about this issue… especially those slides yang ada pictures tu…they made a post but use hyperlink to other blogger post..sebab they know mende ni tak confirm lagi…siasatan dan pembongkaran belum habis..so tak perlu nak kecoh dulu..

 

Nasihat aku pada blogger lain, rileks2 sudah :D … boleh nak up isu ni, tapi jangan buat hukuman dan tuduhan tanpa bukti lengkap dulu. Jangan sampai korang kena saman ataupun tindakan apa2 jika hal ini tidak benar… Lebih-lebih lagi kita tahu, kalau sebarkan perkara tak benar ni, fitnah namanya.. Kalau sebarkan fitnah, boleh jadi munafik..Nauzubillah..bulan-bulan Ramadhan ni.. Apapun, tunggu jer  pembongkaran Gaysec dalam #OpsRamadhan Bahagian 03

» Read More...

Seri Najwa Ferda Hilang Dipercayai Diculik !!

Share

Seri Najwa Ferda binti Hassan, gadis berusia 17tahun, dilaporkan hilang dan dipercayai diculik beberapa hari yang lepas di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Gambar Seri Najwa Ferda yang hilang ni boleh dilihat di dalam gambar di bawah.

seri_najwa

 

Sesiapa yang ada ternampak, terjumpa, terserempak dan memiliki sebarang info pasal kehilangan gadis ni sejak 4 Ogos 2011 lalu, dimohon untuk menghubungi keluarga Seri Najwa Ferda seperti berikut:

 

Puan Seri Wangi (Ibu) – 017-5999137
Ameerul (Abang) – 017-5351451
Sarjan Norhisham – 019-5162896

 

Semoga gadis ini dijumpai dengan segera dalam keadaan selamat. InsyaALLAH.

 

Masih confuse dengan kisah suami Ibu Kauthar (Sumber Cerita) yang hilang secara tiba-tiba dan dijumpai di Masjid selepas beberapa hari. Tak sanggup rasanya diri ini mengalami kehilangan seperti ni.. Mudah-mudahan Allah memelihara keselamatanku dan seluruh ahli keluarga ku. Aminnnn…

» Read More...

Video dan Gambar Pelajar Malaysia Dirompak selepas Cedera akibat Rusuhan di London | Asyraf Haziq

Share

Sedih bercampur geram tatkala menonton Video seorang lelaki dirompak selepas cedera dalam rusuhan di Kota London pada Sabtu lepas. Lebih menyedihkan lagi, bila mengetahui lelaki tersebut adalah rakyat Malaysia sendiri, Asyraf Haziq, 20an, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Perakaunan di sebuah kolej di London.

 

Video Pelajar Malaysia dirompak dalam Rusuhan di London

Memang Kejam!!!! Dahlaa mangsa dalam keadaan tak berdaya, ambil kesempatan pulak tuuu!! Memang tak berhati perut diorang ni…..

 

Asyraf Haziq, tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. Pelajar Malaysia itu kemudian dipukul dan dirompak oleh sekumpulan lelaki yang berada berhampiran beliau yang kelihatan ingin membantu.

 

Akibat kecederaan yang dialami dalam rusuhan tersebut, Asyraf Haziq tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu. Beliau kini dirawat di Royal London Hospital.

 

Diharapkan seluruh keluarga mangsa yang berada di Selangor bersabar dan semoga semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Punca rusuhan di London dan gambar sekitar Rusuhan di Kota London boleh dilihat di blog Admiralhafiz.

» Read More...

[Video] Angry Birds Live in Action!!

Share

Apa akan jadi agaknya kalau permainan Angry Birds kesukaan ramai especially pengguna-pengguna Android  wujud dan diadakan dalam sebuah Taman Tema Angry Birds?

This Video is shared by a friend from FB.. Memang dasat aaa!!! Seronok melihatnya…Angry Birds game for everyone??

Angry Birds Live

Ni pulak Video di sebalik pembikinan Video Angry Birds Live di atas.. Memang kreatif dan rajin sungguh depa ni kan?? Comel giler nampak bantal Angry Birds yang dia pegang tu… ok, si Piggy hijau tu memang tak comell…:D

Angry Birds Live–Behind The Scenes

» Read More...

Bonus Kakitangan Awam 2011 | Setengah Bulan Gaji Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan

Share

Bonus Setengah Bulan Gaji Dengan Minima RM500 untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2011. Terima Kasih PM!!

Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini. Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

duit

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.

” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.  

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Bahagia betul bila diumumkan bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan awam raya ni wehh..!! Tetiba nak check slip gaji, tengok berapa gaji pokok. Eh…sumber berita? Abgshah

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais