Sedih sangat bila tengok Video ni..sampai menitis air mata.
There are no perfect fathers,
But a father will always love perfectly.
Rindu sangat kat Arwah Abah ):
» Read More...
BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!! 
Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Sedih sangat bila tengok Video ni..sampai menitis air mata.
There are no perfect fathers,
But a father will always love perfectly.
Rindu sangat kat Arwah Abah ):
» Read More...
Lirik Lagu Aidilfitri Limpah Kurniaan Illahi nyanyian Nubhan yang nampaknya semakin digemari ramai. Aku pun baru first time dengar. Ni aku share dengan korang! Kira lagu Aidilfitri Limpah Kurniaan Illahi yang dinyanyikan bintang Akademi Fantasia ni lagu raya terbaru tahun 2011 laa.. Jom dengar.
Lirik Lagu Raya Nubhan - Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi
Bergema takbir dikala senja yang indah
Menyambut tiba shawal mulia
Sempurnalah sudah rukun ke tiga
Tiba masa untuk meraikan
Bulan ramadhan
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa
Maaf di pinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap selamat hari raya semua
Moga diberkati Allah
Maaf dipinta tulus ikhas dari hati
Tangan dihulur Mengucap selamat hari semua
Di aidilfitri limpah kurniaan illahi
Artis : Nubhan | Kmposer: Taja
» Read More...
Jangan Lupa Namaku nyanyian kumpulan Pompa Bensin meniti bibir peminat-peminat drama Ramadhan Terakhir yang ditayangkan di TV3. Pompa Bensin? Sebuah nama band yang pelik, dan yang misterinya, tidak mudah untuk mencari ahli kumpulan di sebalik Pompa Bensin tu setakat ni. Sehinggalah mereka sendiri mendedahkan diri mereka di Laman Fanpage Pompa Bensin.
Serba Sedikit Mengenai Pompa Bensin…
Apa Maksud Pompa Bensin?
Tadi ada baca di blog Jefrizal, Pompa Bensin ni bermaksud Pam Minyak dalam bahasa Indonesia. Patutlah dalam Profile Picture Pompa Bensin ni banyak gambar pam minyak pun!
Siapa ahli kumpulan POMPA BENSIN?
POMPA BENSIN adalah sebuah kumpulan band khas yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang menggelarkan diri mereka A+ sebab kesemua mereka yang terlibat di sebalik nama itu bermula dengan huruf A iaitu AzmAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) dan Aidan Haliqa (vocals). Kesemua mereka berempat terlibat dalam penulisan lagu dan penerbitan.
Gambar ahli kumpulan Pompa Bensin… ada ke?
Tak jumpa lagi gambar keseluruhan ahli kumpulan ni walaupun nama mereka dah didedahkan. Tapi, aku agaklah, mereka yang berdiri di sebalik nama Pompa Bensin adalah seperti berikut:
AzmAiza Y = Azma Aizal Yusof = Isma Yusof
Azma Aizal Yusof ataupun nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ni pelakon. Watak pertama yang aku kenal dia adalah En Butang masa dia berlakon dengan Sharifah Amani, dalam drama Cinderella kut?
[Facebook Azma Aizal Yusof] [Fanpage Azma Aizal]
AG = AG Coco = Mohd Hezry Bin Haji Mohd Hafidz
Firasat aku menyatakan, dia lah AG Pompa Bensin! Kenapa? Sebab dalam Info Page Pompa Bensin, ada link nama dia. Kalau nak lihat gambar rupa AG ni, korang lawat je mana-mana link yang aku sediakan ni ye… Ag Coco ni pernah mengiringi band HUJAN. Dia juga pernah hampir digosipkan dengan Stacy!
[Facebook AG Coco] [Blog AG Coco] [Website AG Coco] [Twitter AG Coco]
Andra Ahmad
Yang ni aku masih lagi tak berjaya nak men”detective conan” siapakah pemilik nama Andra Ahmad ni agaknya. Tapi mungkin juga betul kata Esma Daniel dalam twitternya?
So, adakahh Andra Ahmad adalah memang benar Aqasha? Rasanya betul dah kut.. sebab Fanpage Pompa Bensin pun ada menyenaraikan Aqasha. Even kalau dengar betul-betul pun, memang kedengaran jelas macam suara Aqasha. Tapi aku tak sure lah sebabnya nama penuh Aqasha Mohd Ferdie Aqasha kalau tak silap. Tapi who knows, mungkin guna nama lain kan..macam ahli kumpulan lagi satuu tuu..
[Blog Aqasha] [Facebook Aqasha] [Twitter Aqasha]
Aidan Haliqa = Nadia Aqilah
Mengena kan? kalo diterbalikkan, Aidan Haliqa tu akan jadi Nadia Aqilah. So, benarlah tekaan ramai yang salah seorangnya adalah Nadia Aqilah tu
[Facebook Nadia Aqilah] [Website Nadia Aqilah]
By the way, ini hanya tekaan aku.. entah betul entah tidak, tunggu jer bila Pompa Bensin keluar mendedahkan diri mereka kepada umum melalui sidang media ke, kena interview ataupun senang-senang bila Video Klip Rasmi lagu Jangan Lupa Aku tu keluar nanti.
» Read More...
Memang aku respect habis dengan Nouf Rashid, hacker wanita yang memusnahkan beberapa laman web menghina nabi dan Agama Islam. Nouf Rashid juga dilaporkan berjaya godam beberapa laman web lucah dan sistem komputer orang yang berniat jahat. Bravo!!!
Gambar Nouf Rashid aku tak jumpa..Tapi rasanya, betul dah ni FB dia.
DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.
Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.
Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.
Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.
Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu. “Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Sumber asal berita
Penggodam macam ni lah yang aku respsecttt abis, bukan hanya tahu godam suka suka jer..Any Malaysian Hackers yang sealiran dengan Nouf Rashid ni tak? Dah lama aku tunggu supaya Blog Makcik Sitt, blog gay, blog2 lucah, laman web lucah kena hack.. Aku?? memang di luar pemikiran aku la…Ilmu takder… Kalau ada penggodam Malaysia yang berjaya hack, memang aku akan salute !!! Ni lah baru dikatakan Malaysia Boleh!!!
» Read More...
Iklan Promosi Hari Raya Aidilfitri 2011 Nurul Wahab , janda Ajai memang seksi abis! Mengucap panjang aku bila melihatnya.. Pelik kan, bila dah jadi janda, mesti nak kena dedah berlebih sana sini.. Entah apa modus operandi mereka yang seksi meksi ni, hanya diri mereka sendiri je lah yang tahu.
Untuk menjaga puasa korang, aku dah censored kan bahagian yang mendedahkan aurat dalam gambar iklan aidilfirti pusat pengurusan badan, Glow-Glamour ..
Kenyataan Nurul berhubung iklan seksi Aidilfitri 2011 ni: Sumber
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang. "Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut,"
Kalau dah nama iklan promosi untuk syarikat pelangsingan, takkan laa nak letak gambar berbaju kurung, bertudung litup? Of cos yang ketat, nampak shape body, dedah sana sini, baru kelassss kau jahhhh!!! <—ayat jeles sebab badan tak berapa nak langsing macam Nurul…hikss.. Iklan tu bukan takat gambar seksi si Nurul, tapi yang lebih mendatangkan kemarahan ialah gambar masjid kat belakang Nurul tu.
Pihak Pengurusan Nurul ni dah pun jumpa dengan pusat pelangsingan badan Glow-Glamour tu, dan setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook.
Lepas satu kes Iklan Hari Raya Media Prima 2010 dulu, satu kes pulak muncul, Hidangan Babi dalam Artikel Juadah Ramadhan The Star, sekarang ni pulak Iklan Aidilfitri Nurul dengan gambar seksi.. Kenapa masih ramai belum take alert dengan perkara-perkara macam ni. Pelik!! Tidak sengaja ataupun saja buat tidak sengaja???
» Read More...
Bulan kelilingi kaabah? Betul-betul berlaku ke pagi tadi? Tepat 8.25 pagi, leh pulak aku dapat SMS palsu tu daripada seorang kawan, so aku jenguk ke tingkap. Hujan.. Langit pun gelap je. Tak tahulah seandainya peristiwa bulan mengelilingi kaabah tu benar berlaku ataupun tidak. Tapi, tadi, kawan aku ada buat ayat something dalam Facebook dia.
Kebetulan, pagi ni pun kami sahur, penuh sekeluarga. Yang si kecil baby Feeqa yang baru 9 bulan tu pun bangun sahur sama-sama. Wallahualam. Bila Malam Lailatul Qadar, hanya Allah je yang Maha Mengetahui… Bestnya kalau dapat kan?
Anyway, ni aku share kenyataan MHD FAIROS BIN ASILLAM, salah seorang pegawai Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam laman Fanpage Angkasa tadi. Sila LIKE untuk mengetahui maklumat berkaitan angkasa lepas dan cakerawala kita.
Salam
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:
- Berita seperti di bawah adalah rumours
- Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini.
- Spesifikasi bulan malam ini:
[bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km]
- Bulan terbit:2243 (10:43 malam)
- Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi)
- Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi)
- Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km
[bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]
So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616km
1. Fasa bulan: 67.88% (keterangan bulan)
Harap maklum.
**Sumber : Bulan Mengelilingi Kaabah?
Aku tak pandai sangat nak tengok gambar peta simulasi bintang kat atas ni, tapi yang boleh lihat, kedudukan Bulan memang betul-betul berada hampir tengah2 dengan pusat bumi. Dan kita pun sedia maklum bahawa Mekah yang pertama sekali dicipta Allah merupakan pusat bumi! Sumber
Entah benar berlaku ataupun tidak, wallahualam.. Tapi kalau benar SMS tu daripada Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Mazlan, mungkin ada benarnya sebab beliau merupakan tokoh dalam bidang astrofizik. Wallahualam. Semoga segala doaku diperkenankan olehNya. Aminnnn…
» Read More...
Lagu Jangan Lupa Namaku, nyanyian kumpulan Pompa Bensin yang merupakan lagu tema kepada drama bersiri , Ramadhan Terakhir yang disiarkan di TV3 sekarang ni, memang tidak dinafikan, sangatlah best! Melodi, lirik dan paduan suara mereka menjadikan lagu ni sebuah karya yang cantik! Memang patutlah lagu Jangan Lupa Namaku ni menjadi kegemaran ramai. Buat semua peminat Drama Ramadhan Terakhir, Pompa Bensin dah release full version untuk lagu Jangan Lupa Namaku ni selepas berjaya mendapat 5000 LIKE di Fanpage Pompa Bensin.
Mp3 Jangan Lupa Namaku Full Version – Pompa Bensin
Nak download lagu Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin ni? Dengan bermurah hati, Pompa Bensin sendiri menyediakan free download mp3 dan minus one lagu ni untuk kita.
Download Lagu Jangan Lupa Namaku – Pompa Bensin
Video Youtube Jangan Lupa Namaku – OST Ramadhan Terakhir
Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...
Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimuuu......
Pompa Bensin? Pelik kan nama kumpulan yang menyanyikan lagu ni. Kalau nak tahu siapa ahli kumpulan di sebalik nama Pompa Bensin ni, boleh rujuk di post reveal Pompa Bensin berikutnya. InsyaALLAH, Dahlia 95% yakin dengan pendedahan yang dibuat tu..Post dah siap, tunggu publish jerk!
» Read More...
Nampaknya, ramai yang dapat sms palsu mengatakan bulan akan mengelilingi kaabah jam 8.25 pagi ini, waktu Malaysia. Berikut adalah kenyataan daripada pihak planeterium negara sendiri mengenai sms palsu tersebut dan mengeluarkan fakta bahawa sms yang tersebar tu adalah palsu.
Tuan/Puan:
Salam sejahtera.
Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di MekkahSekian dimaklumkan.
Terima kasih.Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara
Ada sesiapa ada video bulan mengelilingi kaabah ni ke? Ada yang cakap rumours ni dah berlegar dari tahun lepas..Wallahualam…
» Read More...
Kenyataan media terkini dari JAKIM mengesahkan pula bahawa Mentega Golden Churn Creamery Butter yang dikilang dan dikeluarkan dari Asutralia disahkan halal oleh JAKIM, Jabatan Agama Islam Sarawak, dan Jabatan Agama Islam Johor.
Korang baca sendiri laporan yang aku sertakan di bawah, beserta sumber laporan akhbar ini di ambil. Aku pun pening! Bagi aku, senang cerita, tak perlu terus guna jenama tu, guna je jenama lain yang dah sah-sah halal.
Sumber Laporan : The Malaysian Insider
Pengeluar mentega jenama Golden Churn mempertahankan bahawa produk keluaran mereka adalah halal meskipun Isnin lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia sebagai tidak halal.
“Kami, syarikat Ballantyne dari Australia, pemilik bangga jenama mentega Golden Churn, yang terkenal di seluruh dunia selama 70 tahun ingin mengeluarkan hebahan media ini untuk menghilangkan apa-apa kekeliruan yang mungkin wujud mengenai status halal produk kami di kalangan Muslimin dan Muslimat di Malaysia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi firma guamannya.
Syarikat itu berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa mentega Golden Churn yang didinginbekukan iaitu 250 gram mentega bergaram dan 227 gram mentega yang tiada garam, berbentuk kiub, yang dikilang dan dikeluarkan dari Australia telah disahkan halal oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Johor.
Katanya, “kami ingin menjamin konsumer Muslim bahawa produk yang didinginbekukan tersebut adalah sama sekali bebas daripada unsur-unsur DNA khinzir.” “Kami selanjutnya menjamin mereka bahawa kami sentiasa mempertimbangkan kepentingan mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, Jakim dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya memutuskan hanya mentega jenama Pure Creamery Butter — Golden Churn Butter keluaran syarikat Ballantyne Food Pty dari New Zealand tidak halal. [Kenyataan Media JAKIM]
Ia dibuat hasil perbincangan JAKIM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lalu. Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan.
Isnin lalu, Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha berkata, keputusan mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn, yang dipasarkan di Malaysia, sebagai tidak halal dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta tidak menggunakan produk tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
» Read More...
Kagum dengan puisi berjudul "Bersatulah Melayu" karya Lim Swee Tin, seorang bukan Melayu yang mahu melihat perpaduan Melayu demi kesejahteraan dan kemajuan negara. Aku pernah bertemu dengan Lim Swee Tin ni masa dia datang ke Maktab aku dulu untuk memberi ceramah kepada kami berkenaan komponen Sastera dalam Bahasa kalau tak silap .
Puisi Bersatulah Melayu yang ditulis beliau ini telah membakar semangat kira-kira 5000 peserta Konvensyen Memperkasa Modul Baru Ekonomi yang membawa matlamat "Satu Jihad Ekonomi Bumiputera".
Berikut puisi yang dideklamasi oleh pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM, Abdul Ghafar Ibrahim:
BERSATULAH MELAYU
Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
Karya :
Lim Swee Tin
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
2008
(Antologi Puisi Agenda Melayu, 2009, Yayasan Kajian Strategik Melayu, Kuala Lumpur)
» Read More...
I was defending my religion, because David Villa insulting Islam! – Mesut Ozil
*Cerita Lanjut? Blog Syafiq ataupun Did David Villa wind up Mesut Ozil by Insulting Islam?
» Read More...
Produk Kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream telah dilarang penjualannya kerana disahkan mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit iaitu racun berjadual tretinoin dan hydroquinone. Sehubungan dengan itu, kesemua pengguna yang sedang menggunakan produk kosmetik tersebut dinasihatkan berhenti serta merta daripada terus menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream tersebut.
Ini agaknya gambar produk kosmetik yang mengandungi racun tu…
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racun berjadual, tretinoin dan hydroquinone. "Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,".
Tretinoin boleh menyebabkan kesan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. Hydroquinone juga boleh menyebabkan kesan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam.
6 Produk Kosmetik yang pernah disahkan beracun pada April 2011 lalu boleh dirujuk di Blog Ustaz Nor Amin
» Read More...
Tertarik dengan artikel dalam Mstar : Undi Pos Tentera Bersih, Telus & Profesional. Memang aku sendiri ada terbaca satu pengakuan dari seorang bekas tentera berkaitan sistem undian pos yang pernah dia terlibat sewaktu bergelar tentera dulu.
Aku sendiri, walaupun arwah abah dulu bekas tentera, tak pernah pulak aku dengar abah bercerita pasal ni, malah tak pernah pulak aku tanya. Owh, masa arwah abah berkhidmat dulu, aku masih dibangku sekolah. Masih belum layak untuk memangkah kertas undi.
Pengakuan empat bekas askar tu tentang sistem undi pos yang mana mereka dikatakan diarahkan untuk menanda kertas undi bagi anggota tentera yang tidak hadir semasa proses pengundian boleh dibaca di laman The Malaysian Insider , Bekas askar: Kami pernah diarah pangkah untuk anggota lain.
Antara pengakuan yang dibuat oleh bekas tentera tersebut adalah seperti berikut:
Pengakuan Bekas Tentera 1
Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah. “Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.
“Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun. Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.
“Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. “Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.
Pengakuan Bekas askar 2 :
Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan. “Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru.
“Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki... kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?” katanya.
Pengakuan Bekas tentera 3:
Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah diarahkan ke lapangan terbang Sandakan untuk mengambil karung undi.
“Saya pada awalnya tidak tahu tapi apabila sampai semula ke kem, pegawai tadbir arahkan saya dan sahabat saya untuk membuka karung undi pos dan jumlah kertas undi kalau tidak silap saya sebanyak 900 lebih. “Dan, saya diarah bahagi dua untuk memangkah kertas-kertas undi itu,” katanya.
Pengakuan Bekas askar 4 :
Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, berkata, dia tidak memangkah undi pos tapi melihat anggota lain melakukannya dan diberikan “habuan.” “Apa yang saya nak cerita ini adalah perkara yang benar-benar berlaku pada pilihan raya umum 1999 di Butterworth yang mana saya diarahkan untuk mengambil karung undi pos di kem TUDM di Butterworth.
“Apabila saya balik ke kem saya lihat ramai anggota lain sedang memangkah undi pos, saya juga diberikan sekotak dengan habuan tapi saya tolak. “Saya tidak mahu bersubahat, ini adalah satu pengkhianatan kepada negara,” katanya.
Mengenai penyelewengan undian pos tentera ni, aku tak tahu nak komen apa, benar-benar wujud atau tidak sekalipun, semua tuduhan memerlukan bukti yang kukuh. Mungkin juga perlukan pengakuan bersumpah, menjunjung al-Quran sebab dengan keadaan sekarang ni, macam-macam boleh jadi, dan tak boleh nak percaya bulat-bulat dengan segala yang berlaku.
Apa yang aku harapkan hanya sebuah sistem pilihanraya yang telus dan adil memandangkan kita sebuah negara demokrasi. Kesemua rakyat ada hak masing-masing untuk memilih kerajaan pemerintah masing-masing.
» Read More...
Tony Fernandes Pemilik Utama Kelab Bolasepak Queen Park Rangers, QPR
Siapa tidak kenal dengan nama Tony Fernandes, taicoon AirAsia dan sekarang ni juga beliau merupakan anggota Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS) melalui memorandum persefahaman MAS- Air Asia yang menyaksikan 20% saham MAS adalah milik Tony Fernandes.
Kini, sekali lagi, Tan Sri Tony Fernandes mengejutkan semua dengan status sahnya sebagai sah pemilik baru kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR). Dan yang lebih penting, beliau adalah pemilik utama kelab bolasepak tersebut setelah membeli kesemua 66 peratus saham yang dipegang oleh supremo Formula One, Bernie Ecclestone di dalam kelab tersebut. Baki saham pemilikan Kelab Bolasepak QPR tersebut dimilik oleh seorang taikun besi dari India, Lakshmi Mittal, difahamkan akan terus mengekalkan penguasaan sebanyak 33 peratus saham tersebut.
Tony Fernandes bersama dengan boss QPR
Jumlah pembelian tersebut dianggarkan bernilai £35 juta - hampir sama banyak dengan nilai yang dibayar oleh Manchester City untuk memperolehi khidmat pemain prolifik Argentina, Sergio Aguero. Pelaburan yang dibuat oleh Tony Fernandes, 47, dikatakan menyamai jumlah wang yang dikeluarkan oleh Ecclestone dan seorang lagi rakan kongsinya, Flavio Briatore ke atas QPR sejak mereka mengambil alih kelab tersebut pada tahun 2007.
"Adalah menjadi impian saya untuk melibatkan diri dalam dunia pengurusan bolasepak dan peluang untuk memiliki sebuah kelab bolasepak di London adalah terlalu baik untuk diketepikan begitu sahaja," kata Fernandes.
Beliau menyifatkan QPR sebagai sebutir berlian yang belum digilap dan berharap beliau akan dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk menjadikannya sebuah berlian yang berkilauan. Fernandes juga dikatakan telah berjanji untuk melabur sejumlah £10 juta lagi untuk membolehkan QPR membeli pemain baru. Salah seorang pemain yang menjadi buruan QPR ialah pemain terbaik EPL musim lalu, Scott Parker dari West Ham.
Fernandes juga tidak menolak kemungkinan akan turut mempromosikan syarikat penerbangannya AirAsia dan juga MAS bersama QPR. Buat masa ini Team Lotus, salah satu pasukan dalam Formula Satu yang mana Fernandes adalah pemilik dan penggerak utamanya ditaja oleh AirAsia.
Kejayaan Fernandes menguasai 66 peratus pegangan saham dalam QPR hanya muncul tidak sampai dua bulan selepas kegagalannya untuk membeli kelab West Ham. Nampaknya kegagalan pembelian kelab tersebut bagaikan membawa tuah kepada Fernandes kerana West Ham kini telah disingkirkan ke Bahagian Kedua Liga dan QPR sebaliknya berada di Liga Perdana selepas menjuarai Liga Bahagian Dua England.
» Read More...
Senarai 24 Lebuhraya yang bagi Diskaun Tol sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011 (30 dan 31 Ogos 2011)
Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberikan diskaun antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri. Terima kasih kepada syarikat konsesi yang bermurah hati memberikan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri ini.
Senarai 24 Lebuh raya yang terlibat dalam pemberian diskaun tol aidilfitri tersebut adalah seperti berikut:
1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus),
2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH),
4. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),
5. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK),
6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP),
7. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik
8. KL-Barat (Sprint),
9. Lebuh Raya Pantai Timur,
10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh),
11. Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie),
12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA),
13. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya),
14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE),
15. Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas),
16. Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
17. Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke),
18. Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga),
19. Lebuh Raya Smart,
20. Lebuh Raya Pintas Selat KlangUtara Baru (NNKSB),
21. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP),
22. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)
23. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
24. Lebuh Raya KL-Karak (KLK).
Lebuh Raya Latar yang baru dibuka bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos. Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari. Terdapat beberapa lebuh raya terutamanya yang di luar Kuala Lumpur yang menawarkan diskaun lebih awal bermula pada 28 Ogos ini sehingga dua hari selepas hari raya.
Bagi mengelak kesesakan jalan raya di Pantai Timur, dalam masa empat hari lagi sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka. Tiga laluan akan dibuka iaitu bermula dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Ajil sepanjang 42.4 kilometer, laluan baru yang dikenali sebagai Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 km dan Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2km.
» Read More...
Rakaman klip video ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan pada majlis ‘Thanksgiving’ yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos 2011 lalu telah muat naik di sebuah laman blog, Screwkuat69.blogspot.com.
Rakaman tersebut di bahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama mempunyai durasi sekitar satu minit 25 saat manakala bahagian kedua sekitar enam minit telah dipaparkan laman blog berkenaan.
Klip tersebut menunjukkan tindakan seorang pegawai penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas upacara ‘Thanksgiving’ yang diadakan di DUMC dengan menemubual seorang wakil penganjur yang dikenali sebagai Sophia.
Klip Video Pemeriksaan Jais ke Gereja DUMC Bahagian 1
Bahagian pertama video berjudul ‘Jalan-jalan buka puasa, Thanksgiving Dinner Hall 3 Damansara Utama Methodist Church 3 Ogos 2011’ bermula dengan sekumpulan pegawai JAIS bergerak menuju ke sebuah dewan.
Dalam video itu juga kelihatan beberapa peserta yang hadir pada majlis itu berada di luar dewan serta bunga manggar yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan.
Klip Video Serbuan Jais ke Gereja DUMC Bahagian 2
Jika tidak dapat lihat, sila tonton di Blog Srewkuat69 [klik]
Antara dialog yang kedengaran dalam rakaman bahagian kedua ialah:
“Saya juga hendak tahu ada atau tidak orang Islam hadir dalam majlis ini,” kata pegawai penguat kuasa JAIS. Bagaimanapun, wanita bernama Sophia yang memakai baju kebaya berwarna kuning itu menafikannya, dan menegaskan dia pasti tidak ada orang Islam yang berada dalam gereja tersebut.
Dalam rakaman video tersebut juga, pegawai penguat kuasa JAIS turut bertanya mengenai nyanyian lagu 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' dalam majlis tersebut. Sebaliknya, Sophia memberi alasan perkataan tersebut tidak pernah diharamkan untuk digunakan oleh orang bukan Islam. "Alhamdulillah bermaksud bersyukur kepada Tuhan. Allahuakbar bererti Tuhan itu Maha Agung. Kerajaan tidak pernah mengharamkannya," katanya.
Namun penguat kuasa terbabit menegaskan perkataan-perkataan itu eksklusif untuk orang Islam sahaja sebagaimana yang dikuatkuasakan di Selangor.
Pemeriksaan JAIS ke Gereja DUMC 3 Ogos 2011
Pada 3 Ogos lalu, penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat 12 individu Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan. JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan menegaskan bahawa ia hanya satu pemeriksaan selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada yang dianjurkan itu.
JAIS mendakwa, ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan orang Islam. Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Isu tersebut menjadi kontroversi apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.
» Read More...
Masih ingat dengan nama Asyraf Haziq?
Asyraf Haziq, pelajar Malaysia yang telah dirompak semasa rusuhan London dan telah mendapat simpati dari seluruh warga Britain sehingga sebuah laman web khas untuk mengumpul dana membantunya telah diwujudkan oleh warga Britain.
Terbaru, nama Asyraf Haziq telah diletakkan sebagai antara 10 hero dalam Rusuhan Kota London baru-baru ini oleh The TIMES dalam 10 Heroes of the London Riots.
Sumber lengkap untuk senarai 10 Hero ini boleh dirujuk di Blog AdrianAizat.
» Read More...
Ameerah Asha Azizan, gadis 17 tahun, yang dilaporkan hilang sebelum ini [Berita Kehilangan] rupanya bersekongkol dengan teman lelaki memperdayakan ibubapa sendiri membuatkan cerita kononya dia diculik dan meminta wang tebusan daripada ibu bapanya.
PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu. Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
**Berita Lengkap : KOSMO Online
Apalah nak jadi dengan remaja sekarang ni? Baru 17 tahun dah berani menipu ibubapa kandung sendiri. Peras ugut pulak tu! Dah berani nak buat cerita palsu, menyusahkan seluruh negara betul! Entah apa lah yang difikirkan. Tak lupakah dia dengan kesusahan ibu nya mengandungkan dan melahirkannya, susah bapanya keluar bekerja memberi makan minum pakai yang cukup untuk seluruh keluarga.
Bila timbul kes macam ni lah yang menyebabkan masa polis kita yang boleh digunakan untuk menyiasat kes lain terbuang macam tu sahaja. Alahai dik Ameerah Asha, cepat2 lah bertaubat. Seburuk mana keluarga sekalipun, mereka lah darah daging yang membesarkan kita. Mereka yang ada bila mana tak ada sesiapa yang nak peduli pada kita. Biar hilang teman lelaki, tapi jangan hilang keluarga, teman lelaki boleh nak cari bila-bila masa, tapi keluarga nan ado dik!!
p/s: Patutla masa terserempak dengan FB Ameerah Asha ni, rasa macam pelik~~
» Read More...
Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam secara online melalui Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPBB) akan berkuatkuasa mulai Januari tahun hadapan, 2012 menggantikan cara manual yang digunapakai sekarang semasa membuat permohonan pinjaman perumahan iaitu mengisi borang dan menghantarnya ke kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).
Portal SPPB bagi Peminjam Harta Pertama [Klik Sini]
E-Borang bagi Peminjam Harta Kedua [Klik Sini]
Kaedah Permohonan Pinjaman Perumahan Online SPPB
Kakitangan kerajaan yang pertama kali membuat permohonan pinjaman perumahan ,menerusi portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu, SPPB akan diberi kelulusan bersyarat dengan segera dan apa yang perlu mereka lakukan selepas itu ialah membuat bayaran wang pemprosesan dengan menggunakan nombor rujukan yang diberi melalui permohonan dalam talian itu. Urusan pembayaran wang proses juga boleh dilakukan secara online melalui Maybank2u dan CIMBClicks berbanding secara wang pos ataupun draf bank sebelum ini.
Para pemohon hanya perlu mencetak salinan permohonan mereka itu serta menyediakan dokumen-dokumen sokongan dan menyerahkannya kepada Bahagian Pinjaman dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat.
Kebaikan Skim Pinjaman Perumahan SPPB
Melalui pelaksanaan Portal SPPB ini, antara kebaikan yang boleh dimanfaat bersama baik BPP mahupun pemohon adalah:
i) Mempercepatkan proses kelulusan pinjaman perumahan Perbendaharaan;
ii) Mempercepatkan permohonan pinjaman dan memudahkan semakan pinjaman sedia ada;
iii) Mempercepatkan proses pembayaran wang proses melalui kemudahan Internet banking; dan
iv) Memudahkan pemilihan Insuran/Takaful dengan kemudahan Pengiraan Kelayakan Anggaran Bayaran Balik Pinjaman Insuran/Takaful secara online
Melalui portal itu, penjawat awam juga boleh membuat permohonan pinjaman perumahan secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Portal SPPB itu katanya turut menyediakan perkhidmatan menyemak status permohonan, status pembayaran, baki pinjaman serta penyata tahunan.
Semua Permohonan Pinjaman Perumahan Online mulai Januari 2012!
Datuk Shuib Md Yusop, Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) berkata: "Kita memberi masa tempoh kepada peminjam kita sehingga akhir tahun untuk membuat permohonan secara manual. Maka mulai tahun depan 2012, Januari, kita mensyaratkan semua pemohonan akan dilakukan secara online."
Bahagian Pinjaman Perumahan, BPP Perbendaharaan Malaysia menyediakan pinjaman antara 80 hingga 450 ribu diberi kepada penjawat awam. Jumlah Pembiayaan akan mengambil kira gaji pemohon mengikut kadar kelayakan pinjaman seperti berikut:
Maklumat lanjut berkenaan permohonan pinjaman perumahan SPPB boleh didapati di :
p/s: Sebagai penjawat awam, aku sendiri masih belum menggunakan keistimewaan pinjaman perumahan ini. Harga rumah semakin naik, tapi aku masih belum terfikir untuk membeli rumah untuk dijadikan aset.. Adoi~~~
» Read More...
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 telah dilancarkan oleh Kerajaan yang mana di bawah skim tersebut, sebanyak 20 jenis barangan harga terkawal telah ditetapkan harga maksimum borong dan runcit berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September 2011.
Skim Kawalan Harga diwujudkan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi musim perayaan dan pengguna tidak ditindas. Di bawah skim itu, tempoh selama 2 minggu iaitu seminggu sebelum dan selepas perayaan ditetapkan, untuk mengawal harga barang yang telah disenaraikan. Ia tidak hanya aktif sempena hari raya Aidilfitri, malah perayaan utama lain.
Berbanding tahun lepas, hanya 18 jenis barangan yang disenarai di bawah barang harga kawalan. Tahun 2011 ini, dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan juga dimasukkan dalam senarai barang harga kawalan di bawah skim tersebut.
Senarai 20 jenis barangan yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Sempena Hari Raya Puasa 2011 adalah seperti berikut:
Peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum yang dinyatakan seperti di atas, dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan. Jika ingkar, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011.
Pengguna boleh menelefon talian bebas tol 1800 88 6800 atau emelkan aduan ke alamat eaduan@kpdnkk.gov.my
» Read More...
Dah tonton belum Video Segumpal Awan Gugur ke atas tanah? Kejadian segumpal awan yang jatuh gugur ke tanah ni dirakamkan di negara Arab. Tonton dulu di bawah ni ye.
Sumber Video : Blog Intizar Kalamhati
Klip video berdurasi lebih kurang 3:30 minit itu menyaksikan sebuah gumpalan awan putih yang kecil, terbang rendah dan jatuh ke bawah lalu tersangkut di pagar. Kemudiannya, dapat dilihat, gumpalan itu terbelah kepada beberapa bahagian sebelum ianya kelihatan berdiri.
Persoalannya, betulkah apa yang dilihat jatuh itu benar-benar gumpalan awan dari langit? logikkah awan boleh gugur ke tanah? Atau inikah Awan Nano Nano seperti lagu Hafiz tu?
Aku sendiri memang susah nak percaya. Dari sudut Sains, aku rasa kejadian sebegini perlu diselidiki lebih lanjut. Mungkin juga gumpalan tersebut adalah busa ataupun asap yang terhasil daripada kilang industri sekitar?
Bagaimana awan terbentuk?
Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.
Sumber : Kejadian Hujan
Jangan mudah terlalu percaya, dan seeloknya perkara ini diselidiki terlebih dahulu. Sepatutnya jika benar, sampel “benda” tu di bawa balik untuk dikaji, adakah benar ianya awan. Dan aku rasa kalo benar ianya awan, mesti punya Pak Arab tu bawak balik ke rumah untuk ditunjukkan kepada seluruh kampung.
Apa pula kata anda terhadap Video Awan Jatuh ke tanah ni? Andai kata benar, Subhanallah sahaja lah yang mampu aku katakan. Mungkin ada hikmah Allah di sebaliknya.
» Read More...
Semakin menjadi-jadi pulak kes simbah asid dilaporkan di Malaysia ni. Kalau sebelum ini, blog Dahlia ni pernah melaporkan mengenai kes simbah asid yang hanya tertumpu kepada mangsa wanita, kali ini, kes simbah asid ni lebih kepada kes rompak dengan menggunakan asid. Rujukan lepas : Kes Simbah Asid 2011
Semalam, Polis Kuala Lumpur semalam mengedarkan fotofit (gambar lakaran) seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan menggunakan asid di sebuah stesen minyak Shell Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi pada 26 Julai lalu.
Lakaran suspek itu diperoleh selepas polis menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilokasi kejadian. Polis menyeru orang ramai yang ternampak mana-mana individu menggunakan kereta Proton Wira dengan nombor pendaftaran WLC 1475 supaya tampil memberi maklumat. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops di talian 03-21159999.
Senarai Kes Rompak Menggunakan Asid di Malaysia Terkini 2011.
26 Julai 2011 – Seorang penghantar surat cedera di muka dan badan selepas disimbah asid manakala wang syarikatnya berjumlah RM18,000 dikebas sekumpulan perompak di Batu 2 1/2 Jalan Sungai Besi. Sebelum kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang mengisi minyak didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira. Salah seorang suspek kemudian bertindak menyimbah asid ke arah mangsa dan merampas beg berisi wang itu sebelum melarikan diri.
16 Ogos 2011 - Seorang pemuda bukan sahaja kehilangan komputer riba malah muka dan belakang badannya turut melecur apabila disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Batu 9, Cheras di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 11 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di Taman Midah, Cheras di sini.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa mendapati tayar keretanya pancit menyebabkan dia berhenti di tepi jalan untuk menukar tayar. Sejurus selepas berhenti, sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kereta mangsa. Salah seorang daripada lelaki itu turun dari kereta dan terus menyimbah sejenis cecair ke badan mangsa.
Kedua-dua lelaki itu kemudian cuba melarikan kereta mangsa namun gagal kerana kunci kereta mangsa berada dalam poket seluarnya. Suspek kemudian merampas sebuah komputer riba mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian. Mangsa masih dirawat di sebuah hospital dan kecederaan di muka dan belakangnya stabil.
Bahaya betul! Dahla kau rompak orang tu, kau simbah pulak asid, merana lah dia. Semoga pelaku jenayah ni akan mendapat balasan yang setimpal dengan kezaliman yang dilakukannya. Lebih bertambah sedih kalau mengetahui orang Islam sendiri yang melakukan kezaliman ini, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.. Hope bukannnn…
» Read More...
Enjoiceeeee~~~~~
Macam Jep sepah lak budak biru tu kan…Semputtttt..
Memang sengal dan selenga abis lah budak ni…
» Read More...
Pesara akan terima pencen dan bayaran khas Jumaat ini
Kakitangan awam ataupun kerajaan pusat dahpun menerima bayaran bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 masing-masing pada Isnin lepas, 15 Ogos 2011. Yang masih belum terima adalah pesara-pesara kerajaan dan juga kakitangan kerajaan negeri-negeri.
Mengikut akhbar Berita Harian Online, kesemua pesara kerajaan akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas bonus raya 2011 sebanyak RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidil Fitri. Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terbabit mulai Jumaat ini.
Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen. Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank.
Pesara yang ingin maklumat lanjut berkenaan bayaran pencen dan juga bonus raya 2011 ini boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.
» Read More...
Tadi terjengah blog Bang Nara, update terbaru pasal Official Video Kumpulan MPop yang kelihatan Awesome. Sampai berbakul pujian dinyatakan, tak tahulah he actually mean it or not. First time aku dengar KUmpulan 24:7 ni, rupanya pengaruh daripada KPop, JPop, so Kumpulan Max 24:7 ni adalah Malaysia Pop yang pertama lah!
Tapi yang pasti teringin jugak aku nak dengar, nak tengok, best sangat ke?
Dislikes bertambah setiap saat!!! Yang Likes macam tu laa jugak…
Ok, aku tak nak upload Video tu kat sini, tak rela..korang pergi je tengok sendiri kat Youtube. Boleh tekan sendiri butang LIKE atau DISLIKE. Lepas dah tonton, barulah aku faham double meaning pujian Bang Nara tu. Hahah. Memula ingat nak jugaklah write out lirik lagu 24:7 ni tapi bila mendengarkan, sakitlah telinga aku..yang loya jadi bertambah loya.
Sangat kanak-kanak lah lirik lagu Cinta 24:7 ni..Hari Isnin, hari Selasa, hari Rabu..adoi!! Sowi yer adik2 Max 24:7, tu komen ahkak. Dance korang pun tak smooth, dan 12 orang terlampau ramailah!! Pening ahkak~~ Ahhhh sempuuutttttzzzzz
Agak-agak mesti ramai budak sekolah rendah dengan menengah yang bawah 15 tahun minat diorang kan? Maklumlah..muka jambu-jambu belaka… Ada yang nak berkenalan dengan ahli kumpulan 24:7 ke? LIKE je Fesbuk diorang tu…
» Read More...
Hari Nuzul Quran 2011 merupakan hari cuti bagi beberapa negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, dan Terengganu.
Memandangkan aku juga warga Pahang yang bermastautin di Kuantan dan bekerja di Pekan, so bercutilah aku pada hari ini. Sambil bercuti, ada baiknya kita bersama menghayati apa ada pada Hari Nuzul Quran itu sendiri.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana sehinggalah terkumpulnya 6,666 ayat dalam kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Semoga segala kebaikan yang terkandung di dalamnya dihayati dan tersebar meluas untuk kebaikan semua makhluk. Selamat Menyambut Nuzul Quran kepada umat Islam di seluruh dunia.
**Sumber Lengkap Peristiwa Nuzul Al Quran.
» Read More...
Kopi Beracun? Memang tak dinafikan, dekat pasaran sekarang ni, macam-macam jenis kopi yang dijual. Lagi-lagi kalau tengok kat kedai-kedai, bergantungan peket-peket kopi yang macam-macam jenis. Kopi mak janda lah, kopi abang sayang lah, dan apa ke mende ntah lagi namanya yang kadang-kadang nak sebut pun malu!
Gambar sekadar hiasan. Sumber : Blog Owhpic
Terkini, Kementerian Kesihatan berjaya mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.
Senarai 40 Jenis Minuman Segera jenis kopi yang dikesan beracun adalah seperti berikut:
| 1. Cafe Abang Yes, 2. Candi Gold 3. Candy 193, 4. Extend Up Energy Drink, 5. Extremen, 6. Extrewomen, 7. Goji Guarana, 8. Goji Guarana Extra, 9. Goji More, 10. Goji Yumberry, 11. Guara Cafe, 12. HBW Ice Lemon Tea, 13. Hotton Vitality Candy, 14. Ie2 O, 15. King Cappucino, 16. Knight Cofee. 17. Kolek Cafe Power Plus, 18. Kopi Angguk, 19. Kopi Asmara, 20. Kopi Bagus AAA, | 21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus, 22. Kopi Pahlawan, 23. Kopi Super Angguk, 24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus, 25. Maca Max, 26. Macagin Ginseng Candy, 27. Mentalk Candy, 28. Nexus MXP, 29. Night Cafe, 30. Red Energizer Candy For Men, 31. Royal Beverage Maqrifatun, 32. Sasanergy Drink, 33. Trica Jus, 34. Tri-Max, 35. True SR, 36. Vigor Candy, 37. Vitca-F, 38. Vitca-M, 39. Winnie Beauty V1, 40. XKL Sky Fruit Juice Premix. |
Sumber Maklumat Kopi Beracun: Blog Purnama
Macam aku sendiri, pendedahan ni tidak menganggu gugat aku memandangkan aku tak pernah langsung minum kopi, apatah lagi dari senarai 40 jenis yang dilaporkan beracun ni. Memang mulut aku tak boleh nak menelan kopi tak kira la kopi starbucks ke, old town ke, memang aku tak minum! So, selamatlah aku dari faktor berbahaya ini kan?
40 jenis minuman segera pracampuran jenis kopi dah disenaraikan sebagai beracun. Macam mana pula dengan kopi-kopi ataupun minuman segera lain? Berapa ratus jenis agaknya ya minuman segera yang terdapat di pasaran Malaysia ni?? Kepada semua, kaji dulu apa sahaja yang kita nak masukkan ke dalam badan kita tu supaya tidak membawa mudarat kepada kita suatu hari nanti. InsyaALLAH.
» Read More...
Pertandingan Video Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 adalah yang pertama kali diadakan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Pertandingan yang telah berlangsung sejak April lepas telah mendapat sambutan hangat melalui penyertaan Video oleh pelajar-pelajar sekolah di Malaysia yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Penganjuran Pertangingan Video Kreatif Sains dan Matematik adalah selaras dengan projek ITNM iaitu "Projek Menterjemah dan Menerbitkan 130 Judul Buku Sains & Matematik" untuk diedarkan ke seluruh sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai bahan bacaan tambahan, susulan daripada pengumuman kerajaan untuk memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Projek ini juga merupakan salah satu usaha ITNM menyokong dasar Kerajaan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sumber
Kesemua video penyertaan yang telah dihantar disenarai pendek kepada 10 video terbaik bagi setiap kategori. Dan pengundian dijalankan di Laman Facebook ITNM untuk menentukan Video Paling Popular. Manakala pemenang Video Terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 diadili oleh juri profesional yang berlangsung pada 22-23 Jun 2011 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Barisan juri profesional adalah Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA) selaku Ketua Juru Profesional, Encik Erman Maharam, Ketua Bahagian, Fakulti Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Encik Shahzari Hussin, Penolong Pengarah dan Koordinator Program Jangkau Luar, Pusat Sains Negara, Encik Amir Muhammad, penulis prolifik dan pengarah filem, Encik Kamarulzaman Taib (Che Kem), Pengarah Pengajian Teras Akademi, Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA), Puan Siti Rafiah Sulaiman, Pengurus Kanan Jabatan Korporat ITNM, dan Puan Jurina Pieei, Penyalaras Unit Buku ITNM.
Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 telah diadakan pada 16 Ogos 2011 di Putrajaya. Lee Ching Ching (kiri) dan adiknya Lee Shan Shan dari SMK King George V, Negeri Sembilan dan Irdina Hani Muhd Rasli, 9, dan adiknya Muhd Ikmal Hakimi dari SJKC Chuang Hua IV, Kuching menjuarai kategori sekolah menengah dan rendah Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran ITNM itu.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Tempat Pertama: Terokai Tenaga Suria (SMK King George V, Negeri Sembilan)
Tempat Kedua: Bumi Kita Tanggungjawab Kita (SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kelantan)
Tempat Ketiga: Pewaris Master Chi Pu (SMK Taman Selesa Jaya 2, Johor)
Video Paling Popular: Bumiku, Rumahku (SMK Sultan Abu Bakar, Pahang) - 1,795 Like/Suka.
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Tempat Pertama: Pertarungan Hebat Ahli Silap Mata (SJK Chung Hua, Sarawak)
Tempat Kedua: Kembara Sains SK Gunung Bongsu di Kolam (SK Gunung Bongsu, Kedah)
Tempat Ketiga: Kesan Rumah Hijau : Punca dan Bagaimana Mengatasinya (SK Nong Chik, Johor)
Video Paling Popular: Pertarungan Hebat Ahli Silap Mata (SJK Chung Hua, Sarawak) - 1,095 Like/Suka.
Memang hebat kan Video yang dihasilkan oleh generasi muda kita ni! Memang membanggakan betul. Sebagai guru, aku pasti akan menggunakan Video yang dihasilkan mereka ni untuk sesi pembelajaran dalam bilik darjah kelak. Untuk menonton Video 10 Terbaik lain, sila ke Laman Facebook ITNM.
» Read More...
Memalukan betul bila menonton Video Polis Trafik Malaysia menerima rasuah daripada orang Singapura yang dirakam oleh pelancong itu sendiri yang melawat Malaysia baru-baru ini. Kalau dilihat, video dengan durasi selama 3:10 minit itu dirakamkan sekitar 8 Julai 2011.
Klip Video Polis Trafik terima rasuah daripada warga Singapura ini dirakam di salah satu lebuhraya di negara Malaysia ni. Pada awal Video ada ditunjukkan Papan Tanda Kawasan Rehat berdekatan tapi tak berapa nak jelas. Berkemungkinan besar, semasa menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor memandangkan banyak kenderaan Singapura yang kelihatan.
Dalam klip video tersebut, memperlihatkan pemandu dari Singapura tersebut di tahan oleh polis trafik kerana memandu dengan kelajuan 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang untuk kebanyakan lebuhraya di Malaysia ni. Polis tersebut meminta lesen pemandu warga Singapura itu dan kemudiannya berlakulah sesi tawar menawar, dan kedengaran siap ada permintaan RM100, tetapi akhirnya dengan RM50, kes selesai.
Youtube Video Klip Polis Trafik Malaysia terima rasuah daripada Pemandu Warga Singapura
Klip Video Polis Trafik menerima rasuah ini dipercayai telah dimuatnaik oleh warga Singapura itu sendiri dan telah disiarkan di sebuah laman web dipercayai beroperasi di Singapura, iaitu Stomp.
Sebagai rakyat Malaysia, memang aku rasa teramat malu! Aku sendiri tak nafikan, mungkin disebabkan oleh desakan hidup pada masa tersebut, menyebabkan pegawai tersebut meminta wang. Aku pun tak menyalahkan polis trafik semuanya, sebab tahu bukan semua seperti itu. Ada juga kes yang mana pemandu yang cuba menyogok polis trafik, dan cuba menaikkan kemarahan polis. Macam-macam kes. Tapi dalam kes sebegini, harapnya kesemua pihak mengambil iktibar, dan jauhilah rasuah! Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! Tak berbaloi terima rasuah, tapi merana sepanjang hidup, beri makan minum anak-anak, tak berkat.
» Read More...
Baru je reda kisah kehilangan Seri Najwa Ferda beberapa hari lepas, Ramadhan kali ini memberikan dugaan kepada Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka, Ameerah Asha Azizan, 17 tahun, menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.
Ameerah Asha Azizan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini. Dia memberitahu ibunya bahawa dia akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan. Tapi pada pukul 5.30 petang dia menghubungi memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan. Dan kedua ibubapa Ameerah Asha Azizan ini mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.
Menurut ibunya, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini. “Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya. Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa. “Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.
Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu (Ameerah Asha Azizan) boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).
Semoga adik Ameerah Asha segera dijumpai dan dalam keadaan yang selamat. Aminnn. Tengah google tadi, jumpa dengan Facebook Ameerah Asha Azizan ni.
» Read More...
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2011
Topik-topik Soalan Ramalan SPM 2011