Iklan Hari Raya Aidilfitri TV3 bagi tahun 2011 semestinya iklan yang dinanti-nantikan selepas iklan kontroversi hari raya aidilfitri tv3 2010 lepas. Rujuk >> Iklan Hari Raya Aidilfitri TV3 2010 untuk melihat apa yang aku maksudkan. Dont worry, TV3 dah memohon maaf atas penyiaran iklan tersebut dan mereka telahpun menerima saman. So, case close!
Apa Ada pada Iklan Raya TV3 2011 ni? Aku tak pasti apa yang ada sebab setakat ni aku masih belum berkesempatan menonton iklan tersebut. Maklumlah, sebok menonton Masterchef US 2 hari ni. Tapi apa yang aku dapat dari Forum Cari, kisah dalam Video iklan Hari Raya TV3 untuk tahun 2011 ni adalah seperti berikut:
Post Last Edit by HaMiZiE at 21-8-2011 11:19
Salam suma warga porem O&C...
Baru sebentar tadi, aku menonton Iklan Hari Raya Aidil Fitri TB3 untuk tahun 2011. Cari cari kat utube, kut kut dah ada orang download, tapi tak jumpa... so tak dapat ler nak tepek kat sini.Iklan raya ni lebih mirip kepada sebuah short story seperti berikut:
Tentang cabaran yang terpaksa dialami oleh sorg ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak; yang sulung lelaki dan yang bongsu pompuan. Dek kesempitan hidup, terpaksa ler si ibu menyerahkan anak sulung tu kat foster family. Selepas diserahkan kepada foster family tersebut, si ibu terpaksa berlari sebab anak lelakinya mengejar dari belakang sampai si anak tadi tersungkur. Selepas berpisah ngan anak lelaki, mak si ibu tadi pun membesarkan anak pompuannya org diri. Selepas beberapa tahun, maka besar dah ler si anak pompuan yang bongsu tue.
Memang lumrah, pasti ada argument di dalam keluarga dan inilah yang berlaku diantara si ibu ngan anak pompuan tadi... sampai si ibu cakap "kalo ko kuar dari umah ni... ko jangan balik balik lagi..." Gara gara tersentap dengan kata kata ibunya... maka si anak tadi pun menjawab dengan menyalahkan si ibu tadi menyerahkan along kepada orang lain ... mendengar kata kata si anak, si ibu pun turut tersentap .. lantas jatuh lemah longlai... time si ibu berada di atas katil untuk berehat, si anak pompuan tadi ternampak selonggok surat tulisan si ibu yang meluahkan perasaan rindunya terhadap anak lelakinya yang dah berbelas tahun tak jumpa tapi tak terhantar oleh si ibu.
Selepas membaca surat tersebut, hati anak pompuannya teramat tersentuh lantas nekad untuk mencari abang kandungnya itu............
* lebey kurang gitu ar citer yang hendak disampaikan oleh iklan raya TB3 tue...
Adakah ini iklan rasmi daripada TV3 sempena Perayaan Hari Raya Aidilftri 2011 ni? Aku dah try google kat Youtube tapi ini yang aku jumpa dekat YouTube.
Video Iklan Raya TV3 tahun bila ni eh sebenarnya? Lain pulak iklan ni dengan yang ditulis oleh Forumer Cari kat atas tu kan? Tunggu je lah nanti video Iklan Raya TV3 yang sebenarnya eh.. Dah ada nanti aku post sini.. Daaaa.. Selamat Membuat Persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri eh..
Apapun, iklan Raya Petronas arahan Yasmin Ahmad tetap di hatiku. Agaknya, macam mana Iklan Raya Petronas 2011 pula ya??? Jom tengok koleksi Iklan Hari Raya Petronas selama 10 tahun , 2001-2010 [klik]
» Read More...



