Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?
Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara ,menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.
“Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat.” (Manheim, 1997)
“Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.” (Helmstadter,1970)
“Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula.” (Woolf, 1975)
Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).
Kesimpulannya, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan/makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti.
Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka dan/atau mengawal fenomena pendidikan.
Ciri-ciri Penyelidikan?
· Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik
· Ia memerlukan satu perancangan
· Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah
· Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan
· Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan
· Ia melibatkan fakta dan makna fakta
· Ia adalah berhubungkait Menghimpun dan Menganalisa Data
· Availability (Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang diperlukan
· Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data
· Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan
· Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah
Kepentingan Penyelidikan Pendidikan?
· Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan (isi jurang ilmu, kembangkan imu, tambah maklumat drpd individu tertentu thdp ilmu)
· Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa
· Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat)
· Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi interpersonal, pengucapan awam)
Proses Penyelidikan?
Mengenalpasti masalah
Kajian Literatur
Pengumpulan Data
Analisis dan Tafsir Data
Menilai Data dan Menulis Laporan
Sumber Rujukan Lain :
1. Asas Penyelidikan Pendidikan
2. Konsep dan Jenis Penyelidikan Pendidikan
» Read More...


