BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Hipotesis Kajian : Hipotesis Null atau Hipotesis Alternatif?

Share

140708

Hipotesis Kajian?

“Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993)

“Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992)

“Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995)

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.

Jenis – jenis Hipotesis

1. Hipotesis Induktif = dibentuk melalui proses cerapan. Penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji.

2. Hipotesis deduksi = dibentuk daripada teori dan akan memandu penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.

 

 

Kelebihan menggunakan Hipotesis

1. Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam.

2. Melibatkan falsafah sains.

3. Dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji.

4. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.

Ciri – Ciri hipotesis

 

  1. hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (tidak bersandar) dengan pemboleh ubah bergerak balas (bersandar) apabila pemboleh ubah lain dimalarkan.
  2. Hipotesis mesti berasakan kepada teori atau bukti yang menunjukkan bahawa hipotesis itu perlu dibuktikan.
  3. Hipotesis itu mesti boleh diuji.
  4. Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

Pernyataan Hipotesis

Hipotesis Nul (kosong) , H0 =  Hipotesis ini adalah merupakan hipotesis sementara yang tidak pincang (Mohd Majid, 1998).Ianya adalah merupakan hipotesis negatif atau menunjukkan tiada perbezaan / tiada terdapat persamaan / tiada perhubungan / tiada terdapat perkaitan antara kedua – dua pemboleh ubah(sama ada berarah atau tidak berarah).

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable

 

Hipotesis Alternatif / penyelidikan, Ha = Ianya biasa dibentuk pada peringkat awal sesuatu penyelidikan (Mohd Majid, 1998). Hipotesis inidigunakan sebelum data dicerapkan. Ianya adalah merupakan versi hipotesis positif ataumenunjukkan terdapat hubungan / terdapat persamaan / terdapat perbezaan / terdapat perkaitanantara kedua – dua pemboleh ubah (sama ada berarah atau tidak berarah).

Terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable

 

 

p/s: Dah biasa mengajar student bina hipotesis dengan gabungkan m-v dan r-v, tapi masih pelik, kenapa perlu ada hipotesis null dalam penyelidikan?”

» Read More...

Soalan Ramalan Sains PMR 2011 Mengikut Topik/Tajuk | Soalan Bocor PMR 2011?

Share

Soalan Ramalan Sains PMR 2011 atau Soalan Bocor PMR 2011 bagi Sains Kertas 2?

Pasti ramai yang lebih dambakan soalan bocor kan? Aku sendiri tak pernah nak labelkan soalan bocor ke apa. Soalan target ataupun ramalan, keluar semasa peperiksaan sebenar, bukan soalan bocor. Rezeki pelajar, dan kebijaksanaan guru tersebut sebab pandai meramal, kan?

 

Lagi pulak, penggubal soalan adalah terdiri daripada kalangan guru-guru sendiri, bukannya orang luar. Kalau dah soalan guru tu yang terpilih, kira rezeki lah agaknya kan? Lagipun biasanya kalau takat 1,2 soalan tu kebetulan sama, tak de nyer panggil soalan bocor2 ni.. Lainlah kalau calon tahu kesemua soalan.. so itu memang Soalan Bocor!

 

Nota Ramalan PMR 2011-797995

 

Untuk persediaan akhir dalam subjek Sains ni, lebih diutamakan supaya calon PMR 2011 fokus kepada topik popular dalam soalan-soalan Percubaan Negeri-negeri dan juga beberapa tajuk yang diberi oleh guru-guru anda semua. By this precious time, sepatutnya semua topik @ content Sains Tingkatan 1-3 ni dah ada dalam kepala, cuma masa akhir ni, perlu lebih fokus, dan teknik menjawab perlu diberi tumpuan sewajarnya.

 

Untuk Peperiksaan PMR 2011 bagi Sains Kertas 2, antara tajuk-tajuk yang perlu diberi penekanan @ fokus yang Cikgu Dahlia dapat dari student yang attend Seminar Teknik Menjawab PMR 2011 anjuran Berita Harian bulan Julai lepas:

Topik Ramalan Soalan PMR 2011 Sains Kertas 2 dari Seminar Skor A Berita Harian:

  • weight
  • solubility
  • electricity
  • growth
  • frictional force
  • density + heat
  • simple machine
  • lever
      Kemudian, hasil browsing di sana sini, jumpa blog Andrewchoo yang banyak berkongsi tips dan selalu berjaya meramal Soalan Sebenar UPSR, PMR, dan SPM. COntohnya dalam UPSR 2011 baru-baru ini, untuk Kertas Sains sendiri, beliau berjaya ramal dengan tepat 4 daripada 5.. Tak pastilah macam mana beliau berjaya ramal dengan tepat, mungkin kebetulan dan memang dia dah pakar…
        So, Cikgu Dahlia rasa, topik-topik ramalan dari Andrewchoo ini juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Jangan over confident sangat dengan topik tersebut, tapi sebagai panduan .. Sebab kalau kita terlalu target, last2 tak kuar, kita jugak yang rasa nak marah kan?? Macam cikgu dahlia cakap, semua content dah ada dalam kepala, bagi tumpuan pada topik2 yang dinyatakan jer untuk Sains Kertas 2:
        Topik Ramalan Soalan PMR 2011 Sains Kertas 2 daripada Andrewchoo:

        REAL 2011 PMR TIPS - SCIENCE PAPER 2

        1. Uni / Multi cellular cell

        2. Type of matter / compound, mixture & element / metal & non-metal

        3. Conduction / Radiation

        4. Water / Electrolysis / Freezing point

        5. Reproduction / Fertilisation / Menstruation

        6. Growth / Nutrient

        7. Transformer / NGN / Generator

          Kalau dilihat pada tajuk dan topik yang diberi Andrewchoo ni, memang most soalan Sains Kertas 2 Trial PMR 2011 negeri-negeri pun keluar soalan tersebut. Kalau yang dah habis buat semua soalan Trial PMR 2011 tu, Cikgu Dahlia pasti, result PMR 2011 anda kelak pasti lebih cemerlang!!! InsyaALLAH! Semoga perkongsian ini dapat membantu semua lebih-lebih lagi blogger yang ada anak ambil PMR 2011 tahun ni, Denaihati dan KakinaKL.
            image_thumb[2]

          Untuk tips-tips lain, boleh rujuk :

          PetaMinda Sains PMR 2011

          PMR 2011 English Writing Tips

          Panduan Bahasa Melayu PMR 2011

          » Read More...

          Tips Menjawab Soalan PMR 2011 Sains Kertas 2 Terkini

          Share

          Pasal tips dan teknik menjawab soalan kertas 2 Sains PMR 2011 ni rasanya semua calon PMR 2011 dah alert dan dah ditunjuk ajar oleh guru-guru sendiri kan? Takper, Cikgu Dahlia kongsi je mana2 yang patut kan…mana tahu boleh refresh kembali segala ilmu yang diterima sebelum ni kan..

          Peringatan !!! Semasa memberi jawapan untuk Soalan Sains Kertas 2 PMR 2011,

          1. Berikan jawapan yang ringkas, tepat dan padat.
          2. Jangan buat jawapan double yang boleh menyebabkan awak salah.
          3. Beri jawapan berdasarkan markah yang diperuntukkan pada soalan tu. Kalau 1 markah, 1 jawapan tepat sahaja!
          4. Boleh tulis jawapan sama ada dalam BM atau BI, tetapi jangan tulis bahasa rojak, bahasa SMS! Tulisan pun pastikan jelas dan terang untuk dibaca pemeriksa.

          Pokok pangkal paling utama, calon PMR 2011 dan semua pelajar Tingkatan 3,2 dan 1 perlu alert dengan format soalan Sains Kertas 2 Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR ni.

          Bahagian A

          Soalan 1-6 >>  Soalan yang menguji pengetahuan Sains, pemahaman anda dalam Sains sehinggalah ke aplikasi Sains dalam kehidupan. Hanya tuliskan jawapan ringkas dan tepat.

          Bahagian B

          Soalan 7, 8 >> Soalan yang menguji Kemahiran Proses Sains, so soalan 7 dan 8 adalah lebih banyak berdasarkan pemerhatian anda pada rajah, kemahiran menjalankan eksperimen, dan lebih kepada teknik menjawab berdasarkan soalan yang diberi.

          Kebiasannya, jawapan untuk Bahagaian B ni ada pada soalan tu sendiri. Calon PMR 2011 yang mengambil Kertas 2 Sains ni perlu mencari jawapan dalam soalan tu sendiri dan menulis jawapan dengan tepat, antaranya seperti di bawah:

          Cari keyword yang Cikgu Dahlia “bold”kan ni dalam soalan…dan tuliskan jawpaan mengikut cara yang dinyatakan

          • Difference >> Tulis perbezaan berdasarkan kedua-dua gambar yang anda dapat lihat pada soalan tersebut. Gunakan ayat perbandingan ataupun nyatakan perbezaan bagi kedua-dua gambar.      Contoh 1 : Mentol A menyala lebih terang dari B
                 Contoh 2 : Mentol A menyala dengan terang, mentol B menyala dengan malap

          • Inference >> _______ sebab _______ (apa yang berlaku sebab apa). Mulai tahun 2011, penggunaan “depends on/influenced by/bergantung kepada” tidak dibenarkan! Tips: Tulis ayat difference tadi dan sambung kerana …………                                      Contoh : Mentol A menyala lebih terang dari B kerana mendapat lebih banyak voltan.
          • Manipulated variable >> Variable yang terletak pada paksi-x graf (melintang)
          • Responding variable >> Variable yang terletak pada paksi-y graf  (menegak)
          • Constant/Fixed Variable >> Apa yang sama dalam gambarajah eksperimen.. elakkan tulis apparatus sebagai c-v, tapi bahan oke.                                                          Contoh salah: Isipadu bikar                                      Contoh betul: Isipadu air.             Air ialah bahan, bikar ialah apparatus!
          • Predict >> Refer pada graph dan nyatakan nilai yang dapat anda baca pada graph. Atau jika tiada graf, beri nilai ramalan berdasarkan jadual.
          • Hypothesis / Relationship >> As the M-V increase, R-V _____ (refer graph)..yg penting, sebut manipulated variable dulu, baru responding variable.                  Contoh: Semakin bertambah luas permukaan, semakin cepat masa yang diambil. 
          • Operational Definition >> "________ (What to define dalam soalan)" is the __________ (R-V) <—refer paksi y graf …kalau sama, gunakan "________ (What to define dalam soalan)" is the reading of __________ (alat pengukuran R-v)      Contoh : Current is the reading of Ammeter

          Semoga semua calon dapat menjawab soalan Sains Kertas 2 PMR 2011 dengan jayanya!!

          » Read More...

          Iklan TM Manchester United Ramli Pemain MU dari Malaysia

          Share

          Iklan TM Ramli dari Malaysia Jersi No 19 jaring gol untuk Manchester United…

          Dah tonton Iklan terbaru Telekom Malaysia (TM) yang mana Ramli, orang Malaysia jadi player Manchester United tu? Ramli oh Ramli..bertuah betul badan ko!

          Mana taknya, berpeluang berlakon iklan dengan pemain-pemain Manchester United serta Sir Bobby Charlton. Siapa Bobby Charlton ni? Refer Wikipedia-Bobby Charlton okess.. Siapa yang berlakon pegang watak Ramli ni ek? Betul ke nama dia Ramli..Tapi bila nama dia Ramli, memang rasa very Malaysian kan ?

           

          Jom tengok dulu Video Iklan TM Ramli Manchester UNited ni dulu..

          Iklan TM Ramli Manchester United

           

          Sungguh touching awal2 Iklan TM Manchester United dan Ramli ni kan..Then bila masa dia kat MU tu, terus rasa macam semangat datang berkobar-kobar sehinggalah ke penghujung iklan, rasa terharu sangat bila nama Malaysia dijulang tinggi di negara lain.. Sesuai betul iklan ni ditayang masa Perlawanan Jepun vs Malaysia tadi eventhough Malaysia tewas 2-0 pada Jepun…tidaklah semua penonton perlawanan di kedai2 mamak rasa down.. Anyway, teruskan berusaha Skuad Harimau Malaya!!!

           

          Apa yang kita leh belajar dari iklan TM Manchester United Ramli ni ialah kita perlu percaya pada kebolehan diri dan sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita, jangan mudah tergugat dengan kata-kata negatif orang lain.  Setiap individu tu ada bakat dan kelebihan masing-masing. Cungkil dan buktikan bahawa anda juga boleh berjaya dan membanggakan orang sekeliling anda!

           

          Syabas Telekom Malaysia kerana menerbitkan Iklan Ramli Manchester United ni.. Memang aku sukerrr sangatt!!! Menjadikan kemungkinan suatu realiti …InsyaALLAH

           

          p/s: Kalau player Malaysia jaring gol untuk Malaysia dalam mana-mana perlawanan, lagi-lagi kalau Piala Dunia ke, aku lebih banggaaa berjuta2 lemon!!!!

          » Read More...

          Nasi Kukus Juna , Shahputra , Kolej Komuniti Kuantan

          Share

          Hari ni bangun-bangun tido lagi, mak aku dah ajak pergi cari nasi kukus yang best kat Kolej Shahputra tu. Kelmarin baru kitorang try makan di Kuantan Medical Center (KMC)semasa melawat Min dan Nana.

          Ops, bukan KMC yang special serve Nasi Kukus Juna Indera Mahkota tu, tapi parents Min dan Nana, Auntie Liza dan Uncle Li yang pergi beli di Restoran Nasi Kukus Juna ni dan bawa untuk kami berkelah dalam wad. Tak pernah pulak kami tahu ada Nasi Kukus glemer di KUantan ni.. Persoalannya, best sangat ke??

          IMG_20110921_131510

          Restoran Nasi Kukus glemer kat Kuantan ni terletak di Jalan IM 3/11, Indera Mahkota. Senang cerita, dekat Jalan tengah2 area Kolej Shahputra (simpang tiga) dan berhadapan dengan Kolej Komuniti.

           

          IMG_20110921_131548

          Restoran Nasi Kukus Juna, bukan Yuna ataupun Juma okeyyyy.. Kedai dia adalah kat hujung sekali bangunan tu, tengah-tengah..yang signboard oren atas ni.. Biasanya memang akan nampak orang beratur sebab nak membeli nasi kukus kat kedai ni. Mudahlah nak cam kedai ni sebenarnya walaupun kali pertama datang.

           

          IMG_20110921_124034

          Suasana dalam Restoran Juna Nasi Kukus ni pun biasa jer.. tak menceriakan..tapi bersih memang bersih. Waiter dia pun cepat datang untuk ambil order dan juga cepat bertindak kemas meja. Servis okey!

           

          IMG_20110921_124849

          Gambar wajah nasi kukus Juna blur sebab masa ambil gambar, tangan dah jamah nasi.. ni pun kepak ayam ni hilang kena rembat dengan anak buah. My Mom suka dengan nasi kukus ni sebab kuah gulai dia more to dalca which is my mum’s favie. Sambal dia pun memang diakui sedap. Nasi Kukus Juna ni memang siap dibungkus dalam kelongsong eventhough korang nak dine in. Sebab nak bagi aroma daun pisang, nasi kukus dan lauk sebati lah agaknya..

           

          IMG_20110921_125115IMG_20110921_125751

           

           

           

           

           

           

          Baby Feeqa pun dah selera makan nasi..Si Nureen tu lah pencopet kepak ayam tadi!

          Overall, minuman di Restoran Nasi Kukus Juna ni tak power. Aku order tea o jer, tapi biasa je..takde ummph..Nasi Kukus Juna? My mum cakap dia suka this more..tapi aku dan my sis lebih suka Nasi Kukus kat Anak Mas Seafood kat Chukai, Terengganu jalan Jerangau-Jabor tu.. Ayam dia best, lebih garing dan besar, and aku suka kari pekat dia..

           

          Owh ya, Nasi Kukus Juna ni berharga RM6 sebungkus.. Makanan kami tadi ditaja sepenuhnya oleh Uncle Li yang tetiba datang.. Makan free beb hari ni..hehe.. So, kenapa ramai sangat penuh kedai ni? Sebab ni port students Shahputra, Kolej KOmuniti  dan juga pekerja area Indera Mahkota tu.. RM6 for lunch treat is cheaper than having nasi campur yang at last more than RM6.. am I rite??

          » Read More...

          Masterchef Malaysia | Barisan Juri Chef Profesional

          Share

          Masterchef Malaysia, semestinya program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang ditunggu-tunggu oleh warga Malaysia yang tidak ketinggalan menyaksikan Masterchef UK, Masterchef US ataupun Masterchef Australia. Dan kali ni, dengan bangganya, Malaysia negara Asia pertama terpilih untuk menyiarkan program Masterchef di Malaysia, di mana tukang masak rumah ataupun amatur bertanding untuk merebut gelaran Masterchef Malaysia!

           

          Walaupun bukan bergelar tukang masak, ataupun tak memasang impian pun nak bergelar chef profesional, aku pun memang gemar menonton siri realiti masak memasak ni. Tak kiralah Masterchef US 2 ataupun Hells Kitchen yang sedang disiarkan setiap minggu di Star World, memang takkan lepaskan peluang. Even kalau ulang balik pun, rela tengok lagi-lagi Masterclass diorang tu. 

           

          masterchef malaysia

           

          Untuk program Masterchef Malaysia yang julung kali diadakan di Malaysia ni, ujibakat pemilihan peserta Masterchef Malaysia ni telah diadakan di lima lokasi iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur. Ujibakat yang mendapat sambutan hangat itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ingin menonjolkan bakat dalam bidang memasak.

           

          Kalau Masterchef US Season 2 kita ada Chef Gordon Ramsay, Joe dan Graham sebagai juri profesional yang menilai dan mengkritik masakan peserta, bagaimana dengan Masterchef Malaysia? Siapakah barisan chef profesional yang dilantik sebagai juri Masterchef Malaysia 2011 ini?

           

          Lima orang chef profesional yang diumumkan sebagai juri Masterchef Malaysia adalah….

          juri mastercheff malaysia

          Gambar barisan juri profesional Masterchef Malaysia 2011 : Chef Priya Menon, Chef Riz – Mohd Nadzri Redzuawan, (anak Chef Wan yang digosipkan ada hubungan dengan Ana Dahlia), Chef Jo – Moh Johari Edrus, Chef Zubir bin Md Zain, dan Chef Yahaya bin Hassan

           

          Barisan juri ini bukan sahaja akan menilai kualiti hidangan yang disediakan oleh para peserta malah mereka akan mengemudi program ini untuk memilih siapa Juara Masterchef Malaysia yang membawa gelaran Masterchef Malaysia di antara 24 peserta akhir program Masterchef Malaysia kelak.

           

          Tak sabar betul nak menonton Masterchef Malaysia yang akan mula bersiaran pada 22 Oktober 2011 di ASTRO RIA (saluran 104) manakala Masterclass (Kuliah Master) pula akan disiarkan hanya di  STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011. Kuliah Master (MasterClass) akan menampilkan ramai selebriti dan para selebriti chef manakala enam program yang lain dalam Masterchef Malaysia akan diudarakan di Astro Ria selama seminggu:

          Tarikh Mula Siaran Masterchef Malaysia :

          22 Oktober 2011  (Khamis)

           

          Sabtu

          Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Mystery Box and Invention Test)

          Ahad

          Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Pressure and Elimination Test)

          Isnin

          Cabaran Chef Selebriti (Celebrity Chef Test)

          Selasa

          Cabaran Sajian Luar (Outdoor Test)

          Rabu

          Penyingkiran (Elimination)

          Khamis -
          Jumaat

          Kuliah Master (Master Class) - STAR WORLD 711

           

          Nampaknya penuh laa jadual kelas masakan kita selepas ini kan? Mampukah barisan peserta Masterchef Malaysia kita mencipta menu masakan yang bukan sahaja bersih dan kelihatan menarik, malah lazat dan menyelerakan dalam masa yang ditetapkan? Jangan lupa saksikan Masterchef Malaysia yang akan bersiaran di ASTRO RIA mulai Khamis 22 Oktober 2011 ini !!!

           

          Sejarah Program Realiti Masterchef …

          2009, Masterchef Australia - mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010.

          Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.

           

          Pihak Penaja Masterchef Malaysia

          Penaja utama MasterChef Malaysia : PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku . Setinggi

          Penaja bersama : Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil.

           

          Oh ya, ada tawaran menarik untuk para blogger yang memang mempunyai bakat memasak dan berminat untuk menjadi Malaysia First Blogger Masterchef. Ramai blogger-blogger kita yang aku percayai sangat-sangat berbakat untuk bergelar Malaysia Blogger Masterchef ni! Especially blogger yang bergelar ibu yang diakui memang suka berkongsi resepi di blognya especially Cikmin dan Kak Ina KL ataupun Abang Mat Gebu kan?

           

          banner_peoplev-1

          [klik picture di atas kalau nak join yer..aku promosi FREE jer ni untuk Nuffnang!]

           

          Aisehhhh.. baru teringat!! 22 Oktober 2011 tu aku dah ada di Tanjung Malim..macam mana aku nak tengok Masterchef Malaysia ni. Usahkan kuali ASTRO, TV pun takde kat rumah sewa aku tuu.. Uhuks…Ada sesiapa leh bagi aku tengok Masterchef Malaysia online tak? Takpun tolong record dengan ASTRO Beyond PVR korang dan upload kat Youtube .. Bleh??

           

          [Laman Web Rasmi Masterchef Malaysia]

          [Facebook Masterchef Malaysia]

          [Twitter Masterchef Malaysia]

          » Read More...

          Soalan Percubaan PMR 2011 - Analisa Tajuk Popular Sains Kertas 2 SBP, MRSM dan Semua Negeri

          Share

          Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 dah tak lama lagi. Aku percaya, di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sekarang ni, para guru tengah pulun ulangkaji bersama calon PMR 2011 sekolah masing-masing dengan membuat soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri di Malaysia ini termasuk soalan-soalan dari MRSM dan juga SBP.

           

          Untuk Cikgu Dahlia sendiri, selaku guru Sains, di sini nak berkongsi analisa taburan soalan berdasarkan topik favourite yang telah disoal dalam kebanyakan kertas soalan peperiksaan percubaan semua negeri, SBP dan juga MRSM dalam Peperiksaan Percubaan PMR 2011 baru-baru ini. Rujuk : Koleksi Kertas Soalan Percubaan PMR 2011 Sains.

           

          Analisis Taburan Topik dalam Kertas Soalan Sains Kertas 2 Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Mengikut Negeri

           

          Analisa Taburan Topik untuk Soalan Sains Peperiksaan Percubaan PMR 2011 ini Cikgu Dahlia tambah baik daripada Analisa Soalan Sains Kertas 2 PMR 2011 Cikgu Zaiful yang telah disediakan oleh Cikgu Zaiful di laman blognya.

           

          Soalan-soalan ramalan PMR 2011 Sains, topik yang perlu diberi perhatian untuk PMR 2011 dan mungkin juga tips-tips terakhir yang berguna untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR 2011 pada awal Oktober ini akan dikongsikan selewatnya hujung minggu ni yer disebabkan ada masalah teknikal. Kena bernujum dulu…hehe

          » Read More...

          Jenis-jenis Penyelidikan dalam Pendidikan

          Share

          research

           

          (1) Kajian Sejarah:- membina semula masa silam secara sistematik.
          eg: Untuk menentukan Aishah benar-benar keturunan Mahsuri.

          (2) Kajian Deskriptif:- memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan berfakta.
          eg: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.


          (3) Kajian Perkembangan:- menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa.
          eg: Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.


          (4) Kajian Kes/Lapangan:- mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti)
          eg: Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.

          (5) Kajian Kolerasi:- menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau lebih faktor lain berasaskan pekali variasi.
          eg: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik


          (6) Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif):
          -mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat.
          eg: Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau PDRM

          (7) Kajian Eksperimental:- menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima rawatan
          eg: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar sekolah menengah.


          (8) Kajian Tindakan:- membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah
          eg: untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan teknologi.

          » Read More...

          Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Sains & Skema bagi MRSM, SBP dan Semua Negeri | Science All State PMR Trial Exam Paper 2011

          Share

          Kertas Soalan Sains Percubaan PMR 2011  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh dan juga semua negeri.

           

          Koleksi kertas soalan bagi matapelajaran Sains PMR untuk peperiksaan percubaan PMR 2011 mengikut negeri-negeri, Sekolah Berasrama Penuh dan juga Maktab Rendah Sains Mara boleh download melalui link di bawah beserta skema jawapan.

           

          BIL Negeri / SBP / MARA Soalan Kertas 1 Soalan Kertas 2 Skema Jawapan
          1

          Johor

          Sains K1 Sains K2 Skema
          2

          Kedah

          Sains K1, K2 dan skema    
          3

          Kelantan

          Sains K1 Sains K2 Skema
          4

          Melaka

          Sains K1 Sains K2 Skema
          5

          Negeri Sembilan

          Sains K1, K2   Skema
          6

          Pahang

          Sains K1 Sains K2 Skema
          7

          Pulau Pinang

          Sains K1, K2, dan Skema    
          8

          Perak

          Sains K1 Sains K2 Skema K1
          Skema K2
          9

          Perlis

          Sains K1 Sains K2 Skema
          10

          Selangor

          Sains K1 Sains K2 Skema
          11

          Terengganu

          Sains K1 Sains K2 Skema
          12

          Sabah

          Sains K1 Sains K2 Skema
          13

          Sarawak

          Sains K1 Sains K2 Skema K1
          Skema K2
          14

          Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

          Sains K1 Sains K2 Skema
          15

          Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

          Sains K1
          Errata Sains K1
          Sains K2
          Errata Sains K2
          Skema
          16

          Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

          Sains K1 Sains K2 Skema

           

          Alhamdulillah, akhirnya kesemua kertas soalan percubaan PMR 2011 bagi semua negeri, SBP dan MRSM untuk matapelajaran Sains telah berjaya saya upload dan kongsikan di sini.

           

          Jutaan terima kasih kepada yang sudi emelkan soalan-soalan yang tidak ada dalam simpanan saya sebelum ni. Semoga Tuhan merahmati anda semua. Bagi sesiapa yang ada link ke skema jawapan yang belum ada link di atas, mohon berkongsi di ruangan komen ya.

           

          Nantikan analisis soalan Sains Percubaan PMR 2011 mengikut negeri yang memberi fokus kepada beberapa topik popular yang ditanya dan tidak lupa juga, ada beberapa topik ramalan yang akan keluar dalam kertas soalan sebenar bagi subjek Sains PMR 2011 ini. Soalan Bocor PMR 2011? Tunggu!!!

          » Read More...

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

          ♥ Search This Blog ♥

          Loading...

          ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

          ♥ Post Terkini Dahlia ♥

          ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

          Make your own

          ♥ Tweet tweetttt... ♥

          ♥ Super Very Important Followers! ♥

          Related Posts with Thumbnails

          Menarik!!!

           Banner
          Blogged.my

          ♥ Arkib Blog ♥

          DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais