BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Cikgu, Pelajar , Blogger….. yang mana satu??

Share

Assalamualaikum readers..

Tak tahu nak start tulis dari mana sebenarnya sebab mood blogging dah lari jauh sangat. Bukan tak sayang dengan blog ni, sayang sangat..sebab dah banyak sangat pelaburan masa dan wang dibuat untuk blog ni. Ops, pelaburan wang daripada penaja2 blog lah kan terutamanya.. hehe.

 

So, hari ni nak update..bukan pasal isu terkini di Malaysia.. kira ni bukan entry nak goda pakcik Gugel ok..just entry personal. Nak story pasal diri sendiri. Ada yang nak baca ke? Taknak baca, tekan X okeyyys… Sebenarnya pasal peribadi ni, ada yang tahu, ada juga yang tak tahu.. dah lama nak story pasal ni, tapi kemalasan membuak dalam diri. Tapi, nak juga simpan kenangan ni dalam blog terchenta ni. Yerlah, nanti dah tua-tua, boleh laaa membaca kembali bersama cucu cicit kan.. Tu pun kalau hidup lama lah :D

IMG_20111013_201239

Pak guard, jangan saman saya ^_^

 

Ok, untuk pengetahuan semua. Dahlia sekarang ni kembali bergelar pelajar. Cikgu? Pelajar? Mesti korang pening kan? Ok, daku bukan buat part time sambung belajar, tapi memang dah jadi Pelajar Sarjana di UPSI ni dah sebulan.. Full time student! So, memang dah lebih sebulan, since 12 Sept 2011 lagi, Dahlia meninggalkan sekolah terchenta di Pekan tu dan menuntut ilmu di Tanjung Malim demi memegang amanah KPM dan rakyat semua yang bayar cukai kannnn .. Terima Kaseyyyy!!!!

 

Dekat UPSI ni Dahlia ambil Sarjana Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan berada di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ingat lagi tak entry yang Dahlia buat proposal dalam masa satu malam dan entry temuduga tu??  Semuanya kerana nak memohon Biasiswa KPM untuk melanjutkan pelajaran lah. Alhamdulillah, akhirnya, Hadiah Latihan Persekutan (HLP) berjaya kucapai untuk bidang Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan. Kursus Persediaan untuk penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) pun dah attend di Dynasty Hotel, KL bulan Julai hari tu. Alhamdulillah, mood nak belajar tu kembali bila pergi Kursus tu.

 

tenet tjg malim

Celcom Broadband di Tanjung Malim ni hanya ok di tengah bandar jerk!! So, aku potong, dan pasang Streamyx  4.0 Mbps di umah sewa aku ni.. baru puas nak cari bahan

 

cats

Jadual Kuliah sem ni.. Ahad – Khamis takda kelas masa untuk tengok movie study dan cari maklumat sesambil cari idea untuk disertasi ..

 

Dekat UPSI ni, walaupun kuliah pelajar Sarjana hanya pada Jumaat dan Sabtu, memandangkan aku bergelar full time student, aku jadi gak laa warga Tanjung Malim ni. So, aku menyewa dekat Taman Malim, bersama beberapa lagi pelajar Master lain, tapi diorang bukan cikgu. Semua penaja sendirian berhad, aku je ditaja KPM. So, sebab ditaja, Mod yang wajib ambil ialah Mod Kerja Kursus dan Disertasi. So, untuk maksimum 2tahun cuti yang KPM bagi ni, aku kena habiskan 42 jam kredit, 6 subjek x 4 kredit = 24 dan 18 jam kredit untuk disertasi. Paling cepat insyaALLAH, dalam setahun setengah habis lah pengajian Sarjana aku ni. Aminnnn…. tak sabar lak rasa nak memegang skrol Ijazah Sarjana pula :D

 

Untuk Semester 1 ni, subjek yang aku ambik ialah Instructional Design (ID), Kaedah Penyelidikan, dan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK). Memang agak blur lah jugak memula sebab selama ni kita yang dok mengajar kat depan, kali ni, kita sebagai pendengar dan penyumbang idea. Susah betul nak tune sebab dah tua kan…hehe  Baru lah rasa macam mana jadi student yang pasif. So far, memang gembira berada di UPSI, sebab lecturer pun baik dan sangat membantu kami. Assignment memang dah banyak, tapi dah style aku, mana pandai buat awal2.. hoho..Mood dan motivasi intrinsik masih lagi xsampai ni.

 

Bilalah aku nak berubah pemikiran ala sarjana?? Salah satu sebab aku malas nak update blog sebab tu lah..Kang ada lak kata aku tulis blog macam bukan orang Sarjana..kecik hatii woo… huhuh …anyway, Wish me luck in my Masters ye readersss… Sayang korang!!!

 

p/s: Tetiba nak tempek badge “Saya Blogger UPSI”. Nyampah x??

» Read More...

Bantuan Persekolahan RM100 Pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan Baucer Buku RM200 Pelajar IPT - Bajet 2012

Share

Bayaran bantuan persekolahan RM100 kepada semua 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah diumumkan oleh PM dalam sesi pembentangan Bajet 2012 minggu lalu, akan mula diagih pada bulan Disember 2011 sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan tahun 2012. Bantuan persekolahan RM100 itu akan diberikan kepada semua pelajar dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 tahun 2012. Namun begitu, Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan persekolahan RM100 yang diberikan untuk pelajar terutamanya keluarga pelajar yang berpendapatan tinggi.

 

orientasiF1_2

Sumber gambar : Kiaramas

 

Kaedah dan cara bagaimana bayaran bantuan persekolahan ini masih lagi belum diputuskan dan difahamkan bayaran bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah tersebut akan dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Selain daripada pemansuhan terus yuran pendidikan, bantuan kewangan ini ternyata memberi nafas lega kepada semua ibu bapa untuk meringankan beban mereka dalam membuat persiapan untuk sesi perksekolahan tahun hadapan. Kerajaan menanggung kos sebanyak RM150 juta setelah memansuhkan yuran persekolahan bagi meringankan beban ibu bapa terutamanya golongan berpendapatan rendah. So, selepas ni, bila mendaftar di sekolah tahun hadapan, ibu bapa hanya perlu bersedia untuk Yuran PIBG je lah ataupun Yuran Asrama. Bayaran Tambahan 24.50, 33.50 dah dimansuhkan terus!

 

mahasiswa

Sumber gambar : Zahrotunnisak

 

Selain daripada bantuan persekolahan Rm100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, PM mengumumkan pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit.

 

Selain daripada anak-anak, di bawah fokus Meringankan Kos Sara Hidup, Bantuan sebanyak RM500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah akan diberi tunai secara one-off. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini yang akan melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.

 

Sungguh beruntung pelajar-pelajar sekolah dan IPT di Malaysia ni  kan.. Harap wang bantuan yang diberi digunakan sebaik-nya untuk pendidikan. Gantilah pakaian sekolah, beg sekolah ataupun kasut sekolah yang dah usang tu..tak pun gunakan untuk keperluan beli buku tulis dan buku kerja semasa pendaftaran sesi persekolahan 2012 kelal. Diharapkan dengan pendidikan percuma di sekolah yang diberikan, pelajar lebih menghargai ilmu dan pengetahuan. 

 

p/s: Agak-agak, aku layak tak untuk baucer buku RM200 tu? Aku kan pelajar IPT sekarang...

» Read More...

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | Jadual Kadar Kenaikan Gaji Sebaris Kakitangan Kerajaan?

Share

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, Jumlah Kenaikan Gaji bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan.. Hangat betul topik berkaitan ni di pejabat-pejabat kerajaan, hospital mahupun sekolah sekarang ni! Rata-rata nak mengambil tahu bagaimana kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai SBPA ni. Cikgu Dahlia pun sangat berminat nak tahu!!!

 

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ini diumumkan oleh PM dalam pembentangan bajet 2012 Jumaat lepas. Sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Baru Perkhidmataan Awam atau SBPA ini akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunapakai sekarang since 2002 kalau tak silap aku lah! Sebelum SSM, Sistem yang digunapakai adalah Sistem Saraan Baru (SSB). Sepengetahuan aku yang baru lagi 5 tahun bergelar penjawat awam, masa zaman SSB, ada la term2 gaji melintang , menegak, mendatar etc. tapi SSM pula semuanya mengikut tangga gaji.. Kalau dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) pun, hanya dapat RM1k dan sijil, bukan kenaikan gaji. Kenaikan gaji hanya pada kenaikan tahunan..ikut tangga gaji. Kecuali zaman ada PTK dulu,kalau dapat Cemerlang, boleh naik P lebih tinggi.. so, kenaikan gaji memang RM200-300 lah… lumayan abis.. Cikgu Dahlia tak dan lagi nak merasa semua tuu…

 

Rata-rata blog aku nampak akan tempek benda yang sama pasal SBPA ni..seperti berikut:

Sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi. SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ini juga akan menaikkan gaji maksimum tiap gred yang mana akan wujud lebih banyak mata gaji. Maka, penjawat awam berpeluang untuk mendapat gaji maksimum yang lebih tinggi sehingga kepada 37.7% Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

 

Then, keluarlah jadual kadar kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang belum pasti lagi dari mana sumber kesahihannya tu!

sbpa

 

Entah sapa lah punya kerja ni ek? Takkan lah kenaikan mengikut gred macam tu sekali..memang aku rasa sangat tidak logik. This is only rumours!!! Hope penjawat-penjawat awam tidak berangan macam aku bahawa akan dapat kenaikan sebanyak itu. Makcik kayo!!  Tunggu jelah pengumuman terperinci yang akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung dengan kadar gaji baru di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni. Toksah buat rumours yang akan menambahkan lagi orang hasad dengki dan spekulasi sana-sini..

 

Jom baca kembali dengan teliti apa sebenarnya yang dibentangkan oleh PM dalam belanjawan 2012 tu di sini >> teks ucapan Belanjawan 2012 << Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ni termasuk dalam Fokus Keempat Belanjawan 2012 iaitu Memperkejap Perkhidmatan Awam.

 

Dalam teks ucapan Bajet 2012 tu ada menggariskan elemen-elemen utama dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA ini iaitu:

 

  1. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
  2. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.
  3. Laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
  4. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kepada readers yang bergelar kakitangan awam terutamanya, jangan percaya bulat2 dengan apa yang ditulis, dibincangkan di blog-blog pasal kadar kenaikan gaji ni. Kalau ikut kefahaman ayat terakhir atas no.4 tu, hanya mereka yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji.. so, banyak pro dan cons yang perlu kita selidik dulu sebelum mengganggap semua penjawat awam mendapat durian runtuh ni.. Tunggu sahaja pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing-masing nanti. Nak tanya korang punya kerani ataupun HR, diorang pun masih pening lagi..Maybe mereka akan ditaklimat atau kursus dulu. Sabar oke.. Nanti dapat punya habuan korang tu.. Semoga Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni menguntungkan semua penjawat awam…Semuaaaaaa :D

» Read More...

Marah Betul Orang Gomen Gred 45 dengan Cikgu yerrr???

Share

Assalamualaikum..
Makin lama rasa makin jauh hati untuk berblogging. Sayang dengan blog ni, tapi nak update tu sangat lah malas.. Kan bagus kalau ada brain scanner yang mana kita letak jer kepala kita, then dia tolong taip/update blog kita .. haha.. just kidding..agaknya, kalau betul laa ada invention brain scanner ni, tak senang laa hidup kita gamaknya. Teringat Matt Patterson (kut?) dalam series HEROES yang boleh baca fikiran orang tu..

Anyway, hari ni di hari Isnin nan indah ni..bukan saja nak buat gempak dengan tajuk post, tapi sekadar terusik manja di hati ni (sastera failed!) tatkala approve comment tadi. Dah lama tak dapat komen berunsur kemarahan membuak (marah ke?). Sekali-sekala dapat komen macam ni, aktif jugak hati ni..Kalau asyik pujian, macam tak meriah hidup gitu. Ok… komen daripada Orang Gomen ni adalah untuk entry insentif Bajet 2012 tu..

Betullah kata Chekgu Naman, asal cikgu jer, mesti kena hentam.. kadang2 depa tak baca sampai habis, terus hentam macam tu jer..nampak sangat dengki benor ke cikgu ni eh?? takper lah, Cikgu Dahlia ni insan2 yang terpilih, so memang sabarrrr.. Sabar kan separuh daripada iman.. Tak guna nak melenting2 ni.. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam..hanya insan yang bergelar guru tahu susah payah jadi seorang cikgu di zaman ini… betul tak Cikgu Nur, Cikgu Isza [melenting gak nampak?? hehe], Cikgu Sarah, Cikgu Laili, Cikgu Syah?

Meh baca komen Orang Gomen Gred 45 dulu… eh jap, ada gred 45 ek untuk skim perkhidmatan lain? Yang aku tahu dalam pendidikan, yang ada DG41, DG44, DG48, DG52, Jusa…yang lain nan hado! Sebab tu laaa Cikgu yang paling lambat naik berbading yang lain..
Komentar daripada orang Gomen Gred 45…

marah

Kerja Cikgu Paling Senang???
Dulu zaman aku belajar engineering kat UTM, memang aku sokmo beranggapan “Kerja Cikgu Paling Senang”, tak mencabar, balik cepat, cuti banyak…sebab tu laa aku zaman jahiliah dulu, sokmo mengutuk kerjaya cikgu ni.. sampaikan member aku yang dah 3rd year Engineering, tetiba tukar kos Edu, aku pandang lekeh jer.. Memang zaman jahiliyah aku dulu lah.. Last2 tak sangka aku sendiri bergelar guru sekarang..Sampai member-member aku sendiri pun tak percaya bila aku jadi cikgu..So far, memang kosmate Engineering aku, yang Malay, mostly bergelar cikgu lah. Dah ketentuan, itulah, zaman sekolah dulu nakal sangat, so, dah tua2 ni, kena laa duk kat sekolah lagi kan..Masa untuk berbakti pada nusa bangsa pulak..Ceh wahh… Tapi, siyes to say, kalau story pasal kenakalan aku zaman sekolah dulu pada my student or my colleague skrg, semua langsung tak percaya.. Huhuh

Senang ke jadi cikgu sekarang ni? Dah merasa, tau lah macam mana.. :D Seronok memang seronok, tapi bila stress, sangatlah rasa nak tekan butang dan lari dari sekolah serta merta! On the DOt!.. Jadi cikgu ni, bukan kena deal dengan student jer, dengan rakan sekerja, dengan orang atasan, dan dengan mata2 dari orang atasan nu dan paling mencabar, dengan ibubapa pelajar2… Rasanya kalau diberi sehari berada di sekolah, masuk kelas, ada yang terus menangis rasanya. Ada yang nak merasa?? Dapat sekolah bagus, takpe, tapi kalo dapat sekolah yang hanya Allah je yang tahu…Rasanya geleng kepala tobat taknak dah! Tapi kalau beri kami , guru ni sehari duk dalam pejabat ber”aircond”, kami pun taknak! Sebab jiwa kami jiwa mendidik. Ke sini sana mengejar budak2, keluar masuk berbilang kelas yang dipenuhi 30-40 orang sekelas dengan pelbagai ragam, memanjat tangga yang kadang uzur, bergerak ke kelas di bangunan berlainan, dalam kawasan yang besar, berbanding duduk sahaja dalam pejabat beraircond.. mati kutu kami jawabnya!  One more thing, cikgu kat sekolah hari ni, bukan hanya cikgu…kamilah nurse, kamilah polis, kamilah lawyer, tukang kebun, macam2 lagilah! Apapun, Cikgu Dahlia masih bersyukur sebab ditempatkan di sekolah yang okay daripada pengalaman rakan-rakan guru lain.

Kerja cikgu setengah hari jer…? Rata-rata sekolah sekarang ni, mula kerja jam 7.30 ..ada jugak yang 7.00 pagi dah start sekolah. Balik pun rata2 2.30 pm ke atas.. tak campur lagi pulak kalau petang ada kelas tambahan, ada ko-kurikulum. Malam pun kadang ada cikgu yang buat kelas tambahan untuk pelajar, ada juga yang menggunakan  waktu malam untuk marking buku, semak karangan (sanggup??), sediakan lesson plan, sediakan BBM..kena buat soalan ujian untuk pelajar..  tak masuk lagi hujung minggu..pun kadang tu anak2 cikgu sendiri yang terabai…pendek kata, cikgu ni bawak balik kerja sampai ke rumah! Leh tanya bro Zulkbo dengan bro Eyri yang berwifeykan cikgu ni macam mana tauuu… ops,Cikgu Dahlia jer yang memang bekerja hanya di sekolah, di rumah buat kerja lain.. sebab tu lah tak pernah Cemerlang kaaaannn….

Time student cuti, memang kami cuti.. tapi dalam waktu cuti pun kami masih boleh dipanggil bertugas, masih ada kursus yang kami perlu attend, ada folio, tugasan dll yang kami perlu selesaikan..ada target yang harus kami capai, ada program yang perlu kamu uruskan.. Nak banding kemudahan cuti? Kami ada 7 hari sahaja.. 7 hari tu pun tertakluk kepada budi bicara KJ, dan kadang tu, kami nak ambil 7 hari tu pun sayang.. risau kalau ada silibus tak sempat catch up…

Pendapatan tambahan? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. tak semua guru buat tuisyen, tak semua guru marking paper exam.. setiap orang boleh berfikir dan bertindak sendiri kaedah terbaik untuk mencari rezeki tambahan kan. Cikgu ada kelebihan yang dia boleh ambil, begitu juga dengan orang lain.. Bukan tak boleh nak buat duit lebih dengan berniaga pun.. Yang penting kena usahalah.  Nak seribu daya, taknak, satu dalih pun dah cukup..

Kenapa perlu pandang pada kelebihan orang lain dan menjadikan hati kita dengki pada kelebihan itu.. Setiap bidang tugas, kerja kita ada cabaran, ada kelebihan, ada kekurangannya masing-masing. Yang penting, kita suka dengan kerjaya kita. Sayang dengan tanggungjawab yang diberikan dan ikhlas dalam menunaikannya. Biarlah bukan kepuasan dari wang ringgit pun, tapi kepuasan dalam bekerja tu akan datang bila kita ikhlas. Dan ganjaran tu akan datang sendiri bila sampai masanya. Tak guna kalau dapat berjuta RM sekalipun, tapi apa yang kita buat tu, tak diredhai-Nya, takde makna gak.. Bekerjalah kerana Allah, bukan kerana ganjaran.

Yang kurik tu kundi, yang merah tu saga…buruk Cikgu, semua orang nampak, pelajar taknak ambil periksa, cikgu juga dipersalahkan (kes yang terbaru niii…tapi last2 budak tu mengaku sendiri kan mereka sendiri yang taknak ambil UPSR!) tapi bila anak-anak cemerlang dalam UPSR, dalam PMR, dalam SPM…siapa yang nampak cikgu?? berapa ramai ibu bapa akan datang berTERIMA KASIH dengan cikgu yang siang malam buat kelas tambahan untuk pastikan kecemerlangan? Takperlah, dah tugas cikgu kan…Nasib ada Kerajaan Malaysia yang nampak kannnn???

Moral of the story: Semua Individu di atas muka bumi ni ada peranan dan sumbangan masing-masing untuk kehidupan kita. Tak perlu ambil contoh kerja best2.. even buruh kontrak sekalipun, yang kerja sapu sampah, semuanya beri sumbangan dalam kehidupan kita. Sesamalah kita menghargai orang lain, bukan merendah2 dan memperlekehkan mereka. Belajar mensyukuri nikmatNya  dan redha dengan ketentuan_nya.. :D  Wallahualam.

p/s: Okey jugak kan buat Career Swapping…sapa nak try test jadi cikgu???

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais