BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Masa Untuk Berjimba~~~ Laalalalaa

Share

Lama sungguh rasanya aku menganak tirikan blog aku ni. Almaklumlah, ada yang lebih penting dari blog sekarang ni.. iaitu pengajian Sarjana aku ni. Disebabkan menjengah ke bidang yang baru, banyak yang perlu aku belajar. Assignment pun bukan calang-calang macam Degree dulu. Tiada lagi note taking, tapi semuanya kaedah sumbang saran, yang mana perlu catchup sendiri.

 

tpck

 

Ni pun baru je lepas dua assignment. Satu untuk TPACK iaitu Technological Pedagogical Content Knowledge dan satu lagi untuk Instructional Design (ID). Untuk TPCK, kami perlu cari 3 high impact journal either on Technological Content Knowledge (TCK), Pedagogical Content Knowledge (PCK), Technological Pedagogical Knowledge (TPK) ataupun TPACK itu sendiri. Then kena pilih salah satu untuk present dalam kelas.

 

Memandangkan kebanyakan bahan yang aku jumpa is on TPACK dan PCK sampai habis kertas A4 aku guna untuk print, aku pilih TCK untuk present sebab aku kan memang suka nampak pelik sikit. Heheh.. Taklah, kalau dah semua cover mende sama, siapa nak cover untuk TCK atau TPK yang agak susah nak cari artikel tu kan? Alhamdulillah, presentation done  and my friend say I’m quite confident. Actually risau jugak sebab aku bukan jenis pandai nak berhujah sangat, tapi kalo nak berbahas pandai lah kut.. Dah laa presenter sebelum aku semalam semuanya slide penuh2 isi…Aku lak? Trying to be simple as I can…target2 nak jadi macam mendiang Steve Jobs lah kononnya kan. Mana tahuuuuu….miahahahahha

 

Untuk Instructional Design pulak, kami kena brainstorming melalui Forum MyGuru iaitu UPSI Course Management Information System (kut?) macam Moodle tu… Kami diberi 2minggu since last week untuk membincangkan kepentingan ID ni dalam pembangunan koswer multimedia.

 

Fuh, bukanlah mende yang senang jugak. Lagi2 yang tak berapa nak kreatif macam aku, nak nak pulak kena berforum secara ilmiah beb..kalau berforum macam Cari.com, Carigold etc bebila masa je kann…. Dah laa memula pelik, setahu aku, style berforum, reply pada benang (thread) yang sama, tapi ni ramai yang bukak thread sendiri, so aku pun bukaklah thread sendiri jugak, dan buat thread tu macam nota aku, dengan segala benda yang aku jumpa pasal ID ni aku letak dalam thread yang sama, tapi berlainan post lah.. including the Video.

 

id

Scoring the maximum as I can… ^_^

 

So, akhirnya, mestilah aku jadi paling banyak post. Miaahahahaa.. Tamaksss..Ops, tapi aku tetap tak lupa untuk balas post orang lain sebab dah jadi macam nature lah dalam blogging kan. Whenever kita dah baca sesuatu, kita sebolehnya akan bagi komen as appreciation for something yang dia buat. So, sebolehnya aku akan reply untuk menunjukkan bahawa, “Yes, I do read your post..”. 

 

Forum ni lecturer aku akan bukak sampai minggu depan. Semalam ada dia tanya either I want to share something, tapi disebabkan just tergezut dengan news my bro terlibat dalam kemalangan malam tadi (thanks God he’s ok, just Wira dia jer teruk), terus blank, dan tak share apa pun.. Tu pun tak siap lagi, kos ada lagi yang aku akan tambah. Biarlah Thread aku tu jadi sumber rujukan aku bila nak final exam kelak kan…hheehe

 

Selepas dua assignment yang membuatkan aku tido sehingga jam 4.30 pagi ni, barulah aku boleh bernafas lega. Yerlah, bergelumang dengan segala nota mengenai ID, mengenai TPCK sampai habis satu ream kertas Indah Kiat 70gm tu beb. Dah laa aku ni jenis last minute dan mood dan idea tu plak jenis datang sayup2 jer.. especially tengah2 malam.. So, jadilah kelawar dah beberapa malam dah since minggu lepas.

 

Ni, lepas ni nak kuliah Kaedah Penyelidikan..Then, boleh balik bercuti di bumi Kuantan tercinta selama hampir 2minggu sempena Deepavali. Bumi Tanjung Malim ni aku akan tinggalkan, dan 4 November baru aku datang balik. Bye Tanjung Malim…Bye UPSI, Bye Makcik Guard UPSI Taman Bernam yang kerek (ops, jap lagi jumpa dia lagii…nak ucap Happy Deepavali lah!), Bye Yik Mun Pau…Ops,dah 2 bulan di sini, I tak pernah tergerak hati pun nak makan Pau Yik Mun tu tauu!!

» Read More...

Skala Pengukuran - Nominal, Ordinal, Selang, dan Nisbah

Share

Ada empat jenis Skala pengukuran dalam sesebuah penyelidikan iaitu nominal, ordinal, interval (selang) dan ratio(nisbah).

ordinal nominal

 

Skala Nominal

- Data yang tidak mempunyai jenjang tetapi hanya membedakan sub kategori secara kualitatif.

- Data yang boleh dikategorikan dan ada nama/label tertentu

Contoh: Jantina, agama, bangsa, no kereta, no KP

 


Skala Ordinal (Order)

- Data yang boleh disusun mengikut tertib  tetapi perbezaan nilai tidak dapat ditafsirkan secara tepat.


Contoh: Pengetahuan konsep, pengkelasan pelajar, gred pelajar, organisasi, pangkat

- Data daripada skala likert termasuk dalam jenis ini.

 


Skala Interval / selang

- Data yang boleh disusun mengikut tertib tetapi perbezaan nilai tidak dapat ditafsirkan

- Nilai sifar “0” bukan titik permulaan

Contoh: Suhu

 

Skala Ratio/Nisbah

- Data yang disusun mengikut tertiba dan bermula dengan sifar “0”

Contoh: Tinggi Badan, Berat Badan, Umur, Halaju kereta

 

LevelsofMeasurement3

 

Rujukan Lanjut :

1. Skala Pengukuran (Scale of Measurement)

2. Konsep statistik dalam bidang Kesihatan

» Read More...

Bab 3 : Rekabentuk Penyelidikan - Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan

Share

bab3

KAJIAN KUANTITATIF (Kuantiti)

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:

i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)

ii) Kajian Korelasi

iii) Causal Comparative (Sebab-akibat)

iv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF (Kualiti)

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:

i) Etnografi

ii) Kajian Tindakan

iii) Kajian Kes

iv) Sejarah

v) Naratif

 

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Data berbentuk angka yang boleh diukur.

Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

  Penyelidik adalah instrumen utama    memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.

Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.

Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)

Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

» Read More...

Awas! Penyebaran Virus Melalui Twitter DM …

Share

Twitter. Salah satu media sosial yang memang menjadi pilihan ramai orang selain daripada Facebook. Ada yang lebih suka kepada twitter, ada pula yang memilih Facebook sebagai media sosial utama mereka. Aku? Masih lagi Blog yang pertama, kedua Facebook, dan ketiga baru twitter kut. Serius, aku memang tak pandai nak bermesra kat Twitter walaupun ada friends yang cakap, biasalah kalau dok cakap sesorang kat wall twitter tu. Ok, aku pun sokmo buat! Dulu rajin jugak nak menyampuk orang lain, tapi sekarang, memang tak pandai nak menyampuk sebab aku sendiri dah jarang nak on akaun Twitter aku tu.

 

Kalau sebelum ni, dah heboh penyebaran virus melalui Facebook, sekarang ni, apa yang aku dok perhati, pihak tak berwajib yang suka sebar2 virus ni.. boleh kut nak panggil mereka lanun, masih lagi cuba nak buat perkara yang sama dan kali ni, menggunakan Media sosial kedua yang berpengaruh, TWITTER. Korang sedar tak??

 

Pernah tak dalam korang dapat DM (direct message) daripada Follower korang macam ni?

twitter virus

Untuk yang pertama tu, mesti korang curious , siapalah ambil gambar aku tengah korek hidung ke, muka tak bermake up tebal, gambar tengah garu punggung dan sebagainya. Yerlah, sapa sanggup tengok gambar tak cantik, gambar lucu…kalau leh, semua yang tayang kat FB, kat blog, mesti yang nampak korang langsing, bergaya, cute dan cantik, mata besar je kan?? (aku cakap diri sendiri okeyyy..jangan terasa! So, korang pun akan klik kan?

virus twitter

Hmmm kalau DM macam ni pulak? Of course lagi lah korang menggelegak, terus rasa nak marah kan? Sambil otak korang ligat berfikir siapalah berani mengumpat aku dalam blog ni.. Dan memori korang mula recall nama2 blogger yang korang pernah curi artikel, pernah terumpat, pernah terpinjam duit, dan sebagainya. So, dengan kemarahan dan sifat ingin tahu yang tinggi, maka korang pun sure akan klik link biru tu kan?

 

Hasilnya, korang akan ke laman seperti di bawah:

twitter virus

Jangan sesekali login balik twitter korang sebab laman tu adalah FAKE semata. Dah disahkan bahawa itu laman tersebut dengan URL twittelr.com adalah sebuah “phishing” site. Phishing sites ni dia akan memperdaya pengguna internet yang terperangkap ke site mereka supaya disclose (memberi) maklumat peribadi ataupun perbankan yang biasanya berlagak seperti institusi dipercayai , contohnya bank. Korang boleh check mana2 website yang diragui adalah phishing site dengan menggunakan Phistank.

 

So, pengajaran yang aku nak citer hari ni, sila alert kalau dalam DM (inbox Twitter), inbox Facebook, inbox emel korang tu pernah dapat message berunsur2 macam tu beserta link macam tu. Even kalau dah terklik pun, tengok balik URL tu, samaada betul ke tak.

 

Aku Google pasal virus di twitter, masih tiada orang/blogger Malaysia yang pernah kena kut mende ni dalam Twitter, aku ke insan kedua terpilih yang hampir terkena virus twitter ni selain omputehs nama Matt Career Horizon << sila baca pengalaman dia hampir kena.

» Read More...

(Gambar) Mykad Baru 2012 | Kad Pengenalan Malaysia

Share

Mykad baru ataupun Kad Pengenalan warganegara Malaysia  yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan serta tahap kualiti akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara mulai Januari tahun depan. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.

 

Gambar Mykad baru 2012 adalah seperti berikut:

mykad baru

Turisan ke Tulisan sepatutnya ek??? Anyone ada Kamus Dewan untuk check?

 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, “MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.” “MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya ketika menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

 

Memang tak dinafikan cip Mykad yang kita  ada sekarang ni memang sangat sensitif, mudah karat dan sehingga menyebabkannya sukar dibaca selain daripada bahan mykad sekarang yang sangat rapuh dan mudah patah, kan? Banyak dah kes yang Dahlia jumpa, Mykad mereka di laminate sebab dah patah. Yerlah, nak ganti Mykad baru, memerlukan kos dan makan masa juga kan? Masalah kalau cip Mykad atau kad bank atm kita tak dapat baca, ambik je getah pemadam tu, padam dekat cip tu, biasanya lepas dipadam boleh dibaca. Tapi memang sangat leceh kan? Hopefully Mykad baru ni mencapai kualiti dan standard yang tinggi.

 

111015183018

Lawak pulak aku tengok Mykad sebesar itu kan??? Replika jer okeyyy!!!

 

Pemohon baru yang memohon Mykad mulai tahun depan, akan diberikan MyKad struktur baru tersebut manakala pemegang MyKad lama (yang sedia ada sekarang) boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru. Merujuk kepada Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, tiada kos ataupun bayaran dikenakan  untuk permohonan baru kad pengenalan bagi umur 12 tahun (dalam masa 30 hari) tetapi kalau lewat daripada tu dikenakan bayaran proses RM10 manakala untuk gantian Mykad rosak, mykad hilang, tukar alamat ataupun pindaan butiran dalam Mykad, bayaran akan dikenakan tidak melebihi RM10. Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk Laman JPN sendiri.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais