BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Kesahan dan Kebolehpercayaan | Validity and Reliability

Share

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

validity-and-reliability

Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang diukur itu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur;

 

Terdapat dua jenis kesahan iaitu:

(a). Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh ubah itu dapat dipastikan. Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau pengharapan.

(b). Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza. Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.

 

Empat prosedur yang biasa digunakan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian adalah:

i. Kesahan kandungan (Content Validity) - sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian itu;

ii. Kesahan muka (Face Validity) – ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur

iii. Kesahan konstruk/gagasan (Construct Validity) - berkaitan dengan persoalan samada terdapat atau tidak bukti yang menyokong bahawa skor ujian itu dapat mengukur sesuatu trait psikologi, ciri, kualiti atau konstruk

iv. Kesahan hubungan-kriteria (Criterion-related Validity) – Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian:- Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive)

Kesahan Semasa/Serentak (Concurrent Validity )
 Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriterian tertentu
 Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.

Kesahan Ramalan
 Kesahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.

Contoh:-
 Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/ tingkahlaku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku
 Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperolehi daripada pelajar mengambil ujian tersebut

Konstruk : Konstruk ialah APA (perkara) yang ditaksir, dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak , perkara yang cuba dibangun atau diperkembang dengan mengajarkan sesuatu mata pelajaran. Konstruk dikenalpasti dari sukatan pelajaran. Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan NILAI

 

Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan (consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal selidik. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau sampel atau responden yang sama.

Kebolehpercayaan merujuk kepada takat ketekalan alatpengukur itu mengukur apa yang hendakdiukur •Alat ukur yang mengukur sesuatu gagasan atau pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi• Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkanmarkah yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau pembolehubah yang samadikatakan tidak tekal seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah

 

Jenis-jenis Kebolehpercayaan (Reliability)

(a) Konsisten dalaman (internal consistency) -Satu ujian diambil hanya sekali. Mengukur sejauh mana item dalam satu ujian adalah konsisten antara satu sama lain dan dengan keseluruhannya.

    Terdiri daripada tiga jenis:

i) Kebolehpercayaan belah dua (split-half reliability) – item soal selidik atau ujian dibhagaikan kepada dua bahagian. skor berasingan dikira  untuk setiap ujian. Pekali kebolehpercayaan kedua skor diperolhi dengan menggunakan rumus Spearman-Brown

ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson 20 & 21  (KR20, KR21) – untuk instrumen yang mempunyai item dikotomi.

iii) Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha – digunakan untuk instrumen berskala pelbagai seperti likert scale, Thurstone, Guttman atau Semantic Differential.

     

    (b) Uji dan uji sekali lagi (test - retest) – darjah di mana skor ke atas ujian yang sama adalah konsisten pada selang masa tertentu, Didapati skor yang diperoleh pada ujian yang pertama menghampiri skor untuk ujian yang diuji sekali lagi. Semakin sama skor pada ujian yang dijalankan pada selang masa tertentu,semakin stabil skor ujian tersebut.
    Prosedur
  1. Menjalankan ujian terhadap kumpulantertentu
  2. Selepas dua minggu, ujian yang samadijalankan ke atas kumpulan yang sama
  3. Hitungkan pekali korelasi antara skor ujian yang pertama dengan skor ujian kedua.
  4. Menilai keputusan yang diperoleh

(c) Kesetaraaan dan Kestabilan (Equivalent and Stability)

(d) Ujian bentuk setara (Equivalent consistency) – dua ujian yg berbeza tetapi setara dari isi kandungan, JSU, format soalan, dan arahan menjawab diberi kepada peserta, pada masa sama atau berlainan.

(e) Scorer

 

ICC = Intraclass correlation coofficient (ICC) is used to measure inter-rater reliability for two or more raters. It may also be used to assess test-retest reliability. ICC may be conceptualized as the ratio of between-groups variance to total variance.

 

Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Penyelidikan

 

 

Sumber rujukan lanjut :

1. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif

2. Validity and Reliability

» Read More...

Live Streaming Final Piala Malaysia 2011 Terengganu vs Negeri Sembilan Tonton Perlawanan Akhir Online

Share

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan vs Terengganu akan berlangsung malam ini, 29 Oktober 2011. Siaran Langsung Perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 Terengganu melawan Negeri Sembilan di TV1 boleh ditonton online secara Live Streaming bermula 8.40 malam ini di sini.

 

TAHNIAH NEGERI 9 JOHAN PIALA MALAYSIA 2011 !!!!

HOBEN JANG HOBEN!!!!

Kalau paparan tidak keluar, boleh menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 secara online di Live Streaming RTM TV1 sendiri.
 
Di antara Terengganu melawan Negeri Sembilan, pasukan negeri manakah bakal menjulang gelaran Juara Piala Malaysia 2011 kali ini?
 
 
Kepada peminat dan penyokong pasukan Negeri Sembilan, jangan lagu slogan dan lagu Hoben Jang Hoben… mungkinkah Hobin Jang Hobin yang akan bergema di seluruh pelusuk Stadium Bukit Jalil malam ini sempena Final Piala Malaysia 2011 ini? Mungkinkah Negeri Sembilan akan menjuarai Piala Malaysia 2011 kali ini ataupun terus berada di tangga Naib Juara?
Adakah Terengganu Juara Piala Malaysia 2011? Mampukah mereka membawa kembali piala malaysia tersebut ke negeri Pantai Timur seperti tahun lepas? Ops, apa eh lagu dan slogan untuk pasukan bola sepak negeri Terengganu?
Sama2 kita saksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan live dari Stadium Bukit Jalil, bermula jam 8.40 malam ini.

» Read More...

Senarai 30 Lagu Layak ke Separuh Akhir AJL26 Anugerah Juara Lagu ke 26 TV3

Share

Anugerah Juara Lagu yang ke 26 (AJL26) kembali lagi! Separuh Akhir Muzik muzik 26 TV3 ataupun Anugerah Juara Lagu ke26 (AJL26) akan disiarkan di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada 18 November, 25 November dan 2 Disember 2011 jam 9 hingga 10.30 malam.

muzik muzik separuh akhir

 

Senarai 30 lagu yang bakal bertanding dalam Semifinal AJL26 mengikut nama lagu, penyanyi, penulis lirik dan komposer adalah seperti berikut.

1.   Sungai Lui (Aizat / Aizat dan Anas),

2.   Kisah Hati (Alyah/ Manusia Putih), <— final AJL?

3.   Ilusi (Adira/ Audimok),

4.   Janji (Akim),

5.   Awan Nano (Hafiz/ M. Nasir/ Budi Hekayat), <— final AJL?

6.   Menyesal (6ixth Sense/Gjie),

7.   Maaf Dari Hati (Sofazr/ Mohd Atlas),

8.   Aku Permata (Salma/ Taja/ Tun Teja),

9.   Sedetik Lebih (Anuar Zain/ Edry Abdul Halim),

10. Di Penghujungnya (Iqa/ Edry Abdul Halim).

11. Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito),

12. Babak Pertama (Drama/ Ammar Habir/ Aepul),

13. Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition),

14. Pokok (Meet Uncle Hussain & Nubhan/ Taja/ Tun Teja),

15. Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet),

16. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah/ Kevin Chin/ Tinta),

17. Cinta Teragung (Hazama/ Kuncidemak),

18. Cinta Muka Buku (Najwa Latif/ Ika Latif),

19. Bila Bertemumu (Shiha/ Ajai).

20. Muda (Hujan/ Noh Hujan),

21. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol/ Boy Clifford),

22. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan/ Noh Hujan),

23. Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus),

24. Karma (Faizal Tahir/ Audi Mok),

25. Mata Hati (Nubhan/ Audi Mok),

26. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque/ Monoloque),

27. Gadis Semasa (Yuna),

28. Cinta Matiku (6ixth Sense),

29. Penakut (Yuna),

30. Kisah Dongeng (Stacy/ Edry Abdul Halim).

 

Senarai 30 lagu yang layak bertanding di Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 26 ini nampaknya seimbang bilamana kumpulan indie, artis solo, duet dan trio sama-sama memeriahkan Semifinal AJL 26 ini. Kebanyakan lagu yang dicalonkan untuk Anugerah Juara Lagu ke26 ni berentak pop rock dan balada. Nampaknya tiada pencalonan dari lagu berentak Irama Malaysia kali ini memandangkan format program Muzik Muzik 26 itu sendiri yang mengutamakan single berbanding lagu-lagu dalam album.

 

Senarai lagu yang bold adalah ramalan aku untuk mara ke final Anugerah Juara Lagu 26 kelak. Tapi ramalan je lah kan. Maklumlah, keputusan AJL ni kalau ikut yang lepas2 memang kadang tu tak dapat diterima akal. Anyway, aku sangat pasti Faizal Tahir, Yuna akan ke Pertandingan Akhir kelak! Tapi, aku lagi suka kalau Awan Nano Hafiz diangkat sebagai Juara Lagu 26 tahun ni.. Korang rasA?

» Read More...

Which words are you??

Share

305123_262518783789578_100000943743040_695330_508573175_n

» Read More...

Dasar Keluar bagi Penjawat Awam dalam SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Share

Dasar Keluar, Dasar Pemisah, ataupun Exit Policy adalah satu elemen dalam  Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dinyatakan dalam ucapan PM sempena Belanjawan 2012 lepas. Elemen lain yang digariskan dalam SBPA ni selain daripada Dasar Keluar ini ialah pembentukan gaji sebaris, laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah dan kenaikan gaji. Boleh refer post Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang pernah dipost di blog ini.

 

dasar keluar sbpa

 

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA  yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan ‘dasar keluar’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.  Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 ke atas) dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

 

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima,” katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa CUEPACS untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar hari ini.

 

Omar berkata, berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Katanya, dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang. "Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka,” katanya. Sumber : BERNAMA

» Read More...

Penulis Blog Menang Anugerah Terbaik Perdana Menteri APICTA 2011

Share

Penulis Blog, Mohd Hafiz menang Anugerah APICTA 2011!

Blognya biasa-biasa jer. Tiada template yang cantik, banner2 iklan di kiri kanan blog ataupun widget yang menarik. Everything is just normal. Even the blog is still under free platform which is Blogspot. So what is so interesting about this blog until got the APICTA Awards 2011?

 

blog menang apicta

 

Muhammad Hafiz Ismail, seorang guru muda. Yeah, sangat muda! Baru sahaja tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru dan memulakan karier sebagai guru pada tahun 2010 lepas. So, maybe he is at about 22 years young. Muhammad Hafiz Ismail, yang berasal dari Kedah ini mengajar di SK Kampung Kenang, sebuah sekolah orang asli di Kuala Kangsar, Perak.

 

Muhammad Hafiz, yang juga seorang blogger ni, telah  memenangi Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, "Life Through My Eyes' (www.apistakkisah.blogspot.com) menewaskan hampir 250 pencalonan lain. 246 syarikat tempatan, individu dan pelajar menghantar penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) buatan Malaysia mereka untuk bersaing dalam 19 kategori dan 35 pencalonan dipilih sebagai sama ada pemenang atau merit dalam kategori masing-masing.

 

Antara pemenang ialah:E-Kerajaan Terbaik (IRIS AXESS P5000) IRIS Corp Bhd; Keselamatan Terbaik (Secure Token ST3) SecureMetric Technology Sdn Bhd;Aplikasi Kewangan terbaik (Digital Transaction Banker) eBworx Bhd;Syarikat Baharu Terbaik Open Dynamics Sdn Bhd dan Projek Perisian/Perkakasan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Terbaik (Health3) Asia Pacific University College of Technology & Innovation. Kesemua pemenang akan bersaing di peringkat antarabangsa di Anugerah International APICTA di Pattaya, Thailand, lewat tahun ini.

 

Anyway, lepas baca berita ni di Mstar, sempat jugaklah aku selak blog Hafiz ni. Very nice to read on about his experience in educating the pupils. And, I’ve followed the blog and list it under my blog list “Geng Pendidik Bangsa”.  Tahniah Muhammad Hafiz! InsyaALLAH nanti sis beli dan baca buku tu jugak.. Must be a great book!

 

hafiz ismail

FB Muhammad Hafiz

Blog Muhammad Hafiz Ismail : http://apistakkisah.blogspot.com/

 

p/s: Apa yang daku sumbangkan dari blogku ini??? <—This Q has been asked during the HLP interview…

» Read More...

Kajian Korelasi

Share

correlation_graphs

Kajian korelasi

Penyelidikan yang cuba mencari kaitan antara pemboleh ubah dengan menggunakan kaedah statistik korelasi tanpa mencari sebab/ penyebabnya berlaku sesuatu fenomena

 

Contoh:

Seorang penyelidik ingin mengetahui sama ada wujud hubungkait antara prestasi akademik pelajar kejuruteraan dan masa mengulangkaji subjek tersebut.

Tindakan Pengkaji:

  • Dapatkan rekod prestasi pelajar dan tempoh masa belajar
  • Soal selidik / bertanya secara terus
  • 2 Pemboleh ubah iaitu Prestasi dan Tempoh masa belajar
  • Kenalpasti hubungkait antara pembolehubah menggunakan analisis korelasi kekuatan serta arah
  • Tanpa mengkaji sebab / penyebab
  • Sekiranya ada hubungkait antara 2 pembolehubah, maka seseorang pengkaji boleh membuat jangkaan / ramalan
  • Menyediakan data sama ada konsisten atau tidak dengan teori saintifik
  • Teori boleh diterima atau tidak bergantung kpd teori analisis korelasi dengan teori saintifik

 

Pekali Korelasi

  • Pekali korelasi ialah pengukuran statistik kovarian atau asosiasi antara dua pemboleh ubah.
  • Pekali korelasi menunjukkan kekuatan bagi hubungan linear dan arah hubungan pemboleh ubah tersebut.
  • Jawapan yg dikehendaki sama ada Ya / Tidak berlaku hubungkait antara 2 Pemboleh ubah
  • Jika Tidak….
  • Jika Ya – perlu melihat kepada arah kekuatan berdasarkan skala 0-1.00
  • Menerangkan sesuatu fenomena dan hubungannya dengan pemboleh ubah yang dikenalpasti
  • Membuat tanggapan / ramalan tentang masa depan fenomena tersebut.
  • Ch: 1) Gejala merokok dan paru2 berdasarkan kekerapan merokok
    Ch: 2) Prestasi percubaan SPM adalah pencapaian sebenar SPM

    Penyelidikan korelasi merupakan penyelidikan berbentuk deskriptif kerana menerangkan hubungan atau kaitan yang wujud antara pemboleh ubah yang diselidiki. Walau bagaimanapun cara penyelidikan korelasi menerangkan hubungan atau kaitan antara pemboleh ubah adalah berbeza daripada penyelidikan deskriptif yang lain kerana penyelidikan ini boleh menerangkan darjah hubungan antara dua atau lebih pemboleh Ubah yang terbabit.

     

    Populasi dan Sampel:

    Populasi ialah keseluruhan objek, peristiwa, angka, atau manusia yang menjadi tumpuan penyelidik dalam penyelidikannya. Oleh itu, penyelidik perlu pastikan populasi yang dipilihnya bersesuaian dan bermakna agar ia boleh mengumpul data daripada setiap pemboleh ubah.

    Selepas pengenalpastian populasi, pemilihan sampel harus dibuat dengan teliti, dan seboleh-bolehnya, pemilihan haruslah dilakukan secara rawak. Saiz sampel haruslahtidak kurang daripada30 kerana data yang diperoleh daripada sampel yang kurang daripada 30 akan mengakibatkan kesan anggaran yang tidak begitu tepat mahupun bermakna.

     

    Instrumen:

    Pelbagai instrumen boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu penyelidikan korelasi. Apa yang penting ialah instrumen yang digunakan harus berupaya menghasilkan data kuantitatif dengan mengukur dua (atau lebih) pemboleh ubah yang diselidiki.

    Instrumen yang sering digunakan dalam penyelidikan korelasi ialah ujian,soal selidik, pemerhatian, rekod, transkrip gred dan lain-lain lagi. Seperti penyelidikan lain, instrumen yang dipilih mestilah menghasilkan skor yang boleh dipercayai, Mudah, dengan hanya mengumpul seberapa banyak pemboleh ubah dari setiap individu yg membentuk sampel, mengira nilai pekali korelasi dan menganalisis data tersebut. Penyelidik boleh mendapat hasil yang lebih bermakna jika menggunakan teori atau memilih kajian yang lepas dan sesuai untuk dikorelasikan. Penyelidik boleh mengumpul data jangka pendek bagi penyelidikan satu sesi.

     

    Data Analisis dan Intrepretasi

    Apabila sesuatu pemboleh ubah dianalisis, pekali korelasi akan dihasilkan. Nilai pekali korelasi adalah di antara 0.00 dan +1.00 atau -1.00.

    Hubung kait atau hubungan adalah kuat jika nilai pekali korelasi hampir dengan +1.00 atau -1.00. Tanda positif atau negatif pada pekali korelasi pula menunjukkan arah atau Hala hubungan yang wujud.

     

    Tafsiran Pekali Korelasi

    .90 hingga 1.00 = Korelasi sangat tinggi

    .70 hingga .90 = Korelasi tinggi

    .50 hingga .70 = Korelasi yang sederhana

    . 30 hingga .50 = Korelasi rendah

    .00 hingga .30 = Sedikit, jika adakorelasi

    Nota. Setiap nilai adalah sama ada positif atau negatif

     

     

    Penyelidikan korelasi adalah satu penyelidikan jenis deskriptif yang menerangkan hubung kait atau perhubungan di antara dua pemboleh ubah. Dua pemboleh ubah ini boleh dikaitkan menggunakan pekali korelasi melalui tigahubungan: (1) hubungan positif, (2) hubungan negatif, dan (3) tidak ada hubungan. Selain daripada hala atau arah, pekali korelasi juga menunjukkan magnitud atau darjah hubungan atau perkaitan tersebut. Hubungan antara pemboleh ubah yang dikenal pasti ini boleh membantu penyelidik meramal sesuatu fenomena

    » Read More...

    (Video) Kemalangan Moto GP 2011 Marco Simoncelli, Pelumba Itali dirempuh dan meninggal dunia di Litar Sepang

    Share

    Video Youtube Kemalangan Marco Simoncelli, pelumba yang terjatuh dan dirempuh di MotoGP Malaysia 2011 boleh ditonton disini.
    Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 yang berlangsung di Litar Sepang dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini. Perlumbaan MotoGP tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

     

    motogp malaysia simoncelli

     

    Pengumuman kematian Marco Simoncelli, pelumba Itali itu dibuat dalam satu sidang media di Litar SIC oleh Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena. Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu,  mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher, dan dada akibat daripada kemalangan tersebut.  Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.

     

    motogp2011

     

    Pada hari Ahad, 23 Oktober 2011, pada Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang bermula jam 4.00 petang tadi, Marco Simoncelli terjatuh daripada motosikalnya dan topi keledar yang dipakainya juga tercabut. Dalam pada itu, mendiang Simoncelli turut dirempuh oleh dua pelumba lain di selekoh ke-11.  Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.

     

    Ikuti Video kemalangan yang terjadi kepada mendiang Marco Simoncelli. Memang kemalangan yang amat dasyhat dalam sejarah perlumbaan MotoGP.

     

    Video Kemalangan MotoGP Malaysia 2011 Litar Sepang

     

    p/s: Pentingnya untuk pakai topi keledar dengan betul…

    » Read More...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ♥ Search This Blog ♥

    Loading...

    ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

    ♥ Post Terkini Dahlia ♥

    ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

    Make your own

    ♥ Tweet tweetttt... ♥

    ♥ Super Very Important Followers! ♥

    Related Posts with Thumbnails

    Menarik!!!

     Banner
    Blogged.my

    ♥ Arkib Blog ♥

    DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais