BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Tentang Dhia | Sinopsis Drama Tentang Dhia Akasia TV3

Share

Sinopsis Tentang Dhia Akasia TV3

Tentang Dhia, drama bersiri terbaru yang akan menggantikan Drama Soffiya di slot Akasia TV3 yang dah nak sampai episod akhir. Drama Tentang Dhia sebanyak 28 episod ini akan bersiaran Isnin hingga Khamis jam 7.00 – 8.00 malam bermula Rabu ini, 9 November 2011.

Drama Tentang Dhia ni dah disahkan, tidak ada kena mengena dengan Novel Tentang Dhiya yang ditulis oleh Syud tu. Ramai yang dah speku kononnya Tentang Dhia ni adalah drama adaptasi novel seperti drama-drama sebelum ni.

tentang dhia tv3

Screenshot Retweet post ryuhada (maybe dia pemilik drama Tentang Dhia ni kot?) Kalau nak sinopsis Novel Tentang Dhiya yang langsung tak berkaitan dengan Tentang Dhia, boleh refer Kat Sini .

 

tentang dhia


Tentang Dhia, sebenarnya pada awalnya menggunakan judul Zikir Buat Dhia dan ditukar pada saat akhir. Kenapa? Tak pasti..hehe. Pelakon yang membintangi Drama Tentang Dhia ni adalah Adyputra, Nora Danish, Tasha Shila, Izreen Azminda, Ako Mustapha dan ramai lagi. Tadi ada tertengok iklan teaser Tentang Dia ni, so boleh la aku agak serba sedikit jalan cerita dan sinopsis Tentang Dhia ni. Ni sinopsis mengikut firasat aku..

Sinopsis Tentang Dhia

Dhia (Nora Danish) seorang gadis kampung yang cantik bertudung dan periang. Rakan rapat Dhia ialah Izreen Azminda dan Ako Mustapha pula adalah kekasih hati Dhia. Tak pasti lah kalau Dhia dan Ako tu bertunang sebab ada nampak gambar-gambar Dhia pakai cantik2. Then, suatu hari, entah macam mana, Ako dan Izreen ni ditangkap khalwat oleh orang kampung. Tak tahu siapa yang salah samaada perangkap Izreen ataupun mereka memang mempunyai hati antara satu sama lain, Dhia membawa diri. Ako beria menjelaskan pada Dhia bahawa dia tidak salah.  (ni yang aku boleh derive dari trailer tadi).

 

Adyputra, Tasha Shilla tu orang bandar. Rasanya Tasha Shila tu akan jadi orang ketiga antara perhubungan Dhia dan Adyputra ni kut. Owh ya, tadi masa selak2 Twitter Image Noradanish, ternampak beberapa gambar dia shooting Tentang Dhia ni. Dan ada gambar dia mati??

 

drama tentang dhia

 

So mungkinkah Dhia ni mati? Kalau gitu, siapa pula yang akan menjadi Dhia dan berjumpa dengan Adyputra? Kita tunggu jelah Sinopsis Tentang Dhia yang sebenar. Nanti adalah tu letak kat Facebook Tentang Dhia kan.

Untuk mengetahui cerita sebenar, best ke tidak lakonan Nora Danish, Adyputra, Tasha Shilla dan yang lain, jangan ketinggalan untuk menonton Drama Tentang Dhia di slot Akasia TV3. Sebelum menonton tu, solat Maghrib dulu :D

» Read More...

Pinjaman Perbelanjaan PTPTN dihentikan mulai 2013 (Cadangan)

Share

PTPTN mahu henti pinjaman perbelanjaan mulai 2013 [sumber: Bernama]

Pemberhatian Pemberian Pinjaman Perbelanjaan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggu (IPT) ni masih di peringkat cadangan lagi untuk mengurangkan  beban tanggungan PTPTPN yang semakin meningkat akibat peminjam yang terlalu ramai. So, belum betul-betul lagi pun.

 

Tak dinafikan, kalau boleh, kita sememangnya nak mengelak daripada memohon PTPTN ni kan? Tapii dah disebabkan bukan dari keluarga berkemampuan, dapat pinjaman ni untuk sambung belajar pun dah kira cukup baik. Dahlia yang enam beradik semuanya di bawah PTPTN. Cuma dua orang yang akhirnya berjaya dapat biasiswa JPA dan terus stop PTPTN ni. Macam Dahlia sendiri, pinjaman PTPTN yang dibuat masa Degree UTM dulu adalah sebanyak RM28k, kakak RM21k, adik lelaki  memang lagi banyak sebab dia UTP, dan adik perempuan sorang lagi bawah RM20k.

 

duit ptptn (1)

 

Kalau sebelum ni, pelajar yang menggunakan pembiayaan PTPTN ni, akan mendapat sedebuk duit selepas tolak bayar yuran, check2 akaun, nampaklah empat angka dalam bank tu kan. Pengalaman sendiri, dah kita ni jenis jarang tengok duit sebanyak itu, tahu je PTPTPN masuk, wajib outing bergembira, bershopping.. Sungguh cetek akal masa tu. Bila hujung sem, tak cukup duit, biasiswa dari FAMA pulak.

 

Kalau ikut cadangan yang baru di mana pinjaman perbelanjaan PTPTN diberhentikan, peminjam hanya mendapat pembiayaan untuk bayaran yuran semata. Kiranya setiap semester, PTPTN dah tolong bayarkan yuran yang RM1k++ setiap bulan tu, tapi untuk perbelanjaan sepanjang belajar, sama ada loan FAMA (Father and Mother) ataupun usaha cari sendiri.

 

Bila aku fikirkan balik, okey jugak cadangan ni. Ataupun boleh tawarkan pinjaman PTPTPN secara fleksibel yang mana pelajar yang berminat mohon PTPTN boleh memilih option

A – PInjaman PTPTN untuk Pembiayaan Yuran sahaja

B – Pinjaman PTPTN untuk keseluruhan (yuran dan perbelanjaan)

 

PTPTN

Jangan keluar negara kalau tak bayar PTPTN!

 

So dengan ini, pemohon boleh menentukan sendiri keperluan untuk dia memohon dan kemampuan untuk membuat bayaran balik kelak. Kawan Dahlia dulu masa belajar, apply loan PTPTN ni, tapi memang hanya untuk bayaran yuran semata, lebihan PTPTN tu memang dia tak usik langsung dari sem 1, sampailah habis belajar. Perbelanjaan dia memang FAMA dia lah yang tanggung sepenuhnya. Rezeki dia..  Ada juga yang memang belajar di bawah tanggungan family sepenuhnya. Rezeki masing2 kan.. Kita ni yang dah pinjam kenalah bayar balik walaupun kita rasa caj tak patut. hehe.

 

Anyway, aku rasa cadangan paling baik untuk pendidikan anak-anak adalah menyediakan plan insurans pendidikan dari kecil sebagaimana biasanya popular di kalangan orang Cina. Insyaallah kalau ada jodoh, ada rezeki nanti, Dahlia pun akan adakan pelan insuran pendidikan ni. Ataupun buka saving untuk anak2.. At least adalah jaminan dia untuk kehidupan dia nanti kan. Contohnya,  RM100 sebulan x 12 bulan setahun x 20 tahun = RM24000 pun dah dapat dikumpulkan.

 

Sistem UJRAH PTPTN ? Dokumen perjanjian masih terperap dalam bilik aku. Sebab dikira balik, beza tak jauh mana, so buat masa ni aku prefer dengan cara bayaran pinjaman PTPTN aku sekarang yang memang melalui pemotongan gaji oleh LHDN.

 

p/s: Tak suka tengok iklan PTPTN kacang lupakan kulit tu..hehehe

» Read More...

Isu Pemansuhan PPSMI Terkini – Tahun 2021 Sekolah Menengah, Tahun 2016 Sekolah Rendah guna Bahasa Melayu sepenuhnya

Share

Kabinet hari ini memutuskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada 2021. Dengan itu, pelajar yang sedang mempelajari matapelajaran matematik dan sains di bawah sistem PPSMI akan dibenarkan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris sehingga mereka selesai pengajian di Tingkatan 5.

 

220708

PPSMI faktor pelajar mendapat keputusan yang baik?

 

Butiran Penting melalui pengumuman penting Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah:

> Semua murid dari tahun 2 sehingga tingkatan 5 tahun ini yang kini sedang mengikuti sistem PPSMI akan dibenar meneruskan pengajian mereka mengikut sistem tersebut sehingga mereka tamat belajar.

> Mulai tahun depan semua pelajar sekolah kebangsaan dari tahun 3 hingga tahun 6 akan dibenar untuk meneruskan pengajian mereka dalam matapelajaran matematik dan sains sama ada dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau kedua-duanya sekali.

> Mana-mana pelajar yang sedang mengikuti kedua-dua matapelajaran tersebut dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, akan dibenarkan meneruskan pengajian mereka dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya.

> Pembelajaran dan Pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya akan bermula dari tahun 2016 untuk sekolah rendah.

> Untuk sekolah menengah pula, kedua-dua subjek berkenaan akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 2021.

 

ppsmi

Kemahiran berbahasa guru PPSMI pun masih lemah.. Kenapa PPSMI gagal?

 

englishscience

Malu untuk bercakap, takut kena perlekeh tu masalah pelajar kita!

 

Dahlia sendiri, memang salah sorang guru PPSMI yang terlibat dengan PPSMI sejak mula posting dan tidak pernah ke Kursus Etems tu kerana mendapat pengecualian. First posting kena ajar subjek English, selepas 2tahun, barulah dapat subjek dalam bidang sendiri, Science dan Addmaths. Untuk kedua-kedua subjek ni, penggunaan Bahasa Inggeris Dahlia lebih banyak dalam subjek Sains berbanding Addmaths. Tapi, kalau bagi dahlia lah, dengan English ni, lebih direct term2 dia. Nak cari keyword soalan pun lebih senang. Tapi itulah, kalau kita jer syok sendiri mengajar kat depan berspeaking bagai, tapi students masih lagi ternganga, tak mampu nak faham, sampai kadang2 jadi walking dictionary, memang aku sokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Malaysia kita sendiri.

 

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Pelajaran ni adalah lebih baik berbanding pemansuhan terus PPSMI itu sendiri. Ingat lagi, masa isu PPSMI kata dimansuhkan terus mulai tahun 2012. My Science students pernah menyuarakan kekecewaan, sebab sejak dari Tahun 1, sehingga 2012 mereka Tingkatan 3, jumlahnya 9 tahun menggunakan Bahasa Inggeris, takkan masuk Tingkatan 4 terus tukar jadi Bahasa Melayu. Tak sangka diorang pun berfikir sampai macam tu sekali. Tapi dengan pengumuman pemansuhan PPSMI tunggu sehingga habis Tingkatan 5 bagi pelajar-pelajar yang bermula dengan PPSMI dari mula masuk sekolah lagi,  dan kebenaran menggunakan bahasa Melayu semasa P&P pasti melegakan pelajar dan guru-guru PPSMI kan.

 

Kebaikan PPSMI ni kita dapat lihat pada pelajar  yang kebanyakkanya pelajar di bandar utama yang memang mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan mudah mendapat kemudahan berbanding pelajar di luar bandar ataupun pedalaman yang mana dengan sekatan bahasa, agak sukar untuk dia memahami sesuatu isi pembelajaran itu.

 

ELAUN 

Untuk BISP Sekolah Menengah, 5% daripada gaji basic. Dalam gambar di atas ni merujuk Sekolah Rendah, 10%. Teringat hari tu tolong print slip gaji member, dia tak buat pun tuntutan elaun BISP selama 6 tahun dia berkhidmat. Bagus betul dia! Tetiba tersegan kat diri sendiri.. hehe, takperlah, keperluan masing2 berbeza kan..  Dengan duit BISP tu lah sepatutnya boleh digunakan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran berbahasa Inggeris, maybe attend kursus dan sebagainya. 

 

Cakap pasal elaun BISP (Bayaran Insentif Subjek Pendidikan) ni, baru tadi dok bincang kat FB Group, nanti nak kena bayar balik BISP tu memandangkan aku sekarang tidak berkhidmat di sekolah. Bila dah dapat arahan, jangan risau, saya pasti bayar balik.. sebab tahu bukan hak saya untuk terima elaun tersebut kan.. Okeylah sebab hanya BISP, member2 lain ada yang kena bayar balik Elaun Wilayah dsb, makan beribu lah nanti tu.. Takper, dah bukan hak kita, kita kena pulangkan balik… :D

» Read More...

Orang Minyak di Bentong !

Share

Misteri orang minyak di Bentong? Memang misteri! Baru jer semalam aku dok baca pasal kisah Orang Minyak Mengganas di Bentong, oleh seorang penduduk Bentong tu sendiri, Cikmin tokey Macaroon tu. Baca dalam tu, memang tak derlah nak percaya sangat sebab Cikmin nyer story pun, dia pun tak sure either kejadian orang minyak mengganas ni benar-benar berlaku ataupun hanya rumours. Wallahualam.

 

images (1)

Yup, dia bukan Orang Minyak, daku tak merelakan gambar Orang Minyak yang tak hensem tu mencemari blog suci ku ini..Auwww~~~

Korang baca sendiri di blog Cikmin : Orang Mintak Mengganas di Bentong?

 

Pagi ni, bukak Kosmo Online, masuk berita orang minyak di Bentong ni. Ni berita yang aku petik dari Kosmo Online tu.

BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak. Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari. Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut. “Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.

 

So, kiranya kewujudan orang minyak di Bentong ni, benar-benar berlaku lah kan?? Ewwwww geliiii nya lah!!! Benci tau bila manusia ni tunduk dengan iblis dan syaitan , menuntut ilmu2 sihir macam ni. Then, memudaratkan orang lain.

Yang aku tahu, orang minyak ni adalah manusia biasa yang sedang mempelajari ilmu batin, dan ilmu batin dia tu akan menjadi sempurna bila dah cukup memperkosa 40 gadis yang masih dara. Bila dah cukup 40 keperawanan dia dapat, kulit hitam dia tu akan berubah putih dan sangat sakti. Nak tahu lebih lanjut? Refer Blog Anotherpaths.

 

Teringat pulak dengan kisah misteri yang berlaku dekat asrama-asrama sekolah pompuan di daerah tempat aku mengajar tu beberapa bulan lepas. Ops, cuma sekolah agama jer dia tak lepas nak masuk, tapi budak2 nampak kat pagar. Kes rabaan/cabul tengah2 malam ni berlaku dalam keadaan tak sedar. Tak tahu macam mana si laknat ni masuk walaupun grill dan pintu berkunci. Target dia hanya pada asrama perempuan dan ada pelajar sekolah aku pun terkena. Puas jugaklah GPK HEM aku yang Ustaz tu pergi pagar asrama masa tu. Ada yang ternampak laknat ni 2 orang, sorang pendek, sorang kurus tinggi dan muka xberapa jelas kelihatan walaupun hari siang.

 

Memang aku benci lah kepada pengamal-pengamal ilmu sesat ni. Cepat2lah bertaubat!!! Kalau tak pun, biar mati kena panah petir, takpun ilmu dia nak jahat kat orang tu, berbalik pada dia balik!! Apapun, sentiasalah pagar diri kita dengan ayat kursi. Dan mohon perlindungan dari-Nya. InsyaALLAH Selamat…

» Read More...

Kereta Honda CR-Z ..Kacaknya!!

Share

Maaflah, aku memang peminat Honda. Sebabnya tagline dia “The Power of Dreams” menginspirasikan aku! So mana-mana kereta Honda, walaupun sebenarnya nampak buruk, tetap nampak paling kacak di mataku disebabkan tagline itu okey!!

 

Honda CR-Z ni adalah model baru daripada Honda yang baru dilancarkan di Malaysia semalam. Model Honda CRZ dengan teknologi terkini daripada HONDA ni dah diperkenalkan masa Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 lepas. Memang sporty dan menawan lah rupabentuk Honda CR-Z ni. Honda CR-Z ni adalah model kereta Hybrid kedua keluaran Honda selepas model Insight.

 crz

Sporty dan seksi kan kereta ni? Kalau lelaki yang drive, sure nampak kacak!!

Kereta Honda CR-Z ni hanya menggunakan transmisi manual dan yang menariknya, Honda CR-Z ni dilengkapi 3-Sistem Mod Pemanduan yang membolehkan pemandu untuk memilih salah satu daripada tiga mod untuk disesuaikan dengan keadaan memandu yang berbeza.

 

Sistem Pemanduan 3 Mod ni adalah Sport Mode untuk pecutan Lebih berkuasa dan maklum balas stereng yang lebih ketat, mod Biasa yang memberi keseimbangan antara prestasi memandu dan ekonomi bahan api dan juga Mod Econ yang hanya mengutamakan penjimatan bahan api.

 

3modeCun seyy meter panel dia…Blue2 striking gitu..

 

Perubahan mod-mod ni boleh nampak jelas semasa pemanduan melalui warna pada meter (rujuk gambar atas). Bila dalam sport, merah…sebab garanggg kan.. Then dalam mod biasa jadi biru, tenang gitu and lastly hijau untuk mod economy.. Aku tak pernah pun bawak kete hybrid ni, so memang taktahu lah sampai ada 3mode! City aku yang ada Paddle Shift untuk pemanduan sporty pun aku tak pernah cuba lagi sebab tak berani… Car Manual pun aku tak pernah bukak! Asal aku tahu bawak, isi minyak, basuh kete autowash, servis ikut jadual.. Kira okey dah kan?

 

Harga atas jalan (on the road price) untuk Honda CR-Z ni adalah RM115,000.00 termasuk Insurans. Insurans saja dah RM3121… dashyatt!!! Kalau korang berminat dengan Honda CR-Z ni bolehlah melawat laman web Honda untuk maklumat lanjut:

http://honda.com.my/crz/overview/

Ataupun nak lagi best, direct je ke Pusat-pusat jualan kereta Honda dan rasai sendiri pengalaman uji pandu kereta Honda CR-Z ni kan..  Bila dah feel sendiri, baru leh pertimbangkan nak beli atau tidak… Ingat lagi hari tu join test drive MyVi Extreme, adik aku cakap best handling MyVi Extreme yang kaler kuning tu. Aku lak dok main GPS yang dok hang sepanjang test drive. Pelik, kenapa takde butang On OFF ataupun Reset. Dah try matikan enjin pun masih hang. Last2 puas godek dsb, check2 xde MicroSD dalam slot tu.. sebab tu takleh guna. Aperr daaa…

 

Honda CR-Z ni aku nak beli ke? Ekekek..ingat mak kaya sangat?? Keje dok cop duit, leh beli kete saban tahun?? AKu tetap sayang pada Black City aku tu.. sayang tapi windscreen yang dah crack sejak Julai hari tu pun tak tukar2… dah laaa tak amek windscreen package masa beli Insurans hari tu. Yerlah, ingatkan tahun pertama, takkan lah dah nak crack kan?? Ops lupe, kereta lama aku pun crack selepas 4bulan aku gunakannya… huhuh

» Read More...

Perhimpunan Seks Bebas 9 November 2011 (Ambiga) di Kuala Lumpur - Seksualiti Merdeka 2011

Share

Perhimpunan Seks Bebas dengarnya akan diadakan pada 9 November 2011 di ibu negara bersempena dengan Karnival Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya “Queer without Fear” kini sedang berlangsung di Galeri Annexe KUala Lumpur dari 2 November – 13 November 2011.

Nauzubillah! First time aku dengar program sebegini wujud, (lampi tul aku!) aku ingatkan golongan2 ni bergerak secara underground jer. Tak sangka, sampai nak buat sampai macam tu sekali perhimpunan Seks bebas yang bakal dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ambiga Sreenevasan!

 

seksualiti merdeka 2011

 

Aku dapat tahu pasal perhimpunan seks bebas ataupun lebih dikenali sebagai Program Seksualiti Merdeka ni masa tengok Buletin 1.30 kat TV3 tadi. Masa tu Bung Mokhtar…alah, yang suami Zizie Ezzete tu tengah membidas pasal  perhimpunan ni.  Aku lemah sikit2 bab2 nak dengar berita secara detail2 ni.. Tapi, tadi dengar balik dekat web Buletin TV3.. kelakar lak dengan ucapan dia tu.. macam ayat tak kena je.. Meh tengok sini (klik)  Akhirnya, macam biasa, Google lah pasal Program Seksualiti Merdeka ni… Dan this is it!

 

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.


Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Sumber : Web Rasmi Seksualiti Merdeka

 

So, maksudnya, program Seksualiti Merdeka ni sebenarnya dah lama sangat dah wujud di Malaysia ni. Menurut Wikipedia, program Seksualiti Merdeka yang pertama diadakan ialah pada August 2008 lagi, pada bulan kemerdekaan Malaysia. Dan program seksualiti merdeka yang pertama tu telah mengumpulkan seramai 400-500 orang. Yang merasmikan Seksualiti Merdeka pertama ialah anak seorang bekas Perdana Menteri. I guess korang pun boleh agak siapa. Tak tahulah sama ada ni ada kaitan dengan kes dakwaan seksual atas Anwar Ibrahim di zaman pemerintahan bapa beliau. Korang boleh baca blog post Alicia di Muslimah Media Watch sendiri ataupun di blog milosuam (klik perkataan biru).

 

Agaknya, kalau 2008 dah almost 500, now dah 2011, it has been 4 years, aku rasa, mesti dah semakin bertambah bilangan ahli program seksualiti merdeka ni kan. Tengok di Facebook Seksualiti Merdeka tu sendiri pun dah 2000+.

 

seksualiti merdeka 9 nov

Facebook Seksualiti Merdeka

 

Facebook Seksualiti Merdeka, closed group..so sapa nak join, silah Ask to Join Group. Aku tak kuasa! Tergezut juga nampak nama beberapa orang Islam dalam senarai tu.. Ada yang admin dan members. Sempat gak selak Profile Page diorang ni. Nampak macam straight jer. Wallahualam. Mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk join Seksualiti Merdeka ni kan. Harapnya mereka bukan salah seorang yang memperjuangkan kebebasan seksual ini.

 

Kemerdekaan Seksual? Mengikut apa yang aku faham, program Seksualiti Merdeka ni memperjuangkan hak-hak mereka yang mempunyai daya seksual terhadap golongan yang bukan sepatutnya. Betulllah kan? Macam homoseksual (lelaki dengan lelaki), biseksual (dedua jantina dia rembat), lesbian (pompuan dengan pompuan) dan sebagainya. Kiranya dia bukan jenis yang biasa, cas positif kepada negatif dan sebaliknya..  Kira tak normal dari segi seksual. Kalau nak tak tahu definisi term-term semua tu dengan detail, gi blog Zulkifli Nordin (klik) So, Program Seksualiti Merdeka ni memberi peluang kepada geng2 ni untuk ke hadapan, berani dengan keadaan tu tanpa perlu rasa malu. Tu yang aku faham. Betul kan?

 

Persoalannya, sejauh mana hal-hal macam ni boleh diterima dalam masyarakat kita di Malaysia ni? BUkan nak cakap agama Islam saja yang tak menerima, malahan agama lain pun mengecam hebat Program Seksualiti Merdeka ni! Boleh baca Seksualiti Merdeka 2011 : Kerja Gila! (klik) untuk mengesahkan apa yang aku cakap ni. Entah agama apalah golongan2 ni berselindung. Nama je beragama, tapi tidak mengamalkan apa yang agama suruh. Hangin betul aku!

 

saya-gay-saya-ok1

 

Aku memang tak boleh terima! Hubungan seksual diluar tabii macam ni lebih kepada macam budaya binatang! Seksualiti Merdeka 2011 : Promosi Budaya “Binatang” (klik). Di mana bezanya akal manusia dengan binatang bila jantan dan betina pun tak reti nak beza. Ntah2 binatang sendiri lebih pandai membezakan jantina daripada golongan22 ini. Pada pendapat aku, program2 sebegini akan menyebabkan masalah sosial berleluasa. Makin ramai yang tak berasa dia salah untuk jadi homo, lesbo, dan sebagainya which is memang bercanggah dengan hukum alam…

 

Firman Allah swt:

30_21

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri,  supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

(Surah ar Ruum: ayat 21)

 

Lelaki diciptakan hanya untuk perempuan dan perempuan juga hanya untuk lelaki. Mana boleh main share2 gitu! Dan bila ada kelab yang menyokong perbuatan macam ni, golongan ni akan rasa selesa dan semakin banyaklah masalah kesihatan seksual akan berlaku. Bila dah kita setuju dengan program seksualiti merdeka ni, macam kita setuju untuk membenarkan seks haram dan bebas berleluasa di negara kita. So bila dah berlaku macam tu, mungkin kes “Saya Mengandung Anak Ayah Saya” pun boleh berlaku di Malaysia ni. Janganlah sampai Allah murka dan turunkan bala sepertimana kaum Nabi Luth a.s yang mengamalkan hidup homoseksual. Nauzubillah! Dah tanda-tanda akhir zaman dah kut!~

 

azman ismail gay

Sumber Video : Ambooyats Blog

 

Teringat balik Video Azman Ismail : Saya Gay Saya Okey tu. Video ni dah removed dari Youtube sebab mendapat kecaman hebat. Tapi bolehlah pergi ke Ambooyats Blog (klik). Bila aku tengok Video Azman Ismail ni dulu sempena Seksualiti Merdeka 2011 ni,  3 perkataan je keluar dari mulut aku “Bongok, Gila, Bodoh!” Sayangnya, dia seorang lelaki cukup sifat (kut?), ada rupa, ada pelajaran tinggi, ada duit dan hartalah kut sebab ada kerjaya yang bagus sebagai seorang jurutera, tapi masih memilih lelaki untuk menjadi pasangan? WTF?? Kenapalah akal dia yang bagus tu boleh tunduk kenapa nafsu? What a shame!

 

Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial].

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

 

 

Ya Allah, kau peliharalah diriku dan seluruh keluargaku daripada melakukan perkara-perkara mungkar sebegini ya Allah. Aminnn…

 

What say you??

» Read More...

The Creator !

Share

294867_235384206518435_155924344464422_702098_1020146042_n

##Empunya komik dan kisah disebaliknya: FirdausDin

» Read More...

Yeah!! Minggu ni tak perlu turun UPSI ~~

Share

Hari ni bangun lewat, almaklumlah lepas Subuh baru aku tido.

Kes?

Aku tolong jagakan baby Feeqa (anak kakak aku) yang demam semalam. Konon! OKe, aku update blog sawang aku lah~~

Episod mimpi di siang hari tergendala jam 11.30 pagi sebab dapat call dari roomate aku, Nieza.

 

GOOD NEWS!!!!

 

This week aku tak perlu nak turun ke Tanjung Malim untuk mengikuti kelas pada petang dan malam jumaat ni~~ so, genaplah 3minggu aku cuti direct di Kuantan terchenta ni…

 

Semalam dah settle cancel kelas Instructional Design malam tu, ganti dengan Forum Online dekat Myguru UPSI, yang kelas TPCK petang tu pun akhirnya berjaya diganti dengan Online Forum jugak. Kelas Kaedah Penyelidikan hari Sabtu pulak, memang dah lecturer cancel minggu lepas lagi, cuma ganti dengan assignment.

 

cikgudahlia

 

Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan segala urusan pensyarah2 ku itu ; Dr Sulaiman Sarkawi, Tn Haji Nazri Saad, dan En Che Soh Said. Tak lupa juga kepada rakan2 yang berjuang untuk membatalkan kelas tersebut terutamanya Bidari dan Niza. Terima kasih banyak2 frens!!

Aku hanya boleh menumpang, usaha orang lain …terima je lah ek.. bukan taknak berusaha, tapi sebab takde sebab untuk aku bagi alasan.

Aku bukannya duk jauh macam kawan aku Bidari dari Sarawak ataupun ada masalah nak jaga anak-anak macam Niza, takpun bekerja dan buat part time macam beberapa classmate yang lain tu.

 

Aku memang diberi cuti belajar oleh KPM. Bukan takat cuti, gaji pun dapat penuh, biasiswa dari KPM pun dapat..

So, memang tak boleh nak mengada2 mintak itu ini dengan pensyarah kan.. Nak kena sedar diri…

So, kira aku menumpang jer lah hasil usaha gigih korang ek~~ lalalala….

» Read More...

Soalan Ramalan SPM 2011

Share

Disebabkan hari tu ada share pasal soalan ramalan Sains PMR 2011 di blog ni, ramai pulak yang minta soalan Ramalan dan tips untuk Peperiksaan SPM 2011 yang akan bermula 14 Novemeber ni. Untuk Soalan Ramalan PMR 2011 Sains Kertas 2 hari tu, ramai yang bagi feedback mengena 4 daripada 8. Dan ramai yang cakap soalan Sains Kertas 2 tu sangat senang. Wallahualam. Aku tak berpeluang nak tengok soalan Sains PMR 2011 ataupun tengok jawapan calon PMR 2011 tahun ni. Rindu plak nak menanda~~

spm2011

 

Untuk Soalan Ramalan SPM 2011, Cikgu Dahlia tidak mampu nak memberikan apa2 sebabnya nak dapat informasi dari sekolah pun, Cikgu Dahlia sedang cuti belajar sekarang ni, So memang tak berkhidmat di sekolah lah buat masa ni. Maaf ya!

 

^_^ Tapi, demi untuk tidak menghampakan korang calon-calon SPM 2011 yang sampai ke blog ini, dikongsikan beberapa laman yang korang boleh rujuk untuk memudahkan ulangkaji korang di saat-saat akhir ni.

 

1. PHYSICS : Tips dan Soalan Ramalan Fizik SPM 2011 (klik)

2. CHEMISTRY : Tips dan Soalan Ramalan Kimia SPM 2011 (klik)

3. BIOLOGY : Tips dan Soalan Ramalan Biologi SPM 2011 (klik)

4. Kesalahan Umum Calon dalam Menjawab Kimia SPM kertas 2

5. Cara Menjawab Kimia Kertas 3 SPM 2011

6. SEJARAH : Soalan Ramalan Sejarah SPM 2011 (klik)

7. Tajuk Pilihan Soalan Ramalan Sejarah SPM 2011

8. SEJARAH : Soalan Popular SPM 2011 (klik)

9. SEJARAH : Topik Tumpuan Sejarah Kertas 2 SPM 2011 (klik)

 

Bagi sesiapa yang ada ongkos lebih, ataupun boleh share dengan kawan2, maybe korang boleh try Koleksi Soalan Ramalan SPM 2011 daripada Andrewchoo yang ada untuk semua subjek ni. Kalau berminat klik di link bawah ni. So far, memang most target dia kena tepat. Ops, Cikgu Dahlia bukan broker..tak dapat sesen pun daripada promosi ini okeysss..

Andrew Choo Blog

 

Bagi cikgu-cikgu yang ada tips dan soalan ramalan untuk dikongsikan bersama calon-calon SPM 2011, sila lah tinggalkan komen anda beserta alamat URL. Nanti saya akan backlink di sini.

» Read More...

Episod Akhir Drama Soffiya Akasia TV3

Share

Episod Akhir Drama Soffiya di Slot Akasia TV3 7.00 hingga 8.00 malam tu akan disiarkan pada 8 November 2011 ni. Tadi kat TV3, dah kuar trailer promo drama baru yang akan menggantikan Soffiya ni iaitu Drama Tentang Dhia yang akan bermula 9 November. Nora Danish dengan Adyputra yang berlakon!

 

 

soffiya akhir

 

Aku bukanlah penunggu setia drama soffiya ni. Masa episod awal2 drama soffiya ni aku layan lah jugak non stop sebab nampak story macam best, sehinggalah last episod aku layan masa tu, masa si Ilyas (Fizo Omar) tu kena fly. Rasa macam tak logik gile, takkan la sampai tak sempat nak pergi bagitahu Soffiya tu kan. Boleh pulak tinggal surat dalam bilik atas almari.. confuse! Then sejak hari tu aku tengok drama Soffiya ni kadang2 jer..

 

Ni, dah ada bercuti panjang kat rumah aku di Kuantan terchenta ni, memang melayan lah balik cerita Soffiya ni. Dah takde aktiviti lain yang nak dibuat daripada menonton bersama keluarga kan? Apapun, memang aku nyampah tengok Ilyas macam dayus je bila dengan Fiona tu. Fiona (Izzara Aishah) walaupun muka nampak kaku jer berlakon, tapi watak dia kira menjadi laa sebab ramai yang membenci kan??

 

Untuk episod akhir drama soffiya ni, TV3 ada bukak poll (undian) untuk menentukan lelaki yang layak untuk bersama Soffiya. Kononnya Soffiya dibelenggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingan?  Undian ini akan menjadi penentu kepada kebahagiaan Soffiya di akhir episod akan datang.

 

soffiya akhir

setakat picture ni aku capture jam 4.00 pagi 2 Nov 2011, 21195 undi untuk Kamal, 19287 untuk Ilyas. Petang tadi, memang Ilyas mendahului!

Korang, kalau nak Vote, sila ke http://apps.tv3.com.my/soffiya/ ataupun klik je gambar di atas okehh.. Kalau rasa vote Ilyas sebab muda dan hensem tanpa mengetahui jalan cerita sebenar drama Soffiya ni, bek toksah!!

 

Undian aku?? Rahsia.. hahah.. aku undi Kamal. Cinta tak semestinya bersatu kannnnnn? Dan aku rasa hubungan Soffiya dan Ilyas ni lebih baik jadi plantonik (ye kut?), hubungan kawan tanpa rasa cinta. Eventhough Kamal ada kencing manis, sakit dsb, aku yakin, Soffiya ni memang dia sangat sayangkan suami dia Kamal ni. Fiona, bini Ilyas lak aku rasa dia akan mati..takpun jadi gila sebab dalam hati banyak jahat.

 

Owh ya, kalau diingat balik awal2 dulu, Soffiya ni ada mengandung anak sumbang haram hasil bapak dia kan.. ? Dan baby tu sebenarnya belum mati lagi. Agak-agaknya, ada wujud tak watak anak Soffiya ni dalam episod akhir drama Soffiya ni nanti??

 

Sama-sama kita tunggu dan saksikan episod akhir Drama Soffiya pada 8 November 2011.

 

p/s: Rahsia apa yang Kak Ton tak sempat nak story pada Kamal sebelum dia meninggal dunia tu ek?? Pasal Soffiya kena rape dengan ayah sendiri atau pasal perangai Fiona yang sebenarnya?

» Read More...

Borang Bantuan Isi Rumah RM500 LHDN | Bajet 2012

Share

Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bulanan RM 3000 dan ke bawah akan mula dikeluarkan pada bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Borang bantuan isi rumah boleh dimuat turun (download) menerusi laman web LHDN  ataupun boleh dapatkan borang bantuan isirumah RM500 ni di semua pejabat LHDN mulai Disember 2011 nanti. Berkemungkinan juga, borang bantuan ni akan disiarkan dalam akhbar harian terkemuka. Mungkin Berita Harian, NST, The Star ataupun Utusan Malaysia lah kut!

 

bantuan rm500 isirumah

Cara Ringkas/Prosedur Memohon Bantuan Isirumah RM500 bagi pendapatan RM3000 dan ke bawah :

 

1. Dapatkan borang bantuan isirumah (download online, pergi ke pejabat LHDN @ disiarkan di suratkhabar) mulai Disember 2011

2.  Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.

3. Tunggu jawapan sama ada permohonan berjaya atau tidak.

4. Wang bantuan isirumah RM500 akan dikreditkan ke dalam bank mulai Januari 2012 jika berjaya. 

 

Bagi yang agak-agak tak berapa nak ingat, pemberian bantuan isi rumah sebanyak RM500 ini ada dibentangkan oleh PM dalam sesi pembentangan Bajet 2012 OKtober lepas. Maksud isirumah berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000 tu ialah hasil jumlah pendapatan (gaji) bulanan semua ahli dalam rumah tu (keluarga) adalah tidak melebihi RM 3000.

Jadi, pada sesiapa yang layak untuk memohon, ataupun kalau korang tahu jiran-jiran, saudara mara, yang memang berpendapatan rendah dan dalam kategori layak untuk memohon bantuan isi rumah RM500 ni daripada kerajaan (ops, duit cukai rakyat gak kan?) korang tolong2 lah bagi borang bantuan 500 tu untuk diorang. Insyaallah, boleh mengurangkan beban diorang kan.. tapi jangan pulak korang cari duit dengan pergi jual borang pemberian bantuan isi rumah ni pulak! Haru~~~~ ops, macam aku plak bagi cadangan… hehe..Tolonglah dengan penuh keikhlasan..insyaALLAH, Allah pasti memberi balasan yang baik..

 

Mereka yang layak menerima bantuan isi rumah RM500 ni, dijangka mula mendapat pembayaran melalui Akauntan Negara pada Januari 2012 menerusi bank-bank yang akan dilantik. So, memang takkan dapat secara tunai! Jangan pulak, hantar borang, terus mintak cash RM500 dengan orang kat LHDN tu plak tau.. Anyway, harapnya tak perlu memaksa buka akaun simpanan pada bank tertentu semata untuk menerima wang bantuan isirumah RM500 ni lah kan~ lalala… Sumber Berita Asal : Utusan

 Lawan Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

» Read More...

(Video) Letupan Kemalangan Keretapi Langgar Lori Tangki Minyak di Sabah

Share

Video dan Gambar Letupan akibat Kemalangan Keretapi dan Lori Tangki Minyak berlanggar di Kota Kinabalu.

 

Satu letupan dan kebakaran berlaku berikutan sebuah kemalangan melibatkan pertembungan di antara keretapi Sabah dan sebuah lori tangki minyak berlaku di persimpangan Jalan Kepayan – Jalan Lintas berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

 

Video Letupan Besar Keretapi Langgar Lori Tangki Minyak:

 

Ngeri betul bila nampak kepulan asap besar kat udara macam tu.. Harapnya Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal keadaan dengan segera. Pelik juga sebab baca dalam The Star Online, Keretapi yang langgar Lori Tangki Minyak ni.. Ke Lori Tangki Minyak ni yang merempuh keretapi tu? Wallahualam.. Harapnya nanti dapat tahu cerita tentang kemalangan ni selanjutnya.

UPDATE DARI SURATKHABAR:

Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.


Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki.

» Read More...

Sinopsis Filem Ombak Rindu dan Trailer

Share

Ombak Rindu, novel kesukaan ramai orang kini akan berada di layar perak ataupun lebih tepat lagi ditayangkan di pawagam sebagai sebuah filem dengan judul yang sama Ombak Rindu mulai 1 Disember 2011.

 

Petang tadi tertengok official trailer Filem Ombak Rindu ni kat ASTRO WARNA, sebab tu lah teringin nak share di sini. Aku memang suka dengan plot cerita Ombak Rindu ni, so of course aku tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu ni kelak eventhough aku tak berapa suka dengan peneraju utama filem Ombak Rindu ni kecuali Aaron Aziz tuuu.

 

ombak rindu

 

Filem Ombak Rindu ini adalah adaptasi daripada Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari keluaran Alaf 21. Filem Ombak Rindu ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

 

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

 

Trailer Ombak Rindu

 

Sama-sama kita saksikan Filem Ombak Rindu yang akan ditayangkan pada Disember 2011 ini. Harapnya filemnya best macam novel Ombak Rindu tu sendiri.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais