BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Projek Rintis KPM 2012 Guru Kerja Sembilan Jam Sehari

Share

Projek Rintis Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Tahun 2012, Guru Kerja Sembilan Jam sehari?? Erkk! Jom kita baca dahulu ya cikgu-cikgu tentang berita Projek Rintis Kementerian Pelajaran Malaysia ni.. Jangan panik dulu… Sebab memang berita pasal Projek Rintis KPM ni Dahlia dah dengar since bulan lepas lagi.

 

sd2

Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam – Bernama

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran. Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," katanya.

 

 

Fakta mengenai  Projek Rintis KPM 2012:

1. Berasaskan kajian di Melaka Tengah untuk mengenalpasti tempoh masa bekerja ideal bagi guru.

2. Dilaksanakan mulai Januari 2012 dalam tempoh 6 bulan pada peringkat PERCUBAAN (kira macam pilot test la)

3. Negeri yang terpilih untuk percubaan : Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak (bukan semua sekolah!! Hanya sekolah yang terpilih sahaja) – 104 sekolah, 5000 guru

4. Projek rintis ni untuk mengkaji sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah

5. Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan. (kalau duk dalam office je, okey jer kan..hakikatnya???)

 

So, cikgu-cikgu, macam mana? Sekolah kalian terpilih ke tahun 2012 ni untuk Projek Rintis KPM ni?  Ikut maklumat yang Dahlia tahu, dekat Pahang, around 80 buah sekolah di daerah Kuantan dan Pekan yang terpilih. Sekolah lama Dahlia, rasanya tidak kut :D  … Anyway, personally memang daku tidak bersetuju guru bekerja sampai 9 jam sehari. Sebab? Dahlia kan guru jugak, so faham lah macam mana tugas cikgu ni. Cikgu bukannya duduk statik dekat pejabat macam orang lain. Sekolah pulak keluasan dia mak aihhh!! Semput jawabnya.. Harapnya perkara ni diperhalusi sebaik mungkin. Jangan sampai nak jaga anak orang lain, keluarga sendiri tak terjaga.

 

And satu lagi maklumat pasal kemasukan Pegawai Pentadbir Diplomatik (PTD) M41 ke sekolah untuk melaksanakan tugas-tugas Guru Data dan Maklumat di sekolah. Ada dengar tak? Rasanya ramai GDM yang bersetuju, at least boleh fokus pada P&P sepenuhnya selepas ini, dan tiada lah kerja nak key-in data2 EMIS dan SMM pelajar kan. Tapi, jangka masa panjang? Wallahualam. Harapnya bidang Pendidikan ni dijaga sebaiknya oleh orang-orang dari bidang Pendidikan sendiri. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Wallahualam. HAnya pendapat Dahlia, seorang guru biasa.

» Read More...

Tips Penting Menghadapi Peperiksaan SPM 2011

Share

Pastinya semua calon SPM 2011 tengah berdebar2 sekarang kan? Mana taknya, tak sampai 2 hari lagi, Isnin ni 14 November 2011 semua pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan SPM 2011, titik tolak penentuan haluan kerjaya mereka di masa depan.

 

Selain daripada persediaan ilmu terhadap subjek-subjek yang telah dipelajari di sekolah, adik2 calon SPM 2011 perlu juga mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Tanpa persiapan rapi, calon-calon pasti akan kecundang apabila menghadapi masalah yang antaranya “blank” semasa menjawab, tidak mempunyai masa yang cukup, mengantuk semasa menjawab, tidak dapat fokus kepada soalan, dan sebagainya.

 

spm

 

Di sini Cikgu Dahlia nak berkongsi beberapa tips penting menghadapi peperiksaan:

Persediaan sebelum peperiksaan daripada Dahlia:

1. Pastikan calon mendapat tidur yang cukup supaya tidak mengantuk semasa menjawab peperiksaan. Elakkan tidur lambat pada hari peperiksaan, tetapi bangunlah seawal 3 atau 4 pagi untuk membaca sekiranya perlu.

2. Jaga pemakanan tapi jangan biarkan perut anda kosong! Banyakkan meminum air yang dimasak. Sekiranya peperiksaan pada waktu petang, elakkan makan tengahari makanan berminyak, tetapi digalakkan memakan buah. Memakan makanan berminyak dan berlemak, boleh mendorong perasaan mengantuk semasa menghadapi peperiksaan.

3. Elakkan study last minute kecuali anda sememangnya jenis sebegitu. Last minute study biasanya, terutamanya saat2 sebelum ke dewan peperiksaan biasanya akan menyebabkan kita berasa lebih gundah gelana memandangkan semua rakan2 akan sibuk berbincang itu ini yang mungkin mengganggu emosi kita pada masa tu.

4. Tenangkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan. Periksa dan pastikan semua peralatan lengkap pada malam sebelum peperiksaan lagi. Jika ada masalah di saat2 akhir, berhubung dengan guru ataupun rakan2 yang boleh membantu. 

5. Bagi calon yang beragama Islam, jangan tinggal solat wajib, berdoa dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan perbanyakkan solat hajat kepada-Nya.

6. Berbuat baik kepada semua orang di sekitar, terutamanya ibu bapa, adik beradik, guru2 dan rakan2. KAlau boleh, dapatkan restu mereka setiap kali sebelum bergerak ke dewan peperiksaan. Jangan wujudkan suasana yang menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita.

7. Jangan berbincang mengenai peperiksaan yang telah berlalu, sebaliknya, fokus pada kertas peperiksaan yang akan datang , yg anda akan jawab kemudian. Biasanya, bila pelajar berbincang dengan rakan2, mulalah perasaan tidak yakin menghantui mereka. Bahaya!

8. Mulakan membuka kertas soalan dengan BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan doa supaya dipermudahkan Allah semasa anda menjawab.

 

10 Tips Menghadapi Peperiksaan SPM 2011 daripada Paneh Miang:

1. Datanglah dengan dokumen dan peralatan yang lengkap.
2. Tenang dan percayakan diri anda.
3. Bersantailah tapi berhati-hati.
4. Fahamkan arahan dan semak semua soalan terlebih dahulu.
5. Jawab soalan secara strategik.
6. Semasa menjawab soalan berbentuk aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
7. Semasa menjawab soalan berbentuk essei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.
8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.
9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
10. Analisa jawapan anda.


Untuk maklumat  dan penerangan lengkap 10 tips daripada Paneh Miang ni, sila rujuk :

[TIPS SPM 2011 Paneh Miang]


Semoga semua pembaca khususnya calon SPM 2011 dan ibubapa dapat manfaatkan tips menghadapi peperiksaan yang diberi ini. Tips ni boleh digunapakai untuk semua peperiksaan, bukannya SPM2011 semata-mata oke. Ada sesiapa mahu tambah tips?

» Read More...

Tragedi 11.11.11 | Kemalangan Bas Dirempuh Treler Dekat Behrang – Slim River (PLUS)

Share

Empat maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River dan Behrang awal pagi ini.

Memang terkejut! Tragedi 10.10.10 tahun lepas pun dah cukup menyayat hati kita seluruh rakyat Malaysia, dan kali ini, Tragedi 11.11.11 , juga kemalangan yang cukup mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Dahlia hanya dengar berita ni dari radio, semasa dalam perjalanan balik Tanjung Malim. Behrang ni dah dekat sangat dengan Tanjung Malim, dalam 18km gitu jer kalau tak silap..

 

accidentloritreler

 

Percutian sekumpulan pelajar dan guru berakhir dengan tragedi yang meragut 4 nyawa, apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik dekat Behrang, awal pagi tadi. Mangsa termasuk penumpang sebuah bas lain yang cuba memberi bantuan tetapi maut selepas bas berkenaan dirempuh sebuah lori treler.


Kemalangan itu turut mengakibatkan 27 orang cedera, termasuk 5 daripadanya parah. Bas persiaran yang membawa 36 pelajar dan 3 guru Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kedah ini berlepas dari Kulim kira-kira jam 11:30 malam semalam, untuk program percutian 3 hari 2 malam di ibu negara dan Genting Highlands.


Namun, ketika tiba di kilometer 382 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Behrang kira-kira 4:30 pagi tadi, bas ini dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke kiri jalan. Sebaik kejadian, penumpang sebuah lagi bas yang disewa khas Wanita Umno Bahagian Alor Setar cuba menghulurkan bantuan kepada penumpang bas persiaran yang pada mulanya hanya cedera ringan.


Bagaimanapun, ketika guru dan pelajar cuba keluar dari bas berkenaan, sebuah treler yang sarat dengan muatan ramuan baja organik tiba-tiba merempuh bas persiaran berkenaan. Akibatnya, seorang guru, Siti Hajar Mohamed, 33 tahun serta 2 pelajar berusia 15 tahun, Khairul Anuar Azhan dan Maisarah Zaidi maut di tempat kejadian. Manakala seorang penumpang bas lain yang turut terbunuh dikenali Basarah Saad, 45 tahun, Ketua Wanita Umno cawangan Alor Teja, Kedah.


Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital slim river untuk rawatan. Mereka termasuk 2 guru dan 3 pelajar berusia 15 tahun yang dilaporkan parah.

 

Innalillahi wa Innailaihi ra ji`un… Salam Takziah kepada semua anggota keluarga mangsa yang maut dalam Kemalangan membabitkan Bas dan Treler di Lebuhraya Utara Selatan dekat Behrang- Slim River pada 11.11.11 jam 4.30 pagi tadi. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. Alfatihah.

» Read More...

11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun 2011 Ini

Share

Tadi baru Dahlia post spekulasi pasal pembubaran parlimen pada tarikh 11.11.11 yang daku dapat dari Malaysiakini. Dan yang mana dalam berita dari Malaysiakini tu, menyatakan hari pengundian Pilihanraya berkemungkinan diadakan pada 10 Disember 2011. Dan dihujung post Dahlia Tarikh 11.11.11 Parlimen dibubarkan Hari Ini? Dahlia dah beri pendapat, Pilhanraya Umum ke13 hanya akan diadakan seawal tahun hadapan. Dan ni nak kongsikan artikel dari Mstar Online.

 

pru13

11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini.

Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

 

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

 

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

 

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

 

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

 

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

 

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

 

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

 

9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

 

10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

 

11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11 November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

 

Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang. So, awal tahun depanlah kita bersiap2 untuk menunaikan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia ya..

» Read More...

Tarikh 11.11.11 Parlimen Dibubarkan Hari Ini ke?

Share

Tarikh 11.11.11 sememangnya tarikh yang istimewa. Yerlah, jarang sekali nak dapat tarikh cantik macam tu. Tengok je tahun lepas, tarikh 10.10.10 telah dipilih oleh Angkasawan Negara kita, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk berkahwin dengan Datin Dr Halina Yunos. Dan pada tarikh 10.10.10 tu juga, di sebalik kegembiraan dan juga kemashyuran perkahwinan kayangan itu, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri Tragedi Oktober yang membabitkan banyak kenderaan dan ramai maut. Kemalangan ngeri dan terburuk di Malaysia ala2 Final Destination tu berlaku berhampiran Tol Simpang Ampat. [klik link biru]

 

11-11-11

So, kali ni, apa ada dengan tarikh 11.11.11 ni?

 

Berkenaan tarikh 11.11.11 ni, ada yang aku baca, meramalkan akan berlakunya kiamat. Sehingga meramalkan waktu 11.11 am dan kebetulan tarikh 11.11.11 juga jatuh pada hari Jumaat. Wallahualam. Tanda-tanda kiamat dah memang berlaku, tapi bila kejadian kiamat ni, hanya Allah SWT yang tahu. Kita sebagai makhluk ciptaan-Nya kenalah sentiasa bertaubat dan memohon pengampunanNya tidak kira masa. Tak gitu?

 

Ada satu spekulasi yang lebih best! Tarikh 11.11.11 ni adalah tarikh pembubaran Parlimen. Maksudnya bila parlimen dah dibubarkan, akan bermulanya proses pencalonan, kempen dan pengundian bagi pilihanraya umum ke13. Marilah mari…pergi mengundi!!! Ahaks…Sumber? Malaysiakini.com.

 

Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan pada Jumaat 11/11/2011, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara hari ini (semalam).

cdb896bb482b5ab59de7e030390afc33

Menurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13. "Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.

 

Untuk meningkatkan sokongan untuk BN, kata laporan itu, Najib tidak lama lagi akan membuat pengumuman, termasuk pengiktirafan kelayakan akademik dari Taiwan, yang merupakan satu tuntutan sudah lama masyarakat Cina kerana banyak graduan sekolah menengah Cina melanjutkan pengajian mereka ke sana.


Menurut jadual rasminya, Najib, yang pulang dari Makkah semalam selepas mengerja ibadat haji, akan menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur petang ini untuk dikemaskinikan mengenai kemajuan projek Program Transformasi Ekonomi. Dengan pentadbiran kerajaan semasa memasuki tahun keempat dan kelembapan ekonomi global yang diselubungi risiko, maka spekulasi yang Najib akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat baru, bertiup kencang sejak awal tahun ini.


Beberapa laporan media telah membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian.

 

 

So, betulkah akan ada pembubaran parlimen berlaku pada hari ini? Tunggu!!! Aku ada jugak dengar khabar angin sebelum ni tentang pemilihan tarikh cantik 11.11.11 ni. Lagipun kat sekolah hari tu ada iklan untuk guru-guru yang berminat nak bertugas untuk Pilihanraya Umum ke13. Dan aku yakin, tarikh Pilihanraya Umum ke 13 nanti mesti pada tarikh lepas jemaah haji Malaysia pulang ke tanahair. Maybe selepas selesai peperiksaan SPM ataupun seawal tahun hadapan sebelum sesi persekolahan bermula? Sama-sama je kita nantikan, tapi bahang tu macam dah ada..Hiks…

 

Parlimen bubar ke tak bubar, 11.11.11 hari aku pulang ke tempat belajar balik…Dan tarikh itu menunjukkan aku hanya ada 7 hari sebelum masuk 3 series…wahahahah..

» Read More...

Chef Riz (Anak Chef Wan) Tipu Pengalaman Kerja dalam Resume dan Profil Juri Masterchef Malaysia??

Share

Alahai Masterchef Malaysia. Banyak sungguh kontroversi dan drama melanda. Banyak ke? Tak habis dengan drama air mata peserta dan juri.  Yang terbaru kes pasal Chef Riz tipu pengalaman kerja dalam resume beliau sendiri? Apa kes?? Chef Riz ni anak Chef Wan yang merupakan juri paling muda dalam Rancangan Realiti Masakan yang kini hebat ditayangkan di ASTRO Ria, Masterchef Malaysia.

 

Malam tadi masa dok tengok MAsterchef Malaysia lagi adik aku ada cakap pasal ni. Yang mana menurut adik aku tu, Chef RIz ni bagi maklumat palsu mengatakan pernah bekerja dengan Top Chef kat overseas nun. Kira pengalaman hebat2 lah yang dipamerkan dekat website rasmi MAsterchef Malaysia Astro tu… Nah baca sendiri!

 

Profil pertama Cef Riz yang mula2 sekali dulu…..

chef-riz-tipu-resume1

Eric Rupert tu wehhhh!!!! Aku tak kenal, tapi nama ni biasa sebut dalam rancangan masakan oversea…

 

Yang sebeteulnya??? Nan hado!!! Pihak The Malaysian Insider sendiri dah contact Restaurant Babbo tu untuk bertanyakan perihal pengalaman kerja tu dan pihak restaurat Babbo  menafikan dan menyatakan  tidak pernah mempunyai pekerja bernama Mohd Nadzri Redzuwan.

Sekarang ni profil tu dah berubah dah pun… Tak sampai 24 jam, profil tu telah diubah dan dipinda sebanyak dua kali!

 

Profil kedua yang diubah selepas ada pihak yang cuba mengantoikan…

chef-riz-tipu-resume2

Owh..pelatih jerr rupanya… 3 perenggan…

Dan yang terbaru, profil Chef Riz ni kat website Masterchef Malaysia adalah seperti berikut:

Profil selepas pindaan kedua..yang latest!

cefriz

Last2 tinggal 2 perenggan jerk??

 

At first aku memang ingat ASTRO yang over letakkan pengalaman kerja dia, tapi rupa-rupanya memang Chef Riz sendiri yang bagi maklumat tu kat ASTRO untuk dipamerkan.. Aiyakk, macam ini manusia pun ada ke??

Dia dah buat kenyataan minta maaf lah wei!!

Okey!

 

Apa kata Chef Wan pasal pendedahan penipuan Chef Riz?

cefwan555

 

Memang aku salute dengan sikap keterbukaan Chef Wan yang tidak memenangkan anak dia sendiri ni. Siap boleh cakap padan muka! “Ini adalah tindakan paling buruk berbanding seorang guru menangkap anak muridnya berbohong di dalam kelas. Amat memalukan!” kata beliau.

 

Ok, aku tak nafikan, walaupun Chef Riz ni agak poyo dalam Masterchef Malaysia, tapi aku better laa dia ada menjadi juri berbanding juri2 senior yang sangat bersopan, ikut skrip dan sensitif. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rakyat Malaysia rasa maluu…huhuh Maybe juri yang patut menjalani Ujian Sajian Pantas (Penyingkiran)?? Ahaks…

 

Aku bukanlah penonton setia Masterchef..tengok pun bila dah takde citer lain yang boleh tengok kat TV tu.. Cuma apa yang aku nak komen, peserta aku rasa okey jer.. juri je terlalu ikut skrip.. Then mentang2 Maggi penaja kut, boleh lak masak guna maggi dan juga kiub masakan? Boleh pulak guna perasa? Kelakar oke!! Mak aku masak kat rumah pun xperlu guna perasa tambahan tu semua.. Baru original! Tu tak campur lagi masa MasterClass hari tu, yang nak buat sos strawberry tu.. Bila tengok Junior Masterchef US, budak2 tu boleh plak masak strawberry tu atas dapur nak bagi merah tu keluar, tapi juri Malaysia? blend dan letak sirap merah nk bg nmpak color tu striking… konpius aku yg bukan pandai masak ni… hihii.. tu pendapat peribadi aku, jgn marah yerrr fanatik masterchef malaysiaaa,,,hehe

Dah!! banyak sangat komplen tak payah tengok!!!

Open-mouthed smile

» Read More...

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2011

Share

 
View more documents from Ermie Dharlya.

Peperiksaan SPM 2011 akan bermula Isnin ini, 14 November 2011. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, calon-calon SPM 2011 ni akan menghadapi peperiksaan getir yang akan menentukan hala tuju masa depan mereka selepas ini. Jika keputusan SPM 2011 mereka nanti cemerlang, dapatlah mereka menyambung pengajian dalam bidang yang mereka hajati. InsyaALLAH.

 

Perkara penting yang semua calon SPM 2011 perlu ada dalam simpanan sebagai rujukan mereka setiap hari adalah Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2011. Semua calon perlu peka dengan jadual waktu spm 2011 ini. Jadual waktu peperiksaan spm 2011 telahpun diberi kepada semua calon SPM 2011 melalui Setiausaha Peperiksaan (SuPep) sekolah masing-masing seawal bulan September hari itu.

 

Dengan perkongsian jadual waktu peperiksaan SPM 2011 ini, semoga para ibubapa dapat sama-sama memantau kehadiran calon-calon SPM 2011 ni menghadiri peperiksaan seperti yang dijadualkan. Pelajar-pelajar ni kadang-kadang terlalu penat study sampai lewat malam, sampai esoknya bangun lewat. So, kalau boleh, ibubapa yang ada anak tu, download jadual waktu spm 2011 ni, highlight dan tampal di dinding rumah untuk peringatan bersama. InsyaALLAH semoga dapat membantu anak2 yang menduduki peperiksaan SPM 2011 ni kelak.

 

Rabu 23 November dah Paper Addmaths .. mudah-mudahan pelajar aku boleh menjawab dengan jayanya… Semoga mereka semua LULUS, dan yang pelajar aku target A+ tu berjaya mencapainya. Aminnnnnnn…

» Read More...

Peperiksaan SPM 2011

Share

Makluman Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2011

lpmlogosmall

Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai  468,808 orang calon  akan menduduki  SPM pada tahun 2011 ini di 3,533 buah pusat peperiksaan  di seluruh negara. Seramai  26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan SPM dapat diumumkan seperti dijadualkan.


Butiran calon SPM 2011 adalah seperti jadual di bawah:

Bil Jenis Calon

Jumlah Calon

1 Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

412,028

2 Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain
Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)

7,155

3 Calon Sekolah Menengah Agama Negeri

7,925

4 Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan
Kementerian Pelajaran

10,750

5 Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat

1,737

6 Calon Persendirian

29,213

  JUMLAH BESAR CALON SPM 2011

468,808

 

Peringatan daripada Lembaga Peperiksaan untuk semua calon SPM 2011 :

1. Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual  waktu  peperiksaan SPM 2011 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

2. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan  dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

3. Lembaga Peperiksaan juga suka mengingatkan semua calon supaya bersedia dan membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang keadaan yang mungkin menghalang atau menyebabkan mereka tergendala untuk sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual.

4. Pada masa yang sama, calon-calon diminta sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini melalui media massa sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan.

 

OPS Payung | Persediaan Menghadapi Banjir

Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri  telah  dimaklumkan mengenai  Ops Payung berkaitan dengan banjir (Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil. 6/2008).  Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi dilanda banjir telah diarah menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat.

Segala bentuk bantuan termasuk tempat tinggal, makanan dan keperluan asas yang lain akan disalurkan segera kepada calon yang diancam banjir. Bagi memastikan calon dapat mengambil SPM dalam keadaan selamat, Kementerian Pelajaran akan bekerja rapat dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.


Bilik Gerakan SPM  akan beroperasi di Lembaga Peperiksaan  dan akan dibuka dari  13 November 2011 hingga  14 Disember 2011. Waktu operasi ialah dari jam 7.30 pagi hingga  5.30 petang. Bilik Gerakan ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor berikut:
03-8889 3551 / 03-8889 3582 / 03-8889 3601 / 03-8889 3520

» Read More...

Masalah Resdung : Berjumpa Pakar ENT di Hospital Pakar Kuantan

Share

Assalamualaikum readers.

Hari ni, aku bangun agak awal daripada biasa. Kesnya, hantar adik aku ke airport, dia nak balik ke Subang. Lepas hantar dia, aku tanya mak aku nak gi mana. Then mak aku tanya, nak gi hospital ke? Memang dah lama aku nak pergi cuba selesaikan masalah hidung aku yang kejap tersumbat, kejap berair, kejap ok ni kat Specialist Hospital Kuantan, dengan Dr Srinovianti Noerdin, Pakar ENT tu tapi belum berkesempatan.

 

Ni, dah alang-alang bangun dah awal, masa tu baru je 8.30, aku pun angguk. Then withdraw duit RM1k untuk standby kos rawatan kat Specialist tu. Sebelum pergi KSH tu, singgah beli udang galah..Hehe, sempat lagi tu nak makan udang! Sampai kat KSH jam 9.20pagi. Bilik perunding pakar ENT Dr Srinovianti ni kat Tingkat 3. Lepas dah mendaftar, hantar slip kat bilik pakar, sempat lagi aku tanya budak tu pasal kos rawatan, bimbang2 kalau duit tak cukup kan..hehe sbb pakai cash..then aku kena tunggu sampai kul 11 pagi baru doktor available sbb dia ada OT.

 

ksh

Dr Srinovianti kat KSH ni pernah dijemput di Medik TV, dan recommended by doktor kat umah aku ni…

 

Sesambil menunggu tu, gila berdebar, takut2 doktor suruh aku operate dsb. Banyak kali gak lah ulang tandas kes nervous..miaaahhaa…1 jam setengah menunggu kat KSH ni! Rasanya kalau kat HTAA ni, konfirm aku dah mengamuk..tapi ni dah sebabnya tadi pun dh tanya, aku patient ke 2, so mampu lah aku tunggu. Lagipun suasana xpanas, sejuk, rasa mengantuk jer.. Itulah bezanya spital swasta dengan kerajaan kan…kemudahan yg disediakan tu..kalau panas, lagiklah hati pun panaassss… Masa menunggu tu ada mak aku berbual dengan sorg makcik tu, nak jumpa pakar ENT gak..kes berdengung dalam hidung..Dia citer, anak dia dulu kes sinusitis, resdung tu lah.. Sampai batuk2..Hari ni pergi rawatan, esoknya dipropose untuk bedah.. Kos operation hidung dia tu RM10k. Mak aihh!!! Boleh pinang anak dara orang tu dengan duit sebanyak itu..hehehe

 

Rawatan Resdung dengan Pakar ENT Dr Rama, Kuantan

Actually, ni kali kedua percubaan aku nak jumpa  Pakar ENT Dr Srinovianti ni. Kali pertama dulu, masa nak daftar, tanya turn, cakap no berapa belas ntah. Last2 tak kuasa aku tunggu, so aku pergi Klinik Dr Rama dekat2 KMC selepas mendapat suggestion akak kat sekolah aku. Doktor Rama check hidung aku hanya dengan mengintai dengan lampu dan adalah dia jolok pakai apa ntah sikit..then check telinga… at last dia bagi aku beberapa ubat termasuk nasal spray, centrizine, antibiiotik dan juga hablur kristal untuk aku sedut setiap petang bagi lega2 yang tersumbat tu. Dia cakap, kalau tak okey, datang balik, dan akan buat xray pulak. Kos rawatan masa tu RM140. Lepas 3 bulan, penyakit menyerang balik… tapi aku bertahan dengan centrizine jer..sampailah sekarang, centrizine pun tak lepas, tu yang aku menguatkan semangat jumpa Dr Srinovianti ni pulak. Cuba kan… Duit banyak2 pun, kalau asyik sakit, xbest gak..

 

Rawatan Resdung secara Akupuntur di Kota Bharu, Kelate

0akupuntur

Kalau sebut pasal treatment resdung atau alahan hidung ni, banyak sangat dah aku try. Paling teruk kena masa tahun 2005 aku tengah berkursus dekat Tati..sekarang TatiUC. Dari makan Mineral tablets Revell, mineral drops revell, then masa praktikal, boleh aku jadi sengauuuuu… Maluu sangat masa tu..Last2 aku balik Kelantan, buat rawatan akupuntur kat tabib cina buasir.. Dr Ong kalo tak silap aku..dekat ngan bomba tengah2 bandar Kota Bharu tu.. Rawatan dia? Hazabbbbbbbbbb!!!! Dah nama akupuntur, guna jarum jer lah… kesan dia?? MAcam kena renjatan elektrik sebab dia cucuck mesti kena kat urat… 8 tempat aku kena cucuk masa tu! Tepi hidung kiri dan kanan, kat tangan (antara jari telunjuk dan ibujari), kat belakang lutut (paling azab!!!) dan juga last sekali kat montottt…hahaa..kena salin kain batik weh masa tu.. family aku yg kat luar menunggu, cakap kuat giler aku jerit..hahaha..sakit wehhh jarum cucuk urat dalam2! Macam electric shock! Lepas tu, Dr Ong tu bagi aku ubat sejenis je..ramuan Cina, dan suruh aku berpantang ikan bilis.. Alhamdulillah, memang lama jugaklah, bertahun aku tak datang resdung balik dengan teruk sehinggalah tahun lepas, 2010.

 

Rawatan Resdung secara Tradisional di Pasir Mas, Kelate

LS016040Ni kes aku balik Kelate je, mesti hidung aku sok sek sok sek.. bila pakcik makcik aku tanya, aku selamba jawab, udara Kelate tak sesuai buat aku..ngeee…Then mak aku ada propose untuk pergi buat rawatan dengan bomoh tutong (betul kut ejaan aku dr apa yg mak aku sebut). Tutong ni maksudnya keluarkan ulat dari muka. Ops, muka aku taklah berjerawat..Clean n clear, tapi xlah menawan kalbu! Ahaks.. OK, berbalik pasal tutong2 muka ni..mak aku pernah bawak beberapa jiran lama kami kat Taman tas dulu untuk buat raawatan ni kat Bachok tu masa dia muda2, sbb tu dia suggest untuk aku buat gak…Masa tu naik teksi je dari Kuantan ke KB.

Teringin gak aku nak tengok, betul ke ada kuar ulat2 sebijik2 tu..planning baikk dah memang nak rakam lah..Then makcik aku pun cakap, kat kampung dia tu pun ada sorg yang pandai.. Aku pun okey jer..cuba ikhtiar kan. Aku pun standby je kamera suruh adik aku rakamkan proses rawatan.. last2, pakcik tu keluar bawak kendi air, towel dan bedak sejuk. ?????

Pakcik tu suruh aku bukak tudung, berdiri kat jendela, dia basuh kepala aku sambil baca jampi ayat alquran dan bekalkan aku bedak sejuk. 4,5 bulan laa kut aku bertahan gitu2 dengan cara ni sebelum back to normal tahun ni,,, Tapi macam tak adventure kan cara mandi2 gitu…huhuh… Tadi pun dah setuju dengan mama aku, cuti sem bulan 1 ni, kami balik Klate dan aku akan try rawatan tutong tu.. tak kira apa pun berlaku… nak jugak cuba!

 

Rawatan Resdung lain yang pernah aku cuba….

rawatn lilin madu

Kalau takat guna miracle mask pun aku dah cuba, jerawat aku memang kering dan parut pudar kes guna Mior Facial Bar dengan Miracle Mask ni lah.. Alhamdulillah, pernah membantu kawan2 yg ada masalah jerawat di muka dengan Mior tu..

Then dah juga pernah cuba yang perasap lilin resdung tu masa aku KPLI. Member dak kos Bio yang tlg buatkan. Tapi aku rasa biasa je..try pun sebab teruja nak org memanjakan wajah kita masa tu..hehe.. Terbatuk2 kau!!! Tapi, lepas tu, nak try sendiri? Jangan haraplah…aku bukannya rajinnn…

Rawatan alternatif lain yang aku nak cuba ialah yang macam Permata Hijrah tu, masukkan ubat dalam hidung, dongak dan kuar lendirrrr… yakssss… nak gak try, tapi takuttttt sebab baca pengalaman orang ramai cakap sakitttt… baru adventure kan??

 

 

Ok, berbalik kisah jumpa Pakar ENT pagi ni…aku yg giliran ke2, jadi ke3, sebab ada kes org dalam potong que. Malas aku nak kepochi, xde mood..lagipun proses konsultasi Dr Sri pun tak sampai 10minit kut sorang..aku je yang lebih sikit rasanya. Dr Srinovianti tu orang Malaysia, walaupun nama dia macam Indon, xpun macam India…Melayu, Islam, bertudung labuh, cakap pun polite2, macam mak2 okehhh…. MAsuk je bilik Dr,aku terus cakap masalah aku… then dia ajak aku utk check apa ada dalam hidung aku.. Masa tu, excited + nervous!!! Excited sebab leh tengok sendiri struktur dalam hidung…nervous sbb takut memang ada ulat2 tengah bernyawa dalam hidung aku macam yang dimomokkan dalam video2 pasal resdung ni.. korang pernah tengok kan betapa gelinyaa!

 

Last2.. uiksss bersih gila lubang hidung aku rupanya!!! Hehari berair, kena cuci, mana tak bersihnya kan?? Ok, maksud aku, takde bulu hidung..hahaha… Ok, masuklah camera endoscopy (ke nama dia?) dalam hidung kanan aku.. puaslah Dr jolok..dia tunjuk kt aku, aku tak nampak sangat, kes sebbab masih teruja dpt tengok struktur lubang hidung sendiri..hahaha… Then dia beralih ke lubang kiri. Yang ni lagi bersih! Dia pun PAUSE! Gile weh sakit, sampai menangis aku dibuatnya.. Dia pun terangkan mana struktur asal dan mana satu polyps. Dr Srinovianti kata, Polyps tu lah punca hidung aku berair dan tersumbat selama ni..Selagi dia ada, selama tu lah aku akan rasa menda tu.. DIa pun cakap, ni dah lama ni..sebab jelas nampak besar… Nak ke tengok gambar?? Seb bek aku tak malu mintak snap dekat doktor td.. Nahhh gambar polyps…jangan muntahhssss k

 

polyps dalam hidung

Besar sangat ke polyps aku ni?? Macam tiub gitu kan?

 

Then doktor pun cerita laa sikit pasal polyps ni yang dah membesar dan membahayakan katanya…  Dalam hati aku..janganlah dia suruh aku operate, aku takuttttt!!!! Then dia cakap

Saya akan bagi one course medication dulu, then lepas 2minggu datang balik, kita tengok macam mana, kita continue dgn one course medication lagi…kalau still teruk kena surgery lahhh”

Seram sejuk aku masa tu wehhh!! Aku memang tak berani nak ke spital2 ni.. kalu dengar bab2 operation ni lagiklah aku takutt!! Aku memang tak boleh nak bayangkan aku kena bius, then kena operate (rasa macam mesin yg sedang diperbetulkan), dan lepas tu kena stay hospital, kena berpantang, kena bertahan dgn komplikasi2 yg mungkin berlaku lepas operate, macam2 lagilah!!!

Then doktor ajak set appointment, aku cakap bulan 12 tak dapat, aku cakap bulan 1. Masa cuti sem. Dia pun xdapat nak kata apa dah, dia pun setuju je. Bukan pe, hujung Disember ni aku akan attend final exam.. Aku nak fokus dan berbuat sehabis baik dalam exam ni.. Nak cover musim2 degree yang aku memain dulu…huhuh

 

Ok, then lepas dapatkan senarai ubat, sesambil turun ke pharmacy dan kaunter bayaran, aku story mak aku… Mak aku pun tak setuju untuk aku operate. Sebab kes org2 sekitar kami yang pernah 2, 3 x kuar masuk wad operate sana sini, last2 masih terpaksa kembali ke wad..macam2 tau! Bagi aku, operation tu jalan terakhir..masih lagi banyak cara rawatan lain yang aku belum cuba dan ikhtiarkan… Bomoh tutong tu dan juga cara yang keluarkan lendir melalui hidung tu…

 

IMG_20111109_135010

 

Untuk rawatan resdung kali ni, aku dapat 4 jenis ubat… Ubat centrizine untuk alahan hidung yang sangat mengantuk dan boleh makan sekali sehari jer! Then ubat antibiotik dua jenis kut.. satu kuning, satu putih yang kena makan 2 bijik, dan 3kali sehari. And yang paling penting ubat nasal spray omnaris tu yang nak kena sembur 2x setiap semburan dalam setiap lubang hidung, setiap malam oke…

 

Harga kos rawatan ENT aku di Kuantan Specialist Hospital dengan Dr Srinovianti Noerdin keseluruhan pada hari ini ialah RM243.00.. Dalam bil tulis RM243.05, maybe budak cashier tu tlg topup agaknya..miahahaa…cerah mata tengok adik2 MA kat KSH ni weh!  Harga ubat RM 128.04, Pendaftaran RM5, Consultation RM50 , RM60 lagi untuk Procedure yang buat endsocopy intai lubang idung tu lah…Aku akan makan ubat dengan betul, dan cuba sehabis mungkin dengan kaedah rawatan lain tu supaya aku tak sampai kena operate. Adik aku yang medic USM tu pun cakap, polyps ni ketumbuhan..yg kalo dibiarkan, boleh jadi kanser hidung.. Nauzubillah…Semoga ALLAH memberikan kesihatan yang baik pada ku.. Takut!!!!

 

Korang ada ke rawatan-rawatan lain yang korang rasa aku patut cuba?? Tolonglah bantu eh, aku takuttttt bila dengar OPERATE ni….ngerissssssss…

 

p/s: Dulu arwah abah aku mekanik cakap.. abah pun doktor jugak, doktor mesin..doktor kat spital tu mekanik mesin hidup… Semoga adik aku Erma dapat menjalani semester2 terakhir ni dan menjadi seorang doktor seperti harapan arwah abah… Aminnnnnn

» Read More...

WW : Yang Mana Satu Anda?

Share

Typical-smartphone-users_5d96e7fb44c405a30025117c78e23b01

» Read More...

WW : Buah apa ni?

Share

buah apa

» Read More...

Sinopsis Tentang Dhia TV3

Share

Sinopsis Drama Bersiri Tentang Dhia yang akan menemui penonton Akasia TV3 bermula esok dah ada di sini. Sebelum ni, Dahlia ada berkongsi sedikit sinopsis yang Dahlia ramal dari teaser minggu pertama Tentang Dhia ni. Jom kita ikuti sinopsis penuh dan sebenar Drama Tentang Dhia lakonan Nora Danish, Ady Putra, Ako Mustapha, Izreen  Azminda, Tasha Shilla, Irfan Roslan dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Tentang Dhia

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai.
Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza.

 

dhia azmidhia azmi2

 

 


 

 

Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.


Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan. Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

 

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi  dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tetapi Raffi tidak mahu bertanggungjawab ke atas Melly. Akhirnya, Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan sehinggalah akhirnya mereka ditangkap khalwat.

 

tentang dhia

 

Dhia sangat terkejut dan amat kecewa apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan di antara Dhia dan Azmi sudahpun hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mengambil keputusan untuk teruskan pertunangan itu. Melly masih tidak mahu mengaku kalah dan dia sanggup menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab di atas kandungannya hasil hubungannya dengan Raffi. Akhirnya, Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur. Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (Tasha Shila).

 

dhia zikir
Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia? Adakah masih ada lagi halangan dalam Dhia dan Zikir meneruskan percintaan mereka? Sama-sama kita saksikan Drama Bersiri Tentang Dhia bermula 9 November 2011, di TV3 jam 7-8.00 malam.

» Read More...

Pelajar Malaysia Mati ditetak di Surabaya, Indonesia

Share

Seorang penuntut Malaysia, Adrian Jay Pereira,22 maut selepas ditetak di lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam Malaysia), Adrian Jay Pereira, yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat Surabaya, sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar. Mangsa kemudian meninjau ke luar rumahnya menerusi jendela sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali cuba melarikan motosikalnya. Mangsa menyergah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri sebelum mangsa bertindak mengejar lelaki yang cuba melarikan motosikalnya itu.

 

Bagaimanapun, suspek berkenaan gagal dijejaki menyebabkan mangsa berpatah balik ke kediamannya dan ketika sedang membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak. Seorang rakan serumahnya yang menyedari kejadian terbabit kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kes berkenaan.

 

Takziah buat keluarga mendiang.

» Read More...

Keputusan EGTukar Sesi Januari 2012 | Result Permohonan Pertukaran Guru Secara Online - 10 November 2011

Share

Semakan Keputusan EGTukar guru sesi Januari 2012 – Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah secara Online bagi sesi Januari 2012 boleh mula dijangka dikeluarkan mulai 10 November 2011. So, semua guru yang memohon bolehla mula menyemak keputusan egtukar mereka pada hari Jumaat ni biarpun dalam laman web egtukar nyatakan pada 14 November 2011.

Tarikh semak keputusan Egtukar sesi Jan 2012 : 10 November 2011

egtukar

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012. Perkara ini dijelaskan sendiri dalam website egtukar online seperti di atas. Analisis jumlah permohonan pertukaran guru sesi Januari 2012 bagi sekolah menengah dan sekolah rendah boleh dilihat seperti di bawah : 

 

Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri bagi Menengah Januari 2012

menengah

Bagi permohonan guru keluar negeri bagi sekolah menengah, seperti permohonan egtukar yang lepas, negeri pertama yang tinggi permohonan guru untuk keluar adalah Johor (1969 pemohon), diikuti Sarawak (1369 pemohon), dan seterusnya Selangor (1067 pemohon).

Bagi permohonan masuk pula, negeri yang paling ramai memohon untuk masuk ke negeri tersebut ialah Kelantan (2159), Terengganu (1242) dan juga Selangor (1229). Permohonan guru keluar ataupun masuk di negeri lain tidak menunjukkan angka yang tinggi berbanding negeri-negeri ini.

 

Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri bagi Menengah Januari 2012

rendah

Bagi permohonan guru keluar negeri bagi sekolah rendah, seperti permohonan egtukar yang lepas, negeri pertama yang tinggi permohonan guru untuk keluar adalah Sarawak (2099 pemohon), diikuti Johor (1870 pemohon), Selangor (1504 pemohon), Perak (1101) dan juga Sabar (1049).

Bagi permohonan masuk pula, negeri yang paling ramai guru memohon untuk masuk ke negeri tersebut ialah Kelantan (2352), Selangor (1450), Kedah (1351), dan juga Terengganu (1141). Permohonan guru keluar ataupun masuk di negeri lain tidak menunjukkan angka yang tinggi berbanding negeri-negeri ini.

 

Bila dilihat daripada statistik di atas, berdasarkan bilangan permohonan masuk ke negeri Kelantan lebih tinggi bagi kedua-dua rendah dan menengah, boleh dirumuskan, ramai warga Kelantan yang menjadi guru memandangkan perbezaan keluar masuk yang amat ketara. Bilangan permohonan guru untuk masuk ke Kelantan ni lebih 2000 berbanding permohonan  guru untuk keluar dari Kelantan.

 

Tahun ni, dekat sekolah lama dahlia, 8 permohonan pertukaran telah dibuat oleh guru-guru di sekolah tu yang mana 3 permohonan untuk bertukar masuk ke Kelantan, 1 ke Terengganu, 1 ke Johor, 1 bertukar daerah ke Kuantan, sendiri. Yang lagi 2 dahlia tak ingat sebabnya kali ni tidak terlibat untuk membantu urusan pertukaran guru melalui egtukar ni seperti sebelum-sebelum ni. Sebelum ni, selama 4kali sesi pertukaran, memang Dahlia pembantu utama Pengetua dan GPK dari urusan pemberitahuan, pengemaskinian maklumat guru, membantu guru membuat permohonan, memperingatkan guru untuk hantar sehinggalah ke proses sokongan permohonan pertukaran guru tu.

Egtukar permohonan pertukaran guru sesi Januari 2012 di sekolah hari tu memang agak bermasalah memandangkan perubahan GPK yang baru bertukar masuk bulan Jun, Pengetua pula baru bersara bulan Ogos, dan Dahlia pula bercuti belajar di tengah2 permohonan. So, memang tak dapat membantu GPK, nasib ada kerani kat sekolah tolong membantu. Urusan sokongan permohonan (pengesahan) tu rahsia, tak boleh nak panggil mana-mana cikgu untuk tolong. Bahaya!

 

be patient

 

Apapun, kepada guru-guru Malaysia yang memohon pertukaran sesi Januari 2012 ni, Dahlia ucapkan selamat berjaya! Semoga kalian mendapat keputusan positif mengenai permohonan pertukaran kalian. Yang masih tidak berjaya, jangan putus asa. Rezeki di tangan-Nya. Mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk anda kelak. Be positive k walaupun memang Dahlia sendiri rasa tak mampu menanggung apa yang kalian rasa berada di perantauan tu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan?

 

Bila tengok video pengorbananan guru-guru di pedalaman, memang menitis air mata Dahlia. Rasa bersyukur sangat Allah tempatkan Dahlia di mana Dahlia berada sekarang yang mana kadang2 Dahlia sendiri pun pernah merungut (sedar diri). Ni pun baru lepas chat dgn kawan guru di Bintulu. 5 tahun dah dia kat sana. Masih belum ada rezeki untuk pindah. Tu pun katanya dah berbelah bagi sebab dia dah cinta dengan Bintulu. Kata dia “tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menabur bakti” :D

» Read More...

Cikgu-cikgu Malaysia, Mohon Tolong Jawab Soal Selidik ini…

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Nak minta jasa baik rakan-rakan blogger dan readers yang bergelar guru sekalian untuk menjawab soal selidik secara online bagi Kajian Faktor Penggunaan Komputer di Kalangan Guru pada link di bawah ni.

 

[ http://goo.gl/rwKRX ] (klik link biru)

Tarikh tutup Survey : 9 November 2011

 

Saya berbesar hati sekiranya cikgu2 boleh passing link survey tu rakan-rakan guru yang lain. Semua maklumat yang diperoleh melalui soal selidik akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan untuk kajian ini sahaja.

Semoga maklumat yang diperoleh akan membantu pembuat dasar, pihak universiti, institut pendidikan guru dan bahagian latihan guru dalam merangka dan melaksanakan program pembudayaan ICT di kalangan guru dengan lebih berkesan.

 

Terima Kasih.

» Read More...

Kemalangan Ngeri Jalan Kuantan-Pekan 7 November 2011

Share

Terkejut dengan dua berita kemalangan yang aku dapat dari Facebook petang tadi.

1. Student sekolah aku meninggal

Dalam musim raya haji ni, sekolah aku kehilangan seorang lagi pelajar tingkatan empat tengah malam tadi. Mangsa maut apabila motosikalnya terbabas di Kilometer 6 Jalan Pekan-Kuantan dekat Pekan pada jam 1 pagi tadi. Motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan melanggar pasu bunga Majlis Daerah Pekan.

Innalilahi wa innailaihi rajiun. Al fatihah buat Allahyarham Mohd Hannafi Zahari. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

Untuk pengetahuan semua, ni kali kedua dalam tahun ni pelajar sekolah aku  meninggal dalam kemalangan. Yang hari tu, pelajar yang aku pernah mengajar sendiri. Post : Al Fatihah untuk pelajarku.

 

2. Kereta terbabas di Jalan Kuantan-Pekan : mangsa putus kepala!

kemalangan

Picture ni fresh taken by my fren Hafidz, Aku rembat dari FB Hafidz.  TQ Fren :P Perasan x ada gambar lelaki dan perempuan di atas jalan?

 

Kemalangan ni berlaku dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan-Pekan area selekoh maut. Menurut kawan aku tu, kemalangan ni baru lagi berlaku masa dia lalu jalan tu lepas Zohor tadi. 2 mangsa maut di tempat kejadian yang mana salah seorang daripadanya putus kepala dan 4 lagi cedera parah. Ngeri sangat keadaan mangsa! Sampai dia pun tak berani nak ambil gambar. Kereta ni dari Kuantan dan pemiliknya mungkin seorang tokey Printing Company kat Kuantan ni. Semasa kemalangan, anak dia yang memandu kereta ni. Al fatihah buat keluarga mangsa kemalangan ni. Semoga roh mereka yang maut ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminnn.

 

Bila dengar berita ada kereta terbabas kat jalan yang hari2 aku lalu sebelum ni, automatik aku teringat kisah hitam aku dulu yang pernah melalui jalan yang sama dan pernah aku kongsi dalam post sebelum ini:

Memori 9.12.2010 : Allah still loves me

Tragedi 9 Dec 2010 : My Minor Injuries

Tragedi 9 Dec 2010 : The Car

Ada kawan cakap, jalan Kuantan-Pekan ni memang keras sebab ada pemujaan busut diadakan di kawasan area Kg Semangat tu. Wallahualam.

 

Hari ni trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya sebab warga kota dah pun pulang ke kota. Semoga semua sampai dengan selamat termasuklah adikku yang baru je bertolak balik ke Pasir Gudang tu. Aminnn.Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan kita. InsyaALLAH.

» Read More...

Gambar Kemalangan Paling Ngeri dan Terburuk di UK - 51 buah kenderaan …macam Final Destination!

Share

Baru je check backlink, dan terkejut bila terbaca berita tentang kemalangan besar-besaran yang berlaku di jalan raya M5 berdekatan Taunton, Somerset, United Kingdom pada hari Jumaat kelmarin.

Jumlah kenderaan yang terlibat adalah hampir 52 buah dan yang lebih sadis, apabila mangsa terperangkap dalam kebakaran tanpa dapat dibantu. Tak dapat aku bayangkan, bila kita menunggu ajal kita sendiri macam tu je. Memang sadis! Teringat kemalangan ngeri 10.10.10 yang berlaku di negara kita tahun lepas.

 

Jom kita tengok gambar2 kemalangan yang aku boleh tafsirkan macam Final Destination!

uk1

Api sedang marak dan memusnahkan kenderaan yang terlibat.

 

uk8

Keadaan tempat kemalangan dengan kenderaan kelihatan hangus terbakar.

 

uk5

Kawasan kemalangan dari pemandangan udara.

 

uk10

uk9

 

 

 

Sumber asal berita ni diambil dari : http://forum.lowyat.net/topic/2097280/+0&

 

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal kemalangan ni, sila ke laman beriikut:

Kemalangan ngeri  10.10.10  Simpang Ampat yang berlaku di Malaysia :

1. Kemalangan Tragedi Oktober 10.10.10

2. Gambar-gambar Tragis Kemalangan 10.10.10

3. Video Kemalangan 10.10.10

 

Mudah-mudahan kita tidak lagi ditimpa bencana yang dasyhat sebegini. Amin.

» Read More...

Salam Aidiladha 2011

Share

Assalamualaikum WBT

3089586122_c9b55711ee_thumb[3]

 

Dah 10 Zulhijjah hari ni. Dan alhamdulillah, dahlia masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha ni bersama seluruh ahli keluarga tahun ni. Adik-adik semua boleh bercuti.

 

Yang last sampai pun adik bongsu sebab terperangkap dalam kesesakan teruk semalam, laluan Gombak-Bentong macam Yanmie. Kak Yan cakap 2jam dia terperangkap. Adik pulak cakap driving dengan 20km/j. Maklumlah, ramai orang Kelantan, Terengganu bekerja di ibu negara, tu yang trafik meningkat berganda2! Raya korban ni kalau kat belah Kelantan tu memang lebih meriah dari Raya Puasa.

 

Macam Dahlia sendiri, tahun ni just beraya di hometown sendiri, Kuantan. Nak balik kampung pun, hari isnin masing2 dah balik tempat masing2. Dan faham2lah, time gini, nanti sampai  Jerteh nak ke KB, sah2 akan jammed! Hari tu pun, yang biasa xsampai 1jam, boleh jadi 3jam nak sampai KB!

 

Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi rezeki dan peluang untuk Dahlia menjalankan ibadah sembelihan korban. Esok lepas solat sunat hari raya, lepas g lawat kubur arwah abah, kena lah hadir berniat korban esok. Teringat memori Aidiladha tahun lepas, mama, Dahlia dgn Ninin tengok sembelihan sbb mama yang korban. Video tahun lepas pun ada dalam post ni:

Aktiviti DJ di Hari Raya Idul Adha 2010 

 

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog Dahlia.

Maaf andai ada mengguris hati kalian dengan tulisan di sini.. Khilaf Dahlia sendiri.

Kena tido awal malam ni, esok nak bangun pergi solat sunat kat Masjid Kg Pandan. Kalau lambat, sah2 kena sembahyang atas tangga macam Aidilfitri lepas. :D  Nite!

» Read More...

Ibadah Sembelihan Korban

Share

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail (klik), kita umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk menjalankan ibadah korban.

 

korban

Definisi ibadah korban:


Menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada Hari Raya Korban (10 zulhijjah) atau pada hari-hari Tasyrik (11-13 zulhijjah) dengan tujuan beribadah kepada Allah swt. Binatang ternakan (al-an’am) bermaksud binatang yang halal dimakan, berkaki empat yang biasanya dipelihara oleh manusia sama ada; secara ladang untuk tujuan komersial ataupun secara kecil-kecilan seperti memelihara sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang.

Binatang al-an’am adalah seperti kambing, biri-biri, kibash, lembu, kerbau atau unta. Binatang peliharaan lain seperti ayam atau itik adalah tidak memenuhi syarat berkaki empat, manakala kuda pula walaupun ia halal dimakan, tetapi ia bukan terdiri (pada kebiasaan) daripada jenis binatang peliharaan untuk tujuan penyembelihan (untuk dimakan) tetapi untuk tujuan lain seperti kenderaan atau perhiasan.

 

 

Dalil pensyariatan korban:korban2Firman Allah (surah al-Kauthar:2) bermaksud “Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah (korban)”

 

Hukum melakukan korban:

Hukum korban terbahagi kepada tiga; melihat kepada situasi orang yang akan melakukan ibadah korban berkenaan;

  1. Sunat muakkad (yang digalakkan)
    Iaitu bagi orang yang berkemampuan; iaitu apabila seseorang memiliki harta yang melebihi perbelanjaan diri dan tanggungannya pada hari raya korban.
  2. Wajib – Iaitu bagi mereka yang bernazar (berazam dengan niat).

Syarat sah melakukan korban:

  1. Orang Islam
  2. Baligh, tidak sah bagi kanak-kanak
  3. Bermukim, tidak sah bagi orang dalam musafir
  4. Berakal, tidak sah bagi orang gila
  5. Merdeka, tidak sah bagi hamba
  6. Berkemampuan, tidak sah bagi orang miskin yang memerlukan

Syarat sah binatang korban:

  1. Mengorbankan binatang ternakan (al-an’am) seperti kambing, biri-biri, kibash, lembu atau unta
  2. Tidak terdapat sebarang kecacatan zahir
  3. Binatang cukup umur
  4. Niat sembelih korban kerana Allah
  5. Melakukan sembelihan pada waktunya (hari raya atau hari-hari tasyrik); masuk waktunya selepas solat sunat hariraya dan berakhir sebelum terbenam matahari 13 zulhijjah.
  6. Disembelih oleh orang Islam atau ahli kitab
  7. Memenuhi syarat sah sembelihan yang lain

Had cukup umur binatang korban

 

  1. Biri-biri/kibash – Satu tahun lebih
  2. Kambing – Dua tahun atau lebih
  3. Lembu/kerbau – Dua tahun atau lebih
  4. Unta – Lima tahun atau lebih

Jenis dan bahagian binatang korban

  • Kambing, biri-biri dan kibash – 1 bahagian sahaja
  • Lembu, kerbau dan unta – boleh dibahagi kepada 7 bahagian (maksudnya 7 orang boleh berkongsi untuk korban seekor lembu)

Sunat ketika sembelihan korban

  1. Melaungkan takbir
  2. Menyembelih sendiri bagi lelaki
  3. Memilih binatang yang gemuk
  4. Melihat sembelihan dilakukan
  5. Sama seperti sunat sembelihan yang lain iaitu menggunakan alat sembelihan yang tajam dan menyembelih dalam keadaan mengadap kiblat

Cara pengurusan hasil korban


(Iaitu cara membahagikan daging, tulang dan apa-apa yang halal dimakan dari sembelihan korban)

  • 1/3 daging disedekahkan oleh orang berkorban kepada fakir dan miskin dalam keadaan mentah
  • 1/3 daging dimasak oleh orang berkorban untuk jamuan
  • 1/3 daging dihadiakan oleh orang berkorban kepada sanak saudara, rakan-rakan, jiran dan sahabat handai mereka.
    Walaubagaimanapn, orang yang berkorban nazar tidak boleh (haram) mengambil atau memakan daging korbannya. Begitu juga daging korban yang mentah tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam.

Hikmah korban

  1. Memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang taat melaksanakan perintah Allah supaya menyembelihkan anaknya, Nabi Ismail a.s, yang kemdiannya ditukar oleh Allah dengan seekor binatang sembelihan iaitu kibash
  2. Membantu orang fakir atau miskin menikmati daging korban pada hari kebesaran dalam Islam.
  3. Mendidik jiwa supaya suka berkorban untuk kepentingan agama. (fisabilillah)
  4. Memberi keinsafan dan menambahkan ketakwaan kepada Allah swt
  5. Menjalin dan merapatkan lagi tali silaturrahim sesama Islam
  6. Menunjukkan kesyukuran ke atas segala nikmat pemberian Allah swt
  7. Memupuk sifat ikhlas beribadat semata-mata kepada Allah swt
  8. Mendedahkan diri, keluarga dengan amalan-amalan anjuran Islam
Semoga dapat dijadikan panduan untuk kita semua apabila terpanggil untuk melakukan ibadah korban ini. InsyaALLAH. Post ini asalnya dari IbnRajab Online.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais