Assalamualaikum… Morning uolssss!!!
Hari ni 18 November 2011. Apa yang ada pada hari ni? Bermakna sangatkah tarikh ni?
Kalau ikut perkiraan guna kalkulator ataupun sempoa sekalipun, tarikh ni, aku tetap berumur 30 tahun ni, dah tak boleh nak bagi reverse balik hatta sikit pun. Uhuks, sedey plak rasanya dah masuk three series ni.. Dah kena berfikir lebih matured, tak boleh nak berlagak muda remaja macam zaman 20an dah kan… Bukan selama ni aku memang mature ke??

Happy Birthday to Feeqa and me!
Actually, tahun 2011 ni Ulangtahun Kelahiran yang special sikit bagi aku sebab berkongsi besday ni dengan anak buah aku, Feeqa yang berumur 1 tahun pada 18 November 2011. Banyak persamaan kami berdua.. Dedua anak kedua, lahir 18 November, aku lahir Maghrib, dia lahir Isyak. And we both have asthma. Lol! Baru aku rasa macam mana mama abah jaga aku kecik2 masa aku sakit kecik2 dulu.. Arwah abah sokmo cakap, aku suka menangis, merengek masa kecik dulu.. Sama lah Feeqa yang sangat manja dan buas nih! Hmm rindunya kat abahhh…
Hadiah birthday? Alhamdulillah, my bros bagi Handbag Sembonia. Walaupun aku mengidam sebuah Ipad2 sebagai hadiah besday tahun ni.. Amboih, ko ingat adik2 ko tu keja cop duit sampai mintak Ipad bagai?! Ahaks.. Tadi pun mama cakap, boleh mama belikan, tapi bak duit… Erm, nantilah, dapat duit elaun, aku belilah Ipad2 hadiah untuk diri sendiri kan… Kes terikut dengan kawan aku Cikgu Jaja yang memang tiap tahun belikan hadiah untuk diri sendiri dah nampaknya aku ni….Nak buat camno, takde kekasih atau suami nak belikan hadiah kannnnn….

Ni lah ghope henbeg Sembonia tajaan adik2 lelaki aku dibantu oleh mak aku…patutla cam taknak bagi aku ikut diorang gi berjimba hari tu..Ada muslihat tersembunyi rupanya.. Ni kira henbeg paling mahal aku pernah pakai sejak aku hiduplah! Stendet aku pakai yang bawah RM150 lepas less … yang ni lebih RM200, seram sejuk lak aku nak pakai, tapi dah kena paksa pakai, amek hati pemberi lah kan…Terima kasih laaa kepada family aku untuk hadiah handbag baru yang besar ni.. Leh aku masukkan segala harta karun!!!

Ni Cik Feeqa dengan hadiah2 yang dia dapat dari kami.. Happy sungguh dia bila nampak hadiah keliling dia! Sangat tak sesuai kan.. Yang muda dapat banyak, yang tak berapa muda macam aku dapat satu jerrk… di mana keadilannya?… Lusa, mesti Feeqa dapat banyak lagi sebab lusa ni ada parti besday dia kat umah Opah dia kat KL nun…
Maxis bagi Free Calls Maxis to Maxis sepanjang hari ni untuk Birthday Girl Woman, tapi apa nak buek.. mana mampu den nak bergayut 24 jam.. 8.30pagi ni dah nak bertolak ke Tanjung Malim..besday dalam kete jer lah..then sesampai je, siapkan slide untuk presentation petang ni, then kelas petang sampai malam.. Takdo maknonya lah nak bergayut!!! Bila lah Maxis ni nak pemurah lagi, bagi seminggu macam Selkom?
Dah pegang angka 3 depan ni, baru rasa betapa tuanya diri ini, tulang2 pun dah nak mereput bila umur 30 ni kalo ikut kata iklan Anlene yang perempuan jalan dengan penuh confident tu lah.. Tapi, aku tak plak rasa mereput pun tulang aku ni..Nanti agak2 nak reput, pepandai lah aku minum susu non stop.. Ahaks.. Eh, yang kelmarin rasa penat2 sengal di tulang belakang tu sebab umur dah 30 dah ke ek? Lagi mahu elak minum susu… Saya tak suka minum susu sebab ianya bewarna putih!

Beshnya kalau dapat makan kek Baskin Robbin hari niii kan??
Tapi, betul ke umur 30 aku ni? Ilmu pun belum penuh di dada ni weh.. apatah lagi amal ibadat aku… Sebab tu masih ada yang Allah belum bagi pada aku sehingga umur aku ni kut..Cer koranggg tekaaaaaaaa!!!!!
Jodoh la! Kursus kawen dah 2 kali aku pergi, tapi kahwinnya, sekali pun belum! Apa kes! Takpa, aku tahu Allah nak beri aku yang terbaik kan?? Dia lebih mengetahui bila aku memerlukannya. Ada hikmahnya kenapa aku belum berdua lagi.. Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat hambanya..Aku dah cukup bersyukur dengan segalanya yang aku ada, aku masih ada keluarga, masih diberi kesihatan yang baik, ada kerjaya, cukup pakai, cukup makan, rezeki dimurahkan dsb. Alhamdulillah ya Allah…. Mungkin nak kena jejak Jabal Rahmah, berdoa kat sana baru dipermudahkan jodoh?? Hmmmm….

Anyway, last but not least, Terima Kasih kepada semua yang sudi memberi dan mengirimkan ucapan Selamat Hari Ulangtahun kepadaku di Facebook, SMS, emel. Tak sangka ramai gak yang sudi wish..Terasa diri ini disayangi.. Ahaks… Semoga ucapan kalian untuk diriku diperkenankan oleh Allah…Aminnnn :D
Doa Hari Lahir
p/s: 111111 hari tu lagi dah ada orang wish birthday.. rupa2nya Kak Yan (kerani sekolah aku)…tq Kak Yan!!
» Read More...