BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Kudaku Lari Gagah Berani ~~~

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera..

 

Dua hari tak update blog, tak tengok blog, tak bukak FB.. maklumlah, memang langsung tak bawak laptop. Lagipun, dekat smartphone memang daku tak on 3G.. Almaklumlah.. kedekut nak save! Dahlia memang guna prepaid jerk~~

 

 

Dua hari tak beronline sebabnya Dahlia pergi holidays, jauh dari kesibukan kota…ceh, bila masa lak Tanjung Malim ni jadi kota yang sibuk entah? Ahaks..

 

cikgudahlia

Lama dah tak tayang muka kat blog sendiri… any idea where am i??

 

Actually 2 hari ni, Dahlia holidays 2D1N dengan member seKPLI dulu yang dah 5 tahun tak jumpa! Very excited and enjoyable!! Tu baru 5 tahun, yang dah xjumpa berbelas tahun, mesti lagi excited, kan?? Mana kami pergi? Biarlah rahsia dulu.. Siapa yang dah tengok kat FB Dahlia tu, tahulah mana tujuan kami.. :D Nanti I share pasal pengalaman bercuti di situ okes… percutian budget ala2 adventurous gitu!!

 

 

Balik-balik tadi, terus terkam laptop, rindu nak tengok rutin seharian.. Erk apa dia rutin seharian aku? Hahaha… Check comments dan juga statistics blog dan juga check earning Innity lah!!.. memang itu dah jadi rutin! Untuk yang tatau, earning Innity ni update hehari, especially after 3.30 pm, dah boleh check earning tuuu…

 

 

Actually, budget2, xde sapa lah nak masuk blog aku.. cikonon :P biasanya memang 5k UV per day tu boleh lah blog ni dapat.. then hari ni check? Teruja gilossss beb!!!! Korang usha sendiri Statistics by Blogger.

 

statistik

Actually, sekarang ni dah jarang blog Dahlia ni dapat PV sampai 20k macam ni! Hari ni dan semaalam memang pecah rekod yang lama lah! So, UV berapa? Alhamdulillah, dah check kat Google Analytics tadi, more than 12k … hehe… Kalau gini, kena pergi bercuti sokmo lah nampaknya kan?? Ahaks…

 

 

One more yang buat daku teruja… dah lama tak dapat daily income macam ni sebenarnya..

innity

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.. InsyaALLAH, makin banyak kita bagi orang, makin banyak Allah bagi kan??? Hopefully nilai earning tu terus consistent untuk 5 hari yang terakhir ni.. Boleh la merasa 4 angka lagi bulan niii.. Aminnnnnn….

 

 

Owh ya… nak tahu rahsia? Kuasa SEO! I’m not very sure.. sebab tengok keywords pun macam biasa jer.. tapi, i rasa, sebab SEO jer ni.. Kebetulan kena dengan apa yang orang tengah cari sekarang.. Kiranya keywords tu tengah hot lah!! Apa dia?? Hmmmm kena bagitau ke?? Cari sendiri eh!! Ramai dah rasanya yang share cara nak cari hot keyword :)

» Read More...

Kajian Tinjauan : Soal Selidik dan Temubual

Share

survey-form

Apakah kajian tinjauan?

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial.

Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi.

 


Ciri-ciri kajian tinjauan:

  • kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,
  • kutipan data yang cepat,
  • penggunaan saiz sampel yang besar,
  • maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan
  • dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian
  • (Chua, 2006)

    Cara pemilihan sampel:
    - pensampelan rawak mudah(simple random sampling),
    - pensampelan berstrata (stratified sampling),
    - pensampelan sistematik (systematic sampling) dan
    - pensampelan kelompok (cluster sampling).

    Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000).

    Cara buat kajian tinjauan?
    menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon.
        Soal Selidik
        Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.
        Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.
            Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:
            - sesuai dengan kesediaan responden,
            - format instrumen yang sistematik,
            - arahan yang jelas,
            - surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian
            - ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan

            (Chua, 2006).

            Panduan membentuk item-item soal selidik
            - penggunaan bahasa yang mudah,
            - selaras dengan responden,
            - elakkan soalan yang sukar,
            - soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,
            - elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang,
            - elakkan soalan yang kabur,
            - elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
            - elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif

            (Merican, 2006).

            Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)
                interview
                Temubual
                - temu bual berstruktur,
                - temu bual semi struktur,
                - temu bual tidak berstruktur.
                Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000)

                Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat.
                    Aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual
                    - menentukan jenis temu bual dalam kajian;
                    - rancangan temu bual;
                    - stail, kandungan dan susunan soalan temu bual;
                    - ciri-ciri soalan temu bual yang baik;
                    - aras bahasa dalam temu bual;
                    - penyusunan soalan temu bual dan
                    - tempoh sesi temu bual (Chua, 2006).
                      Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
                          Kaedah temu bual
                          - temu bual bersemuka,
                          - temu bual tidak bersemuka dan
                          - temu bual bantuan komputer.
                            10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik
                            - tidak mulakan sesi temu bual yang dingin,
                            - sentiasa sedar tentang tujuan temu bual,
                            - soalan ditanya secara semula jadi,
                            - soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat,
                            - berwatak sebagai pendengar yang baik,
                            - pakaian dan penampilan yang sesuai,
                            - tempat yang selesa,
                            - menghormati responden,
                            - berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan ,dan
                            - menghargai responden.

                          » Read More...

                          Jenis-Jenis Ujian

                          Share

                          Ujian Formatif

                          Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

                          Ujian Sumatif
                          Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


                          Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

                          Ujian Formatif
                          Ujian Sumatif

                          Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran
                          • Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya)
                          • Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatu kemahiran)
                          • Dilaksanakan secara berterusan.
                          • Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
                          • Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
                          • Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
                          • Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)

                          Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemua kemahiran)
                          • Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
                          • Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid)
                          • Dijalankan untuk proses pensijilan
                          • Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya


                          Ujian Pencapaian

                          Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

                          Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.

                          Ujian Kecerdasan

                          Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.

                          Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.

                          Ujian Prestasi

                          Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.

                          Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.

                          Ujian Diagnostik

                          Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.

                          Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.

                          Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.

                          Ujian Kecekapan

                          Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.

                          Ujian Bakat

                          Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.

                          Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.

                          Ujian Personaliti

                          Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.

                           

                          Ujian Aptitude

                          Ujian Aptitud merupakan sejenis ujian psikometrik yang dilaksanakan untuk mengenali potensi diri murid dari sudut kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, tahap minat serta kecenderungan murid. Ujian ini mampu meramal kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka.

                           

                          Ujian Afektif (Perasaaan)

                          a.Penerimaan- menerima sesuatu yg diajar eg. pilih , namakan.

                          b.Gerakbalas- Bertindakbalas apa yg diajar. eg. laporkan, cadangkan.

                          c.Penilaian-Menilai sesuatu t/laku s/ada memilih , menerima atau memegang teguh. eg. Pelajaran ttg Kebersihan

                          d.Organisasi- menerima dan menyusun nilai pelajaran eg. peraturan sekolah- ikut

                          e.Perwatakan- mematuhi nilai serta mengamalkan nilai itu – buat keputusan sendiri

                          » Read More...

                          Berdebar…Hari ni Paper Addmaths SPM 2011

                          Share

                          addmaths

                           

                           

                          Standard, student nak peksa, sebagai cikgu, aku sendiri pun berdebar..

                          Tapi mungkin debaran pelajar2 ku ini lebih hebat…

                           

                          My students dearie….

                          Pei She, Amaani, Tay, Azie, Afdhal, Husam, Angie, Irma, Sahidah, Ain Izzati, Shafiqa, Sakinah, Kd, Fatihaf, Atika, Jamila, Low, Nasrul, Syairah, Izni, Hidayah

                          Selamat Menjawab

                          Kertas Peperiksaan Matematik Tambahan 1 dan 2 SPM 2011

                          pada hari ini, 23 November 2011…

                           

                          Semoga kalian semua mampu menjawab setiap soalan dengan tenang dan jawapan yang diberikan memuaskan kehendak soalan…

                          Semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang kelak. Aminnnnnn

                          Teacher doakan kalian dari jauh jer lah ya :D  I know uols can do it!!

                           

                          p/s: I left them 2 months before SPM.. Of course I’m quite worried actually…

                          » Read More...

                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                          ♥ Search This Blog ♥

                          Loading...

                          ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

                          ♥ Post Terkini Dahlia ♥

                          ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

                          Make your own

                          ♥ Tweet tweetttt... ♥

                          ♥ Super Very Important Followers! ♥

                          Related Posts with Thumbnails

                          Menarik!!!

                           Banner
                          Blogged.my

                          ♥ Arkib Blog ♥

                          DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais