BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Penyelidikan Kaedah Kualitatif

Share

A type of educational research in which the researcher relies on the views of participants, asks broad, general questions, collects data consisting largely of words (or text) from participants, describes and analyses these words for themes, and conducts the inquiry in a subjective, biased manner.

(Cresswell, 2008)

 

Qualitative research is the collection, analysis, and interpretation of comprehensive narrative data in order to gain insights into a particular phenomenon of interest.

(Gay, Mills, Airasian, 2006)

 

Qualitative-Research-design.jpg

Kajian kualitatif menyokong kefahaman yang mendalam, menyeluruh berkaitan sesuatu fenomena. Kajian kualitatif menyediakan kefahaman mendalam mengenai kompleksiti yang selalu berlaku dan menyediakan pengetahuan yang konkrit dan mendalam bagi memahami sesuatu fenomena. Kajian kualitatif juga menyediakan kefahaman dalaman berkaitan makna setempat berkaitan aktiviti dan amalan peserta di samping menghasilkan perbandingan kefahaman mengenai fenomena yang dialami oleh pelbagai peserta dalam persekitaran yang berbeza.

 

Jenis-jenis kajian kualitatif:

(a) Kajian kes : kajian berkenaan usaha untuk memahami individu atau entiti tertentu

(b) Etnografi : Usaha untuk menerang dan menganalisis semua atau sebahagian daripada budaya sesuatu komuniti dengan mengenalpasti dan menerangkan amalan dan kepercayaan peserta

(c) Ethology : Kajian membanding antara beberapa budaya.

(d) Interaksi simbolik : Usaha untuk mencari kefahaman lazim yang dapat meenyebabkan interaksi antara peserta.

(e) Kajian tindakan : Usaha untuk mencari penyelesaian atau menambahbaik masalah praktikal dalam persekitaran masalah itu berlaku.

(f) Kajian sejarah : Mengenalpasti sesuatu fenomena berpandukan analisis dokumen, relik dan temubual.

 

 

Ciri-ciri kajian kualitatif:

¤Penyelidik melibatkan diri dalam persekitaran yang dikaji

¤Data membayangkan perspektif peserta

¤Sumber data adalah dunia sebenar atau konteks asli

¤Lazimnya data berbentuk naratif

¤Penyelidik memberikan fokus kepada interaksi personal dengan peserta.

¤Penyelidik mengelak – daripada memberikan andaian atau keputusan awal berkenaan kajian

¤Data dianalisis secara induktif

¤Kaedah menyediakan kejelasan, maklumat lengkap membayangkan suara refleksi peserta.

 

Kesahan Kajian :

Darjah pengumpulan data kualitatif yang mengukur apa yang sedang dikaji. Terdiri daripada dua komponen

(i) Keyakinan – Credibility, Transferability, Dependability, Confirmability

(ii) Kefahaman - Descriptive validity, Interpretive validity, Theoretical validity, Evaluative validity

 

Kebolehpercayaan Kajian :

Consistent – pengukuran data melampaui masa dan Kebolehpercayaan pandangan kualitatif termasuk kebolehpercayaan teknik yang digunakan mengumpul data.

Kebolehpercayaan diperlukan, tetapi kesahan lebih utama

» Read More...

Percutian Bajet ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Share

Korang pernah pergi Bukit Tinggi? Bukit Tinggi ni terletak kat Negeri Pahang. Kiranya salah satu tempat menarik selain daripada Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill, Taman Negara, Pulau Tioman yang ada kat Negeri Pahang ni. Bangga aku jadi orang Pahang, walaupun bukan anak jati Pahang. Tapi.. antara semua tempat yang aku sebut tu, Taman Negara je aku pernah pergi masa Form 3 dulu.. then last week pergi Bukit Tinggi tu. Kesian x? Genting pun xpernah sampai! Nilah orang penakut!

Ok, cerita pasal Percutian Bajet ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ni, citer basi dah sebenarnya. Cerita minggu lepas, tapi tak kiralah, aku share jugak di sini untuk sesiapa yang belum pernah jejak, dan ada hati nak jejak Bukit Tinggi tu kan.. Kalau sebut Bukit Tinggi, mesti terbayangkan Bukit yang tinggi, dan ada bangunan ala Perancis kan?

 

DSCN0495

selepas 5 tahun baru jumpa… huhuh

 

Aku ke Bukit Tinggi last week, dengan kawan seKPLI aku 5 tahun lepas. Yup, dah 5 tahun kami tak jumpa.. Kiranya ni reunion lah! Nasib jadi jugak perjumpaan kami ni. Selepas sesi perbincangan di Facebook, aku terpilih untuk jadi driver.. Ahaks.. Actually aku sangat penakut nak drive tinggi2..tapi dah takde pilihan since Haza (kiri) kete kat Miri, Ja (tengah) , brek kete dia lak bunyi.. So at last, jadilah daku driver of the day.. Berdebar jugaklah nak naik atas tu! Nasib jalan dia ok, dan tak terlalu curam.. So at last, sampailah kami ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi dengan berbantukan Papago!

 

Bukit Tinggi ni dekat highway Karak tu je.. Kalau dari KL, lepas Plaza Tol Gombak, bayar RM5.. drive terus menghala Kuantan, lepas terowong, lepas pada Kawasan Rehat Genting Sempah, drive ke depan lagi, dah nampak signboard Bukit Tinggi, susur ke kiri dan follow je lah sampai ke atas (Colmar Tropicale). Difahamkan sebelum ni, Bukit Tinggi ni dinamakan Berjaya Hills sebab Berjaya Group yang uruskan BUkit Tinggi sebelum ni. Bukit Tinggi ni dimiliki oleh Vincent Tan oke!

 

DSCN0587

Belakang tu Colmar Tropicale okee!!!

 

Keluasan Bukit Tinggi ni adalah 16,000 ekar dan terletak pada aras 2700 kaki dari aras laut. Walaupun terletak tinggi, trust me, tak rasa sejuk pun! Nak kata dingin pun tak berapa.. Biasa-biasa je bagi aku.. Panas pun ada jugak lah! Owh ya, nak boleh naik sampai ke puncak ni, akan lalu post guard, dan kena bayar RM12 (dewasa), RM8 (kanak2) sebagai yuran masuk. Kalau menginap di Colmar Tropicale, bayaran ni korang boleh refund.. Worth ke bayaran masuk tu dengan aktiviti korang??

 

PB230730

Isi dalam Colmar Tropicale, yang sokmo korang nampak orang tangkap gambar!

Kat atas ni bahagian dalam Colmar Tropicale. Yang tengah dan tinggi tu pintu masuk.. Kiri kanan ialah bilik penginapan (hotel). Kat bawah2 tu ada tempat makan. Kalau rasa nak bajet macam kami, better sebelum naik Bukit Tinggi, sila makan kekenyang dulu. Kat atas ni makanan sangat mahal oke! Even drinking water yang korang boleh beli less than RM1, kat atas ni RM3 beb!  Tapi terpaksa gak aku beli sebab dehidrasi selepas banyak sangat berposing…Owh ya, kat atas ni makanan ala2 omputehs..takde fast food macam Mc D, KFC, dsb. Kalau tekak jenis makan belacan macam aku, aku rela tak makan.. :D

 

DSCN0525

Nak jugak bergambar bawah jam tak berfungsi!

 

Selepas parking di basement (bawah pada Colmar Tropicale) ni, kitorang direct ke lobby sebab planning memang nak stay a night, alang2 dah datang, bukannya selalu pun kan.. Budget2 dalam RM200+, kongsi 3 orang, boleh laa.. feeling2 ala Peranchis kan.. sebab malu dan segan nak bertanya, kami melilau dulu cari brochure, price list, tapi langsung takde. Bila tanya sorang budak kat situ, dia cakap, memang tak disediakan brochure sebab kadar berubah2 ikut hari.. So, aku pun direct tanya kaunter.. 300++ kau! So sesambil nak berfikir nak ambil bilik atau tidak, kitorang pun menjalankan aktiviti wajib, posing sana sini lah dulu.. Dan melawat sekitar Bukit Tinggi ni. Masa ni memang dah 75% nak stay kat Colmar Tropicale ni lah!

 

Actually, ada lagi tempat lain yang aku google untuk stay kat Bukit Tinggi, contohnya Nora Lodge.. chalet, tapi bila suggest kat kawan aku, dia tengok mcm seram.. Then bila aku google dengan lebih lanjut, toilet lak kat luar, terus tak jadi! Walaupun nampak view sangat cantik! Tak rela ai kang perut wat hal tengah malam, sapa nak tolong???

 

IMG_20111123_160250

Lori Shuttle…

Untuk melawat sekitar Bukit Tinggi ni, korang boleh pilih sama ada nak drive sendiri, ataupun menggunakan perkhidmatan Free Shuttle yang bergerak hanya sejam sekali. Jadual perjalanan shuttle disediakan! Setiap shuttle hanya akan pergi ke satu destinasi sahaja. So jangan harap korang boleh stop2 nak lompat pergi destinasi2 lain.. Shuttle ni memang open air, tapi kalau untuk VIP ada tutup kiri dan kanan. Yang kami naik ni, memang xde tutup.. Grip kuat2 kalau takut macam aku. Kalau berani drive tinggi2, boleh bawak kereta sendiri je. Tak perlu nak jadi penunggu macam kami.. :D

Selain bangunan ala2 Peranchis kat Colmar Tropicale dan Le Chaveliar Kat Bukit Tinggi ni, korang boleh melawat ke Organic Farm, Animal Farm, Golf Resort, dan semestinya Japanese Village! Kitorang hanya ke dua tempat je.. Kononnya nak bermesra dengan arnab, so lepas berposing2, naik shuttle, ke Animal Farm.

 

IMG_20111123_131144

Reban ke Farm??

 

Nak masuk Animal Farm ni, kena bayar pulak tau.. RM3 dewasa, RM2 kanak2.. Memandangkan aku bukanlah pencinta haiwan sejati, aku dan rakan2 tak masuk pun. Tengok pulak, macam reban jer, so not worth laa rasanya nak masuk! So, kami pun duk melepak menunggu Shuttle kat bus stop selama sejam! Yang lagi best, kami ada cuba bertanya dengan pekerja2 situ.. Masalah bahasa sungguh!!! Geng2 Pangako Sa Yo yang banyak kerja atas Bukit Tinggi ni rupanya!

 

DSCN0574

Le Chevalier.. macam gereja lak rasanya bila nampak lukisan2 dalam ni..

 

Sesambil tunggu Shuttle, datang family yang naik ngan kami sekali tadi.. Bual punya bual, dia check in kat Colmar hari sebelumnya. Dia dapat rate RM200++ jer.. Tempah online kat AGODA katanya. Then semalam pun dia cakap, ada pompuan tu walk in, dapat harga RM150+ jugak je.. Boleh pulak hari kami pergi RM300+? Logik kah??

Next, kami pun tanya keadaan bilik, view, aktiviti malam dan sebagainya. Dia cakap, bilik kecik je, tak sepadan harga, view pun tak berapa nak cantik. Aktiviti malam lak, hanya ada Pertunjukan Silap Mata. Baru ingat ada judi2 Semalam tu pun dia sampai turun ke Bentong sebab nak cari makan. So at last, kami buat final decision, tidak akan stay overnite kat atas Bukit Tinggi ni.. Pilihan kami, Selesa Hillhomes, 5km dari Bukit Tinggi ni, on the way je sblm sampai B. Tinggi. Bukan pe, sekali sekala berjumpa, spend time together, lama sikit..Esoknya pun kami ada program lain.

 

IMG_20111123_143851

Le Chevalier .. berhadapan Colmar Tropicale

 

Next station, kami naik shuttle dan bergerak ke Japanese Village pulak… tempat wajib pergi rasanya kalo sampai ke Bukit Tinggi ni. Best ke?? Kat Japanese Village ni, ada Botanical Farm, Restoran Jepun, Tea House, then korang boleh feeling2 ala gadis Jepun, dengan memakai kimono. Kat sini pun ada Tatami Spa.. Kitorang budget2 macam nak je Spa tu.. last2 akak yg kitorang interview td cakap, RM400+ … Cancelled~!!!

 

PB230779

Model tak berbayar, made in Malaysia! Tak pakai selipar Jepun!

 

Japanese Village ni lebih tinggi dari Colmar Tropicale. 3500 kaki dari paras laut. Memang sini agak nyaman. Tapi penat jugaklah nak menapak! 45 darjah tu beb! Boleh tonggek jawabnya! Tapi, dah alang2 sampai, xkan tak nak tahu apa yang ada kat sini kan? Jom kita menapak sambil menonggek! Lalalalaa….

 

DSCN0635

45 darjah tau curamnya!!!

 

IMG_20111123_152939

Pasangan Arab sedang fitting kimono.. Dan siap sedia untuk sesi minum teh.

 

Selepas ke Botanical Garden, intai2 Restoran Jepun, sambil berfikir, siapalah nak makan makanan Jepun dalam hutan mcm ni, then kami ke Japanese Garden.. Kat sinilah tempat sewa kimono RM20. Aku ingat nak gak feeling2 pakai kimono, tapi bila tengok kain kimono tu macam kain cotton murah je, sayang rasanya nak bagi RM20 tu pada pompuan cina yang jaga tu. Yup, dia Chinese, bukan Japanese, so i tak teruja… kami pun ambil gambar jer kat sekeliling Japanese Garden tu.. Nak pakai kimono? Tunggu gi Jepun betul lah.. heheh

 

DSCN0651

IMG_20111123_152951

IMG_20111123_153737

 

Sebelum balik, of course, mesti ada beli souvenir kan.. Fridge Magnet pun jadilah! Tapi sayang, souvenir tak banyak pilihan yang cecantik kat sini. So, aku just sambar 2 keping Fridge Magnet, total cost RM15. Saja nak menempek FM ni banyak2 kat peti ais mama aku kan.. Then, lepas dah turun, kami direct ke Selesa Hillhomes untuk satu malam… Paling tak boleh lupa, pengalaman kami Jacuzzi.. kenangan betul.. :D

 

Kesimpulannya, percutian kat Bukit Tinggi ni …

1. korang leh pergi melawat2 dalam satu hari je, tak perlu pun nak overnite. Better pagi2 lagi turun dan budget sampai sini around 10 am tu dah ok.

2. heaven for photographer! Kat sini siapa suka posing2, suka ambil gambar, di setiap gambar ada lagu (eh, macam Yuna!), sesuai sangat laa datang sini.

3. bayaran masuk macam not worth je since tak banyak aktiviti boleh dilakukan di sini, selain bergambar. Macam bayar untuk gunakan scene ambil gambar je..

4. place for relax! Memang sesuai lah tempat ni kalo nak relax in calm n peace. Yang penting budget mesti besarr punyerrr!!!  Bawak skandal datang sini pun tak kantoi! Ahaksss~~~

» Read More...

[WW] Pilih Jalan Yang Benar ^__^

Share

292051_298866186805871_100000474759954_1204733_1646312931_n

» Read More...

My Bid Bad Wolf Aftermath Sale 2011 @ South City Plaza Story …

Share

Assalamualaikum..

Ni cerita dah basi actually, tapi nak jugak update kat blog!

Last Thursday, turun je dari a night stay kat Selesa Hillhomes Bukit Tinggi tu, Dahlia and friends berkesempatan singgah ke Big Bad Wolf Aftermath Sale 2011 dekat South City Plaza. Memang niat nak merasai suasana Big Bad Wolf yang kali kedua diadakan di Malaysia selepas di MAEPS Serdang pada pertengahan OKtober lepas. Lagipun, kat Big Bad Wolf Aftermath Sales 2011 ni, semua buku termasuk yang kulit tebal, dari pelbagai bidang, dijual dengan harga RM5 dan ke bawah! Ops, sini semua buku omputehsss oke!

 

IMG_20111124_220537

All these 22 books, cost me.. RM108 only!!! Murah gilerrr ok!! Twilight Saga- Breaking Dawn tu yang pentinggggg~~~

 

Kami sampai kat South City Plaza tu dah 10.45 gitu, selepas melalui kesesakan di persimpangan South City Plaza tu, dan kegerunan drive tinggi ke parking yang tak pernah daku buat! Actually, masa kami pergi Khamis tu, 24 November 2011, hari pertama Big Bad Wolf Aftermath Sale. Budget tak ramai mana lah orang kan?

Sesampai je kat lif, untuk ke Ground Floor, tempat sale tu diadakan, dah terserempak beberapa orang dengan plastik beg Big Bad Wolf ni menuju ke parking. Entah pukul berapa agaknya mereka dah tercongok menunggu agaknya.

 

IMG_20111124_125730

Siapa kata rakyat Malaysia malas membaca??

 

Bila kami dah sampai ke GF tempat Big Bad Wolf Aftermath Sale ni diadakan, penuh orang dan beratus ribu buku! Tak silap aku, around 300,000 buku kut, balance dari Big Bad Wolf kat MAEPS hari tu..

Yang tak bestnya, kat South City Plaza ni, hall tempat Big Bad Wolf Aftermath Sale ni ruangan dia agak sempit dan tak well organized lah pada hari tu. Sampai berlanggar antara satu sama lain! Shawl kawan aku pun sampai melekat kat handbag orang.. Kesian!

 

IMG_20111124_134304

Kat Big Bad Wolf ni, kena pandai gali2 dan cari buku elok..sbb ada yang dah defect.

 

Mujur jugaklah hari tu aku pakai kasut , bukannya heels.. nak bergerak pun mudah! So, tahun depan, kalo sesiapa nak pergi Big Bad Wolf ni, nasihat aku, sila pakai flat shoes dan bawak trolley supaya korang tak perlu nak tampung buku yang banyak!

Aku sendiri berjaya dapat kotak kat situ, sampai bocor kotak aku dibuatnya. Dahla nak bawak ke hulu ke hilir, berat woo!!! Balik baru terasa lenguhnya lengan aku memangku kotak tu..

 

IMG_20111124_133931

Entah tahun bila akan baca habis semua buku ni eh??

At last, ini lah hasilnya buku pilihan aku dan kawan aku Haza. Tu pun tak sempat nak pergi ke Reference dan Manga section. Kalau tak, maunya banyak lagi aku rembatsss!!!  Beli je banyak2, buat library kat rumah kan… Resit beli buku boleh simpan, leh potong income tax, kan??

Takpun, buat sebagai presents for friends, students, kids etc. Worth buying and for long term learning.. highly recommended by me!! Aku pun sempat sambar buku untuk anak buah aku.. dapatlah 3 buku sorang.

Kat bahagian Children, memang banyak buku yang masih elok2 yang wrapped. Tu pun ada buku yang aku menyesal tak beli.. Dah pilih, tapi nak pilih yang lebih elok. Last2 dapat yang lagi rosak dari sebelumnya. Kat sini gak, ada yang sampai nak curi buku dalam kotak aku.. Haha.. anyway, suka bila tengok budak2 kat sini, duduk bawah meja dan baca buku! Walaupun memang cara diorang mengganggu pergerakan dalam ruang yang sempit tu, tapi bila tengok diorang membaca, rasa bangga!

 

IMG_20111124_135948

Koleksi Nora Roberts pun sangat banyak! tapi aku tak beli any of it..Tahun depan lah pulak! Anyway, kalo siapa biasa, cerita2 dari Nora Robert ni ditayangkan kat ASTRO.. Hallmark Channel kut kalo tak silap aku.

 

IMG_20111124_133415

Orang ramai yang berbaris dan memilih buku…

 

Yang paling tak daya sekali, bila kena beratur dalam ruangan yang sangat sempit! Walaupun banyak cashier disediakan, tapi nak beratur membayar tu ..mak aihh!! Memang semputttt laaa.. Sampai aku kena tawaf meja sebuah untuk masuk dalam barisan. Hopefully, next Big Bad Wolf Sale 2012, lebih proper dan diasingkan kaunter dengan ruangan pilih buku ni..

 

315561_10150396603383579_617543578_8581162_1188047299_n

Me and Haza yang dah almost 5 years tak jumpa… Another friend, Ja kat lane lain…posing dengan biography Micheal Jackson.. tak beli pon!

 

Aku start beratur dalam 12.30 gitu, last2 kul 2.15 baru sampai ke kaunter.. Almost 2 hours! Sempat jugaklah membina persahabatan sepanjang barisan. Sempat jugaklah snap2 gambar dalam masa 2 jam tu. Kotak buku kami? Tendang ngan kaki jerk.. Tak daya nak riba 2 jam weh!

Owh ya, uncle depan aku, sampai 5 kotak besar dia beli buku. Last Big Bad Wolf kat MAEPS pun dia cakap dia beli 5 plastik beg, kali ni 5 kotak besar! I guess dia nak letak kat library firm dia kut.. 3 generasi datang shopping buku! Sorang jaga line, yang lain, pergi cari buku secara gilir2.. So, lepas ni, sila bawak seorang untuk jaga barisan, dan ambil giliran cari buku. Ahaks.

Tapi, yang geram, bila ada yang buat muka toya, potong barisan.. Penat aku tawaf meja, dia sesedap je nak potong barisan. Aku tegur, dia buat muka seposen, then masuk lane lepas budak belakang aku.. Selamba gile! Memang tak beradab!!

 

IMG_20111124_135533

“The Book of Dahlia” semestinya bukan biography ku…

Anyway, The Big Bad Wolf Aftermath Sale 2011 dah pun menutup tirainya semalam, 28 November 2011. Dan tahun depan, difahamkan, akan diadakan lagi.. cuma Dahlia melepas peluang untuk BBWB 2012 Preview Pass.. Takde rezeki..

So, sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal BBWB ni,segala jenis buku yang korang leh dapat di Big Bad Wolf Books Sale ni, boleh jenguk ke laman berikut: http://www.bigbadwolfbooks.com atau Facebook

InsyaALLAH, tahun depan, ada rezeki, dipanjangkan umur, Dahlia nak pegi lagi! Taknak lepaskan peluang untuk dapatkan buku dengan harga murah!

» Read More...

Jenis Data–Numerik dan Bukan Numerik

Share

Teknik--teknik berstatistik adalah ditentukan oleh jenis data. Pemahaman asas mengenai jenis data membantu dalam pemilihan kaedah analisis dan ujian statistik yang sesuai. Data boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Data Numerik dan Data Bukan Numerik.

 

data-analysis-cartoon-1

Data Kuantitatif – NUMERIK 

nilai-nilai data adalah bilangan atau ukuran berangka. (numbers)

Data kuantitatif boleh wujud dalam bentuk:

 (i) Diskret - Boleh mengambil nilai-nilai yang tepat sahaja.

Contoh: bilangan buah bagi setiap pokok dalam kebun, saiz kasut bagi pelajr sebuah kelas dan bilangan anak dalam setiap keluarga dsbnya atau

 (ii) Selanjar - Tidak boleh mengambil nilai yang tepat tetapi boleh dihampirkan kepada ukuran tertentu

Contoh: tinggi pelajar, berat buah jambu , halaju kereta, PNGK pelajar-pelajar sarjana UKM-NPC, gaji pensyarah dan sebagainya.

 

 

Data Kualitatif – BUKAN NUMERIK

Nilai-nilai data adalah kategori bukan berangka.

Cth: jenis darah, jantina, warna

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais