BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Gambar Plug Pun Jadi!

Share

Apa motif aku ambik gambar plug bawah ni??

Cer teka.. cer teka…

IMG_20111209_223700

Dalam kelas Instructional Design yang terakhir tadi, kami dijemput ke bilik meeting lecturer kami kat Bangunan E-Learning UPSI tu. Sangat excited dowhh~~ Ingat senang nak masuk bilik meeting kalau takat pelajar2 biasa, lagi kelas hujung macam aku ni…?

 

IMG_20111209_213122

Pakar-pakar IT sedang tekun mendengar persembahan ahli2 kumpulan lain.. ahaks.. masa ni aku dah lepas present dah projek koswer aku yang sangat simple itu. Aku present no.1 sebab aku takut jadi yang terakhir.. macho beb! Walaupun sangat kerdil rasanya projek aku buat tu..haha… Anyway, thanks to Akudd sebab tolong designkan flash tu..

 

IMG_20111209_213128

Ipad tuuu.. bila lah nak genggam Ipad sekeping ni??

 

IMG_20111209_213149

Pelajar Andragogi yang nakal…miahahaha….gasaklah korang masuk blog aku!

 

IMG_20111209_213139

Tengah brainstorming gak tu.. Persoalannya, di manakah lecturer kami?? Gambar aku pun tak kelihatan..

Ok, lecturer di belakang aku der.. tapi aku selamba lagi browse Facebook! Lol.. Nak kenal lecturer aku?

vc

dush!! awat gambar ni kuar sekerat jer kan?? macam ada error…huhuh

 

Our Video Conferencing experience using Big Blue Button last wednesday. Sebelum tu dah guna Vidyo, tapi tak sempat nak tangkap gambar, sebab aku boleh masuk sekejap je. Banyak masalah nak buat elearning ni sebenarnya.. Tapi once dah berjaya buat, memang best!! Seronottt bangettt!!!

 

Anyway, I learn a lot from this course, Instructional Design. From multimedia, ADDIE, Connectivism, Seymour Papert, pengalaman Video Conferencing, lots of Application such as Prezi, Dropbox, etc, then the last, the word Ubiquitous. Banyak dah ilmu yang dicurahkan dalam masa 4 bulan ni eventhough dalam kelas, kami banyak ternganga je..haha.. Tak sangka dah nak abis semester 1 ni. Terima Kasih Tn Hj Nazri , Pengarah ICT UPSI.

 

So, dah dapat jawapan kenapa aku snap gambar plug? Cer korang tengok orientasi plug kat gambar atas tu… dia xde suis On Off, tapi kena pusing plug tu sendiri.. Bila Off, senget, Bila On, plug tu tegak.. Paham? Tengok sendiri lah gambar atas tu balik! Adios~~

» Read More...

Penulisan Laporan Penyelidikan

Share

 

¨Laporan penyelidikan adalah satu laporan kajian yang melaporkan berkaitan penyiasatan atau penerokaan masalah, mengenalpasti soalan yang dikenalpasti, dan mengandungi data yang dikumpul, serta analisis yang ditafsir oleh penyelidik”

(Cresswell, 2010)

 

 

Jenis-jenis Laporan penyelidikan :

  • Tesis / disertasi
  • Artikel jurnal
  • Kertas persidangan
  • Laporan kepada penaja
  • Laporan kepada pembuat polisi

Sumber Panduan Penulisan :

  • Meneliti gaya penulisan APA
  • Meneliti enam langkah penyelidikan
  • Mengenalpasti soalan dan hipotesis kajian
  • Membaca laporan berkaitan (jurnal, kertas prosiding, tesis, laporan teknikal).

Struktur Laporan Penyelidikan Kuantitatif

  1. Judul
  2. Abstrak
  3. Pengenalan
  4. Sorotan Literatur
  5. Kaedah Kajian
  6. Pembangunan Perisian (Jika Berkenaan)
  7. Analisis Data
  8. Perbincangan dan Kesimpulan
  9. Rujukan
  10. Lampiran
      Bagaimana Menulis Laporan Secara Akademik?
    • Gunakan bahasa yang tiada diskriminasi - Aras yang spesisifik, Label untuk manusia, Terma untuk manusia sesuai dengan bahasanya
    • Gunakan terma akademik
    • Gunakan pandangan anda secara konsisten – pandangan kedua
    • Seimbang antara penyelidikan dan kandungan
    • Gabungan dan damaikan semua bahagian dalam kajian
    • Gunakan perisian komputer berkaitan (RMS – EndNote, Mendeley)

    » Read More...

    Top10 Carian Popular Rakyat Malaysia Tahun 2011 Google Zeitgeist

    Share

    Google dah pun mengeluarkan senarai carian dalam talian terbanyak di kalangan rakyat Malaysia melalui www.google.com.my. Sepertimana tahun lepas, blog ini pernah memaparkan Top10 Carian Google 2010 di kalangan rakyat Malaysia yang mana menyaksikan carian rakyat Malaysia terhadap Datuk Siti Nurhaliza dikalahkan oleh Hanis Zalikha dan Allahyarham Din Beramboi. Boleh rujuk Top10 Carian Rakyat Malaysia Tahun 2010 untuk melihat carian lain.

    Google-top-10-2010

    Google Malaysian Zeitgeist: Most popular and fastest-rising searches for 2011

    “Most popular” = search terms that are most frequently searched

    “fastest rising” queries = search terms that have seen the largest increase in search volume over the year.

    **Perkataan berwarna biru  boleh diklik…

    Fastest rising searches
    1. Facebook
    2. Angry Birds
    3. Maharaja Lawak
    4. iPhone 5
    5. Samsung Galaxy
    6. iPad2
    7. Jawatan kosong
    8. Android
    9. Tonton
    10. Aishiteru

    Fastest rising people
    1. Bruno Mars
    2. Hana Tajima
    3. Cikgu Shida
    4. Avril Lavigne
    5. Anwar Ibrahim
    6. Fatin Liyana
    7. Justin Bieber
    8. Rihanna
    9. Ustaz Kazim
    10. Hanis Zalikha
    Top news stories
    1. ipad 2
    2. Malaysian grand prix
    3. Kennedy space center
    4. Kentucky derby
    5. Japan nuclear crisis
    6. MTV movie awards
    7. Michael Jackson funeral
    8. Malaysian open
    9. Thailand flood
    10. Malaysia budget 2012
         
    Top image searches
    1. Justin Bieber
    2. Background designs
    3. Fixie bike
    4. Domo Kun
    5. Monster energy
    6. Supra shoes
    7. Jules Verne
    8. Smiley face
    9. Kartun muslimah
    10. Chelsea Olivia
    Top ‘what is...’ searches
    1. what is bersih
    2. what is g6
    3. what is ppvrip
    4. what is ipad
    5. what are words
    6. what is jailbreak
    7. what is android
    8. what is lmao
    9. what is hacking
    10. what is information
    Top TV shows
    1. ANTM
    2. x factor usa
    3. american idol 2011
    4. amazing race 18
    5. tvb drama 2011
    6. nagamma serial
    7. supernatural
    8. bones season 7
    9. Al Jazeera
    10. My Princess
         
    Top international travel destinations
    1. Kowloon/Hong Kong
    2. Su Mei Island, Thailand
    3. Phuket Island
    4. Bangkok
    5. Maldives
    6. Disneyland Hong Kong
    7. Taipei
    8. Paris Disneyland
    9. New York
    10. Caribbean
      Top blogs
    1. Blog Serius
    2. Beautifunara
    3. Papagomo
    4. Jejariruncing
    5. Honeykoyuki
    6. Oh Bulan
    7. Kari ngeri
    8. Malaymoviesfull
    9. My Resipi
    10. IniBelogSaya

    Sumber : Hazrilhafiz

    Zeitgeist Explained
    Google reveals the internet "Zeitgeist" (German for "the spirit of the times") through an exploration of the billions of search queries we receive each year. In addition to the Year-end Zeitgeist, which highlights the top trends of 2011, we also have several tools that give insight into global, regional, past and present search trends. Google Zeitgeist tools can never be used to identify individual users because we rely on anonymised, aggregated counts of how often certain search queries occur over time.

    » Read More...

    Semak Daftar Pemilih

    Share

    Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) nampaknya bakal diadakan pada bila-bila masa. Dan ramai yang menyatakan, seawal tahun hadapan. Sebelum ini, ramai membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 11.11.11 lepas tetapi setelah tiada apa-apa yang berlaku pada hari tersebut, maka keluar pula kenyataan 11 sebab mengapa Pilihanraya Umum ke13 tidak akan diadakan tahun 2011 ini.

     

    So, bilakah agaknya tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ni akan diadakan? Tunggu sahaja.. tapi bau-bau nak pilihanraya memang dah hampir jelas, kan? Apapun, sebagai rakyat Malaysia, korang sibuk-sibuk pasal Pilihanraya ni, korang dah daftar jadi pengundi berdaftar ke belum? Kalau dah, dah semak daftar pemilih atau belum?

    Jangan dok kecoh2, tapi sendiri tak daftar sebagai pemilih. Memalukan oke!! Trimas kepada Budak Nakal sebab mengingatkanku untuk menyemak.

     

    semak daftar pemilih

    Aku Dahhhh….

     

    Untuk membuat semakan daftar pemilih, boleh dilakukan melalui dua cara.

    1. Cara semakan daftar pemilih melalui laman rasmi Suruhanjaya PilihanRaya (SPR).

    2. Cara semakan daftar pemilih melalui SMS

    slideshow3-220px

    Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC dan hantar ke 15888

     

    Di laman web SPR juga, korang boleh membuat semakan isi rumah untuk memastikan kesemua ahli keluarga yang tinggal serumah tu didaftarkan di kawasan yang sama.  Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga telah mengambil inisiatif memaparkan data semakan pemilih yang meragukan di laman webnya setelah isu pilihanraya bersih dibangkitkan dalam Perhimpunan BERSIH baru-baru ini. Janganlah ada isu berbangkit lagi pasal pengundian seperti isu pengakuan undi pos ini.

     

    Pastikan anda semak sebelum Pilihanraya supaya tak tersalah balik tempat mengundi bila Pilihanraya Umum ke 13 nanti!!!

    Marilah mari, pergi mengundi, tunaikan kewajipan, pada negara!!

    Masa depan negara? Kita penentunya!!

    » Read More...

    Owh, I know I’m your Idol ~~

    Share

    Ok.. since semalam lagi, aku tak lelapkan mata. Sebabnya? Menyiapkan slide presentation untuk Sabtu ni. Actually just nak maximum 12 slides je, tapi… kena come up with own research proposal, itu yang jadi problem pada aku. Dah laa masih blur dengan topik yang nak aku buat dan komponen2 dalam Research Method ni actually. Gasaklah.. terima je komen daripada pensyarah Sabtu ni.. Kalau aku nak senang, ikut je macam orang lain buat, ambil kajian yang dah lengkap satu persatu, tapi bila fikirkan in future, better aku bersusah dari awal, then teruskan guna proposal ni untuk Research aku nanti.

     

    Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”

     

    Selepas siapkan slide, aku plannning nak gak tido barang sejam dua, sebelum Subuh. Tapi, fikir2 balik, takut terbabas, so aku pun berlari2 anak melayari ke alam maya.. Jenguk blog ni, blog tu.. Seriously, memang aku agak menyampah dengan beberapa blog sekarang! Blog yang suka main pop-up2 window tu lah.. Nak kena LIKE baru tutup. Takpun tunggu beberapa sampai beratus saat. Apa Kes!! Dulu paksa U Follow I, I Follow You.. Sekarang? Paksa LIKE 2 pulak?? Sungguh aku menyampahhhhhsssss… Ok, aku tekan butang pangkah!

     

    marah yang bermanfaat

    Tambah menyampah lagi, bila terjumpa blog yang meniru content aku sebijik2.. Bukannya copy paste certain contents, tapi memang dia boleh sedut semua content blog www.cikgudahlia.com aku ni selepas aku publish post. Kiranya, bila je aku click PUBLISH, bukan takat akan publish kat blog aku, tapi terus publish kat blog dia.

     

    Hebat kan???? Aku tahulah aku ni idola ko kan beb.. dan ko sedang nak menguji ilmu CSS or SEO thingy ko, tapi agak2lah… Aku memang tak redha dunia akhirat oke! Walaupun blog ko tu takde iklan ke apa ke.. Entry aku yang santai2, yang aku letak gambar aku, khas untuk aku pun ko nak cilok apa kes! Eiiiii apa punya perangai lahh!! Tak tenang ko hidup, walaupun aku tahu ko sedang gembira aku cakap pasal ko.

     

    Guys, actually ada beberapa blog lagi yang blogger ni auto cilok.. Ops, aku takkan bagi free link untuk dia. Blog tu guna domain blogspot jer pun… Kalau korang nak, korang search jer tajuk post aku ni..dan beberapa tajuk aku sebelum ni..takpun, guna beberapa ayat karangan aku.. Dah lama rupanya makhluk ni buat kerja terkutuk ini..

     

    blog copypaste

    Semuanya hasil cilok sampaikan entry beratus dan beriban!!

     

    Aku harap dia berbahagia lah hingga akhir hayat di atas ketidakredhaan orang yang dia ciloks.. Loser punya makhluk!!!! Nampak sangat pengecut ~ lalalalala….

     

    Dah, daripada aku layan mangkuk hayun pencilok tu, baik aku sembahyang Subuh mintak keredhaan Allah biar aku makin ditambah rezeki… Adiosssssss~~~~

     

    p/s: Layan je laa aku mengamuk sekali sekala k bebeh!!

    » Read More...

    (Download) Pekeliling Rasmi Sistem Saraan Baru (SBPA) Guru, PDRM, Umum

    Share

    Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM telahpun mula dikeluarkan di Portal Rasmi JPA pagi ini. Laman JPA pun telah bertukar rupa untuk penyebaran pekeliling rasmi SBPA bagi perkhidmatan keguruan, umum, dan PDRM ini.

     

    pekeliling sbpa

     
    Pekeliling Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Jawatan Umum, PDRM, dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan (Guru) boleh diakses melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga laman web agensi masing-masing. Download melalui JPA ada limitation quota. Nasiblah bagi yang berjaya. Bagi yang tidak juga berjaya, boleh download Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mengikut link di bawah ni je.

     

    Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

    1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 - Umum

    2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 - PDRM

    3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 – Guru



    Jadual Pemindahan Gaji jawatan dari skim SSM ke SBPA

    1. B4(a)- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

    2. B4(b) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN DIPLOMA

    3. B4(c) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM

    4. B4(d) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN SPM

    5. B4(e) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN PMR

    6. B4(f) - SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU

    7. B4(g) - SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    8. B4(h) - SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN MARITIM

     

    Kalau tak berjaya juga download, boleh rujuk >Pekeliling SBPA 2012<

     

    Bagi guru-guru yang masih blur, untuk penerangan terperinci bagi perkhidmatan perguruan yang telah dipermudahkan, boleh rujuk sini >> Pekeliling Rasmi SBPA Guru << Semoga membantu semua memahami SBPA dalam bidang Perguruan ini.

     

    Nampaknya, semuanya hampir sama menepati dengan segala rumours mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang pernah dikeluarkan sebelum ini:

    1. Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012

    2. Video Taklimat SBPA dan Intipati Pelaksanaan SBPA 2012

    3. Intipati Taklimat SBPA 2012 di HKL

    4. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

    5. Dasar Keluar (Exit Policy) SBPA

     

    Semoga memberi manfaat buat semua. Kaji dulu segala pekeliling ini sebelum mengisi borang persetujuan menerima SBPA. Persetujuan memilih SBPA dan Pencen 60 tahun tidak berkait rapat. Kedua-duanya tidak wajib diterima , semua pilihan anda sendiri :D  So, apa pilihan anda?

    » Read More...

    Syarat Mohon Bantuan RM500 Isi Rumah | Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

    Share

    Bantuan Isirumah RM500 ataupun dikenali dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia amat dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia sekarang ni. Borang bantuan isirumah RM500 ini akan dikeluarkan di akhbar2, pejabat, dan portal LHDN mulai 10 Disember ini dan bayaran RM500 akan dibuat pada pertengahan Januari 2012.

     

    bantuan500
    Syarat Permohonan Bantuan Isi Rumah RM500 @ Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dibentangkan oleh PM dalam Bajet 2012 adalah seperti berikut:

    1. Isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

    "Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

     

    2. Bantuan RM500 sekali bayar itu dijangka akan diterima oleh seramai 5.2 juta isi rumah yang layak dengan kos RM2.6 bilion.

     

    3. Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember  2011 hingga 10 Januari, 2012. Borang pendaftaran bantuan isirumah RM500 boleh didapati secara percuma di

    • Jabatan Pembangunan Persekutuan,
    • Jabatan Penerangan Malaysia,
    • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),
    • serta akhbar.

    4. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

     

    5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

    » Read More...

    Skala Likert, Skala Guttman, Skala Thurstone

    Share

    Pelbagai bentuk skala yang dapat digunakan dalam pengukuran bidang pendidikan, iaitu: skala Likert, skala Guttman, dan skala Thurstone.

     

    handwrte

    1. Skala Likert (1932)

    Skala Likert adalah skala yang dapat digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang mengenai suatu gejala atau fenomena pendidikan.

    Dalam skala Likert terdapat dua bentuk pernyataan iaitu pernyataan positif yang berfungsi untuk mengukur sikap positif, dan pernyataan negatif yang berfungsi untuk mengukur sikap negative objek sikap.

    Skor pernyataan positif dimulai dari 1 untuk Sangat Tidak Setuju (STS), 2 untuk Tidak Setuju (TS), 3 Tidak Pasti (TP), 4 untuk Setuju (S), dan 5 untuk Sangat Setuju (SS). Skor pernyataan negative dimulai dari 1 untuk sangat setuju (SS), 2 untuk setuju (S), 3 untuk tidak pasti (TP), 4 untuk tidak setuju (TS), dan 5 untuk sangat tidak setuju (STS).

    Beberapa penyelidik menghilangkan pilihan “Tidak Pasti” dalam instrument penyelidikan untuk memudahkan penyelidik melihat sikap siswa sesungguhnya sesuai dengan yang responden isikan.

     

    2. Skala Guttman (1944)

    Skala Guttman ialah skala yang menginginkan jawaban tegas, seperti jawaban benar - salah, ya - tidak, pernah - tidak pernah, positif - negative, tinggi - rendah, baik - buruk, dan seterusnya.

    Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak setuju. Skala Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan ganda mahupun daftar checklist. Untuk jawaban positif seperti benar, ya, tinggi, baik, dan semacamnya diberi skor 1; sedangkan untuk jawaban negative seperti salah, tidak, rendah, buruk, dan semacamnya diberi skor 0.

     

    3. Skala Thurstone (1928)

    Skala Thurstone adalah skala yang disusun dengan memilih butir yang berbentuk skala interval. Setiap butir memiliki kunci skor dan jika disusun, kunci skor menghasilkan nilai yang berjarak sama. Skala Thurstone dibuat dalam bentuk sejumlah (40-50) pernyataan yang relevan dengan variable yang hendak diukur kemudian sejumlah ahli (20-40) orang menilai relevansi pernyataan itu dengan konten atau konstruk yang hendak diukur.

    Contoh skala penilaian model Thurstone adalah seperti gambar di bawah ini.

    contoh bentuk skala thurstone

    Nilai 1 pada skala di atas menyatakan sangat tidak relevan, sedangkan nilai 11 menyatakan sangat relevan.


    src: http://berbagireferensi.blogspot.com/2011/03/bentuk-skala-pengukuran-dalam.html

    » Read More...

    Video Taklimat SBPA oleh Presiden CUEPACS

    Share

    Video Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Dato’ Haji Omar Haji Osman, Presiden CUEPACS di UTHM baru-baru ini. Semoga bermanfaat untuk semua yang masih menanti Pekeliling SBPA.

     

     

    Di bawah ni pula Intipati Pelaksanaan SBPA sempena pelancaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh YBhg Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

     

    Sumber Asal : http://docs.jpa.gov.my/Intipati_Pelaksanaan_SBPA.pdf

     

    Ada sesiapa dah diberi taklimat SBPA untuk bidang perguruan tak?

    » Read More...

    Tarikh Gaji Kerajaan 2012 | Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2012

    Share

    Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2012 bagi Kakitangan Kerajaan/ Awam telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011 berkenaan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012.

    Tarikh dan Hari Pembayaran Gaji Bulanan bagi tahun 2012 untuk Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember tahun 2012 adalah seperti berikut. Jadual tarikh gaji ni untuk Kakitangan Awam sahaja… :D

    gaji2012

    Digalakkan save jadual bawah ni, print dan tampal di ruangan meja kerja anda.. at least stress buat kerja, nampak gaji nak masuk, senyum balik..ahaksss

    Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil 6/2011 berkaitan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012 boleh dibaca di bawah ini.

     
     
    Sebelum tunggu gaji 2012 tahun depan, jangan lupa gaji bulan Disember ni ada bonus setengah bulan gaji tau!!!
     

    p/s: Gaji aku bulan 1 mesti ada tolak around RM300++ for BISP… huhhu..bila nak dapat elaun sara hidup nihhhh ??

    » Read More...

    Persampelan Kebarangkalian (Rawak) dan Bukan Kebarangkalian

    Share

    Persampelan membolehkan maklumat diperoleh daripada kumpulan yang lebih besar. Kumpulan yang lebih besar ini dikenali sebagai populasi. Misalnya, kita ingin mengetahui pendapat pelajar universiti terhadap Akta Universiti dan kolej universiti. Keseluruhan komuniti pelajar universiti ini merupakan populasi. Sebahagian daripada keseluruhan pelajar yang dipilih dalam kajian adalah merupakan sampel. Pelajar yang dipilih itu dikenali sebagai elemen di dalam sampel.

    SRS

    Persampelan boleh dibahagikan kepada dua teknik iaitu persampelan rawak ataupun lebih dikenali sebagai persampelan kebarangkalian ataupun persampelan bukan rawak iaitu persampelan bukan kebarangkalian.

     


    Persampelan Kebarangkalian (Rawak)

    Terdapat empat jenis prosedur persampelan kebarangkalian yang sering digunakan. Asas kepada pemilihan setiap satu adalah bergantung kepada permasalahan kajian.  Keempat-empat persampelan kebarangkalian itu adalah:

    jenis-prob-samp

    (a) Persampelan rawak mudah (Simple random)

    srs

    persampelan yang paling asas. Persampelan ini menjadi dasar kepada rekabentuk persampelan yang lain. Persampelan rawak mudah memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau untuk digunakan bagi mewakili populasi. Ini bermakna rekabentuk persampelan yang lain mestilah dilakukan berasaskan persampelan rawak mudah.

     

     

    (b) Persampelan rawak berlapis (Stratified random)

    081609_2352_4

    sesuai digunakan bagi populasi yang tidak seragam (heterogenous). Ia juga sesuai digunakan jika penyelidik ingin membuat perbandingan di antara beberapa sub-populasi. Persampelan rawak mudah tidak boleh digunakan untuk mengambil sampel daripada sesuatu populasi sekiranya populasi itu tidak seragam. Ini adalah kerana sampel rawak mudah tidak mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam populasi.

     


    (c) Persampelan Kelompok (Cluster)

    Kaedah ini sesuai jika elemen-elemen yang terdapat di dalam populasi adalah berselerak (heterogegous) pada ketika kajian sedang dilakukan. Persampelan kelompok akan melibatkan pembahagian populasi kepada sebanyak kelompok yang mungkin dengan setiap kelompok mencerminkan populasi kajian dan boleh dilakukan oleh penyelidik. Tujuan melakukan persampelan kelompok adalah kerana terdapat ketidakseragaman unsur-unsur di dalam kelompok tetapi terdapat keseragaman di antara semua kelompok.

     

    (d) Persampelan Sistematik (Systematic)

    teknik yang agak mudah dan ringkas bagi melaksanakannya. Persampelan sistematik memerlukan rangka persampelan yang lengkap. Sebagai contoh, jika kita ingin mengambil sampel 50 isirumah daripada 250 isirumah yang terdapat di dalam sesuatu kawasan. Ini bermakna kita mempunyai rangka persampelan sebanyak 250 isirumah. Jika kita memerlukan 50 isirumah sebagai sampel maka setiap unsur yang dipilih adalah setiap selang 5 orang (250/50 = 5).

    sys-sample1

    Sebagai langkah permulaan, penyelidik perlu memilih satu unsur secara rawak. Katakan nombor yang pertama yang dipilih secara rawak adalah unsur yang kelima. Maka isirumah yang seterusnya adalah 10, 15, 20, 25 dan seterusnya sehinggalah terpilih 50 unsur yang terpilih sebagai subjek dalam sampel.

     

    Untuk kefahaman yang lebih mudah, rujuk dan tonton video di : http://faculty.elgin.edu/dkernler/statistics/ch01/4-1.html


    Persampelan Bukan Kebarangkalian (Tidak Rawak)

    Teknik persampelan bukan kebarangkalian ini biasanya digunakan apabila tidak terdapat rangka persampelan atau tidak terdapat populasi sasaran untuk dibuat kajian. Di antara kebaikan persampelan bukan kebarangkalian adalah ianya adalah lebih mudah dilaksanakan serta lebih murah dari segi kosnya. Bagaimanapun kesimpulan atau generalisasi terhadap parameter populasi tidak dapat dilakukan. Kaedah pengujian hipotesis melalui statistik inferensi juga tidak dapat dilakukan terhadap data yang diperolehi. Ini kerana penyelidik tidak dapat menentukan darjah ketepatan dan keyakinan terhadap dapatan kajian.

    Walau bagaimanapun persampelan bukan kebarangkalian adalah sesuai digunakan dalam penyelidik penerokaan, deskriptif dan kajian yang bertujuan untuk memberi gambaran kasar tentang fenomena yang wujud dalam populasi kajian dan menjadi panduan kepada penyelidik yang lebih mendalam nanti.

    Di antara jenis persampelan bukan kebarangkalian adalah:

    (a) Persampelan mudah (convenience)

    Unsur sampel adalah diambil mengikut keselesaan penyelidik yang mana sesiapa sahaja dalam populasi yang dikenal pasti, boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak asalkan bersetuju untuk menjadi responden kajian.

    Selalunya digunakan dalam fasa penerokaan sesuatu kajian atau bila pengkaji memerlukan sampel dengan segera atau mungkin tidak ada masa bagi membentuk kaedah persampelan lain. Kaedah persampelan bagi mendapatkan maklumat mudah, cepat dan berkesan.

    Cth : Online poll, survey your friends, ask friend at the mall

     


    (b) Persampelan bertujuan / pertimbangan (purposive)

    Persampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian dan merujuk kepada sesuatu perwakilan formal. Sampel memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi kajian dan dipilih berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

    Cth; pakar dalam sesuatu bidang.

     

    (c) Persampelan kuota

    Sebenarnya hanya menerapkan konsep stratifikasi dalam pemilihan sampel. Kajian berakhir apabila kuota telah dipenuhi.

     

    (d) Persampelan bola salji (snowball)

    bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang diberikan oleh sampel awal. Cth; pelacur

     

    MENENTUKAN SAIZ SAMPEL

    Sampel yang terlalu besar akan menyukarkan pengkaji menjalankan kajian kerana akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi. Sampel yang terlalu sedikit akan memberi kesan kepada analisis statistik serta kesahan sampel dalam mewakili populasi

    Biasanya untuk menentukan saiz sampel, kita boleh merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan seperti jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001).

     

    morgan

    sample-size-krejcie

     

    Namun, Krejcie & Morgan (1970) tidak membincangkan secara langsung tentang aras signifikan dan ralat persampelan berbanding dengan Cohen et al. (2001). Selain itu, jika kita tidak mengetahui jumlah populasi kajian, perisian G*Power lebih sesuai kerana ia membantu kita menetapkan saiz sampel dengan mengambil kira saiz kesan (effect size), ralat persampelan dan juga aras signifikan kajian. Cohen (1977) juga membincangkan tentang saiz kesan ini dalam kajian beliau.

    Walauapapun, keputusan pemilihan semuanya bergantung kepada kita sendiri yang menjalankan penyelidikan tersebut. Tidak kira jenis dan prosedur saiz sampel yang kita gunakan perlu ada justifikasinya. Ini penting yang akan membuktikan bahawa kita faham kajian yang kita sendiri jalankan…

    » Read More...

    Intipati Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) HKL

    Share

    Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.. korang dah?

    Sekarang ni kat jabatan-jabatan kerajaan tengah sibuk diadakan taklimat tentang Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tadi pun ada rakan cikgu yang cakap, taklimat SBPA untuk cikgu akan diadakan pada 20 Disember 2011 ni.

     

    Aku terus direct SMS kerani sekolah aku nak confirm tarikh, mana tahu nanti aku tak dapat balik sebab sibuk dengan final exam hujung bulan ni. Dia pun cakap tak confirm lagi, tapi akan diadakan. Korang dah ditaklimatkan ke pasal SBPA? Moh share2 maklumat dulu.. Nak tunggu Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) keluar, aku rasa tengah bulan nanti lah kut baru ada kat laman web Kementerian masing-masing seperti yang dah dimaklumkan JPA sebelum ni.

     

    taklimat sbpa

     

    Kat sini aku jugak nak kongsikan maklumat daripada seorang rakan di Facebook, Azwan Anuar yang baru je diberi taklimat oleh Pengarah HKL pada Isnin lepas.. Intipati taklimat SBPA HKL boleh korang baca dibawah..aku copy paste jer dari notes dia…except tulisan  merah, its mine ^_^

     

    Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

    Sumber : FB Encik Azwan Anuar

     

    beberapa point yang aku dapat tangkap masa taklimat pasal SBPA pagi tadi diberikan oleh dato' pengarah HKL. aku tak dengar lak kata hal ini patut dirahsiakan, so aku kongsikan je lah. ini lah gunanya facebook bukan takat tempat luah perasaan je, sharing is caring

    1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.

    2. bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA.{typo..sebelum, bukan selepas}

    3. tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)

    4. kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.

    5. perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan. {lateral entry? camne eh?}

    6. exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar  dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)

    7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain. {bagus jugak ni, dapat kurangkan isu bodek, anak emas dsb}

    8. pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima {markah 85-94 berapa pula & kenaikan gajinya? Hope tiada sistem kuota penuh dsb.)

    9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini

        a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun

        b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun

        c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun

        d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58

    {mesti ada pro and cons untuk setiap ni.. pilihan b oke kut??}

    itu je yang aku dapat kongsikan. Soal buruk dan baik SBPA, cara bagaimana pelaksanaan aku tak tahu, elok merujuk kepada JPA untuk maklumat lanjut. Kalau ada sebarang salah maklumat diatas aku minta maaf dan harap dibetulkan.

     

    Bila baca pasal intipati taklimat SBPA HKL ni, hampir sama dengan apa yang pernah aku postkan sebelum ini (klik). Apapun, tunggu sahaja Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk maklumat yang jelas dan terperinci berkaitan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ni.

    Sesiapa yang dah diberi taklimat oleh Ketua Jabatan berkenaan SBPA ni, sudi2 lah berkongsi di ruangan komen ya. Macehhhh!!!

    » Read More...

    Busy.

    Share

    busy

     

    Not just today. But everyday since last yesterday!

    I miss my blog.. I do really have something to blog about..But..

    I have more important things than this blog.

    The assignments.

    Final assignments for this semester before the exams..?

     

     

    ID - completely done! Will be presented this Friday night…

    TPK – will start reading tomorrow..

    Don’t want to be a sleeping partner this Friday evening.

    RM – Preparing the slides for the proposal.. Presentation is on this Saturday.

     

     

    Arghhh!!

    I really need a rest, get out of Tanjung Malim, and enjoy myself after this busiest week.

    Let’s jimba-jimba this Sunday~~ Yeeeahaaaa..

     

    p/s: My family, my love, my room, my blog, my visitor.. sorry for ignoring you.I’m damn busy!

    » Read More...

    Pekeliling Baru SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Skim Gaji SBPA 2012

    Share

    Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikhabarkan berkemungkinan besar akan diumumkan hari ini. Pekeliling inilah yang amat ditunggu-tunggu oleh para kakitangan awam sejak diperkenalkan dalam Bajet 2012 pada Oktober lepas.

     

    Tapi tadi aku tengok kat FB KPPA, takde pulak tanda-tanda Pekeliling SBPA ni akan dikeluarkan. Wallahualam. Pekeliling SBPA 2012 baru akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja memandangkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Tunggu je lah pengumuman di Portal Rasmi JPA, dan akan aku share di sini bila Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tu dah dikeluarkan

     

    Pada minggu lepas, Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA) juga ada memberikan hint-hint di Facebook beliau tentang sistem gaji SBPA 2012 yang saban hari digoogle oleh orang ramai, tak kiralah sistem gaji baru sbpa untuk guru, untuk polis dan tentera, serta skim jawatan lain.

    sbpa

    KGT = Kenaikan gaji tahunan

     

    Kalau berdasarkan pengumuman KPPA di atas, ada perubahan nama gred nampaknya untuk SBPA ini berbanding Skim Saraan sebelum ini, SSM.  Dari sumber blog Ar-Rifke dan dikongsi melalui blog DCJ , perubahan panggilan gred gaji DG bagi guru dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah seperti berikut:

    Gred DG 41 = 1-1,

    DG44 = 1-2,

    DG48 = 1-4,

    DG52 = 1-5, dan

    DG54 = 1-6 dimana tiada lagi penggunaan gred DG

     

    Perubahan DG Guru Gred DG 41 = 1-1, DG44 = 1-2, DG48 = 1-4, DG52 = 1-5,dan 54 = 1-6 ini dah dipermudahkan oleh aried sendiri agar semua guru-guru atau bakal guru faham tentang perubahan gred DG ini.

    Guru DG41

    - Ditukar kepada 1-1

    - Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220

    - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230

    - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

     

    Guru DG 44 kepada 1-2

    - Ditukar kepada 1-2

    - Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235

    - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250

    - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

     

    Guru DG 48

    - Ditukar kepada 1-4

    - Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710

    - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270

    - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

     

    Guru DG 52

    - Ditukar kepada 1-5

    - Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610

    - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290

    - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

     

    Guru DG54

    - Ditukar kepada 1-6

    - Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505

    - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

     

    Ada beberapa maklumat penting tentang beberapa perubahan yang ketara dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012 ni. Antaranya berkait rapat dengan sistem gaji yang akan digunapakai dalam SBPA nanti.

     

    1) Skim Gaji Sistem SBPA 2012 Baru: Penggredan Semula Jawatan

    Secara kasarnya, pelbagai lapisan gred akan diwujudkan :

    • Premier
    • Jusa
    • Pengurusan Tinggi
    • Pengurusan dan Profesional
    • Pelaksana
      Gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yang diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

      2) SBPA 2012: “Exit Policy”

      Kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

      Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

       

      3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

      Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

      • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
      • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
      • Markah 75 % – tiada kenaikan
      • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
        4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

        Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

        • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
        • Premier – RM40,000
        • Jusa C – RM12,000
        • Pengurusan & Profesional – RM6,000
        • Pelaksana – RM3,000

        **Sumber : Beritasemasa.com

         

        Apapun, sama-samalah kita tunggu Pekeliling Sebenar berkaitan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk tahun 2012 ni. Semoga memberikan laluan yang terbaik untuk semua penjawat awam termasuk daku!

        » Read More...

        Gambar dan Video Banjir Kilat di Kuantan dan Kereta Terbakar di ECM 4/12/2011

        Share

        Tengok gambar-gambar dan video kejadian banjir di Kuantan yang ramai kawan aku dok share kat FB pagi ni, mulalah aku risau. Rumah aku kat Sungai Isap tu woo.. Kawasan teruk banjir tahun 2001 sampaikan hanya nampak bumbung! Dek kerana kejadian banjir besar tahun 2001 lah tetiba Sungai Isap glemer satu Malaysia!

         

        banjir kuantan1

        Pemandangan dari atas kejadian banjir kilat yang berlaku di bandar Kuantan 4/12/2011

         

        Semalam lagi kawan aku dok Cikgu Jaja dan Cikgu  Tie cakap ada certain place kat bandar Kuantan tu dah naik air, tapi aku tak sangka lah sampai keadaan banjir di Kuantan rupanya sangat serius! Yang lebih mengejutkan aku, bandar Kuantan sendiri bergenang dengan air!

        Moh tengok gambar-gambar dan Video kejadian banjir kilat di Kuantan, 4/12/2011 yang daku cilok dari FB Fanpage Kuantan. Thanks kepada semua yang tolong upload! Deme semua kata banjir kilat sebab hujan lebat xsampai sehari, air dah penuh kat bandar Kuantan. Banyak kereta-kerata dan lori tersadai. Kasihan warga Kuantan!

         

        kuantan banjir

        Jalan ke traffic lite, keluar dari Pasar Besar dan Terminal Bas Kuantan

         

        kuantan banjir2

        Jalan traffic lite Megamall-ECM, depan kelab malam apa ntah namanya…

         

        kuantan banjir3

        Jalan depan Megamall, kat ECM… kut? Sebab nampak Kamdar di kiri..

        kuantan banjir4 Premis depan Megamall. Takde buaya pun, photoshop jer tu!

         

        Dengarnya, kejadian banjir kilat yang berlaku malam semalam ni dah surut dah pagi tadi. Apa yang aku nampak dalam gambar-gambar ni. Mostly kejadian banjir kilat ni berlaku di jalan-jalan utama. Tak pasti sama ada Jalan Besar dekat Masjid Kuantan tu pun mengalami banjir atau tidak. Maklumlah, aku takde di Kuantan. Mak aku pun semalam dah ke Pasir Gudang, ikut adik aku, so harapnya kawasan umah aku tu tak banjir  lah tahun ni. Takut gak dengar kejadian air pasang besar yang diramal berlaku hujung bulan ni!

         

        Bila fikir-fikir balik, apakah punca kejadian banjir kilat di bandar Kuantan malam semalam ni ek? Baru beberapa hari lepas Kajang yang kena banjir kilat, ni Kuantan pulak. Tak pernah aku dengar Kuantan kena banjir kilat macam ni sekali! Adakah disebabkan sistem longkang (pembentungan) yang perlu ditambahbaik kut disebabkan oleh kepesatan pembangunan di Kuantan?

         

        Jom layan Video Kejadian banjir kilat di bandar Kuantan 4 Disember 2011.

        Video banjir kuantan 4.12.2011

         

        Apapun, aku pasti ada hikmah di sebalik kejadian banjir ni. Mungkin sebabnya banyak maksiat yang dah makin berleluasa kat bandar Kuantan ni, tu sebab banjir kilat berlaku, nak bersihkan bandar Kuantan. Who knows? Apapun, mudahan kejadian banjir tak berlaku lagi di Kuantan lepas ni. Risau dengan rumah aku tu!

         

        Masa banjir tahun 2001 dulu, kami adik beradik mengeluh dengan kejadian banjir tu, tapi mama terus cakap, semuanya Ujian dari Allah. Allah nak kita sentiasa ingat pada-NyaMujur rumah kita banjir, masih lagi ada rumah. Kalau terbakar?

         

        Ops cakap pasal terbakar, teringat lak kejadian kereta terbakar kat ECM petang semalam, 4 Disember 2011. Kereta Ford Lynx kut.. terbakar dalam perjalanan nak naik ke ruang parking tingkat atas East Coast Megamall, Kuantan. Curam tu wooo!! Katanya sebab wiring-wiring kat audio ke apa ntah.

         

        kereta terbakar ecm kuantan

         

        Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba berjaya mengawal keadaan. Pemandu dengan penumpang dalam tu dapat selamatkan diri. Tak dapat aku bayangkan kekalutan yang berlaku bila kejadian terbakar macam ni. Ni baru jalan menuju ke parking, bukan di parking. Tu pun bahagian atas. Kalau parking di basement?? Minta-minta dijauhkan dari kejadian seumpama gini.  [Info lanjut kebakaran kereta di ECM]

        » Read More...

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        ♥ Search This Blog ♥

        Loading...

        ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

        ♥ Post Terkini Dahlia ♥

        ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

        Make your own

        ♥ Tweet tweetttt... ♥

        ♥ Super Very Important Followers! ♥

        Related Posts with Thumbnails

        Menarik!!!

         Banner
        Blogged.my

        ♥ Arkib Blog ♥

        DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais