Ni entry nak jawab persoalan calon temuduga HLP/CBBPTB 2012… jawapan emel lain akan menyusul.. sabar yer :D Segala jawapan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri sahaja. Harap Maklum.
Salam khas buat cikgudahlia...
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada cikgudhlia kerana telah mewujudkan laman web cikgu sendiri yang saya fikir banyak membantu masyarakat di luar sana memperoleh pelbagai maklumat yang berguna. Semoga jasa baik cikgu dibalas oleh Allah S.W.T hendaknya... Insya'Allah. Dahlia jawab: Aminnnnn :D
Di sini juga saya ingin merakamkan jutaan tahniah kerana cikgudahlia juga adalah antara insan terpilih oleh Allah dalam memperoleh HLP pada tahun 2011. Saya doakan semoga cikgudahlia memperoleh rahmat kebaikan dalam apa jua bidang yang diceburi. Tahniah sekali lagi... Dahlia jawab: Alhamdulillah, rezeki Allah.. Terima Kasih… Aminnnnn :D
Untuk makluman cikgu, atas izin Allah, saya adalah antara calon yang berjaya dipanggil temuduga bagi sesi kemasukan HLP peringkat Sarjana sepenuh masa bagi tahun 2012. Seperti yang cikgudahlia sedia maklum, tarikh temuduga yang akan diadakan ialah pada 3 Januari 2012 di Cyberjaya. Dahlia jawab: Tahniah kerana terpilih untuk temuduga! Anda sudah menjejak satu kaki ke untuk terpilih …
Saya percaya dan yakin cikgudahlia mempunyai banyak pengalaman dalam menghadiri sesi temuduga disamping pengalaman rakan-rakan yang lain. Disini dengan rasa rendah hati saya mohon jasa baik cikgudahlia untuk: Dahlia jawab: Saya pengalaman sekali je..alhamdulillah, terus rezeki :D
a) berkongsi pengalaman tersebut kepada saya. Cikgu Fauzi boleh refer post saya sebelum ni: Pengalaman Cikgu Dahlia mohon dan berjaya HLP 2011
Disamping itu, ada beberapa soalan yang ingin saya lontarkan dan diharap dapat diberi respon yang baik daripada cikgudahlia:
b) Berapa peratuskah kemungkinan calon yang dipanggil temuduga akan ditawarkan HLP? Dahlia jawab: Berdasarkan kuota kursus .. macam saya dulu, daripada 7 calon yang dipanggil, hanya seorang ditawarkan. Semasa pergi Kursus Persediaan Sarjana HLP/CBBPTB 2011 di Dynasty KL, ada bidang lain yang ramai geng sehingga 7 orang sekursus.. Tapi macam kursus saya, untuk Masters EMIS, memang saya xde geng. Nasib ada roomate, kursus dia 3 orang sekali dapat. So apa saya boleh bagitahu, pemilihan bergantung pada kuota lah.
c) Sekiranya ditawarkan HLP, bilakah tarikh/masa sesi lapor diri/kemasukan? Dahlia jawab: Kemasukan ikut Universiti yang dipohon. Sebaiknya, bila dah nak ke interview ni, standby dah U mana nak masuk.. Bila kemasukan tu saya tak pasti..ikut pada keputusan temuduga.. Maybe untuk kemasukan U bulan 2 nanti. Kalau berani, masa temuduga cuba tanya peluang cerah ataupun tidak.
d) Sekiranya ditawarkan HLP, apakah dan berapakah elaun-elaun dan biasiswa yang bakal diterima? Dahlia jawab: Biasiswa yang dapat ialah Elaun sarahidup setiap bulan (Sarjana=RM800, PhD=RM900), elaun perkakasan, elaun buku, elaun tesis, elaun bantuan keluarga, elaun penempatan (sekali sahaja).. Nilai sebenar setiap satunya saya xtahu.. Sbb tak dapat lagi skrg ni. Masih menunggu..huhuh..Owh ya, untuk HLP, yuran semua memang dibayar KPM yer..
e) Sekiranya ditawarkan HLP, adakah elaun-elaun yang sedia ada terjejas? Jika ada elaun apa yang terjejas mohon maklumkan. Dahlia jawab: Saya duk semenanjung, ITKA, COLA memang tak terjejas. BISP, elaun memangku memang tak dapat. Elaun wilayah pun tak dapat.
f) Sekiranya ditawarkan HLP, apakah kelebihan dan kelemahan jika dinilai dari sudut SBPA bersadarkan pengalaman dan pemerhatian cikgu? Dahlia jawab: Dari sudut SBPA? SBPA pun saya masih belum clear. Tapi dalam surat tawaran dan kelulusan memang disebut tidak menjejaskan perkhidmatan termasuk kenaikan pangkat. Bila dah skim SBPA ni, wallahualam..
Cikgudahlia, saya dengan ikhlas hati memohon maaf sekiranya pertanyaan saya menggangu emosi cikgu. Sesungguhnya saya amat berharap pengalaman cikgu boleh membantu saya dalam memilih keputusan yang tepat yang saya anggap bermulanya sekali peluang untuk kejayaan pada masa hadapan. Dahlia jawab: Cikgu, positif k. Yang penting buat yang terbaik masa temuduga nanti. Nak terpilih dapat temuduga pun bukannya senang.. Dah kira bertuah dah tau! Kawan saya ramai yang sedang bersedih. InsyaALLAH, ada rezeki, dapat HLP nanti.. Allah dah merencanakan apa yang terbaik buat kita. Teruskan usaha, yakin pada Dia dan redha dengan ketentuanNya :D
Semoga jasa baik cikgu hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih seadanya... Dahlia jawab: Aminnnn :D Sama-sama
daripada: Cikgu Fauzi, Segamat, Johor
Kalau ada keraguan atau pertanyaan lain, sila emel ke dahliajournal@yahoo.com . Kita kongsi bersama untuk pengetahuan semua k sebab tu saya tak balas emel jer terus. Biar berkongsi kemusykilan bersama-sama.
» Read More...







