BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Berdebar Menunggu Detik Itu ~~

Share

Yer, saya rindu nak update blog saya.

Apakan daya, saya ada urusan yang lebih penting dari blog!

 

exam slip

 

Wish me luck!

Dah lama tak menjawab exam ~ hoho..

Dulu sokmo pesan pada students, sikalang kena pesan pada diri sendiri pulak dah.

Readers, doakan saya dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah ya.

>> Semoga Allah mempermudahkan semua urusan Dahlia.. Aminnnn <<

 

All the best jugak untuk semua rakan-rakan yang akan exam di UPSI ni termasuk blogger yang merupakan rakan sekuliah di Upsi ni @DCJ dan @Tarmizi ..

pasni kita boleh bercuti puas2 okehhh!

 

p/s: Adult student (Andragogi) tak releven untuk summative test kan?

» Read More...

WW : Hari Rabu ek? Nah Gambar…

Share

IMG_20111220_152626

» Read More...

Baucar Buku RM200 Pelajar IPT/IPTS/Tingkatan 6 2012

Share

Pemberian baucer buku RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, dan Pelajar Tingkatan 6 akan bermula pada Januari 2012. Pemberian baucar RM200 seperti yang diumumkan oleh  YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 lalu adalah untuk pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6 bagi sesi pengajian tahun 2012

 

alza 016

sumber gambar : AddictedtoAisyah

Syarat permohonan baucar RM200 itu adalah menepati kesemua perkara berikut:

  1. Pelajar adalah warga negara Malaysia
  2. Belajar di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6
  3. Pelajar sepenuh masa dan separuh masa
  4. Belajar di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012

    Cara Memohon Baucar Buku Rm200 pelajar IPT/IPTS/Politeknik/Ting. 6:

    1. Hubungi IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan dalam bulan Januari 2012.

    2. Pelajar yang memohon akan menerima 4 keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping. Pastikan nama, no. Kad Pengenalan dan cop IPT diisi pada setiap keping baucar.

    3. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. [list kedai buku mungkin ada pada baucar/pada IPT/IPTS masing-masing]

     

     

    Baucar Rm200, bukan Wang Tunai!

    Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

    Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

    Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

     

    Panduan lengkap berkaitan permohonan Baucar Buku Rm200 untuk pelajar IPT/IPTS/Politeknik/Tingkatan 6 ni boleh dibaca di bawah:

     

    Kalau ikutkan syarat di atas, Dahlia tak layak memohon baucar RM200 ni sebab dah dapat elaun buku dari KPM.. Takpelah, at least kawan-kawan lain layak.. Dapat jugak mereka beli buku untuk belajar. Sesiapa yang layak, sila buat permohonan bulan Januari ni ye.

     

    p/s; iols nak pegi claim RM250…heehehee lebih RM50 dari uols… lalala

    » Read More...

    Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Teoh

    Share

    hlp2012

     

    Tahniah cikgu Teoh sebab terpilih antara ribuan yang memohon! Cikgu tak perlu stress, bahkan perlu positif. Kumpulkan motivasi dan semangat. Bukan senang nak dapat ni! Ribuan lagi yang sedang bersedih kerana tidak dipanggil temuduga.

     

    Saya dah cuba kongsikan maklumat dan soalan yang pernah saya kena dahulu dalam post2 lain sebelum ni. Boleh rujuk link2 yang saya sediakan di sebelah kanan blog ini. Maaf, saya tak ingat detail setiap soalan. Dah terlalu lama sesi temuduga tu berlaku. Tapi pengalaman saya ditemuduga memang mostly berkaitan bidang yang saya mohon dan proposal kajian saya.

     

    Bahasa pula bergantung pada penemuduga. Saya 80% dalam English. Calon lain yang sama bidang permohonan macam saya (sebilik), hanya disuruh memperkenalkan diri dalam English. Saya mostly kena speaking. sebaiknya bergantung pada panel. kalau soalan ditanya dalam BM, jawab je dalam BM..kalao dalam BI, jawab dalam BI. Yang penting, kena berani dan yakin.

    All the best cikgu Teoh!

    » Read More...

    Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Shahrul

    Share

    assalammualaikum w.b.t...alhamdullillah saya berjaya mendapat panggilan temuduga untuk hlp 2012 pada 21 Dec ni kat cyberjaya jam 8.30am...hari khamis lepas baru tau...takut tak sempat buat persediaan...saya mohon bertanya, semasa sesi temuduga,i. ada berapa orang panel dan biasanya berapa org yang mengahadiri setiap sesi tu? ii. berapa lama masa yang diambil untuk setiap sesi? iii. biasanya bila keputusan temuduga dikeluarkan iv. semasa cgu dahlia dulu, apakah soalan paling byk diajukan...adakah berkaitan proposal, am atau p n p di sekolah/ dasar2 kpm? Saya tanya nie sebab rasa nervous sangat...saya lihat ada cgu2 lain yg dpt temuduga pada30 dec sampai lah ke bulan Jan...so, ada byk masa.....t.kasih, blog cgu dahlia byk membantu..pengalaman cgu dahli amat saya harapkn...t.kasih...

     

    waalaikumussalam..

    Tahniah Cikgu Shahrul sebab terpilih untuk temuduga.

    Menjawab persoalan cikgu, seperti di bawah ini.

    (i) Panel penemuduga ikut pengalaman saya tahun 2011 lepas, biasanya minimum 2 orang panel dan seorang calon dalam bilik temuduga. So, tiada istilah temuduga berkumpulan. Ini pengalaman lepaslah. Tahun 2012 ni saya tak pasti.

     

    (ii) Masa yang diambil untuk setiap sesi lebih kurang 30minit seorang. Ada juga yang kurang daripada tu, ada yang lebih. Tapi rata-rata lebih kurang 30minit lah. Jangan risau, dah bercakap nanti, tak sedar masa tu berjalan lama dah. Cikgu kann ^_^

     

    (iii) Saya ada kongsikan di post Jawab Persoalan Cikgu Arwen berkenaan bila keputusan dikeluarkan. Saya ringkaskan di sini ikut pengalaman semasa saya memohon tahun 2011 ya:

    • 7 Mac 2011 : Tarikh tutup penghantaran dokumen permohonan
    • 18 April 2011 : Saya hadir temuduga di Bahagian Tajaan, KPM, di Cyberjaya
    • 30 Mei 2011 : Keputusan temuduga.

      (iv) Pengalaman saya temuduga dulu,soalan dari panel memang semuanya berkaitan bidang yang saya pohon masa tu (Pengurusan Sistem Maklumat) dan juga berkenaan proposal saya. Soalan Am, P&P dan dasar takde satu pun walaupun memang saya dah bersedia study dengan nama2 menteri, Pengarah2, dsb. Proposal saya teruk kena hentam hari tu sebab kesnya ada 2 lagi calon sebelum saya yang sama idea proposal  macam saya.  Saya diberi peluang untuk bagi cadangan kajian lain, so saya bagi yang lain.. terangkan kenapa nak buat, macam mana dsb. Saya juga ditanya isu2 berkaitan bidang ICT dan sumbangan apa yang saya pernah beri sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru. Apapun, kena juga persiapkan diri dengan isu semasa skrg dan juga perkara berkaitan perguruan.

       

      Jangan nervous2 k.. Relax..pastikan penampilan diri kemas, dokumen lengkap dan perbanyakkan selawat. Baca surah Al-Insyirah semoga dipermudahkan segala kesulitan.

      » Read More...

      Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Riha

      Share

      temuduga hlp

      Waalaikumussalam kak.

      Tahniah sebab berjaya terpilih untuk temuduga HLP/CBBPTB 2012 daripada ribuan calon yang memohon!

      Based on temuduga HLP 2011, sememangnya dijalankan secara individu sahaja. Dan panel kebiasaannya terdiri daripada 2 orang pegawai atasan dalam KPM.

      Saya tak pasti kriteria apa yang perlu ada. Sebab saya hanya orang yang ditemuduga. Dan perkara2 temuduga ni takda skema yang perlu kita tepati. Semuanya bergantung pada markah yang kita diberi oleh panel penemuduga kita. Jangan risau, persiapkan sahaja diri kita. Jawab sehabis baik. Kalau ada rezeki, mesti Allah beri pada kita.

      Tak perlu nak hebat dalam BI untuk dapatkan biasiswa ni, tapi cubalah bertutur dalam BI kalau diminta. Macam saya sendiri, 80% dalam English.. tapi ada rakan yang hanya soalan “Introduce Yourself” je dalam English.. Apapun, jangan kata tidak, tapi cuba sebaik yang boleh!.. tapi jangan adakan perkara yang tidak ada.. tu macam membohong pada panel..

      Kalau akak ada cadangan proposal yang lebih baik, boleh dibawa yang lain. Takpun, murnikan yang sebelum ini. Ataupun bawak je yang sebelum ni, tapi mesti mahir dengan apa yang kita nak pohon dan kita nak kaji tu.

      Semoga membantu.. Jangan gelabah2 … Just be yourself!

      » Read More...

      Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Arwen

      Share

      hlp2012

      Terlebih dahulu, saya ucapkan Tahniah kerana cikgu Arwen bertuah daripada kalangan ribuan pemohon HLP/CBBPTB 2012 ni.

      Bahan yang cikgu perlu baca…? Soalan yang akan ditanya?

      senang cerita, cikgu persiapkan diri cikgu sebagai seorang warganegara Malaysia, warga KPM, sebagai seorang guru. Tu basic yang kita perlu ada sebagai seorang guru kan. Ambil tahu semua isu2 berkaitan walaupun mungkin tidak ditanya. tapi, standby!!! Yang penting jangan sampai Tak Tahu apa2. Even nama Pengarah JPN, KPPM, PPD, kena lah ambil tahu jugak. Apa yang akan ditanya, bergantung pada panel…yang penting..bersedia sahaja. Apapun, rata2 panel (kalau tahun lepas) ramai calon yang ditanya pasal bidang yang dipohon dan proposal penyelidikan.  Isu2 terkini berkaitan bidang pun kena ambil tahu. Maksudnya, kena betul2 mahir dalam bidang yang dipohon atau bidang kajian yang nak dibuat tu.

       

       

      Perlukah mohon masuk U sebelum temuduga?

      Ada pros and cons pasal ni. Kalau mohon, tak dapat, susah..Kalau dapat HLP tapi tak memohon pun susah jugak. Tapi kalau saya tengok pada timeline permohonan kali ni, HLP 2012 ni lebih fleksibel berbanding kami yang tahun 2011 dulu. Permohonan HLP/CBBPTB tahun 2011 dulu  ditutup pada 7 Mac 2011 (kalau xsilap).. tengah bulan hingga hujung bulan April 2011 tu tempoh temuduga. Then keputusan calon yang berjaya HLP/CBBPTB 2011 pada 30 Mei 2011. Time tu pulak, most Universiti dah tutup permohonan Post graduate untuk kemasukan September 2011 (terakhir untuk tahun 2011) bagi Mode Coursework+Disertasi. Yang masih open time tu hanya UPSI dan UPM sahaja kalau tak silap. Manakala tempoh laku tawaran HLP/CBBPTB 2011 adalah untuk kemasukan dalam tahun 2011 jugak. So, memang masa kami pergi kursus hari tu, masih ramai yang tak dapat tempat belajar, termasuk Dahlia sendiri.

      Tapi, masa kursus tu, dah ada cikgu yang memang dah belajar sem1..kiranya memohon HLP/CBBPTB semasa dalam pengajian.. ada cikgu yang buat permohonan rayuan ke Universiti dan ada yang hanya berserah tunggu permohonan UPSI dan UPM (macam Dahlia). Yang kali ni, maybe sebab masalah2 tempat belum ada dsb kes U dah banyak yang tutup permohonan ,macam kami tahun 2011 ni lah, permohonan untuk 2012 ni dibuat lebih awal. Permohonan kemasukan U untuk bulan 2 sedang berjalan kalau tak silap. Tapi rasanya result HLP 2012 ni maybe keluar bulan 2 atau 3.. (based on timeline 2011).. tempoh laku dalam tahun yang sama, so boleh apply untuk kemasukan september 2012 lah kalau masih belum apply. Apapun, masa kami hari tu, most U terima rayuan, tapi kena usaha lebih lah. Walk in, jumpa pegawai, dan kena kerap follow up.

      Ada seorang kawan, dia terlepas kemasukan U , so dia apply UPSI untuk mode research sahaja. Tawaran KPM kena buat Coursework + Disertasi (research).. Permohonan research mmg dibuka sepanjang masa. So, bila dah dapat tempat, dia buat permohonan tukar mode pengajian.

       

       

      Kemasukan U bulan Feb atau Sept?

      kedua-dua bulan tu ada kemasukan.. Boleh rujuk pada laman web Pengajian Siswazah Universiti2 yang cikgu nak mohon untuk maklumat lanjut. Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 biasanya dah dibuka ni.

      » Read More...

      Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Pn Sharifah IPG

      Share

      ASSALAMUALAIKUM

      SAYA SEORANG TENAGA PENGAJAR DI IPG. SAYA DAPAT TEMUDUGA HLP 2012 ALHAMDULILLAH. MOHON BERKONGSI SOALAN YANG BAKAL DIAJUKAN OLEH PENEMUDUGA DAN BERIKAN TIPS-TIPS TEMUDUGA.

      SATU LAGI SOALAN SAYA YANG PALING PENTING ADALAH KAJIAN SAYA TENTANG UNDANG-UNDANG WANITA DALAM KELUARGA ISLAM. ADAKAH BENAR SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH RAKAN RAKAN BAHAWA TAJUK ITU TIDAK ADA KAITAN DGN PENDIDIKAN DAN SUKAR UTK MENDAPAT BIASISWA.

      MOHON P[ENJELASAN DAN DIHARAP MAKLUMAT INI DPT MEMBANTU. INSYAALLAH

       

      Jawapan Dahlia :

       

      Waalaikumussalam..

      Tahniah kerana dipanggil temuduga HLP 2012!

      Soalan yang ditanya saya hari tu memang mostly on bidang yang saya apply tu dan juga pasal research proposal yang saya sediakan. Rakan-rakan lain pun ramai yang bagi feedback macam tu.. tapi persiapkan lah diri dengan pengetahuan sebagai warga KPM, warganegara Malaysia. Mahirkan diri dalam bidang yang nak dikaji, isu2 terkini dalam bidang yang dipohon dsb.

       

      Semasa interview saya dulu, panel ada bagi tips, untuk buat research dan propose for KPM, mesti ada sumbangan untuk 3 ni.. sekolah/pelajar, guru, KPM.. maybe Puan boleh fikirkan sumbangan kajian yang puan nak buat tu untuk tiga pihak ini. Murnikan cadangan kajian.. ataupun kalau ada cadangan lain, dan kalau sempat, bawak cadangan lain sebagai backup.. Saya hari tu on the dot panel tanya pasal kajian lain. Apapun, panel lebih nak tengok keberanian kita untuk defend. Kena standby dan berani je dengan apa-apa soalan yang ditanya. Jawapan perlu menyakinkan..

      Takde jawapan yang konkrit dalam temuduga ni… persediaan cukup, dokumen lengkap, yakin diri, jawab sehabis baik, dan redha.. dapat tak dapat, itu rezeki Allah…

      » Read More...

      Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Hanani

      Share

      Hye readers..

      Harap maklum yer, sekarang ni ada beberapa rakan2 guru Dahlia sedang berdebar untuk temuduga Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (HLP/CBBPTB) bagi Program Sarjana dan PhD di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tahun 2012. So, sebagai penerima HLP 2011, Dahlia berkongsi informasi dan cuba menjawab pertanyaan calon-calon ni yang dihantar melalui emel. Bukan taknak direct jawab melalui emel, tapi sebolehnya biarlah dapat dikongsi bersama calon lain dan seterusnya selepas ni kan. Lifelong learning kata orang! Dan seperkara lagi, dapat jugak blogni berupdate dan ada visitors Open-mouthed smilekan…

       

      Kali ni nak jawab persoalan Cikgu Hanani dari Kelate tapi mengajar kat KL.

      --------------------

      As'kum   Wkumsalam

      Cg Dahlia, harap tidak terlalu lewat utk ucapkan Tahniah atas kejayaan cikgu mendapat biasiswa HLP thn lepas..  Terima Kasih ^_^

      Saya pun cikgi dok kat KL ni, tapi asal kelate..Cg Dahlia ore klate gok ke? Yup, IC saya 03 ..tapi duk lama kat Kuantan

      :))

      Saya , alhamdulillah, setakat ini dpt interview pd Jan depan. Boleh panggil Kakni sahaja, simple..nama hanani aje..;) Tahniah Kak Ni

      Dapat emel cikgu ni dari blog cikgu yg superb itu..Emm ade nak tanya cikgu sikit pasal HLP, boleh ?

      1. Sepanjang pengetahuan akak, kita kena sediakan portfolio tentang pofesyen kita, kan? Akak nak tanya, portfolio yg cikgu sediakan dlm bentuk ape ye?Adakah gunakan fail dan isi maklumat di dalam nya atau ape ye..:)) Kalau ikutkan portfolio peribadi, memang semua guru kena ada portfolio A dan B.. A untuk maklumat peribadi, kuruss dan sebagainya..B untuk HSP, Sukatan, SOW.. yang tu memang kita sediakan dalam fail jer..ring file. Tapi, masa saya temuduga dulu,memang saya tak bawak sebab Portfolio saya tahun lepas, memang merata! Kalau sebelum ni, Portfolio A saya maklumat diri, surat2 perjawatan, surat2 panggilan kursus, dan segala informasi berkaitan perkhidmatan peribadi.

      2. Portfolio itu hasil kerja kita, kan? Adakah ia berbentuk bahan2 sahaja seperti lampiran kerja dan sebagainya? Adakah boleh kita kepilkan sekali gambar-gambar berkaitan.. Rasanya jawapan di atas dah menjawab.. Mungkin Kak Ni refer kepada Modul? KLaKalo ada, bawak je apa sahaja barang yang Kak Ni fikir penting untuk dapatkan HLP ni.. biar ada daripada takde.

      3. Portfolio itu adakah kita berikan keterangan lampirannya, atau just sekadar bahan-bahan itu sahaja? maksud akak perlukah kita ceritakan satu persatu peristiwa berkenaan bahan itu(contoh macam buat laporan aktiviti bergambar macam kat sekolah) Kalau Kak Ni ada, boleh bawak lah portfolio tu.. tapi kalau nak menyediakan dalam masa yang singkat, takut jadi boloqs lak.. Yang penting persediaan diri dan dokumen yang diminta. Susunan sijil dalam folder pun biar kemas :D

       

       

      4. Adakah kita perlu membawa resume?Dan apakah lagi agaknya dokumen-dokumen sampingan yg mungkin akak tertinggal. Yup, saya memang bawa resume setelah disarankan oleh senior2 di sekolah. Mereka siap pesan suruh bawa keterangan tugas yang pernah saya buat di sekolah dan disertakan sokongan dan pengesahan Pengetua. Saya bawa dan letak dalam folder. Saya listkan tugas2 saya setiap tahun mengikut bahagian, Tugas Kurikulum, Ko Kurikulum, Lain-lain dan apa2 pencapaian yang pernah saya capai di sekolah.

      5. Berkenaan Cadangan penyelidikan, adakah perlu membawa nota-nota atau artikel sampingan berkenaan tajuk cadangan penyelidikan kita itu? Saya tak pasti akan keperluan ini. Tapi akak boleh je kalau nak bawak. Tapi, kalau dah pasti dan yakin dengan cdgn penyelidikan tu, rasanya tak perlu dah semua tu. Sebolehnya sendiri cerita pada dia apa ada dalam artikel tu berbanding nak bagi dia dan baca sendiri.

      6. Soalan-soalan yg diajukan sewaktu interview macamana ye?Adakah berupa isu semasa..Dan boleh cikgu kongsikan siapakah panel Inteviewer  itu.. Panel memang terdiri daripada pegawai2 atasan di bahagian2 KPM sendiri. Macam saya hari tu, dedua Dr. Boleh bertanya pada pegawai yang mengurus temuduga tu nanti. Soalan yang ditanya mostly pasal bidang yang dipohon dan bidang kajian kita.

      Sekian, dulu buat waktu ini, nanti kalu akak ada nak tanya lagi, bleh akak email ye..

      Didahulukan ucapan terima kasih, jazakillah khairal jaza'..Semoga dipermudahkan perjalanan MA cikgu dan juga keluarga..amin..:))

      » Read More...

      Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Emmi Farini

      Share

       

      Business interview

      Salam,

      Sy seorg guru dan sy telah mendpt panggilan temuduga utk program CBBP TB yg telah sy pohon. Sy ingin brtanya apakah persediaan yg perlu sbl mnghadiri temuduga dan soalan lazim yg biasa ditanya.Adakah kita perlu menyediakan Powerpoint presentation?
      Terima Kasih

       

       

      Jawapan Dahlia :

      Tahniah cikgu sebab dapat panggilan temuduga untuk CBBPTB. All the best untuk sesi temuduga nanti.

      Untuk temuduga nanti, persiapkan diri sebagai rakyat Malaysia berkenaan isu2 semasa Malaysia, persiapkan diri sebagai seorang guru termasuk semua isu berkenaan Perguruan. Dan yang terbaru pasal SBPA. Masa saya temuduga tahun lepas, tak ada pun persoalan pasal benda2 ni semua, tapi just standby je lah kan.. Lagipun sebagai seorang guru, kenalah ada pengetahuan tu semua kan. So, pengetahuan sebagai seorang guru tu kena betul2 ada dalam diri cikgu :D

       

      Yang paling penting sekali, cikgu mesti mahir dengan bidang yang cikgu pohon. Maksudnya cikgu yakin dengan proposal cikgu. Mesti pakar dalam bidang yang cikgu nak kaji tu dan segala isu berkaitan dengan bidang itu. Kalau kena hentam ke apa, kena berani untuk defend. Tapi defend tu kena ada right stand lah. Saya hari tu memang teruk kena hentam sampaikan panel cakap, “Kajian awak ni, baik kita buat Action Research je, tak payah susah nak bazirkan duit kerajaan nak buat research” Saya senyum dan masih defend. Tidak setuju dengan dia. Akhirnya panel bagi soalan “Kalau saya bagi peluang pada awak, apa yang akan awat buat kajian selain daripada yang awak buat sekarang ni (proposal)?” So, saya pun terus je bagi idea lain.. dari segi tajuk, objektif, kaedah dll.

       

      Pasal PPoint ke apa, saya hari tu takde pun buat Ppoint ke apa.. just jawab soalan dia je. Tapi kalo cikgu nak sediakan, dan ada Ipad ke apa, maybe boleh bagi wow factor pada interviewer kut… Or maybe u ada digital modul ke apa untuk tunjuk pada panel such as personal blogs, website, etc. Dahlia dulu just sebut je blog Dahlia ni..dan FB dan blog sekolah yg Dahlia jadi Admin. Time2 tu jugak panel surf. Kalau ada Ipad masa tu, mesti lagi gempak. Tapi, kalo korang takde, janganlah nak ada2 kan jugak sampai nk create blog dsb.. Just be Yourself, jangan jadi orang lain! Tonjolkan keunikan dan kelebihan diri anda..itu lebih penting!

       

      Apapun, jangan terlalu risau, just relax je! Yang penting jawapan semasa temuduga tu mesti berani dan meyakinkan. Jangan sambil lewa, jangan melawan.. jangan memberontak.. jangan terlalu diam masa interview, tapi jangan terlalu OVER .. tahu batas2nya..  :D  Lastly, dokumen bawak tu mesti lengkap tau …

      » Read More...

      Fakta, Konsep, Prinsip, Prosedur, Proses

      Share

      european-facts

      Fakta

      Fakta membawa maksud kepada sesuatu informasi yang mempunyai kesahihan yang sah berdasarkan bukti-bukti yang jelas untuk menerangkan sesuatu keadaan atau benda tersebut.

       

      Konsep

      Konsep adalah satu gagasan idea (idea yang baru) yang abstrak untuk dijadikan satu dasar dalam membina atau membuat sesuatu perkara (perbuatan / tindakan).

       

      Proses

      Proses adalah istilah yang menunjukkan perubahan langkah demi langkah dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi.

       

      Prosedur

      Prosedur adalah tatacara atau bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.

       

      Prinsip

      Prinsip adalah dasar pemikiran (idea) yang digunakan sebagai panduan untuk melakukan sesuatu tindakan.

       

      Rujukan Lanjut : http://www.scribd.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEP-

      » Read More...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais