BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , » Perjalanan Kuantan–Kota Bharu selama 17 jam?!

Perjalanan Kuantan–Kota Bharu selama 17 jam?!

Share

Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers.

Cerita ni dah basi, tapi aku tetap nak mengabdikan memori ni kat blog ni. Mana tahu nanti cucu cicit nak baca kannn… Kalau ada rezeki, ada jodoh, insyaALLAH adalah cucu cicit tu kan? So, sambutan tahun baru 2012 aku kali ni memang dalam sejarah lah! Tak pernah dibuat orang cara sambutan ni. Orang lain sambut tahun baru 2012 dengan pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus (yang ni baguihhhhhh!!), takpun terkinja-kinja di I-City, ada yang lagi gempak, tidur atas jalan di UPSI yang mana kalau aku pun ada di sana, sure aku jadi reporter gaks. Ahaks.

 

So, how do I celebrate my New Year 2012?

OK, seperti yang dah dimaklumkan, lepas exam 31hb Disember 2011 hari tu, aku terus drive balik Kuantan dari UPSI. Then petang tu jugak, around 6.00 pm, kami sekeluarga bertolak balik Kota Bharu. My sis yang study USM tu, ada exam pagi esoknya 01.01.2012 jam 8.15 dah kena standby dekat HUSM. So, memandangkan tiket takde, kami pun planning untuk hantar dia lah. Bergerak lah kami 2 buah kereta ke sana sebab kereta WIRA nak tinggal pada dia.  Adik bongsu aku dah beli kete baru.

 

Yang mengharukan, perjalanan 6.00 petang dari Kuantan, kami hanya selamat sampai di Kota Bharu adalah pada jam 11.00 pagi! 17 jam beb! Nasib baik Professor adik aku tu baik, adik aku dibenarkan ambil exam keesokan harinya.

Kenapa sampai 17jam? Nop, bukan kereta rosak, meragam dan sebagainya. Dan bukannya kami terlibat dalam apa2 kemalangan, dan bukannya kena sorok dek entiti. Tapi, kami…..

IMG_20120101_081641

Terperangkap dalam Banjir!!

Perjalanan dari Kuantan sampai ke Kuala Terengganu, kami lalu jalan bandar, smooth je walaupun hujan, dan air melimpah atas jalan, tapi bila je sampai kat Setiu, area Sungai Tong, banjir ! Air melimpah atas jalan. Paras pinggang beb! Arus pun deras. Tak berani nak redah! Kul 1.00 pagi, kul 4.00 pagi kami tunggu sampailah surut sikit, baru redah.. Rush takpe, tapi Wira rendah. Last2 berasap jawabnya. Then sampai kat Pasir Puteh, semua jalan nak rentas ke Kota Bharu air melimpah tinggi atas jalan, sampaikan semua jalan yang kami cuba tak boleh lalu. Kiranya terputus hubungan terus lah memandangkan 3 jalan kami cuba, banjir. Tak berani ambil risiko meredah.

Last, kawan pakcik aku dtg tlg tunjukkan jalan lain, Jalan Jelor ke apa ntah nama nya kat PAsir Putih tu. Masa tu dah 9.00+ am.

 

IMG_20120101_100824

 

Terpaksa redah je jalan tanah merah ni yang laluannya boleh merisikokan tayar terlekat, then berselisih lalu jalan sempit tepi talir air ni. Puaslah kami baca doa2 supaya perjalanan lancar. Nasiblah lepas dan selamat. Memang pengalaman sungguh tersekat dalam banjir. Lepas hantar adik aku kat USM, sampai je rumah makcik aku kat Pasir Mas, terus kami semua pengsan (tidur) sampailah 5ptg baru terjaga. Penat gile weh!! Walaupun bukan aku yang drive.. HEHE ^_^

 

Esoknya, lepas tahu jalan dah boleh lalu, terus gerak balik. Niat nak berpoya2 di kelantan terbuku je. Tak sanggup nak terperangkap dalam banjir. Cukuplah pengalaman yang ada. Lepas ni, nak kena tengok cuaca sebelum buat apa2 plan.

3 komen:

puanbee said... [Reply to comment]

kami sambut tahun baru kat rumah , ok lah tu ada juga pengalaman tahun baru yang baru hhehee

akubiomed said... [Reply to comment]

Kena tukar kereta ambil Nissan Frontier.

kak ina kl said... [Reply to comment]

wow lamanya...susah nak gi pantai timur skrg ni..klu tak betul memang banyak rintangan

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais