Pekeliling baru kenaikan gaji penjawat awam dan juga anggota polis di bawah Sistem Saraan Malaysia telahpun dikeluarkan oleh JPA beberapa hari lepas. Pekeliling kenaikan gaji SSM ditambah baik ini disediakan selepas kerajaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Pekeliling perkhidmatan SSM 2012 tersebut boleh dimuat turun seperti berikut':
1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 Kenaikan Gaji Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2012 : Kenaikan kadar bantuan Sara Hidup (COLA)
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.
Intipati utama yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 Kenaikan Gaji Penjawat Awam di bawah SSM + sebanyak 103 mukasurat ini adalah :
1. Jadual Gaji Sebaris dan Jadual Gaji Matriks digantikan dengan Jadual Gaji Maksimum-Minimum (JGMM) bagi setiap gred perkhidmatan.
2. Prinsip pemberian kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada
31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.
Contoh Pengiraan adalah seperti berikut:
Gred Pegawai : DG41 Gaji Hakiki pada Disember 2011: P1T10 = RM2509.90
Kenaikan Gaji = RM2509.90 x 13% = RM 326.29
Gaji Baru mulai Januari 2012 = RM2509.90 + RM326.29 = RM2836.19
3. Kenaikan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, pergerakan PGT pegawai adalah terhad kepada gaji maksimum dalam JGMM
Untuk mendapatkan maklumat jelas dan lebih terperinci, sila download dan baca sendiri Pekeliling Perkhidmatan 1/2012 untuk kenaikan gaji Kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan 2/2012 untuk kenaikan gaji PDRM.
Pekeliling kenaikan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambah baik tahun 2012 ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Dengan itu, pembayaran kenaikan gaji dijadualkan akan dibayar secara tunggakan tiga bulan mulai April 2012 seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 akan diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Dengan itu, tak bermaksud jumlah pergerakan gaji akan diterima sekali pada gaji bulan April ini.
Panduan pengiraan gaji baru 2012 di bawah SSM ditambah baik boleh didapati di laman web JPA sendiri seperti berikut:
Kaedah Pengiraan Kenaikan Gaji SSM 2012 secara automatik (klik)
Semoga bermanfaat.




8 komen:
Alhamdulillah .. ^__^
www.anastasyea.com
untung tu dpt tunggakan..
mmg bnyak..
kerja swasta geget jari yer..
gaji minimum untuk tahun pertama kerja masih yg lama ke atau dah masuk yg 13% tu?
Banyak yang bakal diterima oleh penjawat awam sehingga 3 bulan tunggakkan. :-)
senangnya kalau gaji naik semoga gaji saya saya juga naik
http://wanwidget.com/
wah naik banyak tuh
banyak naik harga brg pon melambong mcm bungee jumping. so bila masa kita nak leh simpan siket
saya masih belum dpt tunggakan kenaikan gaji tahunan... mcm hampeh....
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...