Iklan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) peringkat kedoktoran (Phd) dan Sarjana Tahun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Permohonan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM juga yang berkhidmat di IPG, IAB dan Kolej Matrikulasi.
>> Permohonan Online HLP dan CBBPTB KPM tahun 2013 <<
Tarikh Permohonan Online : 4 Jun – 4 Julai 2012 20 Julai 2012
Tarikh tutup penghantaran borang & dokumen ke BTP, KPM : 27 Julai 2012
#Tarikh dilanjutkan di atas masalah gangguan capaian yang berlaku…
Rujukan : http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=2778
Maklumat lengkap berkaitan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan juga Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) boleh dirujuk di :
Pengisian borang tersangatlah penting dalam apa-apa permohonan sekalipun. So, pastikan anda membaca dengan lengkap sebelum mengisi permohonan online. Lebih baik sekiranya lampiran tersebut dicetak dan dirujuk semasa permohonan dibuat.
Borang Permohonan ONLINE HLP dan CBBPTB sesi 2013 KPM
Alhamdulillah, Allah dah beri peluang ni pada Dahlia. Mana tahu kali ini rezeki cikgu kan?
p/s: Dahlia ada share beberapa persoalan dan jawapan daripada calon-calon sebelum ini. Boleh rujuk di bahagian kanan blog ye :D



74 komen:
nak cubalah ..nanti minta tunjuk ajar cikgu dahlia ye
Cikgu dahlia, saya berminat juga. Nak cuba ambik kursus kaitan teknologi maklumat. Ada apa cadangan ?. Pengurusan sistem maklumat yg cikgu tengah ambik tu ok ket? Apa subjek yg ada dalamnya? Ipta dekat area utara ada offer kursus ni ker?
selamat belajar, cikgu
menuntut ilmu memang tak akan habis sampai bila
ilmu mesti dicari selamanya
terima kasih sangat2, saya mmg tercari2 info2 kat sebelah kanan ni... jap nak baca dulu ye.. cikgu dahlia opsyen apa?
er senang ke nak dapat ek
Soalan:
ada yang kata kena apply dulu masters kat IPTA, lepas tu mohon HLP.
ada yang kata apply HLP aje, KPM akan mohonkan/masukkan kita dlm IPTA yang dipilih.
yang mana satu ni?
cikgu Dahlia ada pohon ke IPTA atau terus pohon HLP?
# Diana, Subang.
@cikgu Naman
cuba, cikgu..
banyak kelebihannya :D
insyaALLAH selagi berdaya, sy tolong
:D
@Anonymous
ok je.. tp saya sarankan cikgu ambil bidang yg cikgu benar2 mahir. sebab bidang itu nanti yg cikgu akan buat kajian. so bila dpt interview nanti, bila disoal, lebih mudah nak menjawab :D
@tehr
yup... terima kasih :D
setiap hari adalah hari menuntut ilmu :D
@Anonymous
Saya ditawarkan dalam Pengruusan Sistem Maklumat Pendiidkan... belajar ICT di UPSI
@~misslaily~
yg penting cuba usaha... tawakal pada Allah.. ada rezeki, ada :D
@Anonymous
apply HLP dan apply U sendiri..
Boleh baca jawapan cikgu2 sebelum ni di sebelah kanan blog ni...
saya pohon HLP dulu.. bila berjaya dapat baru saya pohon U
sy baru nk cube apply jugak ni...moge2 berjaye
Mmg takleh nak pohon.
Moga berjaya pada cikgu dahlia dan mereka2 yg memohonnya...ameen
Slm....nak tnya...kertas cdgan perlukah ikut prosedur yg disediakan atau bleh diubah seperti kte buat kajian tindakan....mohon tunjuk ajar dan pglmn cikgu....heee..mmg mnat sgt nk samb blajar..lagi2 bla jpe blog ni..terima kaseh kongsi ilmu..:-)
berarti cikgu nya dapat yang gratisan donk,..
kaco jap. sy dah dpt offer master (pjj) dr u tp coursework la, masuk bln 9 ni. sy pun ade apply gak hlp ni. nak tye kalo dapat hlp taun dpn nanti, adakah sy pye master yg sy amek dlm coursework tu kene stop, sbb syarat hlp kan mixmode..
@aziekz
ikut je prosedur yg diberi :D
Kajian Tindakan is part of research.. tu scope kecik.. research luass :D
@Anonymous
cikgu try check dekat U yg cikgu pohon tu, boleh buat pertukaran mod atau tidak nanti.. so bila dpt, nanti boleh tukar mod jer.. biasanya ada option mcm ni.
Kalau boleh, better sem 1, cikgu ambil subjek yg wajib amek utk mixmode dan coursework.. mesti ada bbp subjek yg wajib utk kedua2 mod ni.. bila dah dpt HLP, biasanya boleh deal dgn U je.. tp apapun, better tanya terus kat IPS U tu
hmm..dah cek, masalahnye xde plak u offer mixmode utk course yang sama..yg ada coursework je..jem..
Tahniah kepada Cikgu Dharlya kerana membina satu portal yg cukup bermaklumat ini.Tapi sayang seribu kali sayang..saya baru je perasan tentang HLP ni (silap saya huhu). Tarikh tutup pun dah terlepas..tapi mcm bleh isi lg jek form online tu :P
@Anonymous
:D nti try apply U lain jugak.. anyway bidang apa ye???
@Anonymous
alhamdulillah.. sharing is caring :D
pasni kena selalu stay tune kaat sini.. :D
salam..saya cikgu yang baru nak mula master di upsi sept 2012 ni..
boleh kita mohon tukar kursus ke...kena daftar dulu kursus yang diberi dan lepas tu mohon tukar..atau mohon tukar awal sebelum daftar?
tkasih atas info...
da terlpas tarikh permohonan...still leh apply lg ke? sy bru je dpt surat confirm bulan piase ritu..huhu..ke kena tgu 2014 punye? setahun sekali je ke? sori byk tny...
matematik
Assalamualaikum.cikgu dharlya..saya antara ribuan guru yg mohon cbbptb bagi sesi 2013 akan datang..beberapa persoalan mohon cikgu share..1)panggilan temuduga melalui apa? Online di website kpm ke? 2) kalau dah dpt panggilan temuduga dan berjaya sambung belajar,universiti tu kita tentukan atau kpm tetapkan? 3) kalau dah dpt sambung belajar, bulan berapa akan start cuti tu? Tq..
Bila iklan cbbptb taupun hlp yg akan dtg.tq
@Anonymous
jika dalam fakulti yg sama, mungkin tiada mslh utk tukar..apapun, better direct contact dgn IPS. InsyaAllah mereka sedia membantu :D
@khilkhir
cikguu tunggu je iklan yg terbaru nanti :D
buat masa ni, persiapkan diri dengan bidang kajian :D dengan proposal
@aliza kamal
Wkumsalam :D
(1) Semakan keputusan panggilan ke temuduga adalah melalui website KPM. Kena rajin jenguk website :D
(2) Kita yang kena cari tempat pengajian sendiri. Dan pastikan bidang pengajian yang kita mohon dan dapat tu menepati bidang yang ditawarkan KPM
(3) Cuti akan berkuatkuasa bermula tarikh pendaftaran kemasukan ke U. Kita kena hantar slip pendaftaran dan bbp dokumen lain untuk pemprosesan surat kelulusan cuti belajar.
Best of Luck cikgu! :D
@aliza kamal
Wkumsalam :D
(1) Semakan keputusan panggilan ke temuduga adalah melalui website KPM. Kena rajin jenguk website :D
(2) Kita yang kena cari tempat pengajian sendiri. Dan pastikan bidang pengajian yang kita mohon dan dapat tu menepati bidang yang ditawarkan KPM
(3) Cuti akan berkuatkuasa bermula tarikh pendaftaran kemasukan ke U. Kita kena hantar slip pendaftaran dan bbp dokumen lain untuk pemprosesan surat kelulusan cuti belajar.
Best of Luck cikgu! :D
@Anonymous mungkin awal tahun depan.. selalulah jenguk website KPM ya :D
Semakan keputusan layak temuduga HLP/CBBPTB 2013 akan keluar pada 24/9/2012 di laman web KPM ... mudah-mudahan kita berjaya..
Alhamdulillah sy berjaya dipanggil temuduga 10.10.12 ni, saya akan 'study' blk proposal sy & blog cikgu Dahlia :p
Sayw pun dpt pada 12.10.12 Di bhg tajaan cyberjaya. Ambil kursus pa? Ada tips Kerry interview cikgu dhlia.
@Anonymous
Tahniah!!
Boleh refer belah kanan blog ni :D
Kalau ada apa2 persoalan lain, boleh tanya melalui Emel @ FB saya :D
Assalamualaikum.
Tahniah bg yg berjaya..Saya mintak juga untuk HLP PHD..tapi tak dapat pun..Frust jugak..Ada kwn call..org KPM kater persaingan sengit...Org yg dapat memang hebat dan rezeki la...Boleh share tak cara buat proposal..Mungkin proposal tak mantap..Mungkin proposaldlm BM kot..Member yg dah belajar 1 sem pun tak dapat..PHD pun sengit...
KALAU SAYA DAH TERLEPAS CBBPTBHLP AM CAMANA?BILA LAGI SAYA BOLEH MOHON
Nak gk smbg. Rmi x yg apply kos b.arab?
Salam cikgu dahlia..info yg d papar kan amat membantu..alhmdulillah..i dh dpt master sejak 2008 lg.hati ni mmg kuat nk sambung PhD..tp takut2 berani..boleh ke?dapat survive ke?masa ambil master tu self sponsored..habih duit simpanan..hee..nk buat Phd of coz plan nk buat HLP atau CBBP..tp tk tau la..kalau cikgu dahlia tk keberatan, sy nk add utk fb..ble kita bbual lbh private..tq..
junainah dullah
itu la sy pun berminat dgn hlp ni, tp mcmana dengan kos bhs arab ye..bnyk x peluangnya..dan hlp ni ada stiap thn ke permohonannya...thanx 4 d'info ya
salam rasa2 bila keluar keputusannya ya? ms interview tu diorg cakap pertengahan bulan november saya check kat laman kpm takde lagi.ada dengar ura2 ke? memang persaingan sengit ramai yang hebat2
salam boleh tahu bila keputusan HLP diumumkan. Haritu masa interview bagitau pertengahan bulan november. saya ada rujuk laman kpm tapi takda lagi. agak2 bila keputusannya ya?
@Anonymous
cikgu boleh cuba lagi tahun depan..
pastikan bidang kajian tu memberi manfaat kepada seluruh warga KPM.
Proposal saya dulu pun dalam BM je.. :)
@Anonymous
Tahun depan pasti akan ada iklan lagi :D
@Anonymous
Yang tu saya xtahu nak jawab.
Saya bukannya panel pemilih, hanya sekadar guru biasa yang telah berjaya dapat HLP ni.. so saya share2 sini :D
maaf ya
@Anonymous
salam. :D
insyaALLAH boleh survive kalo dpt HLP/CBBPTB ni..
FB saya : ERMIE DHARLYA
@nur hidayah
cuba je dulu .. :D
InsyaALLAH ada setiap tahun..
rajin2 jenguk website KPM..
Kalau saya sempat pun, saya akan update sini :D
@UBK Tok Lela
Itu saya tak pasti. HUhuh..
MUngkin cikgu boleh tanya direct ke KPM :D
Keputusan hlp 2013. .bila yer keluar...masa temuduga hari tu katanya hujung bln 11..tapi awal 12 pon x kuar lagi ni..
askum, tumpNG LAlu...saya call kpm katanya result hlp dan cbbptb 2013 akn keluar pertghan disember ni...risaunye..ya Allah klu ada kebaikan disitu insyaAllah dpt
Mmm..saya ada call jgk..tapi katanya hjg 12...mm..tak kicahlah bila pon
ada sape2 yg berjaya hlp dan cuti belajar 2013? result dah keluar
result dah keluar, ada sape2 yg berjaya tak?
BAHASA APA PUN DALAM B.M KA PON TAK PA.ASALKAN KITA TAHU FRAMEWORK KAJIAN KITA DAN YANG PENTING MAMPU MENYAKINKAN PANEL TTG KAJIAN YANG BAKAL DIBUAT.
bila la result hlp ni..
Keputusan hlp boleh semak pada 26 dis
Alhmdlah...saya berjaya
Saya jg berjaya cbbptb,,cuma nak tnyakita kena daftar univ tuk kemasukan februari atau bole mendaftar kemasukan jun/sept di univ,,,sb mcm x sempat buat permohonan bgi kemasukan bln feb 2013
dukacita HLP PHD
Hi, saya telah berjaya mendapat HLP. Ingin mendapat pandangan semua. Saya merupakan pelajar sem 1 di UPM, tapi kursus yang ditawarkan HLP adalah berlainan dengan yang belajar sekarang. Jika saya berjaya tukar kursus, lebih baik saya mula semester 2 pada bulan Sept atau teruskan sem 2 pada bulan Febuari? Terima Kasih.
Hi, saya juga dapat HLP. Nak minta pandangan semua tentang kes saya. Saya merupakan pelajar sem 1 UPM, tapi kursus yang ditawarkan oleh HLP berlainan dengan kursus yang saya ikuti sekarang. Jika saya berjaya tukar kursus, lebih baik saya mulakan sem2 pada bulan Sept atau teruskan sem 2 pada bulan Feb? Atau mulakan semula semester baru? Sila beri pandangan. Terima kasih.
thanx for the info...ini tahun terakhir saya layak untuk mohon cbbp unt PhD....harap-harap dipermudahkan oleh ALLAH....pls update bila boleh mohon cbbp unt sesi 2014....tq
@Anonymous
tawaran tu valid untuk setahun :D
@CY
sebaiknya terus sem 2 di bulan Februari :D
apapun, tanya pendapat pegawai Bhgn Tajaan semasa kursus persediaan nanti :D
@Sifu serba tau
insyaALLAH saya cuba update .. :D
Salam, saya nak tanyer.... saya baru sahaja mohon untuk sambung MASTER pengambilan SEPTEMBER 2013 yang baru dibuka beberapa hari..tapi, kalau dah terlepas biasiswa ni, mcam ne dengan gaji saya yer? AUTOMATIK dapat separuh gaji ke cam ner? minta tlong response kpd yg sesiapa tahu... INSAN RISAU....NANTI dapat sambung belajar kang, gaji takdak langsung... uhuhuuuuh
BOLEH BAGI SAYA STU CONTOH KERTAS CADANGAN UTK DPT HLP X???SY NAK MHN HLP THN 2014 NI
cikgu dahlia...thniah sbb dh dpt buat master...sy sdg cari idea utk tjuk proposal hlp 2014..tp saya masih kabur dgn format n cara buat kertas cadangan...boleh x cikgu dahlia share contoh kertas cadangan yang cikgu dahlia pernah buat or rujuk???sy dlam bidang bahasa melayu.trm kasih ya
Asslm.... iklan hlp untuk 2014 dah keluar ke?
Asslm... iklan hlp 2014 dah keluar ke?
iklan hlp 2014 blum kluar. harap kluar bulan jun ni
Assalamualaikum semua..tompang lalu.. Hlp 2014 dah boleh mohon skrg..
Slm mencuba cikgu2 semua. Sy skg tgh usaha wat proposal..doakan sy berjaya kali ni ye kwn2;))
Terima kasih;)
-shikien n9-
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...